Tawaran – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 10 Mar 2023 09:28:46 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tawaran – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tawaran tambang istimewa, ‘Ramadhan Mubarak’ MASwings bermula hari ini https://sabahmedia.com/2023/03/10/tawaran-tambang-istimewa-ramadhan-mubarak-maswings-bermula-hari-ini/ https://sabahmedia.com/2023/03/10/tawaran-tambang-istimewa-ramadhan-mubarak-maswings-bermula-hari-ini/#respond Fri, 10 Mar 2023 09:23:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30634
Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU: Bersempena dengan bulan Ramadhan yang bakal tiba, MASwings menawarkan tawaran tambang istimewa ‘Ramadhan Mubarak’ bermula daripada RM131 dalam semua perjalanan sehala untuk semua laluan MASwings ATR.

Menurut kenyataan media pejabat perhubungan MASwings Sdn Bhd, Kota Kinabalu hari ini, pembelian tiket boleh diperolehi dari sekarang hingga 14 Mac 2023, untuk perjalanan segera sehingga 30 November 2023.

Katanya, tawaran istimewa itu akan memberi lebih banyak peluang kepada komuniti tempatan di seluruh Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan untuk pulang dan meluangkan masa bersama keluarga tersayang sepanjang bulan Ramadhan.

“Tawaran Ramadhan Mubarak MASwings menawarkan tambang sehala yang merangkumi semua penumpang bermula dari RM131 bagi sektor dari Miri ke Mulu, Sandakan ke Lahad Datu dan Bintulu ke Sibu; daripada RM141 ke atas sektor dari Sandakan ke Tawau, Kota Kinabalu ke Labuan dan dari Miri ke Labuan, Bintulu dan Limbang; daripada RM181 bagi sektor dari Miri ke Sibu dan dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu dan Mulu.

“Mereka yang ingin melakukan perjalanan dari Kuching ke Limbang dan Mulu juga boleh menikmati tambang serendah RM201; dan semuanya tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk,” katanya.

Menurutnya, Tawaran Ramadhan Mubarak MASwings adalah termasuk cukai berkaitan dan tertakluk kepada terma dan syarat MASwings.

“Semua tiket yang dikeluarkan pada perkhidmatan ATR termasuk 20kg elaun daftar bagasi dan hidangan ringan sebagai sebahagian daripada komitmen MASwings untuk menyemai Hospitaliti Malaysia sepanjang masa kepada pelanggan.

“Semua penumpang yang menaiki MASwings atau Malaysia Airlines keluar dari Malaysia Timur adalah digalakkan untuk mendaftar masuk untuk penerbangan mereka melalui pilihan daftar masuk sendiri yang tersedia untuk mengurangkan kerumitan dan menjimatkan masa.

“Tawaran di atas juga boleh didapati melalui laman web MASwings / Malaysia Airlines, pejabat tiket, dan ejen pelancongan yang dilantik atau melalui pusat panggilan di 1300 88 3000.

“Pelanggan digalakkan untuk melayari laman web rasmi MASwings di www.maswings.com.my/ untuk
maklumat lanjut tentang destinasi, tambang dan jadual penerbangan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/10/tawaran-tambang-istimewa-ramadhan-mubarak-maswings-bermula-hari-ini/feed/ 0 30634
Semakan Tawaran Kemasukan Ke MRSM Mulai Rabu Ini https://sabahmedia.com/2022/03/07/semakan-tawaran-kemasukan-ke-mrsm-mulai-rabu-ini/ https://sabahmedia.com/2022/03/07/semakan-tawaran-kemasukan-ke-mrsm-mulai-rabu-ini/#respond Mon, 07 Mar 2022 11:27:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12784
Read Time:1 Minute, 23 Second

KUALA LUMPUR: Calon-calon bagi kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 dan 4 tahun 2022 boleh membuat semakan tawaran bermula Rabu, 9 Mac 2022.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam kenyataannya hari ini berkata, MARA kekal dengan dasar 60 peratus pengambilan pelajar daripada keluarga B40 selain keutamaan juga kepada calon luar bandar dan miskin bandar.

“Calon yang berjaya ditawarkan ke MRSM akan menerima notifikasi menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) atau emel yang telah didaftarkan semasa permohonan.

“Pemohon juga boleh membuat semakan menerusi portal rasmi MARA di www.mara.gov.my. dan makluman terkini berkenaan tawaran juga boleh didapati melalui media sosial MARA seperti Facebook, Twitter dan Instagram,” katanya.

