Tawau – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 26 Jul 2026 08:36:55 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tawau – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Banjir lumpuhkan operasi Loji Apas Balung, lebih 5,500 akaun pengguna di Tawau terjejas https://sabahmedia.com/2026/07/26/banjir-lumpuhkan-operasi-loji-apas-balung-lebih-5500-akaun-pengguna-di-tawau-terjejas/ https://sabahmedia.com/2026/07/26/banjir-lumpuhkan-operasi-loji-apas-balung-lebih-5500-akaun-pengguna-di-tawau-terjejas/#respond Sun, 26 Jul 2026 08:36:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100611
Read Time:1 Minute, 51 Second

TAWAU : Kejadian banjir yang melanda daerah ini telah menjejaskan operasi beberapa Loji Rawatan Air (LRA), termasuk Loji Rawatan Air (LRA) Apas Balung 1 dan 2, sekali gus menyebabkan gangguan bekalan air kepada kira-kira 5,578 akaun pengguna di daerah itu.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti Sabah, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam, berkata Jabatan Air Sabah mengambil maklum kesulitan yang dihadapi pengguna dan sedang melaksanakan pelbagai tindakan segera bagi memulihkan bekalan air secepat mungkin.

Beliau berkata, banjir berkenaan turut menjejaskan operasi LRA Utara dan LRA Cinta Mata, namun kedua-dua loji itu kini telah kembali beroperasi, manakala pengeluaran air terawat sedang dipertingkatkan secara berperingkat bagi membantu menstabilkan bekalan kepada pengguna.

Joachim Gunsalam

Menurutnya, LRA Apas Balung 1 dan 2 terpaksa dihentikan sementara selepas kawasan loji ditenggelami air sepenuhnya sehingga mengakibatkan kerosakan terhadap kemudahan serta komponen utama mekanikal dan elektrikal (M&E).

“Pasukan operasi dan teknikal Jabatan Air Bahagian Tawau kini sedang menjalankan pemeriksaan menyeluruh, kerja-kerja pembersihan loji serta pembaikan komponen yang terjejas bagi memastikan operasi LRA Apas Balung 1 dan 2 dapat disambung semula dengan selamat,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini pada Ahad.

Beliau berkata, bagi mengurangkan impak gangguan bekalan air, Jabatan Air Bahagian Tawau turut mengaktifkan pelan mitigasi sementara dengan menghantar bekalan air menggunakan lori tangki ke kawasan yang terjejas.

Dr. Joachim berkata, Jabatan Air Sabah memberi jaminan bahawa segala usaha sedang dipergiatkan bagi mempercepatkan proses pemulihan dan memastikan sistem bekalan air kembali stabil dalam kadar segera.

Dalam pada itu, beliau berkata Kerajaan Negeri turut memberi perhatian terhadap penyelesaian jangka panjang menerusi pelaksanaan Projek Skim Bekalan Air Fasa III – Reka Bentuk dan Pembinaan Empangan Tawau, yang dijangka siap pada Oktober tahun depan.

Katanya, projek berkenaan bukan sahaja akan memperkukuh sistem bekalan air di daerah Tawau, malah meningkatkan keupayaan kawalan banjir bagi menjamin bekalan air yang lebih mampan pada masa hadapan.

Beliau menegaskan Jabatan Air Bahagian Tawau akan terus memantau situasi secara berterusan dan memastikan segala tindakan pemulihan dilaksanakan sehingga operasi semua loji kembali pulih sepenuhnya.

