Tayangan filem anak Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 12 Oct 2026 06:53:06 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tayangan filem anak Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Nizam taja lima dewan tayangan filem karya anak Sabah https://sabahmedia.com/2026/10/12/nizam-taja-lima-dewan-tayangan-filem-karya-anak-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/10/12/nizam-taja-lima-dewan-tayangan-filem-karya-anak-sabah/#respond Mon, 12 Oct 2026 06:47:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=105221
Read Time:1 Minute, 48 Second

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan bersetuju menaja lima dewan tayangan khas filem MR. FINANCE: Cinta Gadis Autisme di 10Star Cinemas Kubota, Tawau, pada 14 November depan sebagai sokongan terhadap karya pembikin filem tempatan.

Filem terbitan Nautica Production Sdn Bhd itu bukan sahaja mengetengahkan kisah percintaan, malah membawa mesej mengenai kasih sayang, penerimaan dan kesedaran masyarakat terhadap individu autistik.

Pengarah dan penulis skripnya, Jade Morris, berkata filem yang mula ditayangkan pada 8 Oktober lalu itu masih berdepan cabaran untuk mendapatkan sambutan penonton seperti yang diharapkan.

Beliau berkata, terdapat pengguna media sosial yang menyangka filem berkenaan merupakan produksi Indonesia sebelum mengetahui bahawa ia sebenarnya karya anak Sabah yang dihasilkan menerusi usaha tenaga produksi tempatan.

“Mungkin ada yang melihat poster atau treler kami dan menyangka ini filem luar negara. Tetapi sebenarnya ini filem anak Sabah, hasil usaha kami sendiri.

“Saya berharap orang ramai dapat mengenali filem ini dan memberi peluang untuk menontonnya sebelum membuat penilaian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Filem yang dihasilkan menggunakan dana sendiri tanpa bantuan geran pembikinan itu diterajui Jade bersama penerbitnya, Gregory Giting, serta barisan pelakon dan tenaga produksi tempatan.

Menerusi watak Dani, seorang gadis autistik, filem berkenaan mengajak penonton memahami bahawa individu autistik turut mempunyai perasaan, harapan dan keinginan untuk dicintai seperti insan lain, selain menekankan kepentingan penerimaan tanpa prejudis.

Jade berharap kisah itu dapat membuka perspektif masyarakat terhadap golongan autistik serta mendorong orang ramai memahami pengalaman hidup mereka dengan lebih terbuka.

Persetujuan Nizam untuk menaja lima dewan tayangan khas itu dicapai menerusi pertemuan bersama Jade, Gregory dan pembantu penerbit, Fuad Larkins, di pejabat menteri di Wisma MUIS, di sini, hari ini.

Sokongan itu diharap dapat memberi peluang kepada lebih ramai penonton menyaksikan filem berkenaan, sekali gus memperluas mesej kesedaran autisme yang dibawanya.

Jade menyifatkan tajaan berkenaan sebagai suntikan semangat kepada pihak produksi untuk terus memperjuangkan karya tempatan, khususnya ketika berdepan kekangan kewangan dan sambutan penonton yang masih rendah.

Beliau turut menggesa masyarakat di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia supaya memberi peluang kepada filem itu selagi masih ditayangkan di pawagam, selain berharap sokongan terhadap karya anak Sabah dapat membuka ruang kepada lebih banyak penerbitan tempatan pada masa hadapan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/12/nizam-taja-lima-dewan-tayangan-filem-karya-anak-sabah/feed/ 0 105221