tanjung aru – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 24 Nov 2025 06:44:21 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png tanjung aru – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PRU Sabah : Chan tawar aspirasi pembangunan seimbang untuk Tanjung Aru https://sabahmedia.com/2025/11/24/pru-sabah-chan-tawar-aspirasi-pembangunan-seimbang-untuk-tanjung-aru/ https://sabahmedia.com/2025/11/24/pru-sabah-chan-tawar-aspirasi-pembangunan-seimbang-untuk-tanjung-aru/#respond Mon, 24 Nov 2025 06:44:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86891
Read Time:2 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU : Calon HARAPAN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Aru, Datuk Chan Foong Hin, tampil dengan rangka pelan pembangunan menyeluruh yang menumpukan kepada pendidikan, infrastruktur, kebajikan sosial dan kemudahan digital, demi memastikan Tanjung Aru terus maju tanpa sesiapa tercicir daripada arus pembangunan.

Berpengalaman sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjong (2013–2018), Ahli Parlimen Kota Kinabalu sejak 2018 serta memegang jawatan Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi sejak 2023, Datuk Chan menyifatkan pemilihannya sebagai calon DUN Tanjung Aru sebagai peluang penting untuk memperkukuhkan lagi pembangunan di kawasan tersebut.

“Dengan peranan saya sebagai Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri, manfaat kepada rakyat boleh digandakan.

“Lebih banyak dasar, bantuan dan program dapat disalurkan secara terus kepada penduduk Tanjung Aru,” katanya.

Beliau memberi fokus utama kepada pendidikan, khususnya cabaran perjalanan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Gaya yang perlu merentas laut setiap hari.

Bagi memastikan keselamatan dan memudahkan urusan ke sekolah, beliau berjanji menyediakan tambang bot percuma sepanjang musim persekolahan dimana kos operasi ditanggung sepenuhnya sebagai usaha memastikan anak-anak pulau tidak ketinggalan dalam pendidikan.

“Kita mahu anak-anak Pulau Gaya berjaya. Pendidikan akan mengubah masa depan keluarga dan komuniti mereka,” katanya.

Mengulas kesesakan trafik yang semakin membebankan penduduk, beliau menegaskan keperluan penyelesaian segera memandangkan Pantai Tanjung Aru kini menjadi tumpuan utama pelancong tempatan dan antarabangsa.

Beliau akan bekerjasama rapat dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) untuk mewujudkan laluan pintas baharu yang dapat mengurangkan tekanan trafik yang kini hanya bergantung pada satu laluan utama.

Jalan baharu itu dijangka memberi manfaat langsung kepada penduduk selain menyokong perkembangan sektor pelancongan secara lebih tersusun.

Dalam aspek kebajikan sosial, Chan mahu memastikan golongan rentan seperti nelayan, pemandu e-hailing dan penghantar makanan mendapat perlindungan sewajarnya.

Selaras dengan kelulusan Rang Undang-Undang Pekerja Gig 2025, beliau menawarkan pendaftaran percuma bagi pendaftaran kali pertama Skim LINDUNG Kendiri.

Langkah tersebut akan memastikan pekerja gig di Tanjung Aru tidak tercicir daripada perlindungan sosial asas yang penting untuk keselamatan dan kesejahteraan mereka.

“Janji saya jelas – memastikan golongan rentan sentiasa dibela dan tidak terpinggir,” katanya.

Sementara itu, masalah internet perlahan dan tidak stabil di Tanjung Aru turut menjadi keprihatinan beliau.

Beliau turut mengakui kerap berdepan situasi tersebut ketika berada di kawasan berkenaan.

Justeru, beliau komited memperjuangkan peningkatan rangkaian 5G yang lebih stabil dan pantas agar penduduk dapat menikmati kemudahan digital yang setara dengan kawasan lain, sekali gus menyokong ekonomi tempatan, pendidikan dan produktiviti harian.