Pada masa sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pengguna atas kesabaran, kerjasama dan kefahaman yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air, sambil memaklumkan sebarang perkembangan terkini akan disalurkan menerusi saluran rasmi Jabatan Air Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/26/banjir-lumpuhkan-operasi-loji-apas-balung-lebih-5500-akaun-pengguna-di-tawau-terjejas/feed/ 0 100611
Tawau juara keseluruhan Kejohanan Olahraga Negeri Sabah Ke-58 https://sabahmedia.com/2026/07/26/tawau-juara-keseluruhan-kejohanan-olahraga-negeri-sabah-ke-58/ https://sabahmedia.com/2026/07/26/tawau-juara-keseluruhan-kejohanan-olahraga-negeri-sabah-ke-58/#respond Sun, 26 Jul 2026 00:43:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100577
Read Time:1 Minute, 38 Second

RANAU: Kontinjen Tawau muncul juara keseluruhan Kejohanan Sukan Olahraga Peringkat Negeri Sabah Kali Ke-58 Tahun 2026 selepas mengungguli kutipan pingat dengan 21 emas, 14 perak dan 9 gangsa.

Kejayaan itu membolehkan Tawau menewaskan kontinjen Kota Kinabalu yang muncul naib juara selepas mengumpul 16 pingat emas, 16 perak dan 13 gangsa.

Kontinjen Tambunan pula menduduki tempat ketiga dengan kutipan sembilan emas, tujuh perak dan tiga gangsa, sekali gus melengkapkan kelompok tiga kontinjen terbaik pada kejohanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Ranau.

Tuan rumah, Ranau, menamatkan saingan di tempat keempat selepas meraih lapan pingat emas, 10 perak dan 10 gangsa.

Kedudukan berikutnya disusuli oleh kontinjen Keningau, Kota Marudu, Lahad Datu dan Pensiangan dalam saingan yang menghimpunkan 24 kontinjen dari seluruh daerah di Sabah.

Majlis penutupan kejohanan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, yang diwakili Setiausaha Politiknya, Johari Suhaimin.

Dalam ucapannya, Masidi berkata kejohanan olahraga peringkat negeri bukan sekadar pertandingan tahunan, sebaliknya menjadi platform penting untuk mengenal pasti dan mencungkil bakat atlet pelapis yang berpotensi mewakili Sabah ke Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dan Sukan Malaysia (SUKMA).

Beliau berkata, atlet yang menunjukkan prestasi cemerlang berpeluang mengharumkan nama Sabah dan negara di pentas lebih tinggi termasuk Sukan SEA, Sukan Asia serta Olimpik.

Masidi turut mengucapkan tahniah kepada semua atlet yang berjaya, khususnya mereka yang terpilih mewakili Sabah ke peringkat kebangsaan.

Beliau turut mengingatkan atlet agar memanfaatkan peluang yang diberikan dengan menunjukkan disiplin, komitmen dan semangat juang yang tinggi, selain menggesa atlet yang belum mencapai sasaran supaya tidak berputus asa kerana setiap cabaran merupakan pengalaman berharga untuk mencapai kejayaan pada masa depan.

Pada masa sama, beliau merakamkan penghargaan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Ranau selaku penganjur, khususnya Pegawai Pendidikan Daerah Ranau, Barizah Abdul Kahar, serta seluruh jawatankuasa pelaksana dan semua pihak yang terlibat atas kejayaan menganjurkan kejohanan itu dengan lancar. Turut hadir pada majlis penutupan ialah Timbalan Pengarah bagi Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Muddin Beting, Ketua Penolong Pengarah

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/26/tawau-juara-keseluruhan-kejohanan-olahraga-negeri-sabah-ke-58/feed/ 0 100577
Mural baharu perindah landskap bandar Tawau https://sabahmedia.com/2026/06/21/mural-baharu-perindah-landskap-bandar-tawau/ https://sabahmedia.com/2026/06/21/mural-baharu-perindah-landskap-bandar-tawau/#respond Sun, 21 Jun 2026 05:56:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98561
Read Time:1 Minute, 55 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Usaha mencantikkan bandar melalui penghasilan mural berjaya menampilkan satu lagi karya seni awam yang memperindah landskap bandar ini sekali gus mewujudkan tarikan visual baharu kepada penduduk dan pelancong.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, inisiatif yang digerakkan Majlis Perbandaran Tawau (MPT) menerusi Jawatankuasa Kecantikan Bandar itu wajar diberi pujian kerana berjaya mengubah wajah bangunan lama menjadi lebih menarik.

