tawar – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 03 Apr 2023 08:54:07 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png tawar – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Jualan RAHMAH Hari Raya: 99 Speedmart tawar barangan asas mampu milik seluruh Sabah https://sabahmedia.com/2023/04/03/jualan-rahmah-hari-raya-99-speedmart-tawar-barangan-asas-mampu-milik-seluruh-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/04/03/jualan-rahmah-hari-raya-99-speedmart-tawar-barangan-asas-mampu-milik-seluruh-sabah/#respond Mon, 03 Apr 2023 08:54:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32088
Read Time:1 Minute, 49 Second

KOTA KINABALU: Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara hidup (KPDN) Negeri Sabah, Georgie Abas pada hari ini telah membuat tinjauan pelaksanaan Jualan RAHMAH Hari Raya yang ditawarkan di salah sebuah premis 99 Speedmart (East Malaysia) Sdn. Bhd. di Kota Kinabalu.

Georgie berkata, pelaksanaan Inisiatif Payung RAHMAH di kesemua 202 Cawangan 99 Speedmart di seluruh negeri ini meliputi aktiviti Jualan RAHMAH yang dijalankan selama sebulan mulai 23 Mac 2023 sehingga 22 April 2023.

“Jualan ini melibatkan sebanyak 35 barang pelbagai produk barangan asas dan perlu seperti beras, tepung, air minuman, ketupat mini, kordial, minyak masak botol 5 kilogram, mentega, biskut raya dan sebagainya yang masing-masing ditawarkan pada harga yang lebih rendah sehingga 30 peratus berbanding harga jualan murah sedia ada,” katanya.

Turut hadir semasa tinjauan adalah General Manager (East Malaysia), Foo Meng Keet dan Senior Manager Branches Operation (East Malaysia), 99 Speedmart (East Malaysia)
Sdn. Bhd. Lim Yu Kiun.

Menurut Georgie, KPDN melihat tambahan diskaun di bawah Jualan RAHMAH yang ditawarkan oleh 99 Speedmart ini sebagai tawaran yang amat berbaloi, berpatutan dan mampu milik kepada seluruh rakyat Sabah,
seiring dengan keperluan rakyat untuk mendapatkan barangan keperluan asas.

“Seterusnya, Jualan RAHMAH ini juga dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan sepanjang bulan Ramadan, serta Syawal yang bakal tiba,” ujarnya.

Justeru, katanya, KPDN terus komited untuk memastikan seluruh warga Sabah dilindungi dan tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup (cost of living) dalam situasi mencabar dan tidak menentu pada hari ini.

Pada masa yang sama, tambah beliau, KPDN sentiasa menyokong usaha yang dilaksanakan oleh warga industri sektor peruncitan di negara ini untuk menggalakkan rakyat Malaysia berbelanja dengan memberi ganjaran tambahan atau nilai tambah kepada pengguna, khususnya menjelang musim perayaan.

“KPDN amat berharap agar usaha seperti ini mampu menarik perhatian pengguna di negeri Sabah, khususnya golongan berpendapatan rendah dengan kerjasama rakan-rakan strategik yang terlibat untuk mendapatkan barangan dengan harga yang rendah dan berpatutan tetapi berkualiti seiring dengan jenama produk yang ditawarkan.

“KPDN Sabah ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada 99 Speedmart (East Malaysia) Sdn. Bhd di atas inisiatif ini bagi membantu golongan yang memerlukan dalam meringankan beban kos sara hidup mereka di Sabah dan berharap lebih banyak pemain industri di Sabah turut menawarkan jualan rahmah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/03/jualan-rahmah-hari-raya-99-speedmart-tawar-barangan-asas-mampu-milik-seluruh-sabah/feed/ 0 32088
Bengkel motosikal tawar tayar harga Rahmah RM5, ringankan beban pengguna https://sabahmedia.com/2023/03/26/bengkel-motosikal-tawar-tayar-harga-rahmah-rm5-ringankan-beban-pengguna/ https://sabahmedia.com/2023/03/26/bengkel-motosikal-tawar-tayar-harga-rahmah-rm5-ringankan-beban-pengguna/#respond Sun, 26 Mar 2023 07:52:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31531
Read Time:1 Minute, 34 Second

KAJANG: Sebuah bengkel motosikal di Kajang, Selangor baru-baru ini telah menawarkan tayar motosikal pada harga Rahmah RM5, dengan niat untuk meringankan beban pengguna.

Dinamakan Program Amal Tayar Rahmah, ia ditawarkan oleh Bengkel Dania Garage pada 20 Mac lalu.

Menurut pemilik bengkel itu, Mohd Mustakim Mohd Munawir, beliau menganjurkan jualan amal itu sebagai sebahagian sumbangan penghargaan kepada pelanggan bengkelnya.

“Saya berterima kasih kepada semua pengguna dan pemilik motosikal yang menjadi pelanggan dan menyokong bengkel saya selama ini.

“Jadi sempena bulan Ramadan ini juga saya menawarkan tayar motosikal pada harga Rahmah, juga dengan tujuan untuk membantu meringankan beban pemilik motosikal,” katanya kepada media hari ini.

Tambah beliau, jualan amal yang dianjurkan selama sehari itu telah berjaya menarik kehadiran kira-kira tiga ribu pemilik motosikal.

Bagaimanapun pihaknya hanya memperuntukkan sejumlah seribu unit tayar untuk dibeli oleh pemilik motosikal pada harga RM5 seunit.

