tapak Projek – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 31 Mar 2023 02:44:13 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png tapak Projek – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 TKM lawat tapak Projek Patung Mazu https://sabahmedia.com/2023/03/31/tkm-lawat-tapak-projek-patung-mazu/ https://sabahmedia.com/2023/03/31/tkm-lawat-tapak-projek-patung-mazu/#respond Fri, 31 Mar 2023 02:43:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31832
Read Time:59 Second

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP), Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam telah mengadakan lawatan ke tapak projek Patung Mazu dan secara peribadi, beliau menyokong usaha untuk meneruskan pembinaan Patung Mazu di Kudat.

“Secara peribadi, saya menyokong usaha ini kerana saya yakin ia memberikan manfaat yang begitu baik sekali kepada rakyat di Kudat  dan seterusnya memberi nilai tambah kepada industri pelancongan negeri ini.

“Patung ini bakal menjadi satu lagi tanda mercu sekaligus menjadi daya tarikan pelancongan di daerah tersebut,”kata Dr. Joachim.  

Turut bersama beliau semasa lawatan itu ialah bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Chong Kah Kiat yang juga merupakan penasihat kepada projek pembinaan patung itu, para pemimpin setempat yang terdiri daripada Ketua Daerah, Ketua-ketua Anak Negeri (KAN), Wakil Ketua Anak Negeri (Wkan) dan Kapitan-kapitan Cina.

Sebelum ini, pada tahun lalu Pengarah Eksekutif Kim Teck Cheong Consolidated (KTC) Berhad, Datuk Dexter Lau pernah berbincang dan memohon agar kerajaan dapat meneruskan pembinaan patung Mazu itu.

Sementara itu, Dexter berkata, pihaknya memberikan sokongan padu kepada semua pihak yang terlibat sama dalam membina Patung Mazu.

Terdahulu, Dr. Joachim telah menyaksikan Upacara Angkat Sumpah Ahli-ahli Lembaga Bandaran Kudat.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/31/tkm-lawat-tapak-projek-patung-mazu/feed/ 0 31832