Nizam (dua dari kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada pelukis mural, Andi Syafie Andi Parentah, pada majlis itu.

Menurutnya, projek berkenaan direalisasikan hasil kerjasama antara MPT, syarikat Nutriplus dan pemilik bangunan, William Chin, melalui sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Sebelum ini dinding bangunan ini berada dalam keadaan yang kurang menarik, namun melalui kerjasama semua pihak ia berjaya ditransformasikan menjadi sebuah karya seni yang indah dan mampu menceriakan persekitaran bandar,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Mural Street Art Tawau di Dataran Bangunan Generise, Jalan Haji Karim, Fajar, di sini semalam.

Mural tersebut dihasilkan oleh pelukis tempatan berpengalaman, Andi Syafie, 30, yang telah menghasilkan pelbagai karya seni mural di bandar-bandar seluruh negara.

Dalam pada itu, Nizam turut dimaklumkan bahawa mural berkenaan merupakan mural keempat yang dihasilkan oleh pelukis terbabit di Tawau.

Katanya, usaha memperindah bandar melalui seni mural perlu diteruskan dengan penglibatan lebih ramai pemilik bangunan bagi mewujudkan suasana bandar yang lebih ceria, moden dan mesra pelancong.

“Apabila seseorang mengunjungi Tawau dan melihat keunikan serta keindahan bandar ini, ia akan meninggalkan kenangan yang sukar dilupakan dan mendorong mereka untuk kembali berkunjung pada masa hadapan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata projek mural bukan sahaja berperanan mempercantikkan bandar, malah mampu menjadi platform untuk mengembangkan ekonomi kreatif dalam kalangan belia.

Menurutnya, bakat dan kreativiti yang dimiliki golongan muda perlu terus disokong kerana ia berpotensi menjana pendapatan serta mewujudkan peluang ekonomi baharu.

“Jika kemahiran dalam bidang seni dan kreativiti dapat diperkasakan, ia bukan sahaja memberi manfaat kepada individu tetapi turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi setempat, negeri dan negara,” katanya.

Beliau turut menggesa pemilik bangunan di daerah ini supaya terus bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam aspek kebersihan, keselamatan dan kecantikan bandar.

Katanya, kerjasama semua pihak penting bagi memastikan Tawau terus dikenali sebagai bandar yang bersih, selamat dan indah, sekali gus menjadi destinasi pilihan pelancong dari dalam dan luar negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/21/mural-baharu-perindah-landskap-bandar-tawau/feed/ 0 98561
Apa yang Kami Lalui Terlalu Kecil Berbanding Penderitaan Rakyat Palestin Kata Dr Jiyan Aliya https://sabahmedia.com/2026/05/25/apa-yang-kami-lalui-terlalu-kecil-berbanding-penderitaan-rakyat-palestin-kata-dr-jiyan-aliya/ https://sabahmedia.com/2026/05/25/apa-yang-kami-lalui-terlalu-kecil-berbanding-penderitaan-rakyat-palestin-kata-dr-jiyan-aliya/#respond Sun, 24 May 2026 17:47:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97252
Read Time:2 Minute, 13 Second

SEPANG — Seorang doktor dari Hospital Tawau yang menyertai Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 berkata pengalaman berdepan tindakan keras ketika pelayaran solidariti ke Gaza membuka matanya mengenai penderitaan sebenar rakyat Palestin yang telah lama berdepan penindasan dan kekejaman.

Dr Jihan Aliya berkata delegasi Malaysia yang menyertai misi itu turut menjadi saksi kepada tindakan agresif terhadap aktivis tidak bersenjata ketika kapal mereka dipintas di perairan antarabangsa.

