Task Force – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 22 Dec 2025 10:58:07 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Task Force – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah tubuh Pasukan Khas Bersepadu tangani isu pelancongan Semporna https://sabahmedia.com/2025/12/22/sabah-tubuh-pasukan-khas-bersepadu-tangani-isu-pelancongan-semporna/ https://sabahmedia.com/2025/12/22/sabah-tubuh-pasukan-khas-bersepadu-tangani-isu-pelancongan-semporna/#respond Mon, 22 Dec 2025 10:58:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88718
Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU: Sebuah Pasukan Khas (Task Force) Bersepadu ditubuhkan di Sabah yang bertujuan bagi menangani secara menyeluruh isu-isu pelancongan di Semporna yang menjejaskan imej, keselamatan serta kelestarian industri pelancongan negeri.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata, penubuhan pasukan itu adalah langkah penting dan bersifat strategik bagi memastikan permasalahan yang berlarutan dapat diselesaikan secara tuntas, bukan sekadar pendekatan reaktif.

Katanya, pasukan itu akan dikawalselia oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Dr Andi Rizal, dengan laporan kemajuan dikemukakan kepada beliau setiap dua minggu bagi memastikan setiap tindakan yang diambil berfokus, berperingkat serta berakauntabiliti.

“Objektif utama pasukan ini adalah untuk menyelesaikan isu pelancongan Semporna melalui pendekatan sistemik yang menyelaraskan peranan, bidang kuasa serta penguatkuasaan antara semua agensi berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Jafry berkata, antara cabaran utama yang dikenal pasti termasuk ketidakselarasan punca kuasa antara Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), pihak berkuasa tempatan dan Pejabat Daerah, selain kewujudan struktur tidak berlesen atau haram, isu keselamatan, kebersihan serta pengurusan infrastruktur pelancongan.

Katanya, pasukan itu akan melibatkan pelbagai agensi utama antaranya MOTAC, agensi penguatkuasaan, Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sabah, Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, ESSCOM, Tourism Malaysia Sabah, Pejabat Daerah Semporna serta Taman-Taman Sabah.

Menurutnya, kegagalan menangani isu pelancongan di Semporna akan memberi kesan besar kepada keseluruhan sektor pelancongan Sabah, justeru semua pihak diminta memberikan komitmen penuh bagi memastikan penyelesaian yang berkesan dapat dicapai.

Sebagai langkah segera, beliau berkata tindakan ad hoc Task Force telah bermula hari ini, termasuk sesi libat urus bersama pemain industri pelancongan di Semporna, selain komitmen beliau untuk turun padang bagi memantau sendiri pelaksanaan tindakan yang dirancang.

“Hasrat kita jelas, kita mahu menyelesaikan masalah. Pendekatan yang lebih bersepadu, tegas dan berorientasikan penyelesaian akan diteruskan demi memastikan industri pelancongan Semporna kembali stabil dan mampan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/22/sabah-tubuh-pasukan-khas-bersepadu-tangani-isu-pelancongan-semporna/feed/ 0 88718
KKTP ketuai ‘task force’ kaji, selesai isu tapak pelupusan sampah PBT https://sabahmedia.com/2024/06/19/kktp-ketuai-task-force-kaji-selesai-isu-tapak-pelupusan-sampah-pbt/ https://sabahmedia.com/2024/06/19/kktp-ketuai-task-force-kaji-selesai-isu-tapak-pelupusan-sampah-pbt/#respond Wed, 19 Jun 2024 06:49:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56229
Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP), Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, Kementeriannya akan mengetuai “task force” untuk mengkaji dan mencari penyelesaian tapak pelupusan sampah bersama dengan Pihak-pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Isu tersebut merupakan antara perkara-perkara yang dibangkitkan semasa siri lawatan kembara beliau ke PBT Kota Belud dan Kota Marudu kelmarin (18 Jun).

Semasa lawatan ke PBT Kota Belud, Dr. Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri II telah diberikan taklimat tadbir urus oleh Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kota Belud, Kamariah Ismail.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk, Datuk Mohd. Arshad Bistari; Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Dr. Jamili Nais; Pengerusi Majlis Daerah Kota Belud, Bakri Nanun; wakil Ketua Polis Daerah Kota Belud, Inspektor Sabestian Ak Pendie; serta Ahli-ahli Majlis Daerah dan Pegawai-pegawai KKTP.

Antara perkara yang dibincangkan adalah isu tapak pelupusan sampah.

Semasa lawatan ke PBT Kota Marudu, Dr. Joachim dan rombongan telah diberikan taklimat Tadbir Urus Majlis Daerah Kota Marudu oleh Pegawai Eksekutifnya, Abdul Sani Arsat.

Dr. Joachim (duduk, tengah) bergambar kenangan bersama dengan Dr. Jamili (empat dari kiri) dan semua yang hadir ke lawatan kembara PBT Kota Marudu.

Beliau dimaklumkan bahawa tapak pelupusan sampah bagi Kota Marudu tidak dapat menampung kuantiti/jumlah sampah yang dikutip oleh Majlis, selain laluan jalan ke pusat pelupusan rosak dan sukar dilalui apabila musim hujan dan perlu dinaik taraf.

Lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada siri lawatan kembara Dr. Joachim ke semua PBT di Sabah yang bermula sejak awal tahun ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/19/kktp-ketuai-task-force-kaji-selesai-isu-tapak-pelupusan-sampah-pbt/feed/ 0 56229
Kerajaan Negeri perkasa “Manufacturing Investment Task Force” https://sabahmedia.com/2024/05/11/kerajaan-negeri-perkasa-manufacturing-investment-task-force/ https://sabahmedia.com/2024/05/11/kerajaan-negeri-perkasa-manufacturing-investment-task-force/#respond Sat, 11 May 2024 07:44:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54263
Read Time:2 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan memperkasa “Manufacturing Investment Task Force” pada tahun ini untuk memastikan semua cadangan pelaburan yang diluluskan dapat direalisasi dan dipercepat pelaksanaannya, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, sektor perindustrian dan pelaburan terus menjadi pemacu kepada ekonomi negeri dan telah menyumbang kepada keseluruhan jumlah pelaburan yang menggalakkan.

Beliau berkata, pada tahun 2023, Sabah mencatatkan jumlah pelaburan negeri sebanyak RM11.346 bilion dan berada di kedudukan ketujuh menerima pelaburan tertinggi di Malaysia.

“Kerajaan Negeri telah berjaya merancakkan sektor perindustrian dan menggalakkan lagi pelaburan berkembang dalam rantaian ekonomi”, katanya pada Majlis Pelancaran dan Perasmian Bursa Marketplace Fair Sabah 2024 di Suria Sabah Shopping Mall pada Sabtu.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Negeri, Datuk Phoong Jin Zhe.

Hajiji berkata, pelaburan-pelaburan yang mempunyai impak meluas seperti Syarikat SK Nexilis Malaysia Sdn. Bhd. telah mengembangkan pelaburan di negeri Sabah melalui syarikat subsidiarinya, Curix Sdn. Bhd. dalam pembuatan kilang copper granulation di Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) dengan nilai pelaburan berjumlah RM300 juta.

Menurutnya, Industri minyak dan gas di negeri Sabah juga sedang berkembang dalam kedua-dua aktiviti huluan dan hiliran.

Kesemua pelaburan ini telah memenuhi permintaan global semasa yang tinggi serta memberi tumpuan dalam memacu pertumbuhan secara meluas dan juga peluang pekerjaan untuk rakyat Sabah.

Beliau berkata, amat penting rakyat negeri ini didedahkan dengan pendidikan dan celik kewangan serta mempunyai “minda seorang pelabur”, untuk menjadikan kehidupan lebih baik, menyumbang dalam pembangunan komuniti, dan membantu orang lain mencapai matlamat yang sama.

Hajiji berkata, berdasarkan kertas penyelidikan mengenai Landskap Pelabur Runcit Malaysia yang diterbitkan oleh Bursa Malaysia baru-baru ini, responden dari Sabah dan Sarawak secara amnya mempunyai tahap pemahaman yang agak rendah mengenai pelaburan saham.

“Ini menunjukkan betapa pentingnya pendidikan kewangan dalam usaha meningkatkan tahap kecelikan seseorang dalam pasaran saham”, ujarnya.

Beliau menegaskan, Kerajaan Negeri komited sepenuhnya terhadap pembangunan belia kerana mereka merupakan pelaburan terbesar negeri yang harus dididik untuk menjadi pelabur yang bertanggungjawab dalam dekad yang akan datang.

Katanya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), lebih separuh atau 52.5% daripada populasi rakyat Malaysia terdiri daripada generasi Milenium, Gen Z atau lebih muda dan data daripada Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia menyatakan Sabah mempunyai bilangan belia kedua tertinggi di Malaysia.

“Justeru, sekarang adalah waktu yang terbaik untuk membantu memajukan status kehidupan belia kita. Saya yakin Bursa Marketplace Fair dapat mendidik dan membantu menyedarkan sifat pelabur bijak, terutama kepada golongan belia kita”, tegasnya.

Hajiji berkata, sebagai pelabur, yang penting ialah harus belajar bagaimana untuk mendapatkan dan melindungi modal, selain berjaga-jaga dengan skim penipuan kewangan yang semakin banyak berlaku saban hari.

“Seperti yang berlaku di mana-mana seluruh dunia, kebanyakkannya bermula dari diri kita sendiri. Di sinilah pentingnya peranan Bursa Malaysia kerana mereka mempunyai banyak panduan serta pelbagai peluang pelaburan yang harus dimanfaatkan oleh para belia kita”, tegasnya.

Beliau juga memuji Bursa Malaysia kerana telah mengambil inisiatif untuk memupuk masyarakat celik kewangan pada usia muda melalui alat gamifikasi mereka, Burmon Trader.

Hajiji berharap program Bursa Marketplace Fair 2024 dapat mendedahkan pengunjung kepada pelbagai alatan digital yang membantu mendidik dan membangunkan pelabur, seperti MyBursa dan aplikasi Bursa Anywhere.

Beliau juga mengalu-alukan pelancaran gerbang API Bursa Malaysia baru-baru ini, memandangkan kadar pemilikan akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) yang masih rendah di Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/11/kerajaan-negeri-perkasa-manufacturing-investment-task-force/feed/ 0 54263