Tanjung batu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 27 Nov 2025 05:44:58 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tanjung batu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pembangunan berterusan jadi pertaruhan utama GRS di Tanjung Batu https://sabahmedia.com/2025/11/27/pembangunan-berterusan-jadi-pertaruhan-utama-grs-di-tanjung-batu/ https://sabahmedia.com/2025/11/27/pembangunan-berterusan-jadi-pertaruhan-utama-grs-di-tanjung-batu/#respond Thu, 27 Nov 2025 05:44:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87197
Read Time:1 Minute, 19 Second

Oleh Ahmad Husnayan

TAWAU: Isu pembangunan menjadi antara keutamaan yang diketengahkan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Batu, Dr. Andi Mohd Shamsureezal Mohd Sainal, yang menegaskan bahawa kesinambungan pentadbiran adalah kunci kemajuan kawasan itu.

Menurutnya, mandat baharu diperlukan bagi memastikan perancangan sedia ada tidak terhenti di tengah jalan dan setiap projek yang dirangka kerajaan negeri dapat diteruskan tanpa gangguan politik.

“Tanjung Batu memerlukan kesinambungan. Banyak usaha yang telah bermula, sama ada untuk anak muda, usahawan kecil atau infrastruktur asas.

“Jika kerajaan stabil, semua ini boleh berjalan lancar,” katanya pada program grand finale kempen di sini, malam tadi.

Hadir sama Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Tanjung Batu, Datuk Saharuddin Salleh.

Dr. Andi berkata, sokongan yang diterima daripada pengundi muda sepanjang tempoh kempen menunjukkan generasi itu memahami pentingnya dasar jangka panjang yang dibawa GRS.

“Anak muda sangat peka. Mereka tahu pilihan mereka memberi kesan kepada peluang pekerjaan, pembangunan digital dan penyediaan fasiliti di kawasan ini,” katanya.

Mengulas suasana kempen yang turut disertai artis, beliau menjelaskan bahawa pendekatan itu bertujuan memberikan ruang kepada masyarakat untuk menikmati suasana lebih ceria setelah dua minggu melalui kempen politik yang padat.

“Ini cara kita mengurangkan tekanan dan mendekatkan pemimpin dengan rakyat dalam suasana mesra,” katanya.

Beliau turut memberi jaminan baki dua hari sebelum pengundian akan dimanfaatkan untuk bertemu penduduk secara dekat bagi mendengar keperluan setempat serta menerangkan hala tuju pembangunan di bawah GRS.

“Saya percaya dengan rekod pentadbiran GRS yang cekap, kita mampu membawa Tanjung Batu ke tahap lebih baik.

“Saya merayu supaya pengundi memilih kesinambungan, bukan ketidakpastian,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/27/pembangunan-berterusan-jadi-pertaruhan-utama-grs-di-tanjung-batu/feed/ 0 87197
Restu bekas ADUN tambah momentum kempen Dr. Andi di Tanjung Batu https://sabahmedia.com/2025/11/23/restu-bekas-adun-tambah-momentum-kempen-dr-andi-di-tanjung-batu/ https://sabahmedia.com/2025/11/23/restu-bekas-adun-tambah-momentum-kempen-dr-andi-di-tanjung-batu/#respond Sun, 23 Nov 2025 00:26:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86758
Read Time:1 Minute, 49 Second

Oleh  Ahmad Husnayan

TAWAU: Kemunculan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy dalam siri kempen calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Dr. Andi Mohd Shamsureezal Mohd Sainal, mencuri perhatian apabila beliau secara terbuka memberikan restu terhadap pencalonan tokoh muda itu.

Andi Suryady yang juga Ahli Parlimen Kalabakan menegaskan, pencalonan Dr. Andi adalah keputusan langsung Presiden GRS, Datuk Seri Hajiji Noor, sekali gus menggambarkan keyakinan kepimpinan tertinggi parti terhadap kemampuan dan rekod profesional beliau.

“Sebagai mantan ADUN, sudah tentu kita mahu melihat pembangunan dan kemajuan berterusan di kawasan ini.

Dr. Andi bergambar bersama jentera dan penduduk yang hadir dalam kempen tersebut.

“Dr. Andi mempunyai rekod cemerlang, termasuk menjadi pengarah hospital termuda pada usia 32 tahun. Saya merestui pencalonan beliau,” katanya ketika berucap dalam program kempen berkenaan, semalam.