Antara pemilik motosikal yang hadir ke Bengkel Dania Garage untuk membeli tayar Rahmah. – Foto ihsan Bengkel Dania Garage

Menurut Mohd Mustakim, program jualan amal ini merupakan jualan tayar motosikal bersaiz 70/90-17 serta 80/90-17, harga jualan sebenar tayar tersebut adalah RM60 seunit yang mana harga Rahmah tayar itu tidak ada dijual di mana-mana tempat, setakat ini hanya di bengkel Dania Garage sahaja.

“Saya memikirkan bahawa pada bulan Mac tahun ini merupakan bulan yang amat mencabar kepada pengguna semua kerana sesi persekolahan bermula dan persiapan raya datang serentak yang mana rata-rata memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi.

“Sebab itu saya tampil menawarkan tayar motosikal pada harga Rahmah memandangkan sebahagian besar pemilik motosikal ini adalah golongan B40”, katanya.

Dania Garage merupakan bengkel motosikal 100 peratus milik Bumiputera yang berpusat di Sungai Chua, Kajang.

Bengkel tersebut mula beroperasi pada 2016 dan kini mempunyai tiga cawangan iaitu dua di Kajang dan satu di Serdang.

Bengkel Dania Garage amat popular di media sosial khususnya di Tiktok dengan jumlah pengikut lebih 506 ribu orang.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/26/bengkel-motosikal-tawar-tayar-harga-rahmah-rm5-ringankan-beban-pengguna/feed/ 0 31531
FSMP UMS Tawar Kursus Industri Makanan Halal https://sabahmedia.com/2021/07/06/fsmp-ums-tawar-kursus-industri-makanan-halal/ https://sabahmedia.com/2021/07/06/fsmp-ums-tawar-kursus-industri-makanan-halal/#respond Tue, 06 Jul 2021 03:48:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2592
Read Time:2 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) bersedia membimbing usahawan yang ingin menceburkan diri dalam bidang industri makanan halal.

Dekan FSMP, Prof. Madya Dr. Patricia Matanjun berkata, segala latihan dan bimbingan itu disediakan melalui sebuah unit yang dikenali sebagai Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan.

“Dengan visi untuk mempromosikan keselamatan dan kualiti makanan melalui penyelidikan dan perkhidmatan, unit ini menawarkan pelbagai latihan, kursus, dan khidmat rundingan kepada pelbagai pihak termasuk mereka yang ingin melibatkan diri dalam industri halal.

“Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia sesungguhnya mempunyai potensi besar sebagai peneraju hub halal dunia yang menyaksikan sebanyak RM31 bilion eksport halal negara telah direkodkan pada tahun 2020.

“Unit ini yang beroperasi sejak 28 Mei 2013 sekali gus dilihat seiring dengan hasrat kerajaan yang mahu mengangkat industri halal sebagai industri strategik untuk menjayakan objektif Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, latihan dan khidmat rundingan di Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan telah disesuaikan dengan keadaan pekerjaan dan budaya sesebuah organisasi.

“Antara Kursus Latihan Halal yang ditawarkan ialah kursus Kesedaran Halal kepada Industri Halal, Amalan Baik bagi Industri Halal, dan Sistem Pengurusan Jaminan Halal.

“Kursus lain adalah tentang Audit Halal Dalaman, Latihan Eksekutif Halal dan Program Auditor Halal Global yang Diperakui.

“Kesemua kursus dikendalikan pakar-pakar Teknologi Makanan, Sains Makanan dan Pemakanan UMS untuk memastikan usahawan atau individu mempunyai pengetahuan mendalam terhadap pengurusan keselamatan dan kualiti makanan seterusnya memahami konsep makanan halal,” katanya yang juga Pengerusi unit berkenaan.

Ujar Patricia, unit tersebut yang buat masa ini dikendalikan Timbalan Ketua Unit, Ts. Dr. Nor Qhairul Izzreen Mohd Noor turut menyediakan Perkhidmatan Makmal Analisis Makanan bagi tujuan menganalisis makanan halal.

“Makmal ini mempunyai keupayaan untuk membuat Analisis DNA babi (porcine) dalam produk makanan (ISO 17025:2017) serta lain-lain analisis makanan berdasarkan permintaan.

“Bagi yang memerlukan khidmat rundingan halal, kita di Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan ini sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan terbaik.

“Kita ada menawarkan khidmat rundingan untuk Permohonan Pensijilan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pembangunan Sistem Jaminan Halal dan khidmat Audit Halal Dalaman,” tambah Patricia.

Dalam pada itu, Patricia juga menjelaskan bahawa terdapat beberapa latihan lain turut ditawarkan oleh unit tersebut.

“Antaranya Kursus Latihan Pengendali Makanan (SLPM), Amalan Pengilangan Baik (GMP), Analisis Bahaya Titik Kawalan Kritikal  (HACCP), Kursus Makanan Pendek, serta Keselamatan dan Kebersihan Makanan.

“Kita juga menawarkan khidmat rundingan Konsep Produk Baharu, Pembangunan Produk Makanan, Penambahbaikan Nutrisi Makanan, Teknologi daripada konsep produk kepada konsep rintis, selain khidmat rundingan untuk Pensijilan MeSTI dan Pensijilan BeSS.

“Penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan merangkumi kebolehlaksanaan penyelidikan, kajian penilaian/pentaksiran impak, carian fakta dan kaji selidik, pemantauan dan penilain, serta pembangunan produk,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, Patricia mengajak orang ramai untuk mengikuti perkembangan semasa unit tersebut dengan menekan sukaan pada laman facebook Food Safety and Quality Unit UMS.

“Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat dengan melayari laman web www.ums.edu.my/fsquv2.

“Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Pegawai Teknologi Makanan, Puan Nurshada Ramdin melalui emel [email protected],” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/06/fsmp-ums-tawar-kursus-industri-makanan-halal/feed/ 0 2592