Dengan tekad, pengalaman dan rangka pelan yang menyasar kepada keperluan sebenar rakyat, Chan yakin aspirasi pembangunan seimbang ini mampu membawa perubahan nyata kepada Tanjung Aru.

Beliau menegaskan bahawa pembangunan kawasan tersebut perlu bersifat inklusif – memastikan setiap lapisan masyarakat menikmati kemajuan, sekali gus meningkatkan kualiti hidup dan merancakkan potensi ekonomi setempat. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/24/pru-sabah-chan-tawar-aspirasi-pembangunan-seimbang-untuk-tanjung-aru/feed/ 0 86891
Pelancaran manifesto PH Sabah ditunda Ahad ini – Chan https://sabahmedia.com/2025/11/19/pelancaran-manifesto-ph-sabah-ditunda-ahad-ini-chan/ https://sabahmedia.com/2025/11/19/pelancaran-manifesto-ph-sabah-ditunda-ahad-ini-chan/#respond Wed, 19 Nov 2025 10:09:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86399
Read Time:1 Minute, 45 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Pengarah Parti Tindakan Demokratik (DAP) Datuk Chan Foong Hin mengesahkan pelancaran manifesto Pakatan Harapan Sabah (PH) ditunda ke Ahad ini.

“Penundaan itu berpunca daripada isu terjemahan dan persediaan dokumen. Saya dimaklumkan Pengerusi PKR Sabah Datuk Mustapha Sakmud bahawa manifesto yang dijadualkan hari ini dijadualkan semula ke Ahad ini.

“Manifesto itu digarap untuk menumpukan isu asas yang dihadapi rakyat Sabah, khususnya perkhidmatan penting seperti bekalan air dan elektrik.

“Semangat di sebalik manifesto ini tentang kembali kepada perkara asas. Rakyat Sabah berdepan cabaran utama yang nyata dan matlamat kami memastikan masalah itu ditangani secara praktikal,” katanya kepada pemberita selepas lawatan ke Kampung Torong Logong Pulau Gaya pada Rabu.

Beliau yang terlibat dalam proses menggubal dokumen itu berkata, meskipun gaya bahasa mungkin berbeza sedikit daripada versi terdahulu, mesej teras kekal sama, iaitu menangani keperluan asas serta meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Katanya, manifesto itu dirangka melalui perancangan teliti dan libat urus bagi memastikan kandungannya selari dengan aspirasi masyarakat.

“Kembali kepada asas bukan bermaksud kurang aspirasi. Ia bermaksud meletakkan keperluan rakyat Sabah sebagai keutamaan, memastikan air, elektrik, pendidikan dan perkhidmatan penting lain dapat diakses semua.

“Ini antara bidang yang paling mendesak untuk diperbaiki,” katanya.

Chan berkata, penundaan itu penting bagi memastikan ketepatan terjemahan serta memberi ruang kepada pasukan yang menyediakan pembentangan lebih menyeluruh kepada media dan orang ramai.

“Saya yakin pelancaran pada Ahad akan menyampaikan agenda PH Sabah dengan lebih jelas dan berkesan.

“Manifesto ini mewakili visi kolektif pasukan kami dan penting untuk memastikan ia sampai kepada rakyat tanpa kekeliruan.

“Penjadualan semula memastikan kami dapat membentangkannya dengan baik,” katanya.

Manifesto itu dijangka menggariskan cadangan utama serta inisiatif bagi Sabah sebagai komitmen gabungan menangani cabaran jangka pendek dan jangka panjang di negeri ini.

Pada Selasa, Mustapha memaklumkan PH akan melancarkan manifesto bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-17 (PRU17 Sabah) pada Khamis dengan fokus terhadap cadangan penubuhan dana khas untuk rakyat Sabah.

