tebatan banjir – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 08 Jan 2026 09:22:28 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png tebatan banjir – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Projek tebatan bantu kurangkan impak banjir di Pekan Beaufort https://sabahmedia.com/2026/01/08/projek-tebatan-bantu-kurangkan-impak-banjir-di-pekan-beaufort/ https://sabahmedia.com/2026/01/08/projek-tebatan-bantu-kurangkan-impak-banjir-di-pekan-beaufort/#respond Thu, 08 Jan 2026 09:22:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89397
Read Time:1 Minute, 27 Second

BEAUFORT: Projek tebatan banjir yang dilaksanakan di daerah Beaufort terbukti berkesan apabila kawasan pekan tidak lagi ditenggelami air walaupun banjir melanda beberapa kampung dan kawasan rendah di sekitarnya baru-baru ini.

Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Ruslan Muharam berkata, tebatan banjir fasa pertama yang siap dibina tahun lalu berjaya menghalang limpahan air Sungai Padas, sekali gus mengelakkan kejadian banjir besar di kawasan pekan yang sebelum ini sering dinaiki air setiap kali paras sungai meningkat.

Katanya, keberkesanan projek itu dapat dilihat dengan jelas apabila air banjir hanya bertahan di kawasan kampung tertentu, manakala Pekan Lama Beaufort kekal selamat dan tidak terjejas seperti kejadian banjir sebelum ini.

“Biasanya apabila banjir berlaku, kawasan Pekan Lama Beaufort antara yang paling awal dinaiki air.

“Namun kali ini, hasil pelaksanaan tebatan banjir fasa pertama, kawasan berkenaan tidak lagi ditenggelami air,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan di beberapa Pusat Penempatan Sementara (PPS) dan menyerahkan bakul makanan kepada mangsa terjejas banjir di sini pada Rabu.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, kejayaan fasa pertama itu menjadi bukti bahawa usaha tebatan banjir mampu mengurangkan risiko serta impak bencana sekiranya dilaksanakan secara terancang dan menyeluruh.

Sehubungan itu katanya, kerajaan akan meneruskan pelaksanaan fasa kedua projek tebatan banjir di daerah itu

Namun katanya, ia tertakluk kepada peruntukan kewangan memandangkan projek berkenaan melibatkan kos yang tinggi dan tempoh pelaksanaan yang panjang.

Beliau berkata, kerajaan juga akan terus mendapatkan sokongan serta peruntukan daripada kerajaan Persekutuan bagi mempercepatkan pembinaan tebatan banjir berskala lebih besar bagi mengurangkan kejadian banjir berulang yang menjejaskan penduduk, sektor pertanian dan ekonomi setempat.

“Keberkesanan tebatan banjir ini memberi keyakinan bahawa langkah pencegahan yang berterusan mampu melindungi keselamatan rakyat serta mengurangkan kerugian akibat banjir pada masa hadapan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/08/projek-tebatan-bantu-kurangkan-impak-banjir-di-pekan-beaufort/feed/ 0 89397
Pelaksanaan projek tebatan banjir dipantau rapi https://sabahmedia.com/2025/02/24/pelaksanaan-projek-tebatan-banjir-dipantau-rapi/ https://sabahmedia.com/2025/02/24/pelaksanaan-projek-tebatan-banjir-dipantau-rapi/#respond Mon, 24 Feb 2025 09:15:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69292
Read Time:1 Minute, 29 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Pelaksanaan projek tebatan banjir yang sedang dilaksanakan Jabatan
Pengairan dan Saliran (JPS) bagi menangani masalah kejadian banjir akan dipantau dengan rapi.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemantauan itu adalah bagi memastikan tiada kelewatan yang boleh menjejaskan usaha mengurangkan impak banjir selepas projek itu siap kelak.

Katanya, Kerajaan, di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim amat menitikberatkan isu berkenaan dan komited untuk memastikan setiap projek tebatan banjir dilaksanakan dengan cekap, berkesan, dan mengikut jadual yang ditetapkan demi keselamatan serta kesejahteraan rakyat.

“Di Sabah, sebanyak 14 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) akan dilaksanakan. Dua projek tebatan banjir telah siap dan dalam tempoh liabiliti kecacatan, 10 projek sedang dalam pembinaan dan duaprojek dalam fasa pra pelaksanaan.

