Tawau polis – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 03 Sep 2025 08:16:02 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tawau polis – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Rakaman percakapan suspek hasutan selesai, dibebaskan dengan jaminan polis https://sabahmedia.com/2025/09/03/rakaman-percakapan-suspek-hasutan-selesai-dibebaskan-dengan-jaminan-polis/ https://sabahmedia.com/2025/09/03/rakaman-percakapan-suspek-hasutan-selesai-dibebaskan-dengan-jaminan-polis/#respond Wed, 03 Sep 2025 08:16:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80526
Read Time:49 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

Tawau: Polis telah merakam percakapan seorang wanita berusia 23 tahun yang ditahan kerana dipercayai mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan semasa Himpunan Solidariti Justice For Zara di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, tindakan lain yang berkaitan siasatan turut diambil sebelum suspek dibebaskan dengan jaminan polis.

“Kita telah menerima 28 laporan awam yang tidak bersetuju dengan kenyataan suspek, manakala rakaman percakapan semua saksi juga telah selesai diambil,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, kertas siasatan kes berkenaan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) selewat-lewatnya minggu depan untuk mendapatkan arahan selanjutnya.

Katanya, PDRM akan mencadangkan supaya suspek dituduh mengikut undang-undang dan akta berkaitan.

Terdahulu, suspek ditahan kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam di kawasan Batu 4, Jalan Apas bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/03/rakaman-percakapan-suspek-hasutan-selesai-dibebaskan-dengan-jaminan-polis/feed/ 0 80526