Katanya, manifesto itu akan menangani isu teras negeri dan meneruskan komitmen kerajaan Madani.
Antara cadangan utama ialah penubuhan dana khas bagi mengurus tuntutan 40 peratus hasil Sabah dengan menekankan ketelusan serta keutamaan penyelesaian isu asas negeri.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/19/pelancaran-manifesto-ph-sabah-ditunda-ahad-ini-chan/feed/ 0 86399
30 calon hadir di PPC Dewan Sri Putatan https://sabahmedia.com/2025/11/15/30-calon-hadir-di-ppc-dewan-sri-putatan/ https://sabahmedia.com/2025/11/15/30-calon-hadir-di-ppc-dewan-sri-putatan/#respond Sat, 15 Nov 2025 06:27:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85869
Read Time:1 Minute, 30 Second

Oleh J Evachel John

PUTATAN: Suasana di Pusat Penamaan Calon (PPC) di Dewan Sri Putatan meriah apabila seramai 30 calon hadir mengemukakan borang penamaan masing-masing.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Masawi Salleh, mengumumkan bahawa semua borang yang diterima telah disemak dan tiada satupun ditolak.

Daripada jumlah itu, sembilan calon bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.22 Tanjung Aru, 10 calon bagi kerusi DUN N.23 Petagas dan 11 calon bagi DUN N.24 Tanjung Keramat.

Berikut senarai penuh calon mengikut DUN yang diumumkan oleh Masawi sekitar jam 11.40 pagi tadi.

Calon DUN Tanjung Aru. Foto ihsan JAPEN

N.22 TANJUNG ARU (9 calon)

  1. Loh Ee Eng – Parti Bumi Kenyalang (PBK)
  2. Hiew Choon Yu – Parti Solidariti Tanah Airku (STARSabah)
  3. Wong Hong Jun – Parti Warisan Sabah (Warisan)
  4. Yee Wee Ping – Parti Impian Sabah (PIS)
  5. Dennison R. Indang – UPKO
  6. Mohamed Zaim Ansawi – Bebas (Kunci)
  7. Dr. Ritchie Jay Cheng – Bebas (Gajah)
  8. Suhaimi Buang – Perikatan Nasional (PN)
  9. Datuk Chan Foong Hin – Pakatan Harapan (PH)
Calon DUN Petagas. Foto Ihsan JAPEN

N.23 PETAGAS (10 calon)

  1. Aslin Samat – Parti Impian Sabah (PIS)
  2. Sabrezani Sabdin Ghani – Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri)
  3. Dr. Afifi Saif – Perikatan Nasional (PN)
  4. Lee Nyuk Soon @ Jason Lee – UPKO
  5. Patrick Manius – Bebas (Rumah)
  6. Awang Husaini Sahari – Pakatan Harapan (PH)
  7. Awang Ahmad Sah – Bebas (Gajah)
  8. Adelaide Cornelius – Parti KDM
  9. Annita Shiela F. Among – STARSabah
  10. Uda Sulai – Warisan
Calon DUN Tanjung Keramat. Foto ihsan JAPEN

N.24 TANJUNG KERAMAT (11 calon)

  1. Sugarah @ Segarah Miasin – Parti KDM
  2. Farish Adamz @ Kanny – Perikatan Nasional (PN)
  3. Jeffery Nor Mohamed – Barisan Nasional (BN)
  4. Saifullah Phang – Bebas (Kunci)
  5. Mahadthir Asbollah – Parti Impian Sabah (PIS)
  6. Mil Kusin Abdillah – Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri)
  7. Shah Alfie Yahya – Gabungan Rakyat Sabah (GRS)
  8. Azni Mohd Salleh – STARSabah
  9. Rosdy Wasli – UPKO
  10. Mohammad Firdaus Diun @ Awang – Warisan
  11. Jasni Matlani – Parti Bumi Kenyalang (PBK)
]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/15/30-calon-hadir-di-ppc-dewan-sri-putatan/feed/ 0 85869
Call to act on illegal SUPs at Tanjung Aru https://sabahmedia.com/2025/10/17/call-to-act-on-illegal-sups-at-tanjung-aru/ https://sabahmedia.com/2025/10/17/call-to-act-on-illegal-sups-at-tanjung-aru/#respond Fri, 17 Oct 2025 07:08:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83504
Read Time:1 Minute, 38 Second

By Mu Vitet

KOTA KINABALU: A tourism player has urged the authorities to take firm action against the growing number of illegal and unregulated stand-up paddle (SUP) and water sport activities at Tanjung Aru First Beach.