“Manakala di Sarawak pula, 10 projek tebatan banjir telah dirancang dan dua daripadanya telah siap dibina dan juga masih dalam tempoh liabiliti kecacatan. Dua projek sedang dalam pembinaan dan enam projek adalah adalah fasa pra pelaksanaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan tapak ke Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Kawasan Persekitaran Kawasan Lido Bandaraya Kota Kinabalu di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, sebanyak RM22 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan RTB di kawasan yang sering dilanda banjir di seluruh negara.

Katanya jumlah itu merangkumi kawasan yang sedang dikenal pasti untuk pelaksanaan projek berkenaan bagi mengatasi masalah banjir pada masa depan.

“Dengan berlakunya pemanasan global dan perubahan iklim, kita berterima kasih kerana JPS memberikan beberapa unjuran berdasarkan kawasan yang dijangka mengalami masalah banjir.

“Jadi pihak kerajaan mengambil beberapa langkah proaktif untuk melaksanakan RTB. Di seluruh negara sejumlah RM22 bilion diperuntukkan untuk melaksanakan RTB.

“Ia meliputi semua kawasan yang sedang dikenal pasti untuk dilakukan naik taraf agar tebatan banjir ini dapat mengelakkan banjir di kawasan yang terbabit,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/24/pelaksanaan-projek-tebatan-banjir-dipantau-rapi/feed/ 0 69292
Tebatan banjir di tiga daerah bantu kurangkan masalah banjir https://sabahmedia.com/2024/12/07/tebatan-banjir-di-tiga-daerah-bantu-kurangkan-masalah-banjir/ https://sabahmedia.com/2024/12/07/tebatan-banjir-di-tiga-daerah-bantu-kurangkan-masalah-banjir/#respond Sat, 07 Dec 2024 10:18:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65023
Read Time:2 Minute, 10 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu: Kira-kira 20,000 penduduk melibatkan tiga buah daerah di Sabah memperoleh manfaat dan dilindungi risiko banjir apabila projek tebatan banjir yang dilaksanakan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) di daerah terbabit siap sepenuhnya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, daerah yang terlibat adalah di daerah Tawau; Kota Belud dan Kota Kinabalu membabitkan kawasan seluas 1,403 hektar.

Katanya, tiga projek itu adalah antara enam projek persekutuan bernilai RM65.5 juta di bawah PETRA di Sabah yang sudah siap dan diserahkan kepada kerajaan negeri hari ini.

“Tiga projek tebatan banjir itu adalah Rancangan Tebatan Banjir Fasa 1A Sungai Tawau di Lembangan Sungai Tawau di Tawau; Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kadamaian, Sungai Tempasuk, Sungai Abai dan Sungai Kawang-Kawang, Kota Belud serta Rancangan Tebatan Banjir Bandar Sierra, Lembangan Sungai Telipok, Kota Kinabalu.

“Dengan pelaksanaan dan penyiapan tiga projek tebatan banjir ini, seluas 1,403 hektar kawasan banjir dapat dikurangkan dan seramai 20,000 penduduk mendapat manfaat serta dilindungi daripada risiko banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Projek Siap Kementerian PETRA kepada Kerajaan Sabah, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Fadillah yang juga Menteri PETRA berkata,  tiga lagi projek lain yang diserahkan hari ini ialah Projek Pemuliharaan Muara, Projek Mencegah Hakisan Pantai dan Projek Menaik Taraf Rumah Pam.

Katanya, bagi Projek Pemuliharaan Sungai, projek siap yang diserahkan hari ini ialah Projek Pemuliharaan Sungai Tuaran di Kampung Tompinahaton, Kiulu.

“Projek Pemuliharaan Hakisan Pantai pula membabitkan Kerja Mencegah Hakisan Pantai di Kampung Mentadak Baru, Pulau Sebatik, Tawau, manakala Projek Menaik Taraf Rumah Pam pula dilaksanakan Likas Lagoon, Likas, Kota Kinabalu,” katanya.

Katanya, pelaksanaan Projek Pemuliharaan Sungai Tuaran di Kampung Tompinahaton, Kiulu pula berjaya mencegah daripada risiko bencana runtuhan tebing sungai.

“Projek itu akan dapat memberi perlindungan kepada harta benda awam termasuk balai raya, kawasan perkuburan dan kira-kira 300 kediaman penduduk.

