taufan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 09 Jul 2026 13:29:40 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png taufan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 MetMalaysia keluar nasihat Taufan Bavi https://sabahmedia.com/2026/07/09/metmalaysia-keluar-nasihat-taufan-bavi/ https://sabahmedia.com/2026/07/09/metmalaysia-keluar-nasihat-taufan-bavi/#respond Thu, 09 Jul 2026 13:29:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99603
Read Time:27 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat berkaitan Taufan Bavi yang dikesan berada pada kira-kira 1,896 kilometer (km) di timur laut Sandakan, Sabah.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan taufan itu kini berada pada kedudukan kira-kira 1,151 km di tenggara Taipei, Taiwan.

Berdasarkan pencerapan pada 8 pagi, taufan itu bergerak ke arah barat barat laut dengan kelajuan 20 kilometer sejam (km/j) dan berpotensi mencapai kelajuan maksimum 185 km/j.

Bagaimanapun, MetMalaysia memaklumkan taufan itu tidak memberi kesan signifikan terhadap Malaysia.- BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/09/metmalaysia-keluar-nasihat-taufan-bavi/feed/ 0 99603
Dakwaan Ramalan Taufan & Tsunami Ke Borneo Palsu https://sabahmedia.com/2021/12/22/dakwaan-ramalan-taufan-tsunami-ke-borneo-palsu/ https://sabahmedia.com/2021/12/22/dakwaan-ramalan-taufan-tsunami-ke-borneo-palsu/#respond Wed, 22 Dec 2021 13:46:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10210
Read Time:48 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menafikan maklumat berhubung ramalan taufan dan tsunami berkelajuan 150 hingga 200 kilometer sejam yang didakwa sedang menuju ke Borneo yang kini turut tular di pelbagai platform media sosial.

Dalam satu kenyataan, MET Malaysia menyatakan maklumat berkenaan dikasifikasikan sebagai maklumat palsu.

“MET Malaysia juga mengesan penyalahgunaan gambar satelit dan logo MET Malaysia bagi menyokong kenyataan yang TIDAK BENAR dan boleh menimbulkan panik di kalangan orang awam.

“MET Malaysia ingin menegaskan bahawa penyebaran maklumat berita palsu dan tidak sahih boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” kata kenyataan itu.

Orang ramai diingatkan supaya mendapatkan maklumat sahih berkenaan ramalan dan amaran cuaca serta maklumat gempa bumi dan amaran tsunami melalui laman web rasmi dan laman media sosial rasmi MET Malaysia.

Kenyataan itu turut berkata, orang ramai juga boleh menghubungi talian hotline 1-300-22-1638 dan aplikasi myCuaca.

“MET Malaysia menyarankan agar semua pihak menghentikan penyebaran maklumat palsu seperti di atas,” katanya kenyataan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/22/dakwaan-ramalan-taufan-tsunami-ke-borneo-palsu/feed/ 0 10210