Tarian Singa – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 06 Feb 2025 10:31:36 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tarian Singa – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lantai kaki lima runtuh ketika persembahan Tarian Singa, pihak berkuasa didesak ambil tindakan https://sabahmedia.com/2025/02/06/lantai-kaki-lima-runtuh-ketika-persembahan-tarian-singa-pihak-berkuasa-didesak-ambil-tindakan/ https://sabahmedia.com/2025/02/06/lantai-kaki-lima-runtuh-ketika-persembahan-tarian-singa-pihak-berkuasa-didesak-ambil-tindakan/#respond Thu, 06 Feb 2025 10:31:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68111
Read Time:1 Minute, 24 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN
Sumber gambar dan video: FB Rayner Ebi

TAMPARULI: Kejadian lantai kaki lima runtuh secara tiba-tiba ketika persembahan tarian singa di pekan Tamparuli pada Rabu mencetuskan kebimbangan penduduk mengenai tahap keselamatan infrastruktur di kawasan itu.

Lantai kaki lima kedai runtuh di Tamparuli pada Rabu. – Foto FB Rayner Ebi

Insiden itu menjadi tular di media sosial selepas seorang pengguna Facebook, Rayner Ebi, berkongsi video kejadian sambil mendesak tindakan segera daripada pihak berkuasa tempatan.

“Bahu jalan di pekan Tamparuli runtuh ketika kumpulan tarian singa melaluinya – satu peringatan jelas tentang pentingnya penyelenggaraan infrastruktur!

“Kami memohon tindakan segera daripada pihak berkuasa tempatan, khususnya Majlis Daerah Tuaran, bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan komuniti setempat,” katanya dalam hantaran di media sosial.

Rayner yang juga pegawai pusat khidmat Ahli Parlimen Tuaran memaklumkan bahawa pihaknya telah menghubungi Majlis Daerah Tuaran untuk mengambil langkah keselamatan sementara di lokasi berkenaan.

Beliau turut menasihatkan pejalan kaki agar lebih berhati-hati bagi mengelakkan sebarang risiko kecederaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, sekumpulan belia yang sedang membuat pertunjukan tarian singa sempena sambutan Tahun Baharu Cina terjatuh ke dalam lubang besar apabila lantai kaki lima di Jalan Bunga tiba-tiba runtuh.

Tiga penari yang terjatuh bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan dan berjaya diselamatkan oleh rakan sepasukan yang menarik mereka keluar dari lubang sedalam hampir satu meter itu.

Hantaran Rayner mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, dengan ramai yang melahirkan kebimbangan dan berharap kejadian seperti ‘sinkhole’ di Kuala Lumpur pada Ogos 2024 tidak berulang di Sabah.

Untuk rekod, kejadian ‘sinkhole’ di ibu negara itu telah menggemparkan ramai apabila seorang pelancong wanita warga India hilang tanpa jejak selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter di Jalan Raja Laut.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/06/lantai-kaki-lima-runtuh-ketika-persembahan-tarian-singa-pihak-berkuasa-didesak-ambil-tindakan/feed/ 0 68111
Pelbagai kaum di Sabah sertai Tarian Singa dan Naga, contoh konsep Malaysia Madani – Nizam https://sabahmedia.com/2023/11/11/pelbagai-kaum-di-sabah-sertai-tarian-singa-dan-naga-contoh-konsep-malaysia-madani-nizam/ https://sabahmedia.com/2023/11/11/pelbagai-kaum-di-sabah-sertai-tarian-singa-dan-naga-contoh-konsep-malaysia-madani-nizam/#respond Sat, 11 Nov 2023 12:02:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45074
Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Kepelbagaian masyarakat pelbagai kaum menyertai pertandingan ‘ Tarian Singa dan Naga’ mencerminkan Sabah sebagai contoh kepada konsep Malaysia Madani di negara ini.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, jika dahulu tarian ini hanya terhad kepada masyarakat Cina namun kini ia sudah menarik minat minat masyarakat pelbagai kaum menyertainya.

Katanya, sebagai contoh di Sabah, kaum Kadazan Dusun, Bajau serta masyarakat lain menyertainya sekali gus ini menunjukkan satu budaya serta warisan perlu dikekalkan di masa depan.

“Kita semua maklum, tarian singa dan naga ini keunikannya cukup tinggi nilainya. Peredaran masa menyaksikan penyertaan tarian ini tidak terhad kepada kalangan masyarakat Cina.

“Ini jelas menunjukkan tradisi ini merupakan satu kombinasi yang sempurna sebagai langkah mempromosikan kebudayaan negeri Sabah yang begitu unik selaras dengan konsep Malaysia Madani,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Tarian Singa Tongma kali ke-2 peringkat negeri Sabah di sini hari ini.

Ketika berucap menyentuh pertandingan Tarian Singa dan Naga ini Nizam berkata, penganjuran acara ini bukan hanya mempromosikan Tarian Singa malah kebudayaan masyarakat cina secara tidak langsung dapat ditonjolkan.

“Apa yang penting, ia juga membawa makna besar kepada negeri Sabah untuk menuju ke arah penyatuan semua masyarakat berbilang kaum serta etnik besar di negeri ini.

“Saya begitu gembira kerana terdapat penyertaan luar termasuk pasukan Singa Tung-Fatt Kuching Sarawak sekali gus acara ini sangat dinantikan serta sangat berprestij,” jelas Nizam.

Di majlis tersebut, Nizam mengumumkan menyalurkan sumbangan peribadi sebanyak RM10,000 sebagai komitmennya dalam memperkasakan pertandingan ini di masa depan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/11/pelbagai-kaum-di-sabah-sertai-tarian-singa-dan-naga-contoh-konsep-malaysia-madani-nizam/feed/ 0 45074