“Projek Mencegah Hakisan Pantai di Kampung Mentadak Baru, Pulau Sebatik pula berjaya memberi perlindungan kepada hampir 1,000 penduduk dan kemudahan awam seperti klinik kesihatan, balai polis dan jeti daripada hakisan akibat pukulan ombak.

“Projek yang direka bentuk secara ‘in house design’ oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) ini dijangka turut membantu menjana industri pelancongan agar berkembang dan seterusnya boleh membantu meningkatkan sumber ekonomi penduduk.

“Seterusnya, Projek Menaik Taraf Rumah Pam Likas pula dapat mengurangkan impak banjir di kawasan sekitar melalui peningkatan kecekapan kawalan banjir dengan tahap kesiapsiagaan operasi selama 24 jam dan tujuh hari seminggu,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/07/tebatan-banjir-di-tiga-daerah-bantu-kurangkan-masalah-banjir/feed/ 0 65023
Projek tebatan banjir RM11 juta di dua lokasi di Tenom https://sabahmedia.com/2022/04/01/projek-tebatan-banjir-rm11-juta-di-dua-lokasi-di-tenom/ https://sabahmedia.com/2022/04/01/projek-tebatan-banjir-rm11-juta-di-dua-lokasi-di-tenom/#respond Fri, 01 Apr 2022 09:05:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13748
Read Time:1 Minute, 41 Second

KEMABONG : Projek tebatan banjir bernilai RM11 juta akan dilaksanakan di dua lokasi iaitu Kuala Tomani dan Batu 10 Kampung Paal, Kuala Sungai Api.

Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, projek tersebut perlu dilaksanakan segera bagi mengelak kerosakan jalan raya yang lebih teruk, sekaligus meningkatkan kos pembaikan.

“Ini juga bagi mengelakkan penduduk kampung terputus hubungan sekiranya berlaku banjir kerana jalan utama Batu 10 Kampung Paal menghubungkan Kemabong dan Tenom.

“Oleh itu, kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM11 juta bagi pembinaan dua projek tersebut dalam belanjawan tambahan 2022 negeri Sabah,” katanya semasa Pesta Kalimaran Kali Ke-18 Peringkat Negeri Tahun 2022.

Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook, Datuk Ellron Angin, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Flovia Ng, Pengerusi SEDCO Sabah merangkap ADUN Kemabong, Datuk Rubin Balang, ADUN Melalap, Datuk Peter Anthony dan Ahli Parlimen Tenom, Noorita Sual.

Jeffrey berkata, seramai 5,000 penduduk di sekitar  Kampung Kuala Tomani  dijangka akan mendapat manfaat sementara tiga lagi projek tebatan banjir akan dimasukkan dalam peruntukan tahun 2023.

Mengenai pembukaan pintu sempadan negara bermula hari ini, Jeffrey berharap agar langkah tersebut dapat membantu meningkatkan semula ekonomi Sabah menerusi kehadiran pelancong.

“Daerah Tenom mempunyai destinasi pelancongan yang menarik seperti Taman Pertanian Sabah, Pusat Kebudayaan Murut, Kopi Tenom, aktiviti white water rafting di samping keindahan kebudayaan dan kesenian masyarakat Murut.

“Sambutan Pesta Kalimaran merupakan satu pesta kesenian  turun-temurun yang bertujuan mempamerkan dan menghidupkan budaya dan kesenian Murut supaya terus kekal khususnya dalam jiwa golongan generasi muda,” katanya.

Katanya, pelbagai kraftangan, makanan dan tarian tradisi Murut yang terdapat di kawasan pedalaman Sabah dipertontonkan termasuk simbol-simbol lama dalam bentuk lukisan atau ukiran yang masih digunakan di sesetengah rumah tradisi. 

“Pesta Kalimaran mampu diketengahkan menjadi salah satu produk pelancongan dengan kekayaan dan keunikan budaya masyarakat Murut itu sendiri bukan sahaja kepada masyarakat Malaysia bahkan kepada masyarakat luar negara.

“Ini selaras dengan tema Pesta Kalimaran kali ini iaitu “Mempertahan Adat Istiadat dan Adat Suku Kaum Murut,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/01/projek-tebatan-banjir-rm11-juta-di-dua-lokasi-di-tenom/feed/ 0 13748