There are more than 30 illegal operators conducting SUP activities in the public area of the beach.

Despite enforcement officers from Kota Kinabalu City Hall (KKCH) seizing the paddleboards, they have been unable to deter the illegal business.

The source, who requested anonymity, said numerous individuals and groups have been operating without valid licences, setting up makeshift tents as changing rooms, and selling or renting equipment directly on the beach.

“Some even leave their boats and gear on the park’s grass, which is clearly against KKCH park regulations,” the source said.

They added that many operators do not possess the required business or tourism licences, raising concerns over safety and fairness.

“There are reports of foreign nationals, including from China and Sarawak, illegal immigrants, and even child labour being involved.

“This is not just a licensing issue but also one of ethics and public safety,” the source revealed.

Several tourists have reportedly been harassed, overcharged, or cheated.

There have also been disputes and fights when rental items such as paddles went missing.

According to the source, illegal operators undercut licensed businesses by offering rates far below approved prices, causing unfair competition for legitimate operators who have complied with the law for years.

“Even licensed operators should not be allowed to sell or promote services directly to guests at the beach.

“All bookings and payments must go through proper counters, such as those at the Tanjung Aru Eco Development (TAED) area or the Korean restaurant section,” they said.

“City Hall must intensify enforcement and conduct regular monitoring before the situation worsens,” the source added.

Tanjung Aru First Beach is one of Kota Kinabalu’s most visited attractions, drawing busloads of tourists daily to witness its breathtaking sunset over the horizon.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/17/call-to-act-on-illegal-sups-at-tanjung-aru/feed/ 0 83504
237 penyewa Rumah Pangsa Tanjung Aru ditawar rumah PPR – Joachim https://sabahmedia.com/2025/07/07/237-penyewa-rumah-pangsa-tanjung-aru-ditawar-rumah-ppr-joachim/ https://sabahmedia.com/2025/07/07/237-penyewa-rumah-pangsa-tanjung-aru-ditawar-rumah-ppr-joachim/#respond Mon, 07 Jul 2025 04:54:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76841
Read Time:1 Minute, 40 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU:  Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah melalui agensi pelaksana Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) telah menawarkan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada kesemua 237 penyewa yang layak daripada 315 penyewa asal Rumah Pangsa Tanjung Aru.

Menurut Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, seramai 58 penyewa asal tidak ditawarkan rumah PPR kerana tidak memenuhi syarat Dasar Peruntukan Rumah Kos Rendah Disewakan, manakala 20 lagi telah memiliki rumah atas nama sendiri.

Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Aru, Datuk Junz Wong dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini, yang memohon memberikan penempatan kira-kira 50 ketua isi rumah dari kawasan tersebut.

Tambahnya, daripada 237 penyewa yang layak, seramai 113 telah menerima tawaran rumah PPR dan berpindah ke kediaman masing-masing. Mereka telah ditempatkan di beberapa lokasi iaitu Taman Jaya Diri (23 orang), Taman Bukit Setia (30), Taman Puri Warisan (25), Taman Sri Anak (5), PPR Kibabaig di Penampang (23), Gayang 2 di Tuaran (2), Taman Keramat di Putatan (2), dan Taman Serigai, Putatan (3).

“Namun begitu, seramai 124 penyewa menolak tawaran atas alasan lokasi rumah yang ditawarkan terlalu jauh daripada tempat kerja, sekolah anak atau kemudahan kesihatan.

“Setakat 3 Julai 2025, masih terdapat 55 penghuni yang belum berpindah keluar daripada Rumah Pangsa Tanjung Aru. Ini termasuk 30 yang telah menerima rumah PPR tetapi masih belum berpindah, 18 yang menolak tawaran, serta tujuh yang tidak layak ditawarkan rumah,” katanya.

