tangani isu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 21 Jul 2023 09:30:03 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png tangani isu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Dialog Perundangan 3R tangani isu provokasi agama, bangsa & Institusi Raja-Raja (3R) https://sabahmedia.com/2023/07/21/dialog-perundangan-3r-tangani-isu-provokasi-agama-bangsa-institusi-raja-raja-3r/ https://sabahmedia.com/2023/07/21/dialog-perundangan-3r-tangani-isu-provokasi-agama-bangsa-institusi-raja-raja-3r/#respond Fri, 21 Jul 2023 09:26:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38704
Read Time:2 Minute, 56 Second

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan mengambil maklum peningkatan jumlah kes provokasi agama, bangsa dan Institusi Raja-Raja (3R) baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Dato’ Sri Azalina Othman berkata, satu sesi libat urus yang terdiri daripada Perbincangan Kumpulan Fokus (‘Focus Group Discussion’) dan juga Dialog Perundangan 3R (‘3R Legal Dialogue’) Mengenai Isu Provokasi Melibatkan Agama, Bangsa dan Institusi Raja-Raja (3R) di Malaysia telah diadakan di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC), Kuala Lumpur pada Jumaat (21 Julai).

Katanya, walaupun terdapat undang-undang yang sedia bagi menangani isu tersebut termasuk Akta Hasutan 1948 [Akta 15], Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta.301], Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5] dan Kanun Keseksaan [Akta 574], harus diambil kira bahawa antara undang-undang ini, ada yang telah digubal tujuh dekad yang lalu.

“Oleh itu, Kerajaan berhasrat untuk mengkaji semula kerelevanan undang-undang yang sedia ada untuk memastikan perundangan selaras dengan perkembangan semasa.

Selain itu, Kerajaan turut peka terhadap cabaran yang dihadapi oleh pelbagai pihak penguatkuasa dalam pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Azalina, cabaran yang dihadapi oleh agensi-agensi penguatkuasaan, seperti Polis Diraja
Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia antara lain, adalah penyebaran maklumat yang pantas melalui penggunaan teknologi yang canggih, akaun dalam talian palsu/digodam (fake/hacked accounts), kerahsiaan nama yang tidak dapat dikesan (anonymity) serta teknologi kecerdasan buatan (Artificial Intelligence – AI) yang menyukarkan proses siasatan dan pendakwaan.

Mengulas lanjut sesi libat urus ini diadakan, Azalina berkata, ia bagi mengkaji keberkesanan perundangan sedia ada, serta cabaran-cabaran terkini yang dihadapi oleh agensi penguatkuasa dan juga untuk menerokai model perundangan alternatif dalam menangani isu ini dengan mengambilkira piawaian serta amalan terbaik di peringkat antarabangsa seperti Prinsip
Camden (Camden Principles), Pelan Tindakan Rabat (Rabat Plan of Action) dan Strategi dan Pelan Tindakan PBB Mengenai Ucapan Kebencian (UNSPAHS).

Sesi libat urus berkenaan telah dihadiri oleh lebih lima puluh wakil daripada pihak kerajaan dan
bukan kerajaan, termasuk Kementerian Perpaduan dan Kementerian dalam Negeri,
Polis DiRaja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Badan-Badan Peguam, Pertubuhan Masyarakat Madani (CSO), Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), ahli-ahli akademik dan organisasi-organisasi agama.

Tiga persoalan utama yang dikemukakan kepada peserta-peserta sesi libat urus untuk tujuan perbincangan adalah sama ada Malaysia memerlukan:

i. Pemansuhan Perundangan Sedia Ada dan Penggubalan Akta Baharu
mempertimbangkan sama ada untuk memansuhkan perundangan seperti Akta Hasutan 1948 [Akta 15] dengan digantikan dengan undang-undang baharu bagi kesalahan yang lebih spesifik. Selain itu Kerajaan boleh mempertimbangkan untuk mewujudkan satu Perundangan baharu yang berbentuk jenayah atau quasi jenayah/ sivil.

ii. Pindaan Perundangan
iaitu membuat pindaan kepada perundangan yang sedia ada bagi memastikan isu provokasi 3R dapat ditangani secara holistik; atau

iii. Tiada Pindaan Perundangan (status quo) iaitu tiada perubahan perundangan diperlukan di mana usaha menangani isu provokasi 3R diteruskan melalui pendekatan yang lain.

Azalina berkata, kerajaan akan terus melibatkan semua pihak berkepentingan dalam mempertimbangkan hala tuju dasar dan perundangan yang holistik untuk dijadikan panduan kepada Kerajaan Perpaduan dalam menangani isu provokasi melibatkan 3R dan pada masa yang sama menggalakkan toleransi, keharmonian dan perpaduan.