“Kami dilayan secara brutal, namun apa yang kami lalui ini masih terlalu kecil jika dibandingkan dengan penderitaan rakyat Palestin yang telah bertahun-tahun berdepan kekejaman,” katanya ketika berucap pada majlis menyambut kepulangan 28 delegasi Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 malam tadi.

Penerbangan Emirates Airlines yang membawa kumpulan aktivis berkenaan selamat mendarat kira-kira pukul 9.30 malam sebelum mereka disambut ahli keluarga, rakan-rakan serta penyokong perjuangan Palestin.

Dr Jihan berkata beliau bersyukur dapat menjadi sebahagian daripada pasukan perubatan dalam misi berkenaan bersama aktivis kemanusiaan dari pelbagai negara dalam usaha memecahkan kepungan serta membuka laluan bantuan ke Gaza.

Turut berkongsi pengalaman ialah Kapten S. Patmanathan atau Kapten Siva yang menyifatkan sokongan rakyat Malaysia sebagai kekuatan utama kepada delegasi misi tersebut.

Beliau berkata pengalaman dilalui sepanjang pelayaran masih terlalu kecil berbanding penderitaan sebenar rakyat Palestin di Gaza selain menyeru rakyat Malaysia terus mengekalkan solidariti terhadap perjuangan Palestin.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby memaklumkan seorang lagi peserta misi, Razman Mat Ali, tidak dibenarkan menaiki pesawat pulang ke Malaysia selepas mengalami Traumatic Pneumothorax atau paru-paru bocor.

Menurut beliau, doktor memberi amaran bahawa tekanan udara dalam penerbangan boleh menyebabkan keadaan Razman menjadi lebih kritikal dan berisiko membawa maut.

“Beliau tidak boleh terbang kerana tekanan dalam kapal terbang boleh menyebabkan kecederaan beliau bertambah buruk dan doktor memaklumkan ia boleh menyebabkan kematian,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan kepulangan delegasi GSF 2.0 di KLIA malam tadi.

Sani Araby berkata Razman turut berada dalam keadaan berisiko tinggi mendapat jangkitan susulan kecederaan dialami selain baru selesai menjalani pembedahan.

Beliau berkata pasukan perundangan misi turut dihantar segera ke hospital bagi mengambil rakaman dan keterangan daripada Razman untuk dijadikan bahan bukti dalam tindakan undang-undang antarabangsa terhadap Israel.

“Beliau sedang dirawat selepas pembedahan apabila dua wakil legal team dihantar untuk mengambil rakaman bukti,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan Turki turut memberi jaminan akan menjaga Razman sepanjang menerima rawatan di negara itu selain wakil Malaysia sentiasa berada bersama mangsa.

Sani Araby turut mendakwa semua delegasi berdepan layanan kasar dan penderaan fizikal sepanjang ditahan ketika misi kemanusiaan berkenaan.

Terdahulu, Razman merupakan antara 29 rakyat Malaysia yang menyertai misi GSF 2.0 bagi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza sebelum pelayaran itu dipintas pihak Israel.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/25/apa-yang-kami-lalui-terlalu-kecil-berbanding-penderitaan-rakyat-palestin-kata-dr-jiyan-aliya/feed/ 0 97252
Tawau wajar tambah dua Parlimen susulan lonjakan pengundi – Nizam https://sabahmedia.com/2026/03/23/tawau-wajar-tambah-dua-parlimen-susulan-lonjakan-pengundi-nizam/ https://sabahmedia.com/2026/03/23/tawau-wajar-tambah-dua-parlimen-susulan-lonjakan-pengundi-nizam/#respond Mon, 23 Mar 2026 07:53:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93675
Read Time:1 Minute, 7 Second

TAWAU: Kawasan Parlimen di Tawau wajar ditambah kepada dua bahagian baharu susulan peningkatan ketara jumlah pengundi yang kini melebihi 80,000 orang.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Nizam Abu Bakar Titingan berkata, situasi itu menunjukkan keperluan mendesak untuk menilai semula pembahagian kawasan sedia ada bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat lebih berkesan.