Menjawab soalan tambahan daripada ADUN Lamag mengenai cadangan menjadikan rumah PPR sebagai skim sewa beli, Joachim menjelaskan bahawa dasar semasa hanya membenarkan sewaan, dan bukan sewa untuk memiliki.

“Polisi rumah PPR disediakan untuk sewaan sahaja sebagai langkah sementara. Kita beri peluang kepada penghuni untuk menstabilkan keadaan kewangan mereka dan seterusnya membeli rumah kos rendah atau mampu milik sendiri,” jelasnya.

Menurut beliau lagi, sekiranya rumah PPR dijadikan skim sewa beli, ia akan menjejaskan keupayaan kerajaan menyediakan unit sewaan kepada rakyat lain yang turut memerlukan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/07/237-penyewa-rumah-pangsa-tanjung-aru-ditawar-rumah-ppr-joachim/feed/ 0 76841
DBKK benarkan Taman Perdana Tanjung Aru beroperasi semula https://sabahmedia.com/2024/11/24/dbkk-benarkan-taman-perdana-tanjung-aru-beroperasi-semula/ https://sabahmedia.com/2024/11/24/dbkk-benarkan-taman-perdana-tanjung-aru-beroperasi-semula/#respond Sat, 23 Nov 2024 16:02:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64288
Read Time:38 Second

Kota Kinabalu: Taman Perdana Tanjung Aru di sini telah diberi kebenaran untuk beroperasi semula seperti biasa selepas ianya ditutup berikutan insiden pengunjung diserang memerang ketika beriadah di taman itu pada awal September lalu.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam satu kenyataan memaklumkan, kebenaran pengoperasian semula ini telah dimaklumkan kepada pihak pengurusan taman berkenaan sejak awal bulan ini untuk tindakan selanjutnya.

“Walau bagaimanapun, pembukaan semula taman ini adalah tertakluk kepada kesediaan pihak pengurusan taman. 

“Sebarang pertanyaan berhubung operasi taman ini hendaklah dikemukakan kepada pihak pengurusan Taman Perdana Tanjung Aru,” menurut kenyataan itu di sini semalam.

Terdahulu, pada 11 September 2024, DBKK telah mengeluarkan notis penutupan kepada pengurusan Taman Perdana Tanjung Aru untuk menutup sementara pengoperasian susulan insiden serangan memerang terhadap pengunjung awam. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/24/dbkk-benarkan-taman-perdana-tanjung-aru-beroperasi-semula/feed/ 0 64288
PPK Putatan bangunkan tapak perniagaan ahli Peladang di Pantai Tanjung Aru https://sabahmedia.com/2024/07/06/ppk-putatan-bangunkan-tapak-perniagaan-ahli-peladang-di-pantai-tanjung-aru/ https://sabahmedia.com/2024/07/06/ppk-putatan-bangunkan-tapak-perniagaan-ahli-peladang-di-pantai-tanjung-aru/#respond Sat, 06 Jul 2024 12:58:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57141
Read Time:2 Minute, 1 Second

PUTATAN: Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Putatan diberi kelulusan untuk membangun dan mentadbir urus satu kawasan seluas 1.46 ekar sebagai lokasi perniagaan berasaskan makanan di Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu.

Pengerusi PPK Putatan, Datuk Seri Dr. Arsit Sedi, berkata kelulusan yang diberikan Tanjung Aru Eco Development (TAED) Sdn. Bhd itu bakal membuka peluang kepada ahli PPK untuk berniaga di lokasi yang menjadi tumpuan pelancong itu.

Katanya, PPK Putatan akan menyediakan fasiliti untuk kemudahan peniaga dan keselesaan pengunjung di tapak baharu itu yang terletak di Pantai Tanjung Aru Dua.

“PPK Putatan diberi tapak bagi membuka tempat berniaga untuk ahli-ahli Peladang di Pantai Tanjung Aru Dua. Kita sudah hantar cadangan kepada TAED untuk pertimbangan Pengerusinya, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

“Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor juga bersetuju supaya PPK Putatan diberi kelulusan untuk membangunkan kawasan Pantai Tanjung Aru Dua itu.

