Tangani Masalah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 08 May 2023 14:06:11 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tangani Masalah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 UBBL 2022 selaraskan pengunaan undang-undang bangunan, tangani masalah pembinaan struktur haram https://sabahmedia.com/2023/05/08/ubbl-2022-selaraskan-pengunaan-undang-undang-bangunan-tangani-masalah-pembinaan-struktur-haram/ https://sabahmedia.com/2023/05/08/ubbl-2022-selaraskan-pengunaan-undang-undang-bangunan-tangani-masalah-pembinaan-struktur-haram/#respond Mon, 08 May 2023 09:54:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34011
Read Time:2 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kini boleh menyelaraskan penggunaan undang-undang bangunan yang seragam selain menangani masalah pembinaan struktur tanpa kelulusan PBT atau haram yang sering menjadi isu kontroversial dengan terwartanya Uniform Building By-Laws (UBBL) 2022.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata, sebelum UBBL 2022 diwartakan, terdapat ketidakselarasan dan ketidakseragaman dalam pentadbiran, pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang kecil bangunan di setiap PBT.

Tambahan lagi, undang-undang kecil bangunan yang ada di beberapa PBT merupakan undang-undang yang sudah dilihat tidak relevan lagi, tambahnya.

“Justeru itu, pihak Kementerian telah mengambil inisiatif melalui Jawatankuasa Semakan Uniform Building By-Laws 2022 untuk meneliti dan mengkaji semula undang-undang kecil bangunan tersebut agar sentiasa relevan, terkini dan memenuhi kehendak semasa.

“Dengan adanya UBBL 2022 ini, semua PBT dapat menyelaraskan penggunaan undang-undang kecil bangunan yang seragam,” katanya ketika merasmikan Bengkel dan Majlis Pelancaran UBBL 2022 di Shangri-La Tanjung Aru Resort & Spa, di sini, hari ini.

Dr Joachim berkata, antara pindaan baharu dan penting ke atas UBBL 2022 ini adalah pengeluaran Certificate of Completion and Compliance (CCC) oleh para professional ataupun Principal Submitting Person (PSP) bagi menggantikan Perakuan Kelayakan Menduduki (Occupation Certificate) yang sebelum ini dikeluarkan oleh PBT.

“PSP merupakan golongan professional yang terdiri daripada arkitek, jurutera professional dan pelukis pelan berdaftar.

“Pengeluaran CCC oleh PSP adalah secara self-certification dan self-regulation dan PBT boleh menggunakan kuasanya di bawah by-law 216(4) dan (5) UBBL 2022 untuk menjalankan pemeriksaan semasa pembinaan bagi memastikan bangunan yang dibina adalah mematuhi pelan bangunan yang diluluskan. Sekiranya terdapat ketidakpatuhan, PBT boleh menahan pengeluaran CCC tersebut,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, secara keseluruhanya, UBBL 2022 merupakan satu langkah positif dan mempunyai penyuasaian dengan amalan/praktis kesenibinaan dan kejuruteraan masa kini.

“Selain daripada itu, UBBL 2022 juga memperuntukkan kuasa undang-undang yang lagi ketat untuk mengenakan kompaun tidak melebihi RM5000 (lima ribu ringgit) dan kadar penalti tidak melebihi RM100,000 (seratus ribu ringgit) terhadap mana-mana orang yang melanggar peruntukan di bawah UBBL 2022 tersebut.

“Ini secara tidak langsung membolehkan PBT untuk menangani masalah pembinaan struktur tanpa kelulusan PBT atau haram yang sering menjadi isu kontroversial di setiap PBT,” kata Dr. Joachim.

Jika dilihat secara menyeluruh katanya, UBBL 2022 memberikan sedikit sebanyak garis panduan kepada PBT untuk memberikan perkhidmatan terbaik dalam mengatasi ketidakseragaman dalam pentadbiran, pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang kecil bangunan di setiap PBT.

“Semoga bengkel ini memberikan manfaat kepada semua peserta. Pihak Kementerian akan sentiasa menyokong usaha-usaha yang dilaksanakan demi kepentingan bersama,” katanya lagi.

Terdahulu, Dr Joachim berkata, industri pembinaan merupakan salah satu industri terpenting yang menyumbang kepada ekonomi bukan sahaja di Sabah bahkan di seluruh negara.