“Di samping itu, hasil dari Perbincangan Kumpulan Fokus dan Dialog Perundangan 3R akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri.

“Kerajaan Perpaduan menyokong hak kebebasan bersuara sebagai hak rakyat Malaysia seperti mana yang dijamin di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan, selaras dengan Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (Universal Declaration of Human Rights) [UDHR] pada masa yang sama mengambil kira bahawa hak kebebasan bersuara haruslah dimanfaatkan secara bertanggungjawab,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/21/dialog-perundangan-3r-tangani-isu-provokasi-agama-bangsa-institusi-raja-raja-3r/feed/ 0 38704
Tangani Isu Kurang Zat Makanan Menerusi Komunikasi Perubahan Sosial dan Tingkahlaku https://sabahmedia.com/2023/07/17/tangani-isu-kurang-zat-makanan-menerusi-komunikasi-perubahan-sosial-dan-tingkahlaku/ https://sabahmedia.com/2023/07/17/tangani-isu-kurang-zat-makanan-menerusi-komunikasi-perubahan-sosial-dan-tingkahlaku/#respond Mon, 17 Jul 2023 13:25:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38455
Read Time:1 Minute, 54 Second

KOTA KINABALU: Dalam usaha memperluaskan penggunaan Komunikasi Perubahan Sosial dan Tingkahlaku, seramai 31 Pegawai Sains (Pemakanan) dan Pakar Perubatan Keluarga yang bertugas di Sarawak dan Labuan telah menjalani kursus bagi memahami kepentingan menggunakan pendekatan ini dalam tugas harian mereka.

Perubahan tingkahlaku dalam kalangan individu dan komuniti amat penting dalam konteks mencapai sasaran yang diharapkan apabila menangangi isu kurang zat makanan dan lain-lain isu kesihatan termasuk anemia, menjadikan ia satu kemahiran yang bermanfaat untuk pekerja profesional dalam sektor kesihatan.

Kursus yang diadakan di Miri, Sarawak berlangsung selama tiga bermula dari 11 hingga 13 Julai dianjurkan oleh Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan dengan sokongan UNICEF Malaysia.

Ia dijalankan oleh pakar dalam bidang Komunikasi Perubahan Sosial dan Tingkahlaku daripada Unit Penyelidikan Komunikasi Pembangunan (C4D) UMS-UNICEF.

Peserta didedahkan pada konsep, falsafah dan aplikasi berkait komunikasi perubahan tingkahlaku sebagai satu alat yang boleh digunakan untuk merangka program bagi mengurangkan kejadian anemia dalam kalangan remaja perempuan dan wanita pada usia reproduktif.

Pendekatan ini boleh juga digunakan untuk menggalakkan penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan pertama dan dalam mengatasi masalah kurang zat makanan dalam kalangan kanak-kanak berusia kurang daripada lima tahun.

Komunikasi berkait perubahan tingkahlaku menggunakan pendekatan tertentu bagi mengubah amalan kebiasaan kumpulan sasar pada yang lebih baik, dan pengetahuan ini membantu petugas kesihatan untuk menangani masalah tingkahlaku yang mungkin menjadi penghalang pada program yang dirancang.

Berdasarkan maklumbalas daripada peserta, mereka kini lebih memahami keperluan komuniti yang berbeza, dan ini membolehkan mereka melaksanakan polisi yang berkait dengan kurang zat makanan dan isu kesihatan lain.

Sementara itu, Ketua Unit Penyelidikan Komunikasi Pembangunan UMS-UNICEF, Dr Latif Lai berkata peluang melatih lebih ramai profesional dari Kementerian Kesihatan dalam bidang komunikasi perubahan tingkahlaku adalah sesuatu yang dialu-alukan.

“Ini adalah kali kedua Unit ini terlibat dengan Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan dalam menjalankan latihan seumpama ini. Kali pertama adalah pada 2020 untuk Pegawai Sains (Pemakanan) yang bertugas di Sabah,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Unit Penyelidikan Komunikasi Pembangunan UMS-UNICEF mula beroperasi pada tahun 2019 dengan kerjasama UNICEF Malaysia. Unit ini berpusat di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah.

Unit ini berfungsi untuk memperluaskan dan mengukuhkan penggunaan komunikasi perubahan tingkahlaku dan sosial bagi menangani pelbagai isu yang dihadapi masyarakat, terutamanya wanita dan kanak-kanak. Ia telah menjalankan 14 siri latihan melibatkan 300 peserta.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/17/tangani-isu-kurang-zat-makanan-menerusi-komunikasi-perubahan-sosial-dan-tingkahlaku/feed/ 0 38455