Tangani isu semasa – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 04 Jul 2024 13:50:20 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tangani isu semasa – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Semua ketua, jabatan berkaitan ambil tindakan tegas, pantas tangani isu-isu semasa – Hajiji https://sabahmedia.com/2024/07/04/semua-ketua-jabatan-berkaitan-ambil-tindakan-tegas-pantas-tangani-isu-isu-semasa-hajiji/ https://sabahmedia.com/2024/07/04/semua-ketua-jabatan-berkaitan-ambil-tindakan-tegas-pantas-tangani-isu-isu-semasa-hajiji/#respond Thu, 04 Jul 2024 10:01:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57042
Read Time:39 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengarahkan semua ketua dan jabatan yang berkaitan mengambil tindakan tegas dan pantas dalam menangani isu-isu semasa yang berlaku di negeri ini seperti isu masyarakat Palauh dan banjir.

Hajiji berkata demikian semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Sabah (JKKN) di Menara Kinabalu hari ini, untuk membincangkan pelbagai isu semasa yang berlaku di negeri ini.

Beliau turut menegaskan bahawa beliau tidak mahu isu-isu semasa itu menjadi lebih besar hingga menjejaskan reputasi negeri dan negara di luar negara.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Sr Safar Untong; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Makhzan Mahyuddin; Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun dan Pengarah Keselamatan Negeri merangkap Setiausaha JKKN Sabah, Datuk Noor Alam Khan A Wahid Khan serta ketua-ketua jabatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/04/semua-ketua-jabatan-berkaitan-ambil-tindakan-tegas-pantas-tangani-isu-isu-semasa-hajiji/feed/ 0 57042