“Fokus kita ialah perniagaan makanan atau restoran dan kraftangan, selain tempat untuk pelancong menikmati pemandangan matahari terbenam seperti yang menjadi tarikan Pantai Tanjung Aru,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PPK Putatan Kali Kesembilan Tahun 2024 yang disempurnakan Timbalan Ketua Menteri, Ir Shahelmey Yahya.

Selain di Pantai Tanjung Aru, Arsit berkata PPK Putatan juga akan membuka dan mengurus tadbir Peladang Outlet di Kampung Meruntum, di sini yang bakal dijadikan tempat untuk memasarkan hasil pertanian dari seluruh Sabah.

Katanya, pembinaan kemudahan itu mendapat kelulusan peruntukan sebanyak RM500,000 daripada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan ia akan dimulakan selepas PPK Putatan mendapat kelulusan pelan pembangunan daripada Majlis Daerah Putatan.

Pada masa yang sama, katanya PPK Putatan turut mendapat satu lagi tapak untuk dibangunkan sebagai lokasi perniagaan ahli Peladang, iaitu di Aeropod Tanjung Aru.

“Ini sama seperti di Pantai Tanjung Aru, kita akan membangunkan tapak untuk ahli Peladang berniaga di bawah urus tadbir PPK Putatan.

“Semua kemudahan yang disediakan melalui PPK ini adalah untuk manfaat ahli Peladang. Keuntungannya nanti bakal dinikmati ahli Peladang sendiri.

“Sehubungan itu, PPK Putatan menggalakkan ahli kita untuk memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang disediakan ini dan mengambil peluang program-program lain yang diwujudkan bagi memperkasa ahli Peladang,” katanya.

Sementara itu, Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan berharap menerusi perkembangan terbaharu PPK Putatan itu, ia dapat membantu pembangunan ekonomi di kawasan parlimen berkenaan.

“Saya berharap dengan kawasan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Sabah kepada PPK Putatan, pembangunan sosio ekonomi dapat diwujudkan seperti peluang pekerjaan dan perniagaan yang secara tidak langsung dapat menyumbang peningkatan ekonomi di Daerah Putatan ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/06/ppk-putatan-bangunkan-tapak-perniagaan-ahli-peladang-di-pantai-tanjung-aru/feed/ 0 57141
Penduduk Mahu LPPB Cari Jalan Penyelesaian, Sedia Penempatan Baharu https://sabahmedia.com/2022/01/25/penduduk-mahu-lppb-cari-jalan-penyelesaian-sedia-penempatan-baharu/ https://sabahmedia.com/2022/01/25/penduduk-mahu-lppb-cari-jalan-penyelesaian-sedia-penempatan-baharu/#respond Tue, 25 Jan 2022 05:16:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11524
Read Time:1 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU : Penduduk Rumah Pangsa Tanjung Aru disini mahu Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) mencari jalan penyelesaian bagi menyediakan tempat tinggal baru selepas mereka diberi notis pindah pada Mei tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Rumah Pangsa Tanjung Aru Dewi Yana Awang berkata, sehinga kini penduduk terbabit masih belum menerima sebarang maklumat lanjut bagi lokasi penempatan baharu penduduk.

“Penghuni sebulat suara bersetuju untuk berpindah tetapi dengan syarat-syarat tertentu. Kami mahu pihak LPPB memindahkan kami (penduduk) ke sebuah penempatan yang sesuai, selamat selain dekat dengan prasarana termasuk kemudahan.

“Kami tahu Rumah Pangsa Tanjung Aru ini adalah milik LPPB dan mereka mempunyai kuasa untuk meminta penduduk berpindah atas faktor keselamatan memandangkan infrastruktur bangunan perumahan ini telah mengalami banyak kerosakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyertai satu demonstrasi aman di sini semalam.