Katanya, industri pembinaan juga merupakan satu industri yang terikat dengan undang-undang , di mana setiap pembinaan harus mengikut undang-undang yang berkenaan bagi melindungi ataupun mengawal aspek yang terlibat dengan pembinaan, penghuni bangunan dan struktur.

Hadir sama ialah Setiausaha Tetap Kementerian bersama Timbalan Setiausaha Tetap I, Dr. Jamili Nais dan Stanley Chong; Jurutera Kanan, Isidore Ignatius Simin; LAr. Nurulhayati Awang More serta; Presiden Majlis Perbandaran Tawau dan Sandakan, Pegawai-pegawai Eksekutif serta para pegawai kementerian.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/08/ubbl-2022-selaraskan-pengunaan-undang-undang-bangunan-tangani-masalah-pembinaan-struktur-haram/feed/ 0 34011
Penduduk Gesa Jabatan Air Tangani Masalah Air Paip Keruh Di Kuala Penyu & Menumbok https://sabahmedia.com/2021/09/30/penduduk-gesa-jabatan-air-tangani-masalah-air-paip-keruh-di-kuala-penyu-menumbok/ https://sabahmedia.com/2021/09/30/penduduk-gesa-jabatan-air-tangani-masalah-air-paip-keruh-di-kuala-penyu-menumbok/#respond Thu, 30 Sep 2021 06:11:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7019
Read Time:1 Minute, 41 Second

BEAUFORT: Penduduk di kawasan Kuala Penyu dan Menumbok terpaksa berdepan dengan masalah bekalan air paip sangat keruh sejak kebelakangan ini.

Ketua Umno Bahagian Beaufort, Ag Aslee Lakat menggesa Jabatan Air Daerah Beaufort dan Kuala Penyu supaya mengambil tindakan segera menangani masalah bekalan air paip yang sangat keruh dihadapi penduduk di kawasan tersebut.

Katanya, keadaan air yang berwarna coklat seperti air milo itu terpaksa dihadapi penduduk untuk kegunaan harian mereka kerana tidak ada pilihan lain.

“Air keruh yang mengalir dalam paip penduduk sangat menyedihkan dan Jabatan Air perlu mengambil tindakan segera untuk menanganinya,” katanya dalam satu hantaran di akaun facebooknya hari ini.

Menurut beliau, jabatan terbabit perlu memberi penjelasan kepada penduduk kenapa bekalan air ke Kuala Penyu dan Menumbok sangat keruh dalam beberapa minggu ini.

Ag Aslee yang juga Setiausaha Eksekutif Umno Sabah, berkata jabatan berkenaan seharusnya tampil memberi penjelasan munasabah supaya penduduk tidak terlalu kecewa dan mempersoalkan peranan pegawai-pegawainya dalam menjalankan tugas mereka

Tambah beliau, pihaknya berkeyakinan Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Bung Moktar Radin tidak mengizinkan situasi sedemikian terpaksa dihadapi rakyat khususnya di Kuala Penyu dan Menumbok.

“Justeru, kakitangan Jabatan Air patut melakukan sesuatu yang sesuai dengan tugas yang diamanahkan kepada mereka,” ujar Ag Aslee.

Sementara itu, ribuan penduduk yang terlibat yang secara kebetulan baru sahaja memperolehi bekalan air di paip-paip di rumah masing-masing berasa terkejut dengan keadaan bekalan air yang sangat keruh itu.

Seorang penduduk, Matussin Latip mendakwa, pihaknya terkejut apabila mendapati air paip keruh berwarna coklat yang terpaksa digunakan untuk mandi dan minum.

Katanya, keadaan air keruh itu masih berlarutan dan ia rata-rata dihadapi penduduk yang terpaksa menggunakannya untuk keperluan harian.

Mohd Ariffin, seorang lagi penduduk yang kecewa dengan masalah bekalan air itu meminta pihak berkuasa berkaitan segera tampil menyelesaikan masalah itu.

“Kami terlalu kecewa dengan bekalan air seperti ini. Sebelum ini kami menghadapi masalah air bersih sejak beberapa bulan namun apabila air paip sudah mengalir, begini pula warnanya, memang sangat sedih,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/30/penduduk-gesa-jabatan-air-tangani-masalah-air-paip-keruh-di-kuala-penyu-menumbok/feed/ 0 7019