tarik balik – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 07 Mar 2024 11:49:27 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png tarik balik – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Shahelmey minta JANS tarik balik notis ’10 hari gangguan bekalan air’ https://sabahmedia.com/2024/03/07/shahelmey-minta-jans-tarik-balik-notis-10-hari-gangguan-bekalan-air/ https://sabahmedia.com/2024/03/07/shahelmey-minta-jans-tarik-balik-notis-10-hari-gangguan-bekalan-air/#respond Thu, 07 Mar 2024 11:32:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50707
Read Time:1 Minute, 10 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PAPAR: Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) diminta menarik balik notis yang dikeluarkan semalam berkenaan 10 hari gangguan bekalan air di kawasan sekitar daerah Kota Kinabalu.

Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, notis tersebut didapati ada kekeliruan dan kurang jelas maksud yang disampaikan.

“Saya telah berbincang dengan pengarah Jabatan Air pada awal pagi tadi kerana saya mendapati notis tersebut kurang jelas
maksud yang disampaikan melalui notis tersebut mengelirukan dan menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat.

“Malah media massa juga telah mengeluarkan berita-berita mengenai 10 hari gangguan bekalan air di kawasan sekitar daerah Kota Kinabalu.

“Saya semak dengan CEO Jetama pada pagi tadi bahawa kerja-kerja penyelenggaraan mesti dibuat, sekiranya tidak dibuat ia akan menyebabkan gangguan bekalan air lebih kritikal pada masa akan datang.

“Oleh yang demikian disebabkan kerja penyelenggaraan tersebut pengurangan air di Loji Rawatan Air Moyog hanya berkurang sebanyak 2 megaliter air sehari (MLD) daripada 189 turun kepada 187 mld, namun demikian Jetama komited untuk menambah kehilangan 2 mld daripada Moyog diganti dengan Loji Rawatan Air Kasigui yang sekarang beroperasi pada 53 mld boleh menambah 2 mld menjadikan 55 mld.

“Jadi notis gangguan bekalan air selama 10 hari tu adalah tafsiran yang salah.

“Justeru, saya mohon maaf dan minta Jabatan Air tarik balik notis yang agak mengelirukan itu,” katanya pada sidang media selepas membuat tinjauan di Loji Rawatan Air Limbahau, Papar hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/07/shahelmey-minta-jans-tarik-balik-notis-10-hari-gangguan-bekalan-air/feed/ 0 50707
Beri rasuah tarik balik laporan polis, penjawat awam ditahan SPRM https://sabahmedia.com/2023/02/16/beri-rasuah-tarik-balik-laporan-polis-penjawat-awam-ditahan-sprm/ https://sabahmedia.com/2023/02/16/beri-rasuah-tarik-balik-laporan-polis-penjawat-awam-ditahan-sprm/#respond Thu, 16 Feb 2023 11:28:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29659
Read Time:45 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang penjawat awam di Beluran, Sandakan kerana memberi wang rasuah kepada seorang pengadu sebagai dorongan untuk menarik satu laporan polis terhadapnya.

Sumber berkata, suspek yang berusia lingkungan 40 tahun itu telah disiasat polis mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana terlibat dengan kes samun berkumpulan.

Katanya, pada 30 Oktober 2021, suspek kemudian menawar serta memberikan wang RM7,000 kepada pengadu sebagai dorongan supaya laporan polis berkenaan ditarik balik.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy Y. Subbiah ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Cawangan Sandakan hari ini.

S. Karunanithy berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009.

Menurutnya, suspek bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 beserta deposit RM1,000 dengan seorang penjamin.

“Suspek dijadualkan akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Sandakan dalam masa terdekat,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/16/beri-rasuah-tarik-balik-laporan-polis-penjawat-awam-ditahan-sprm/feed/ 0 29659