Menurutnya, jumlah pengundi yang tinggi bukan sahaja menambah beban tugas wakil rakyat dari segi liputan kawasan, malah menjejaskan keupayaan untuk mendekati pengundi di peringkat akar umbi.

“Cadangan mewujudkan dua Parlimen baharu di Tawau adalah langkah wajar bagi memastikan setiap kawasan mendapat perhatian lebih seimbang dan menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media sempena Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Dewan Masyarakat Tawau, di sini, hari ini.

Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata, secara ideal satu kawasan Parlimen seharusnya mempunyai sekitar 40,000 hingga 50,000 pengundi bagi memperkukuh hubungan antara wakil rakyat dan masyarakat.

Tambahnya, sebarang penstrukturan semula perlu mengambil kira faktor demografi, kepadatan penduduk serta keperluan pembangunan setempat agar selari dengan aspirasi kesejahteraan rakyat.

Dalam pada itu, beliau berkata cadangan berkenaan perlu melalui saluran rasmi termasuk penelitian Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia serta kelulusan di peringkat Persekutuan.

Terdahulu, lebih 6,000 masyarakat pelbagai kaum hadir memeriahkan majlis rumah terbuka yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/23/tawau-wajar-tambah-dua-parlimen-susulan-lonjakan-pengundi-nizam/feed/ 0 93675
Dua maut dalam kemalangan di Tawau https://sabahmedia.com/2025/12/31/dua-maut-dalam-kemalangan-di-tawau/ https://sabahmedia.com/2025/12/31/dua-maut-dalam-kemalangan-di-tawau/#respond Wed, 31 Dec 2025 11:59:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89035
Read Time:1 Minute, 2 Second

TAWAU: Dua individu maut selepas motosikal yang dinaiki terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Batu 16, Jalan Apas–Balung, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.26 petang itu, kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah lori 5 tan, Toyota Hilux dan sebuah motosikal, dengan lima mangsa terlibat secara keseluruhan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata sejurus menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 28 kilometer.

“Setibanya di lokasi kejadian, komander operasi memaklumkan dua mangsa lelaki dan perempuan iaitu penunggang dan pembonceng motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

“Dua mangsa lelaki yang berada di dalam lori 5 tan mengalami kecederaan ringan selepas berjaya dikeluarkan oleh orang awam, manakala pemandu Toyota Hilux, seorang lelaki berusia 61 tahun, turut mengalami kecederaan ringan.

“Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut, manakala mangsa cedera dibawa ke hospital menggunakan ambulans bagi mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tiada kerja-kerja penyelamatan dijalankan oleh pihak bomba dan setelah memastikan keadaan selamat serta tiada bahaya lain di lokasi, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.30 petang.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/31/dua-maut-dalam-kemalangan-di-tawau/feed/ 0 89035
Nizam kekalkan kerusi DUN Apas, dua muka baharu GRS turut menang https://sabahmedia.com/2025/11/30/nizam-kekalkan-kerusi-dun-apas-dua-muka-baharu-grs-turut-menang/ https://sabahmedia.com/2025/11/30/nizam-kekalkan-kerusi-dun-apas-dua-muka-baharu-grs-turut-menang/#respond Sat, 29 Nov 2025 17:47:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87488
Read Time:36 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Tiga calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS)  berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Apas, Balung dan Tanjung Batu dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRU DU) Sabah ke-17 kali ini.

Datuk Nizam Abu Bakar Titingan mengekalkan kemenangan bergaya di DUN Apas dengan memperolehi 9,239 undi menewaskan pencabarnya Sarman Amat Simito (3,608 undi) daripada Warisan, dengan majoriti 4,248 undi.