Menurutnya, keyakinan terhadap Dr. Andi bukan sekadar atas latar belakang kerjaya, tetapi juga kemampuan beliau memahami keperluan masyarakat setempat, terutama dalam isu kesihatan dan pembangunan sosioekonomi.

Sementara itu, Dr. Andi menyifatkan restu daripada mantan ADUN Tanjung Batu itu sebagai suntikan semangat besar dalam fasa penting kempen pilihan raya.

“Beliau merupakan tokoh berpengalaman luas dalam tadbir urus negeri. Restu ini amat bermakna dan menjadi pendorong kepada saya.

“Sudah tentu pengalaman beliau akan saya jadikan panduan dalam perjuangan ini,” katanya.

Mengulas situasi semasa kempen, Dr. Andi mengakui tumpuan kini adalah memperkemas strategi sepanjang tempoh 14 hari yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), termasuk memperbanyakkan sesi turun padang dan dialog bersama masyarakat.

“Keutamaan saya ialah bertemu rakyat secara langsung, mendengar permasalahan mereka dan memberi penjelasan jelas mengenai agenda pembangunan yang ingin dibawa,” katanya.

Beliau turut menarik perhatian mengenai profil pengundi di kawasan itu yang didominasi golongan muda, merangkumi hampir 60 peratus jumlah keseluruhan.

Katanya, faktor itu menjadikan platform digital sebagai medium penting dalam memperluaskan capaian kempen, terutama bagi menyantuni pengundi baharu dan pengundi muda yang lebih mesra maklumat dalam talian.

Dalam masa sama, beliau tidak menafikan terkejut dengan lonjakan sokongan daripada anak muda, termasuk yang sebelum ini dianggap penyokong tegar Barisan Nasional (BN).

“Saya calon baharu dan kawasan ini pula dianggap kubu BN. Namun, dalam tempoh 6 hingga 7 hari berkempen, sambutan sangat menggalakkan.

“Ini perkembangan positif yang memberi keyakinan kepada pasukan kami,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/23/restu-bekas-adun-tambah-momentum-kempen-dr-andi-di-tanjung-batu/feed/ 0 86758
PRU Sabah : Calon GRS Tanjung Batu nasihat jentera kekal tenang sepanjang kempen https://sabahmedia.com/2025/11/20/pru-sabah-calon-grs-tanjung-batu-nasihat-jentera-kekal-tenang-sepanjang-kempen/ https://sabahmedia.com/2025/11/20/pru-sabah-calon-grs-tanjung-batu-nasihat-jentera-kekal-tenang-sepanjang-kempen/#respond Thu, 20 Nov 2025 04:21:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86473
Read Time:1 Minute, 21 Second

Oleh Ahmad Husnayan

TAWAU: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Batu, Dr Andi Mohd Shamsureezal Mohd Sainal menasihatkan semua jentera parti serta pengundi supaya mengekalkan ketenangan dan mengawal emosi sepanjang tempoh kempen pilihan raya.

Beliau berkata, insiden pergaduhan penyokong parti yang tular di media sosial baru-baru ini adalah perkara yang tidak wajar berlaku dan boleh menjejaskan imej kempen serta keharmonian masyarakat setempat.

“Musim kempen memang panas, tetapi kita perlu mengawal diri. Jangan ada pergaduhan, caci maki atau hina-menghina. 

“Kita berkempen hanya 14 hari, selebihnya kita tetap bersaudara,” katanya ketika ditemui di Kampung Tanjung Batu Laut Pukat, hari ini.

Dr Andi menegaskan bahawa hubungan sesama manusia perlu dijaga walaupun berbeza pendirian politik.

Beliau menekankan bahawa kempen seharusnya menjadi medan untuk menyampaikan aspirasi dan program kepada rakyat, bukan untuk mencetuskan konflik.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi empat teras utama aspirasi sekiranya diberi mandat oleh pengundi Tanjung Batu.

Beliau berkata, rakyat perlu mendapat perhatian khusus dalam aspek kesihatan dengan penubuhan pasukan perubatan bergerak yang terdiri daripada doktor, jururawat dan ahli fisioterapi. 

