Tapi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 01 Feb 2022 13:07:36 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tapi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sambut Baik Keputusan Kebenaran Guru Berpolitik Tapi Jangan Abaikan Pendidikan Anak-Anak – Joachim https://sabahmedia.com/2022/02/01/sambut-baik-keputusan-kebenaran-guru-berpolitik-tapi-jangan-abaikan-pendidikan-anak-anak-joachim/ https://sabahmedia.com/2022/02/01/sambut-baik-keputusan-kebenaran-guru-berpolitik-tapi-jangan-abaikan-pendidikan-anak-anak-joachim/#respond Tue, 01 Feb 2022 13:07:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11821
Read Time:52 Second

RANAU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Joachim Gunsalam menyambut baik keputusan Kerajaan yang diumumkan baru-baru ini mengenai kebenaran penglibatan guru dalam politik, tetapi berharap pendidikan anak-anak terus diutamakan.

Dr. Joachim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang berkata, pengetua dan guru besar sebagai ketua sekolah memainkan peranan penting dalam memantau pergerakan setiap guru-guru di sekolah.

“Saranan saya, sungguhpun Kerajaan memberikan kebenaran untuk guru-guru melibatkan diri dengan politik, jangan abaikan pendidikan anak-anak,” kata beliau yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian.

“Kalau guru-guru ingin berpolitik, guru besar kena pastikan bahawa tugas utama sebagai pendidik tidak terabai.

“Masa depan anak-anak dan kampung juga yang tergadai. Ini adalah satu kerugian kepada negara dan kepada Sabah khususnya,” tambahnya.

Dr. Joachim berkata demikian semasa berucap di Program Pemantapan Pemimpin Peringkat Kampung Mukim Melinsau di sini.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada guru besar sekolah yang memberi kerjasama dalam memberikan kebenaran bangunan sekolah digunakan untuk tujuan perbincangan pembangunan kampung.

Dalam kawasan DUN Kundasang terdapat sebanyak empat sekolah menengah kebangsaan (SMK) dan 24 sekolah kebangsaan (SK).

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/01/sambut-baik-keputusan-kebenaran-guru-berpolitik-tapi-jangan-abaikan-pendidikan-anak-anak-joachim/feed/ 0 11821
COVID-19: Kes tinggi tapi kadar penularan terkawal https://sabahmedia.com/2021/08/12/covid-19-kes-tinggi-tapi-kadar-penularan-terkawal/ https://sabahmedia.com/2021/08/12/covid-19-kes-tinggi-tapi-kadar-penularan-terkawal/#respond Thu, 12 Aug 2021 12:40:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4521
Read Time:1 Minute, 53 Second

KOTA KINABALU : Kes Positif COVID-19 di Sabah hari ini dilihat amat tinggi namun kadar penularan masih berada dalam tahap terkawal.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes positif COVID-19 di Sabah hari ini (12 Ogos 2021) mencatatkan angka tertinggi iaitu 2,052 kes.

Katanya, 2052 adalah angka yang amat menggerunkan dan memang diakui ia antara angka tertinggi dikalangan negeri-negeri di Malaysia, di mana Sabah berada di tangga ke-4 tertinggi.

“Mungkin ada yang mengatakan kita sudah gagal membendung penularan COVID-19 di negeri ini. Kalau sekadar melihat angka semata-mata mungkin kesimpulan itu ada asasnya.

“Hari ini juga memperlihatkan kenaikan ketara di hampir semua negeri dalam Malaysia, malah di banyak negara di dunia.

“Bagaimanapun jumlah kes seluruh negara hari ini ialah 21,668, satu rekod baharu. Hakikatnya kita sedang berhadapan dengan gelombang baharu jangkitan COVID-19, kali ini dengan varian yang lebih merbahaya dan lebih cepat merebak,” katanya.

Masidi juga menunjukkan kiraan kadar jangkitan (infectivity rate) mengikut ratio (nisbah) jumlah penduduk iaitu kebarangkalian ianya satu kaedah kiraan yang lebih tepat untuk menentukan samada tinggi atau rendahnya tahap penularan dan jangkitan dikalangan penduduk.

Berikut ialah kadar jangkitan bagi setiap 100,000 penduduk di negeri-negeri di Malaysia berdasarkan maklumat kes COVID-19 pada 12 Ogos 2021:

Selangor – 96 kes
Kuala Lumpur – 137 kes
Johor – 45 kes
Sabah – 52 kes
Sarawak – 43 kes
Negeri Sembilan – 79 kes
Kedah – 110 kes
Pulau Pinang – 69 kes
Kelantan – 50 kes
Perak – 37 kes
Melaka – 52 kes
Pahang – 37 kes
Terengganu – 47 kes
Labuan – 11 kes
Putrajaya – 49 kes
Perlis – 9 kes.

Katanya, Jumlah kes baharu di Sabah hari ini (2052) lebih tinggi daripada Negeri Sembilan (899), Pulau Pinang (1,299) & hampir 5 kali ganda lebih tinggi daripada Melaka.

Namun kadar penularan Covid di Sabah lebih rendah daripada Pulau Pinang (52-69), lebih rendah daripada Negeri Sembilan (52-79), sama dengan Melaka (52-52), hampir sama dengan Kelantan (52-50) walaupun kes di Sabah lebih dua kali ganda lebih tinggi daripada Kelantan, lebih separuh lebih rendah daripada Kedah (52-110) walaupun kes di Kedah cuma 91 lebih tinggi daripada Sabah.

“Kesimpulannya kes positif COVID-19 di Sabah amat tinggi tetapi kadar penularan (infectivity rate) masih terkawal, oleh itu sama-sama kita jaga diri dengan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) dan memastikan kita memperolehi vaksin bagi yang layak,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/12/covid-19-kes-tinggi-tapi-kadar-penularan-terkawal/feed/ 0 4521