Sementara itu, Syed Ahmad Syed Abas pula meraih 4,717 undi menewaskan calon Warisan, Ahmad Frank Salazar (3,372 undi) dengan majorit 1,345 undi,

Calon GRS DUN, Tanjung Batu, Dr. Andi Mohd. Shamsureezal Mohd. Sainal meraih 5,492 undi menewaskan empat pencabarnya dengan majoriti sebanyak 981 undi. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/30/nizam-kekalkan-kerusi-dun-apas-dua-muka-baharu-grs-turut-menang/feed/ 0 87488
Tawau bakal miliki bandar baharu jika GRS kekal mandat – Nizam https://sabahmedia.com/2025/11/21/tawau-bakal-miliki-bandar-baharu-jika-grs-kekal-mandat-nizam/ https://sabahmedia.com/2025/11/21/tawau-bakal-miliki-bandar-baharu-jika-grs-kekal-mandat-nizam/#respond Fri, 21 Nov 2025 06:57:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86609
Read Time:2 Minute, 14 Second

Oleh Ahmad Husnayan

TAWAU: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas berpotensi menyaksikan kelahiran sebuah bandar baharu sekiranya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terus diberi kepercayaan rakyat pada pilihan raya kali ini.

Calon GRS merangkap Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, berkata tapak untuk projek bandar baharu itu sudah dikenal pasti dan pihaknya kini dalam perancangan terperinci bersama agensi berkaitan.

Menurut beliau, projek ini bukan sekadar pembangunan fizikal, tetapi juga memberi kesan besar kepada pembangunan sosial, pendidikan dan ekonomi penduduk tempatan.

“Kawasan yang dipilih akan menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi, membuka peluang pekerjaan, serta menyediakan kemudahan moden kepada masyarakat,” kata Nizam ketika menyantuni penjaja di Tamu Mingguan Taman Sawit Balung, semalam.

Nizam menyantuni dan memberi penerangan manifesto GRS kepada penjaja di Tamu Mingguan Taman Sawit Balung.

Beliau berkata, pembangunan bandar baharu itu akan melibatkan kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan bagi membina kompleks mini sukan untuk golongan muda.

Selain itu katanya, cadangan menubuhkan fakulti baharu di Universiti Malaysia Sabah (UMS) bakal menjadikan bandar baharu itu pusat pendidikan dan latihan seiring potensi ekonomi tempatan.

“Tawau terkenal dengan sektor pertanian, perikanan dan agrokultur. Fakulti yang diwujudkan kelak akan menumpukan kepada bidang yang bersesuaian.

“Selain itu, cadangan menubuhkan fakulti pengajian Islam juga diambil kira, memandangkan majoriti penduduk di sini beragama Islam,” katanya.

Katanya, pembangunan bandar baharu ini turut merangkumi projek Perumahan Penjawat Rakyat (PPR) bagi menampung keperluan penduduk pesisir pantai, dengan anggaran antara 500 hingga 1,000 unit.

“Cadangan ini sudah dikemukakan ke peringkat kerajaan negeri dan Persekutuan, dan kini menunggu kelulusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Kementerian Ekonomi,” katanya.

Beliau menegaskan bandar baharu ini selari dengan pelaksanaan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 bagi tempoh 2026 hingga 2030, yang menumpukan pembangunan ekonomi biru, pelancongan, industri serta membuka peluang pekerjaan kepada belia tempatan.

Selain itu, Nizam mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan atas kelulusan menaik taraf Lapangan Terbang Tawau ke standard antarabangsa, yang diyakini akan memberi limpahan ekonomi besar kepada penduduk melalui peningkatan penerbangan domestik dan antarabangsa.

Nizam menyantuni dan memberi penerangan manifesto GRS kepada penjaja di Tamu Mingguan Taman Sawit Balung.

Mengulas strategi kempen, beliau menegaskan pendekatan turun padang dan mendekati rakyat akan diteruskan setiap minggu, bukan sekadar ketika musim pilihan raya.

“Sejak pertama kali bertanding pada 2018, saya tidak pernah berhenti turun padang. Ini bukan sekadar kempen pilihan raya, tetapi amanah sebagai wakil rakyat untuk membantu dan berada dekat dengan rakyat,” ujarnya.