Selain itu, katanya, program bakul makanan sedia ada akan diteruskan dan diperluaskan bagi menambah manfaat kepada penduduk.

Bagi golongan belia pula, Dr Andi mahu memperkasakan mereka melalui pendidikan dan latihan kemahiran supaya mampu berdikari dan menjadi tenaga kerja produktif pada masa hadapan. 

Beliau juga akan menumpukan perhatian terhadap pembangunan infrastruktur, termasuk membaiki jalan raya, jambatan yang belum dikonkrit sepenuhnya serta sistem perparitan yang masih bermasalah.

Beliau menzahirkan rasa syukur dan teruja dengan sambutan hangat penduduk sepanjang kempen serta berharap semua pihak dapat mengekalkan semangat harmoni sehingga hari pengundian. – SABAH MEDIA 

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/20/pru-sabah-calon-grs-tanjung-batu-nasihat-jentera-kekal-tenang-sepanjang-kempen/feed/ 0 86473
‘Takdir menentukan seorang menteri gagal keluar daripada kerajaan GRS’- Armizan https://sabahmedia.com/2025/11/19/takdir-menentukan-seorang-menteri-gagal-keluar-daripada-kerajaan-grs-armizan/ https://sabahmedia.com/2025/11/19/takdir-menentukan-seorang-menteri-gagal-keluar-daripada-kerajaan-grs-armizan/#respond Wed, 19 Nov 2025 00:32:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86345
Read Time:2 Minute, 30 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Tuduhan Datuk Seri Bung Moktar Radin bahawa Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai “kerajaan paling gagal di dunia” disifatkan sebagai satu sindiran yang kembali memakan dirinya, apabila rekod pentadbiran beliau sendiri menunjukkan kegagalan paling ketara dalam tempoh dua tahun awal kerajaan negeri.

Menurut Timbalan Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali, takdir menentukan seorang menteri gagal keluar daripada kerajaan dan sejak itu barulah projek-projek kritikal yang sekian lama tertangguh mula bergerak dan dilaksanakan secara teratur.

Armizan berkata, kerajaan GRS kehilangan dua tahun pertama pentadbiran (2021–2022) kerana terpaksa menanggung kegagalan Bung Moktar sebagai Menteri Kerja Raya (KKR) Sabah.

Antara yang hadir bagi memeriahkan pelancaran jenteria GRS Tanjung Batu di perkarangan Pejabat PGRS Tanjung Batu, Jalan Utara. Foto/Sitti Nor Azizah Talata

“Ketika rakyat menunggu pembaharuan, KKR di bawah Bung tidak menggerakkan satu pun projek utama penstabilan air. Dua tahun itu hilang begitu sahaja,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan pelancaran jentera GRS Tanjung Batu di sini, malam ini.

Hadir sama calon GRS Tanjung Batu, Dr. Andi Md. Shamsureezal Mohd Sainal dan beberapa pemimpin dan veteran politik di negeri ini termasuk bekas ADUN Sebatik. Datuk Muis Picho.

Program tersebut turut dihadiri lebih 1,000 penyokong serta jentera GRS di kawasan itersebut.

Dalam pada itu, Armizan berkata, antara kegagalan besar yang ditinggalkan Bung Moktar ialah Projek Loji Rawatan Air (LRA) Cinta Mata 2, Tawau yang hanya dimulakan 22 Julai 2025, selepas Bung tidak lagi berada dalam KKR.

“Projek dijangka siap 22 Julai 2028. Selain itu, projek naik taraf LRA Kogopon, Papar walaupun sudah dirancang lebih awal, ia hanya dapat dimulakan pada Ogos 2023 selepas Datuk Shahelmey Yahya menjadi Menteri KKR baharu.

“Kerajaan GRS turut merancang LRA Balung II, dijadual bermula 2026, untuk menambah kapasiti air di pantai timur.

“Semua projek ini sedia ada dalam perancangan. Tetapi sebagai menteri, Bung tidak menggerakkan apa-apa. Namun beliau pula menyalahkan orang lain,” ujar Armizan.

Dalam isu elektrik, Armizan menegaskan bahawa kuasa kawal selia tenaga hanya dipindahkan kepada Kerajaan Sabah pada 3 Januari 2024, setelah 41 tahun dipegang Kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, SESB pula masih dimiliki majoriti oleh TNB, menjadikan dakwaan kegagalan kerajaan GRS sebagai tidak berasas.

