tangkapan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 18 Dec 2025 10:09:24 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png tangkapan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Rakaman tangkapan polis tular, dua lelaki tempatan ditahan https://sabahmedia.com/2025/12/18/rakaman-tangkapan-polis-tular-dua-lelaki-tempatan-ditahan/ https://sabahmedia.com/2025/12/18/rakaman-tangkapan-polis-tular-dua-lelaki-tempatan-ditahan/#respond Thu, 18 Dec 2025 10:07:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88534
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Dua lelaki tempatan masing-masing berusia 28 dan 22 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan kes kecurian yang berlaku di Telipok, di sini, pada 12 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, kejadian kira-kira jam 2.05 petang itu melibatkan seorang wanita tempatan berusia 56 tahun yang kehilangan sebuah beg silang berisi dokumen pengenalan diri, kad bank, telefon bimbit, wang tunai serta kunci kenderaan, dengan anggaran kerugian kira-kira RM1,500.

Menurutnya, semakan lanjut mendapati kenderaan yang digunakan suspek merupakan sebuah kereta sewa yang dilengkapi sistem pengesanan global (GPS), sebelum maklumat berkenaan disalurkan kepada pasukan polis untuk tindakan segera.

“Pada hari yang sama kira-kira jam 4.20 petang, anggota Rondaan Cegah Jenayah (RCJ) berjaya mengesan kenderaan terbabit. Kejar-mengejar berlaku sebelum kenderaan suspek terbabas dan kedua-dua suspek berjaya ditahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan ke atas suspek membawa kepada penemuan semula barang-barang milik mangsa, manakala ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah.

Kasim berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan suspek turut ditahan bagi membantu siasatan lanjut kes-kes lain, selain permohonan reman akan dibuat di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

“Rakaman video tangkapan yang tular di media sosial adalah rakaman sebenar hasil tindakan pantas anggota polis semasa menjalankan tugas,” ujarnya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap keselamatan diri dan harta benda serta segera menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membantu pencegahan dan penyelesaian kes jenayah.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/18/rakaman-tangkapan-polis-tular-dua-lelaki-tempatan-ditahan/feed/ 0 88534
50 kes tangkapan dalam seminggu Op Khas Pagar Laut https://sabahmedia.com/2024/03/25/50-kes-tangkapan-dalam-seminggu-op-khas-pagar-laut/ https://sabahmedia.com/2024/03/25/50-kes-tangkapan-dalam-seminggu-op-khas-pagar-laut/#respond Mon, 25 Mar 2024 13:51:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51612
Read Time:1 Minute, 59 Second

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mencatatkan 50 kes tangkapan bagi pelbagai kesalahan dengan nilai dianggarkan lebih RM4.5 juta bagi seminggu pelaksanaan Op Khas Pagar Laut 1/2024 di seluruh perairan negara.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata, kes-kes tangkapan adalah bagi kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen 1959/63, Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Kastam 1967, Akta Dadah Berbahaya 1952, Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS).

Beliau turut memaklumkan, daripada jumlah yang dinyatakan, Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan 16 kes tangkapan dengan nilai rampasan hampir RM400 ribu di bawah undang-undang yang sama.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan tinjaun Op Khas Pagar Laut 1/2024 di perairan Sabah hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi Abdullah, Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik serta Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maritim, Laksamana Pertama Maritim Ahmad Faridi Ferdaus.

Datuk Hamid menjelaskan, operasi ini diaktifkan semula di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dalam usaha mengekang dan memerangi aktiviti jenayah rentas sempadan khususnya di kawasan titik panas (Hotspot) pada bulan Ramadan dan Syawal.

Operasi khas ini dilaksanakan dalam empat fasa iaitu bermula Fasa I iaitu persediaan (pengumpulan maklumat dan siap siaga aset) pada 12 Mac hingga 17 Mac 2024 diikuti Fasa II iaitu penguatkuasaan sebelum perayaan (18 Mac hingga 1 April).

Seterusnya Fasa III merangkumi penguatkuasaan semasa perayaan (2 April hingga 16 April) dan diikuti Fasa IV iaitu penguatkuasaan selepas perayaan (17 April hingga 30 April).

Datuk Hamid dalam pada itu turut berkata, kejayaan yang dicatatkan adalah bukti para pegawai dan anggota Agensi ini melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan dengan komitmen tinggi serta berintegriti.

Justeru beliau menyeru agar seluruh warga Maritim Malaysia meneruskan momentum berkenaan agar tanggungjawab yang digalas ini terus mendapat kepercayaan Kerajaan seterusnya keselamatan dan ketenteraman rakyat terjaga khususnya ketika menjelang lebaran nanti.

Pada sesi tinjuaan tersebut, Datuk Hamid turut menyampaikan bingkisan raya kepada warga Kapal Maritim (KM) ARAU melalui Pegawai Memerintahnya Kepten Maritim Solehudin bin Zakaria serta Pegawai-Pegawai Memerintah Kapal Maritim yang menjalankan operasi berkenaan di Sabah .

Melalui bingkisan yang disampaikan ini, beliau berharap ia dapat menceriakan pegawai dan anggota KM ARAU yang kini bertugas berjauhan daripada keluarga sempena perayaan kali ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/25/50-kes-tangkapan-dalam-seminggu-op-khas-pagar-laut/feed/ 0 51612