Nizam yakin rekod perkhidmatan konsisten, perancangan pembangunan bandar baharu, serta usaha meningkatkan ekonomi dan pendidikan di Tawau akan meyakinkan pengundi untuk terus memberi mandat kepada GRS pada 29 haribulan ini.

“Ini adalah peluang untuk membawa perubahan nyata, menjadikan DUN Apas lebih maju dan memberi manfaat kepada seluruh penduduk,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/21/tawau-bakal-miliki-bandar-baharu-jika-grs-kekal-mandat-nizam/feed/ 0 86609
PRU Sabah : Calon GRS Apas tiba di pusat penamaan calon https://sabahmedia.com/2025/11/15/pru-sabah-calon-grs-apas-tiba-di-pusat-penamaan-calon/ https://sabahmedia.com/2025/11/15/pru-sabah-calon-grs-apas-tiba-di-pusat-penamaan-calon/#respond Sat, 15 Nov 2025 01:03:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85813
Read Time:25 Second

Oleh Sitti No Azizah Talata

TAWAU:  Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan tiba di pusat penamaan calon P.190 Tawau pada jam 8.27pgi ini.

Beliau diiringi dua pencadang disambut sorakan penyokong GRS yang berhimpun di hadapan Dewan Masyarakat Tawau seawal 6 pagi.

 Beberapa lagi calon daripada parti-parti lain kelihatan hadir di pusat penamaan tersebut.

Kawasan Parlimen Tawau menyaksikan tiga DUN iaitu Apas, Sri Tanjung dan Balung. – SABAH MEDIA 

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/15/pru-sabah-calon-grs-apas-tiba-di-pusat-penamaan-calon/feed/ 0 85813
4 lelaki ditahan, 24 saman trafik dikeluarkan di Tawau https://sabahmedia.com/2025/10/05/4-lelaki-ditahan-24-saman-trafik-dikeluarkan-di-tawau/ https://sabahmedia.com/2025/10/05/4-lelaki-ditahan-24-saman-trafik-dikeluarkan-di-tawau/#respond Sun, 05 Oct 2025 09:38:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82596
Read Time:1 Minute, 15 Second

Oleh Ahmad Husnayan

TAWAU: Empat lelaki ditahan manakala 24 saman trafik dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu dijalankan polis di kawasan Batu 12, Jalan Apas, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, berkata operasi bermula jam 12 tengah malam hingga 3 pagi itu dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

Katanya, operasi berkenaan dijalankan bagi memastikan ketenteraman awam sentiasa terpelihara selain membanteras aktiviti lumba haram yang sering mengganggu penduduk di kawasan itu.

“Empat lelaki berusia 20 hingga 24 tahun ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah ketika pemeriksaan dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, polis turut memberi tumpuan terhadap pencegahan jenayah narkotik dan pengawasan kehadiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) memandangkan laluan berkenaan menjadi antara akses utama dari kawasan persempadanan menuju ke Tawau.

“Sebanyak 24 notis saman trafik turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

“Ia termasuklah tiada lesen memandu atau lesen tamat tempoh (11 kes), tidak memakai tali pinggang keledar (1 kes), nombor plat tidak ikut spesifikasi (2 kes), ubah suai ekzos bising (2 kes) serta tidak memasang cermin sisi dan aksesori keselamatan (4 kes),” katanya

Jasmin menasihatkan orang ramai, terutama golongan muda, supaya tidak terbabit dalam aktiviti lumba haram atau melakukan pengubahsuaian kenderaan secara haram yang boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

“Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menjejaskan keselamatan awam.

“Orang ramai digalakkan menyalurkan maklumat mengenai aktiviti mencurigakan, penyalahgunaan dadah dan kehadiran PATI bagi membantu polis mengekalkan keamanan di daerah Tawau,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/05/4-lelaki-ditahan-24-saman-trafik-dikeluarkan-di-tawau/feed/ 0 82596