“Semasa menjadi Menteri KKR, walaupun elektrik bukan bidang tugas beliau, Bung tetap mahu tunjuk kuasa. Dua Ketua UMNO Bahagian dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah SESB melalui cadangan beliau sendiri,” jelasnya.

“Jadi apa hasilnya? Apa sumbangan mereka? Hakikatnya, mereka gagal.” tegas beliau lagi.

Tambah beliau, selepas kuasa kawal selia diberi kepada Sabah dan tanpa campur tangan UMNO, pelbagai projek penstabilan bekalan elektrik mula berjalan, termasuk Projek Grid Pantai Timur Southern Link Fasa 1 pada 2024.

Armizan menegaskan bahawa apa yang berlaku merupakan pengajaran politik yang jelas.

“Takdir menentukan Bung sebagai menteri gagal keluar dari kerajaan. Dan sejak itulah banyak projek air dan elektrik yang tertangguh akhirnya dapat dilaksanakan. Sabah tidak lagi tersekat oleh kegagalan kepimpinan beliau,” katanya.

Beliau menambah bahawa rakyat berhak mengetahui fakta sebenar setiap kali tuduhan dilemparkan oleh pihak yang suatu ketika dahulu memikul tanggungjawab tetapi gagal melaksanakannya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/19/takdir-menentukan-seorang-menteri-gagal-keluar-daripada-kerajaan-grs-armizan/feed/ 0 86345
Tiada campur tangan luar, calon DUN Tanjung Batu keputusan presiden https://sabahmedia.com/2025/11/13/tiada-campur-tangan-luar-calon-dun-tanjung-batu-keputusan-presiden/ https://sabahmedia.com/2025/11/13/tiada-campur-tangan-luar-calon-dun-tanjung-batu-keputusan-presiden/#respond Thu, 13 Nov 2025 14:06:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85711
Read Time:1 Minute, 35 Second

Oleh Ahmad Husnayan

TAWAU: Pemilihan Dr. Andi Mohd Shamsureezal Mohd Sainal sebagai calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangn Negeri (DUN) Tanjung Batu dibuat sepenuhnya atas keputusan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Seri Hajiji Noor, tanpa campur tangan mana-mana pihak luar.

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Tanjung Batu, Datuk Saharuddin Salleh, berkata keputusan itu diterima sepenuhnya oleh bahagian serta jentera parti yang kini komited memastikan kemenangan calon GRS pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRU DU) Sabah ke-17.

“Calon DUN Tanjung Batu sudah diputuskan oleh Presiden Parti sendiri dan bila presiden sudah buat keputusan, kita akur dengan lapang dada.

“Kita juga akan berusaha sebaik mungkin bagi memastikan kemenangan GRS di kawasan ini,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Saharuddin menegaskan, pemilihan Dr. Andi Mohd Shamsureezal dibuat berdasarkan penilaian serta keyakinan pucuk pimpinan terhadap kemampuannya meneruskan khidmat kepada rakyat, bukannya atas desakan atau pengaruh luar.

Katanya, walaupun pada peringkat awal terdapat segelintir jentera yang sukar menerima keputusan berkenaan, namun kini semua pihak sudah bersatu dan bersedia bekerja sepenuh tenaga sepanjang tempoh kempen.

“Memang pada mulanya ada sedikit kekeliruan dan rasa tidak puas hati, tetapi selepas penjelasan dibuat, semua pihak menerima keputusan itu dan kini bekerja dalam satu pasukan.

“Bahagian juga menyokong penuh keputusan presiden kerana kita percaya ia dibuat demi kepentingan parti dan rakyat,” katanya.

Mengulas dakwaan bahawa calon berkenaan tidak aktif turun padang sebelum ini, Saharuddin menafikan perkara itu sambil menjelaskan Dr. Andi Mohd Shamsureezal sememangnya dikenali ramai dan pernah bekerjasama rapat dengan kepimpinan tempatan.

“Cerita kononnya beliau tidak turun padang itu tidak benar. Kita kenal beliau dengan baik dan ramai dalam kalangan jentera pernah bekerja bersamanya sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, fokus utama kini adalah memastikan kemenangan GRS di DUN Tanjung Batu melalui kerja berpasukan dan pendekatan mesra rakyat.