Demonstarasi aman itu disertai lebih 300 penduduk bagi meminta pihak LPPB mengadakan dialog bersama penghuni Rumah Pangsa Tanjung Aru bagi menjelaskan nasib lebih 1,000 penghuni kalangan rakyat tempatan yang tinggal di kawasan perumahan ini.

Dewi berkata, demonstarasi yang dianjurkan itu bertepatan dengan acara LPPB yang menyaksikan penghuni-penghuni Rumah Pangsa Tanjung Aru berpindah keluar dan turut dihadiri Pengerusi LPPB, Datuk Masiung Banah dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah LPPB yang diadakan semalam.

“Hari ini, mereka tidak dapat elak dari penghuni. Kami (Jawatakuasa Bertindak) dan penghuni sudah penat menunggu kehadiran pegawai atau kakitangan LPPB datang bertemu dengan kami dan penduduk bagi berdialog menyelesaikan permasalahan ini.

“Sejak notis itu dilekat pada bulan Mei tahun lalu, mereka (LPPB) terus berdiam dan tidak pernah muncul untuk berdailog bersama penghuni di sini.

“Kami hanya mahu pihak LPPB mendengar keluhan hati para penghuni dan memberikan sedikit rasa ehsan kepada penghuni yang rata-ratanya dalam kalangan B40,” katanya.

Dalam pada itu, Dewi turut memohon jasa baik Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Kerajaan Sabah untuk membela nasib para penghuni di Rumah Pangsa Tanjung Aru ini.

“Kami bukan pendatang, kami bukan degil, kami memang sedia berpindah. Tapi berilah kami rumah dan penempatan yang sesuai, baik, punya kemudahan dan selesa,” katanya.

Untuk rekod, Rumah Pangsa Tanjung telah dibina sekitar tahun 70-an semasa era pemerintahan Kerajaan USNO.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/25/penduduk-mahu-lppb-cari-jalan-penyelesaian-sedia-penempatan-baharu/feed/ 0 11524
Bekalan Air Pulih Di Tanjung Aru, Catuan Dilaksana Tampung Permintaan Pengguna Semakin Meningkat https://sabahmedia.com/2021/10/16/bekalan-air-pulih-di-tanjung-aru-catuan-dilaksana-tampung-permintaan-pengguna-semakin-meningkat/ https://sabahmedia.com/2021/10/16/bekalan-air-pulih-di-tanjung-aru-catuan-dilaksana-tampung-permintaan-pengguna-semakin-meningkat/#respond Sat, 16 Oct 2021 10:19:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7582
Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU: Isu gangguan bekalan air bersih di kawasan Tanjung Aru dan sekitar sudah diselesaikan dan bekalan pulih seperti sedia kala.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, gangguan berlaku disebabkan kejadian paip pecah di Kampung Tanjung Aru.

Katanya, selain paip pecah,turut berlaku tekanan air rendah sejak berlakunya bencana tanah runtuh di Kampung Kopungit pada awal September lalu yang menjejaskan tangki simpanan  air 5Mld mengakibatkan bekalan air turun separuh daripada  kapasiti ke kawasan Tanjung Aru.

“Bencana alam ini sukar diramal termasuklah kawasan tangki air Kopungit yang terlibat dengan runtuhan.  Bagaimanapun pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah membaiki cerun terlibat dan kini dalam pelaksanaan.

Kerosakan Paip Air Pecah yang telah pun diperbaiki oleh Jabatan Air di Tanjung Aru.

“Beberapa faktor lain turut menjejaskan bekalan air bukan sahaja di Tanjung Aru malah di kawasan lain di sekitar Kota Kinabalu dan Penampang khususnya ketika berlaku banjir di sungai Moyong baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Aru Datuk Junz Wong yang mendakwa Jabatan Air tidak melaksanakan pembaikan cerun yang menempatkan tangki simpanan air di Kopungit dan masalah gangguan air di kampung Tanjung Aru.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, pihak Jabatan Air terpaksa membuat catuan air di beberapa kawasan di Kota Kinabalu dan Sekitar bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air ekoran permintaan pengguna semakin meningkat.

