Tangani – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 07 Feb 2024 13:52:37 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tangani – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SYBIL akan tubuh pasukan petugas, tangani isu industri & pembangunan ekonomi Sabah https://sabahmedia.com/2024/02/07/sybil-akan-tubuh-pasukan-petugas-tangani-isu-industri-pembangunan-ekonomi-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/02/07/sybil-akan-tubuh-pasukan-petugas-tangani-isu-industri-pembangunan-ekonomi-sabah/#respond Wed, 07 Feb 2024 13:52:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49158
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Rangkaian Pemimpin Muda Perniagaan dan Industri Sabah (SYBIL) akan menubuhkan pasukan petugas yang memberi tumpuan kepada menangani isu keselamatan makanan, projek pelancongan, pembangunan keusahawanan dan dasar pembangunan data yang lebih menjurus kepada pematuhan keperluan pentadbiran, kata presidennya, Ar. James Wong.

Beliau berkata, pada masa ini, SYBIL menyasarkan tempoh enam bulan untuk membangunkan aktiviti bernilai tinggi, cadangan pembangunan dasar, program pembelajaran yang berkesan, penglibatan kerajaan dan cadangan industri.

“Kumpulan ini menumpukan perhatian pada isu industri dan peluang pembangunan dalam ekonomi domestik tempatan Sabah dari pandangan komuniti pemilik perniagaan tempatan Sabah, serta juga menubuhkan pentadbiran organisasi.

“Kumpulan ini juga akan menubuhkan pasukan pasukan petugas yang memberi tumpuan kepada menangani isu keselamatan makanan, projek pelancongan, pembangunan keusahawanan dan dasar pembangunan data yang lebih menjurus kepada pematuhan keperluan pentadbiran,” katanya dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahlj Jawatankuasa SYBIL di sini, hari ini.

Lebih 28 ahli jawatankuasa pengasas hadiri pada mesyuarat itu termasuk Datuk Jade Koh dari Jetsin, Kenji Yeo dari Amazing Borneo, peguam Datuk Roger Chin, Keith Koh dari Rickoh Group, Gordon Pan dari The Big G Events, Jawad Khan yang merupakan pengarah kebangsaan Miss International Malaysia, dan ramai lagi profesional terkenal dan pemilik perniagaan yang berkongsi matlamat tunggal untuk menambah baik Sabah melalui inisiatif sektor swasta.

James berkata, beberapa matlamat kumpulan itu juga adalah untuk meluaskan pengaruh dan rangkaian komuniti perniagaan Sabah ke skala yang lebih besar, memanfaatkan saiz rantau Borneo yang lebih besar melalui BIMP-EAGA, dan ASEAN/APEC.

“Kami mahu berorientasikan tugas, supaya kami boleh memberi tumpuan kepada kurang bercakap, melakukan lebih banyak tindakan (talking less, doing more).

“Kami akan menetapkan program-program penting untuk memantau kemajuan kumpulan kami, dan yang paling penting adalah menumpukan tugas dan memfokuskan aktiviti.

“SYBIL kini dalam proses pendaftaran dengan Pendaftar Pertubuhan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/07/sybil-akan-tubuh-pasukan-petugas-tangani-isu-industri-pembangunan-ekonomi-sabah/feed/ 0 49158
Pembangkang sebar fitnah alih perhatian usaha kerajaan GRS-PH tangani isu rakyat Sabah – Joniston https://sabahmedia.com/2024/01/16/pembangkang-sebar-fitnah-alih-perhatian-usaha-kerajaan-grs-ph-tangani-isu-rakyat-sabah-joniston/ https://sabahmedia.com/2024/01/16/pembangkang-sebar-fitnah-alih-perhatian-usaha-kerajaan-grs-ph-tangani-isu-rakyat-sabah-joniston/#respond Tue, 16 Jan 2024 11:28:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48067
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Selepas setahun usaha menumbangkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor menemui kegagalan, pihak pembangkang kini cuba menyebarkan pembohongan dan fitnah untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada usaha kerajaan Gabungan Rakyat Sabah – Pakatan Harapan (GRS-PH) dalam menangani isu-isu berterusan di Sabah.

Ketua Penerangan GRS, Datuk Joniston Bangkuai, berkata tindakan ini bertujuan untuk mengganggu inisiatif pembangunan kerajaan, mungkin dengan motif awal untuk mempengaruhi pilihan raya negeri.

“Adalah dikesali ketika kerajaan Negeri GRS-PH bekerja keras untuk menangani pelbagai masalah yang telah lama melanda Sabah seperti air, elektrik dan jalan raya, pembangkang nampaknya lebih berminat untuk menipu rakyat dengan dakwaan palsu dan fitnah, ” katanya.

Beliau berkata cubaan menjatuhkan imej Ketua Menteri menunjukkan niat jelas pembangkang untuk mengganggu usaha berterusan kerajaan dalam memupuk pembangunan rakyat di negeri ini.

“Satu contoh usaha ketara melibatkan ‘cyber troopers’ pembangkang menyebarkan fitnah mengaitkan ahli keluarga Ketua Menteri dengan kartel dadah.

“Bertentangan dengan naratif pembangkang, kerajaan GRS-PH terus berdedikasi dalam menyelesaikan isu rakyat dan usaha memupuk kemakmuran.

“GRS-PH mengutamakan keputusan konkrit dan komited kepada hasil yang nyata, bukannya retorik semata-mata,” tegas Joniston.

Joniston turut menekankan keperluan untuk dialog yang membina dan menyebarkan maklumat yang benar untuk manfaat rakyat.

“Kerajaan Negeri GRS-PH kekal komited kepada ketelusan dan kemajuan, dan kami mengajak pembangkang untuk terlibat dalam perbincangan yang adil serta tepat demi kebaikan Sabah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/16/pembangkang-sebar-fitnah-alih-perhatian-usaha-kerajaan-grs-ph-tangani-isu-rakyat-sabah-joniston/feed/ 0 48067