tanpa lesen – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 29 Jun 2026 02:30:55 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png tanpa lesen – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lelaki didenda RM10,000 urus niaga diesel tanpa lesen https://sabahmedia.com/2026/06/29/lelaki-didenda-rm10000-urus-niaga-diesel-tanpa-lesen/ https://sabahmedia.com/2026/06/29/lelaki-didenda-rm10000-urus-niaga-diesel-tanpa-lesen/#respond Mon, 29 Jun 2026 02:30:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99053
Read Time:1 Minute, 50 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menjalankan urus niaga minyak diesel tanpa lesen yang sah, sekali gus menjadi satu lagi sabitan hasil penguatkuasaan Ops Tiris 4.0 Bersepadu oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah.

Tertuduh, Abdul Salam Ismail, 36, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Hurman Hussain, pada prosiding yang berlangsung pada 25 Jun lalu.

Mengikut pertuduhan, Abdul Salam didakwa melakukan urus niaga barang kawalan berjadual iaitu minyak diesel tanpa lesen yang sah, suatu kesalahan di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang dibaca bersama Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122].

Berdasarkan fakta kes, pada 19 April 2026, sepasukan anggota Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah menjalankan pemeriksaan di kawasan parkir Jalan Tugu, Kota Kinabalu hasil maklumat risikan.

Pemeriksaan menemukan 186 liter minyak diesel yang disimpan di dalam sebuah tangki IBC berkapasiti 1,000 liter di bahagian belakang sebuah Toyota Hilux Rocco.

Siasatan lanjut mendapati tertuduh tidak memiliki lesen yang sah untuk menjalankan urus niaga barang kawalan berjadual tersebut.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM10,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda. Tertuduh telah menjelaskan denda berkenaan.

Mahkamah turut memerintahkan hasil jualan minyak diesel berjumlah RM774.09 dilucut hak sebagai hasil Kerajaan Malaysia.

Selain itu, semua barang yang disita turut diperintahkan dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia, kecuali kenderaan yang dikembalikan kepada pemilik berdaftar.

Bagi kesalahan pertama di bawah Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta, penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan.

Pendakwaan dikendalikan oleh PmPTK Malai Rosidi Malai Muhamad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam pada itu, Pengarah KPDN Sabah, Shahril Nizam Shahidin, berkata pihaknya akan terus mempergiatkan Ops Tiris 4.0 Bersepadu dengan kerjasama pelbagai agensi penguat kuasa bagi membanteras penyelewengan barang kawalan serta memastikan subsidi kerajaan disalurkan kepada golongan yang benar-benar layak.

Beliau berkata, KPDN tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang menyalahgunakan barang kawalan sehingga menjejaskan kepentingan rakyat dan menyebabkan ketirisan hasil negara.

Katanya, selain hukuman denda dan penjara, mahkamah juga boleh memerintahkan tindakan lucut hak terhadap barang sitaan termasuk kenderaan sebagai langkah tegas membendung aktiviti penyelewengan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/29/lelaki-didenda-rm10000-urus-niaga-diesel-tanpa-lesen/feed/ 0 99053
5 Lelaki Warga Asing Dihukum Penjara 8 Bulan Miliki Barang Kawalan Berjadual Tanpa Lesen https://sabahmedia.com/2021/08/28/5-lelaki-warga-asing-dihukum-penjara-8-bulan-miliki-barang-kawalan-berjadual-tanpa-lesen/ https://sabahmedia.com/2021/08/28/5-lelaki-warga-asing-dihukum-penjara-8-bulan-miliki-barang-kawalan-berjadual-tanpa-lesen/#respond Sat, 28 Aug 2021 02:42:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5395
Read Time:2 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Lima lelaki warganegara asing telah dijatuhkan hukuman penjara masing-masing bagi tempoh 8 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, kerana memiliki barang kawalan berjadual yang terdiri daripada gula pasir, tepung gandum, minyak masak, gas petroleum cecair dan minyak petrol tanpa lesen yang sah yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah, KPDNHEP Cawangan kudat, Geoffrey Gumalang dalam kenyataannya hari ini berkata, Hakim Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Elsie Primus telah menjatuhkan hukuman penjara bagi tempoh 8 bulan selepas tertuduh bagi kes pertama dikenali dengan nama Mohamad Zikran Mohamad mengaku salah terhadap pertuduhan memiliki barang kawalan berjadual iaitu gas petroleum cecair sebanyak 224kg dan minyak petrol sebanyak 1,605 liter di dalam keadaan yang menimbulkan syak munasabah bahawa suatu kesalahan telah dilakukan iaitu berurusniaga barang kawalan berjadual tanpa lesen sah yang dikeluarkan oleh KPDNHEP.

Manakala bagi kes kedua, tertuduh yang dikenali sebagai Namrud Nuraif bersama-sama Lannang Namrud telah mengaku salah terhadap pertuduhan memiliki barang kawalan berjadual tanpa lesen iaitu tepung gandum sebanyak 500 kg, minyak masak sebanyak 952 kg, gula pasir sebanyak 24 kg dan minyak petrol sebanyak 595 liter di atas sebuah perahu jenis “pump boat” tanpa nombor pendaftaran di perairan kawasan laut utara Pulau Banggi, Kudat, Sabah.

Seterusnya bagi kes ketiga, tertuduh dikenali sebagai William Hamja bersama-sama Nurhalim Hamja telah dijatuhkan hukuman penjara masing-masing bagi tempoh 8 bulan selepas mengaku salah memiliki gas petroleum cecair sebanyak 140 kg, minyak masak sebanyak 68 kg, gula pasir sebanyak 156 kg dan minyak petrol sebanyak 450 liter tanpa lesen.

Justeru itu mahkamah seterusnya juga telah memerintahkan agar semua barang rampasan kes ini dilupuskan oleh pihak pendakwaan.

Berdasarkan pertuduhan, kelima-lima orang tertuduh bagi kes ini telah melakukan suatu kesalahan di bawah Peraturan 3 (1), Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu berurusan dengan barang kawalan secara runcit tanpa lesen yang merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan bagi ketiga-tiga kes ini telah dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa KPDNHEP Sabah yang juga adalah merupakan Ketua Pegawai Penguat kuasa Daerah KPDNHEP Cawangan Kudat iaitu Geoffrey Gumalang manakala Pasukan Polis Marin (PPM) adalah merupakan pasukan serbuan bagi semua tiga kes yang terbabit.

KPDNHEP Sabah juga mengucapkan terima kasih kepada PPM Sabah terhadap kes yang dihasilkan serta kerjasama yang telah diberikan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/28/5-lelaki-warga-asing-dihukum-penjara-8-bulan-miliki-barang-kawalan-berjadual-tanpa-lesen/feed/ 0 5395