Katanya, kerajaan sentiasa membuat perancangan teliti berhubung bekalan air di Sabah dan perkara yang berlaku khususnya kurangnya bekalan air tidak dapat dielakkan.

“Masalah kurangnya bekalan air bukan baharu malah ianya sudah berlarutan dan semasa kerajaan Warisan memerintah perkara sama juga sudah berlaku.

“Justeru dakwaan ADUN Tanjung Aru kononnya tidak berlaku masalah air ketika Warisan memerintah adalah pembohongan,”katanya.

Bung berkata, pihaknya sedang membuat kajian untuk memperbaiki dan menyelesaikan isu bekalan air di Sabah.

“Kita sedang menunggu laporan lengkap  daripada perunding dilantik bagi menilai, memperincikan langkah holistik yang akan dilakukan dalam menangani masalah bekalan air yang sering membelenggu penduduk dan tindakan peringkat demi peringkat akan kita laksanakan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/16/bekalan-air-pulih-di-tanjung-aru-catuan-dilaksana-tampung-permintaan-pengguna-semakin-meningkat/feed/ 0 7582
221 KIR Mangsa Kebakaran Terima Sumbangan Himpunan Masjid & Surau https://sabahmedia.com/2021/07/19/221-kir-mangsa-kebakaran-terima-sumbangan-himpunan-masjid-surau/ https://sabahmedia.com/2021/07/19/221-kir-mangsa-kebakaran-terima-sumbangan-himpunan-masjid-surau/#respond Mon, 19 Jul 2021 09:46:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3267
Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 221 Ketua Isi Rumah (KIR) membabitkan mangsa kebakaran Kampung Meruntum Putatan dan Kampung Tanjung Aru menerima sumbangan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

Sumbangan menerusi Himpunan Masjid dan Surau seluruh Sabah itu merupakan inisiatif JHEAINS yang telah mewujudkan tabung khas bagi membantu golongan masyarakat yang mengalami musibah seperti insiden kebakaran.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, inisiatif ini akan diteruskan oleh pihak JHEAINS selepas menerima maklum balas yang positif daripada jemaah masjid dan surau di seluruh negeri bagi menyalurkan sumbangan.

“Pada hari ini saya hadir menyaksikan penyerahan sumbangan Himpunan Masjid dan Surau seluruh Sabah berjumlah RM77,841.94 yang diserahkan melalui Pejabat Daerah Putatan dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tanjung Aru.

“Daripada jumlah itu, sebanyak RM45,368.48 diserahkan kepada mangsa kebakaran di Kampung Meruntum membabitkan 53 KIR manakala selebihnya RM32,473.46 diagihkan kepada mangsa kebakaran (168 KIR) di Kampung Tanjung Aru,” katanya ketika dihubungi Sabah Media disini hari ini.

Terdahulu, Mohd Arifin hadir menyaksikan penyerahan ‘Mock Cheque’ sumbangan Himpunan Masjid dan Surau yang disampaikan oleh Pengarah JHEAINS Datuk Saifulzaman @ Setibin Sangul kepada Pegawai Daerah Putatan Zainuddin Awang dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tanjung Aru Mohd Reduan Datuk Aklee di Balai Raya Tanjung Aru disini petang tadi.

Mohd Arifin berkata, pewujudkan tabung khas yang dilaksanakan disemua masjid dan surau diseluruh Sabah itu telah berjaya melaksanakan sumbangan sama kepada Tabung Gaza selain sumbangan kepada dua kampung terbabit.

“JHEAINS akan meneruskan usaha seumpama ini dan akan memperluaskan skop bantuan dalam bentuk kebajikan dan sumbangan lain.

“Saya berharap sumbangan seumpama ini akan dapat membantu meringankan beban mangsa terlibat khususnya dalam membuat persediaan bagi menyambut Aidiladha pada esok hari,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/19/221-kir-mangsa-kebakaran-terima-sumbangan-himpunan-masjid-surau/feed/ 0 3267