Mahdzir turut menjelaskan, calon yang berjaya perlu membuat pengesahan penerimaan tawaran kemasukan ke MRSM dalam tempoh tujuh hari menerusi pautan dalam portal berkenaan.

Sekiranya calon tidak membuat pengesahan penerimaan dalam tempoh tersebut, tawaran berkenaan dianggap terbatal.

“Calon yang tidak berjaya masih boleh membuat rayuan secara online di pautan yang sama bermula 9 Mac 2022 sehingga 16 Mac 2022 dan tidak perlu hadir secara fizikal.

“Sebarang pertukaran program dan penempatan MRSM adalah tidak dibenarkan,” ujarnya.

Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang makluman tawaran sehingga 31 Mei 2022, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Untuk rekod, MARA tahun ini menerima 74,500 permohonan ke tingkatan 1 dan 4 MRSM.

Berbanding kapasiti kemasukan pelajar ke tingkatan 1 seramai 7,949 orang dan tingkatan 4 seramai 1,930 orang pelajar.

MRSM menawarkan 6 program iaitu MRSM International General Certificate of Secondary Education (IGCSE), MRSM International Baccalaureate-Middle Year Programme (IB-MYP), MRSM Ulul Albab, MRSM Program Bitara, MRSM Premier dan MRSM Teknikal di bawah Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM).

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/07/semakan-tawaran-kemasukan-ke-mrsm-mulai-rabu-ini/feed/ 0 12784
Tawaran PM, semua pihak perlu berlapang dada -PRESBAH https://sabahmedia.com/2021/08/14/tawaran-pm-semua-pihak-perlu-berlapang-dada-presbah/ https://sabahmedia.com/2021/08/14/tawaran-pm-semua-pihak-perlu-berlapang-dada-presbah/#respond Sat, 14 Aug 2021 11:37:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4626
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Tawaran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjalin kerjasama dengan pemimpin di luar Perikatan Nasional (PN) dilihat mampu menyelesaikan kemelut politik negara hari ini.

Presiden Pertubuhan Rumpun Etnik Sabah (PRESBAH), Yahya Ahmad berkata, semua pihak dengan itu turut diminta berfikiran matang dan perlu menyambut perkara tersebut dengan berlapang dada demi kepentingan negara.

Jelasnya, semua pemimpin parti politik juga diminta bermula Sabah di saat negara diuji, menyambut baik tawaran itu dengan mengusahakan tempoh jaminan kerajaan sehingga semua usaha memberikan imunisasi berkelompok dapat direalisasikan.

“Rakyat sudah mendapat apa yang patut dari segenap bantuan, pelan-pelan peralihan bergerak lancar maka tempoh ingin mengadakan pilihan raya bulan Julai tahun hadapan sudah dikira bersesuaian.

“Jika tawaran roh muafakat ini baik, tidak ada alasan mana-mana ahli parlimen menolaknya, melainkan lebih perjuangan peribadi bukan rakyat.

“Perkara mustahil ahli politik dan ahli parlimen kurang bersabar dibanding rakyat yang sudah sarat terbeban namun mampu cekal bertabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri dalam perutusan khasnya telah menawarkan tujuh cadangan kerjasama yang turut melibatkan pihak pembangkang.

Tindakan itu antara lain adalah bagi usaha meningkatkan kestabilan negara dan ke arah pemulihan pandemik Covid-19.

Sementara itu, Yahya menambah suhu politik kini perlu ditenteramkan terlebih dahulu kerana ia dilihat banyak menggangu fokus kerajaan dalam menangani isu pandemik di negara ini.

“Rakyat ini bukan buta, sentiasa memerhati semua percakapan dan tindakan para pemimpin dan ahli politik yang kurang mengawal sabar dan kematangan lebih asyik menumpu tujuan menjatuhkan dan berebut kuasa.

“Mereka gagal menunjuk keteladanan, kegagalan ini cukup jelas ada pada mereka dan terlebih berpolitik kurangnya berjiwa rakyat.

” Kepada mereka yang terlalu ikut nafsu politik dan tersirat jelas kepentingan ini, fikirkan hati dan perasaan rakyat yang terganggu sudah cukup bosan dan sangat marah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/14/tawaran-pm-semua-pihak-perlu-berlapang-dada-presbah/feed/ 0 4626