Tarian – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 12 Aug 2025 02:26:53 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tarian – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tarian tradisional jadi pilihan remaja SMK Tambunan kekalkan warisan budaya https://sabahmedia.com/2025/08/12/tarian-tradisional-jadi-pilihan-remaja-smk-tambunan-kekalkan-warisan-budaya/ https://sabahmedia.com/2025/08/12/tarian-tradisional-jadi-pilihan-remaja-smk-tambunan-kekalkan-warisan-budaya/#respond Tue, 12 Aug 2025 02:26:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79079
Read Time:1 Minute, 7 Second

Tambunan: Generasi muda dan remaja pada masa ini mempunyai banyak pilihan untuk mempertahankan budaya warisan antaranya melalui tarian tradisional.

Kumpulan Loyuk Osundu Dance yang terdiri enam orang gadis  berusia 16 sehingga 18 tahun yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tambunan mempunyai minat terhadap tarian-tarian tradisional.

Pengurus kumpulan Agnes Francis berkata, kumpulan tarian ini sudah bergiat aktif semenjak berusia 6 tahun dan kekal sehingga kini.

“Kumpulan ini pernah mengikuti beberapa pertandingan tarian di luar Tambunan antaranya yang terbaru International Youth Folk Dance Festival di Penampang dan mendapat tempat keempat.

“Mereka juga sering dipanggil untuk membuat persembahan dalam acara di sekolah serta beberapa majlis sekitar Tambunan dan kawasan-kawasan yang berhampiran.

“Selain tarian tradisional, mereka juga mempelajari tarian-tarian moden bagi memvariasikan lagi seni tari mereka” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas anak didiknya membuat persembahan sambut tamu dalam Majlis Perasmian Kembara Merdeka Jalur Gemilang di Balai Raya Kampung Kapayan Lama.

Katanya, usaha mendidik mereka bermula dari kecil amat penting agar pendedahan awal dapat diberikan.

Selaku ketua kumpulan, Elly Sandra Sammy, 18, minat terhadap seni tarian terutamanya tarian tradisional bermula dari kecil lagi dan secara kebetulan terdapat tenaga pengajar yang dapat melatih.

“Kami akan berlatih sekurang-kurangnya tiga kali seminggu manakala persembahan terpulang atas permintaan daripada penganjur,” katanya.

Antara anggota lain menganggotai kumpulan ini adalah Azreen, Feon, Sherly, Anna dan Sherica.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/12/tarian-tradisional-jadi-pilihan-remaja-smk-tambunan-kekalkan-warisan-budaya/feed/ 0 79079
SK Kepayan, SMK St Joseph Papar wakili Sabah ke FERAS peringkat Kebangsaan https://sabahmedia.com/2025/06/25/sk-kepayan-smk-st-joseph-papar-wakili-sabah-ke-feras-peringkat-kebangsaan/ https://sabahmedia.com/2025/06/25/sk-kepayan-smk-st-joseph-papar-wakili-sabah-ke-feras-peringkat-kebangsaan/#respond Wed, 25 Jun 2025 08:59:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76155
Read Time:1 Minute, 20 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu : Kumpulan Cantabayu Recorder Consort dan kumpulan Voice of Josephian Choir masing-masing mewakili Sekolah Kebangsaan (SK) Kepayan dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Joseph Papar akan mewakili Sabah ke Festival Rancak Seni (FERAS) peringkat Kebangsaan Julai ini.

Kedua-dua kumpulan itu berjaya muncul johan pada FERAS peringkat negeri Sabah masing-masing bagi pertandingan Ensembel Rekoder dan Genderang dan pertandingan Koir yang berlangsung di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah.

Kumpulan Cantabayu Recorder Consort muncul johan pertandingan Ensembel Rekoder dan Genderang

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Pengerusi Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Sabah Datuk Mohammad Arif Sakaran.

Arif ketika ditemui berkata, program kesenian itu dilihat mampu membentuk sahsiah dan emosi pelajar terlibat selain kemenjadian pelajar juga boleh dibentuk.

“Menerusi penganjuran program seperti ini, kita mampu melahirkan pelajar-pelajar yang berkeyakinan bagi mengikuti pertandingan yang kita ceburi dan inilah antara platform yang baik khususnya untuk pelajar-pelajar kita mempersiapkan diri mereka di dalam segi semua pertandingan,” katanya.

kumpulan Voice of Josephian Choir muncul johan pertandingan Koir

Menurutnya, para pelajar yang mewakili negeri ke peringkat Kebangsaan turut digesa untuk memberi keutamaan kepada seni budaya negeri ini.

“Kita yakin dengan kebudayaan yang ada,  kesenian yang ada yang dipupuk oleh guru-guru kepada pelajar-pelajar sudah tentu keyakinan mereka untuk bertanding juga akan lebih baik,” katanya.

Pada pertandingan itu, SK Sungai Nafas Beluran dinobatkan naib johan dan ketika dimenangi SK Penampang bagi pertandingan Ensembel Rekoder dan Genderang.

Manakala naib johan bagi pertandingan koir dimenangi SMK Tombulion Kota Belud dan ketiga dimenangi Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Ken Hwa. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/25/sk-kepayan-smk-st-joseph-papar-wakili-sabah-ke-feras-peringkat-kebangsaan/feed/ 0 76155