“Kerja pilihan raya bukan mudah, tetapi dengan semangat, tanggungjawab dan sokongan rakyat, kita yakin mampu mengekalkan kemenangan di Tanjung Batu,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/13/tiada-campur-tangan-luar-calon-dun-tanjung-batu-keputusan-presiden/feed/ 0 85711
Gagasan Rakyat Tanjung Batu sasar tubuh 25 Mini PDM, fokus pengundi muda hadapi PRN https://sabahmedia.com/2025/10/20/gagasan-rakyat-tanjung-batu-sasar-tubuh-25-mini-pdm-fokus-pengundi-muda-hadapi-prn/ https://sabahmedia.com/2025/10/20/gagasan-rakyat-tanjung-batu-sasar-tubuh-25-mini-pdm-fokus-pengundi-muda-hadapi-prn/#respond Mon, 20 Oct 2025 06:02:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83751
Read Time:1 Minute, 56 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Tanjung Batu merancang menubuhkan sehingga 25 mini Pusat Daerah Mengundi (PDM) bagi memperkukuh gerak kerja pilihan raya, meskipun ketika ini hanya memiliki tiga PDM rasmi.

Ketua Penerangan Gagasan Rakyat Tanjung Batu, Ts. Ismail Awang berkata, walaupun jentera telah digerakkan sejak beberapa bulan lalu, pelancaran jentera Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Ahad menjadi pemangkin untuk menggandakan lagi usaha di akar umbi.

“Kita sebenarnya sudah bergerak sejak beberapa bulan lepas. Dengan pelancaran hari ini (Ahad), kita akan pertingkatkan gerak kerja. Walaupun hanya ada tiga PDM, kita rancang tubuhkan 20 hingga 25 mini PDM untuk memperkukuh rangkaian di seluruh DUN,” katanya ketika ditemui Sabah Media pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Negeri ke-17 GRS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Ahad.

Menurutnya, peningkatan jumlah pengundi di Tanjung Batu turut menjadi faktor utama perlunya penstrukturan semula gerak kerja parti. Jumlah pengundi kini melonjak kepada hampir 27,000 berbanding hanya sekitar 15,000 pada PRN 2020.

Daripada jumlah itu, 67 peratus adalah pengundi muda berusia 40 tahun ke bawah.

“Bilangan pengundi muda sangat besar. Itu fokus utama kami. Kita dekati mereka melalui program belia, bantuan komuniti dan ziarah masyarakat. Namun, pengundi berusia lebih 40 tahun tetap kita santuni,” katanya.

Ts Ismail turut mengakui Tanjung Batu berpotensi menyaksikan pertandingan banyak penjuru kerana dianggap kerusi panas. Namun, Gagasan Rakyat tetap optimis dengan kekuatan keahlian yang kini mencecah antara 6,000 hingga 7,000 ahli di kawasan tersebut.

“Kita tahu sasaran minimum undi yang perlu kita capai. Sebab itu mini PDM penting, sebagai pusat gerakan langsung ke pengundi,” ujarnya.

Mengulas kenyataan Datuk Seri Bung Moktar Radin yang mendakwa parti lokal sebagai ‘penipu’ dan tidak ada kelas, Ismail menegaskan bahawa perjuangan Gagasan Rakyat adalah untuk memperkukuh parti tempatan demi autonomi Sabah.

“Itu pandangan beliau. Bagi kami, parti lokal penting. Kita mahu jadi seperti Sarawak, ditadbir oleh parti tempatan yang dominan. Walaupun perlu kerjasama dengan persekutuan, biarlah anak Sabah yang mengurus negeri,” katanya.

Beliau turut menyambut baik keputusan mahkamah berkaitan tuntutan 40 peratus hasil Sabah, menyifatkannya sebagai langkah penting dalam memperjuangkan hak negeri.

“Ini satu titik permulaan yang baik. Kita ucap syabas kepada pihak yang membawa kes ini,” katanya.

Dengan strategi yang semakin tersusun, Gagasan Rakyat Tanjung Batu kini berada pada fasa memperkemas gerak kerja terakhir sebelum memasuki kempen rasmi PRN akan datang.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/20/gagasan-rakyat-tanjung-batu-sasar-tubuh-25-mini-pdm-fokus-pengundi-muda-hadapi-prn/feed/ 0 83751