Teknologi AR – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 03 Sep 2021 09:26:38 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Teknologi AR – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Agles Geyog Kuasai Teknologi AR, Muncul Juara Pertandingan Mewarna MySTEM UMS https://sabahmedia.com/2021/09/03/agles-geyog-kuasai-teknologi-ar-muncul-juara-pertandingan-mewarna-mystem-ums/ https://sabahmedia.com/2021/09/03/agles-geyog-kuasai-teknologi-ar-muncul-juara-pertandingan-mewarna-mystem-ums/#respond Fri, 03 Sep 2021 09:25:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5757
Read Time:4 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Murid Prasekolah Cerdik Nahaba Kota Belud, Sabah, Agles Geyog, 5, dinobatkan sebagai juara pertandingan mewarna menggunakan teknologi Augmented Reality (AR) anjuran Program Pendidikan Awal Kanak-kanak, Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 9-25 Ogos 2021.

Pertandingan seumpama itu yang buat julung kalinya diadakan di Malaysia menyaksikan adik Agles berjaya menyaingi peserta lain melalui teknik dan penggunaan warna yang mencuri perhatian para juri sekali gus muncul sebagai penerima hadiah utama RM300.

Naib juara pula disandang Damia Alisha Mohd Ezwan Shah, 5, dari Tabika Kemas Desa Warisan Muar, Johor dengan hadiah kemenangan RM250.

Adik Agles Geyog

Sementara itu, Chiew Yan Yik, 6 (Tadika Phor Tay Pulau Pinang) dan Giselle Tan Hui Lin, 6 (P.I.T.H Kindergarten Ipoh Perak) muncul sebagai pemenang tempat ketiga dan keempat. Mereka masing-masing meraih hadiah wang RM200 dan RM150.

Dengan hadiah RM100, tempat kelima menjadi milik murid Tadika Merpati Kota Kinabalu, Sabah, Jack Yong Leong Yuan.

Kesemua pemenang diumumkan Ketua Program Pendidikan Awal Kanak-kanak, FPP UMS, Dr. Connie Cassy Ompok dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya,  pertandingan mewarna secara dalam talian sempena hari kebangsaan itu mendapat penyertaan 180 murid prasekolah dari seluruh Malaysia.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 88 kanak-kanak berjaya menghasilkan karya yang memenuhi syarat, manakala selebihnya tidak.

“Hal ini menunjukkan bahawa pendedahan teknologi AR ini sangat diperlukan bukan sahaja kepada kanak-kanak, tetapi juga kepada ibu bapa,” katanya sambil memaklumkan para peserta turut diberi sijil penyertaan digital (e-Certificate).

Bertemakan “Cintai Alam Kita: Dunia Cendawan”, pertandingan itu diadakan dengan Kerjasama Pusat E-Pembelajaran UMS, MySTEM Ambassador UMS, Industri Cendawan Cerah Sdn. Bhd dan Sabah Institute of Arts (SIA).

Dalam pada itu, Connie merakamkan penghargaan kepada ibu bapa dan semua kanak-kanak yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan.

“Sememangnya agak susah untuk membuat pemilihan pemenang kerana setiap kanak-kanak menghasilkan karya yang menarik.

“Terima kasih saya ucapkan kepada ibu bapa yang telah memberikan perhatian, kasih sayang serta galakan kepada anak-anak bagi menjayakan pertandingan ini.

“Tidak lupa juga, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Jawatankuasa Juri Pemilihan pemenang.

“Selain saya sendiri, juri pemilih ialah Pengarah Pusat E-Pembelajaran UMS, Prof. Madya Ts. Dr. Edmund Ng; Setiausaha Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Dr. Nur Suhaidah Sukor; dan Alley Emison.

“Harapan saya agar penganjuran program seumpama ini akan berkesinambungan bagi membolehkan lebih ramai dapat mendalami teknologi AR, seterusnya mengaplikasikan ia dalam pendidikan awal kanak-kanak di seluruh Malaysia,” ujar Connie.

Beliau turut mengumumkan 20 penerima sagu hati yang akan menerima wang RM50 seperti berikut:

1.         Aldrad Arthur (6 tahun, Tadika Lohan Skim 2 Ranau, Sabah).

2.         Chong Cayin (6 tahun, Prasekolah Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kulai 1, Johor).

3.         Dynal Eadric Dynastie (6 tahun, Prasekolah SRK Don Bosco Bundu Tuhan, Sabah).

4.         Looi Wai Ni (6 tahun, Qdees, Selangor).

5.         Eldora Corwayne Baker (6 Tahun, Tadika St. Theresa Tuaran, Sabah).

6.         Angelababy Leong Enn Qi (6 tahun, Tadika Lagenda Merpati Kota Kinabalu, Sabah).

7.         Ahmad Kamil Fikri (6 tahun, Prasekolah SK. Merampong Keningau, Sabah).

8.         May Glorie Denis Gissong (6 tahun, Tadika St Peter Telipok Kota Kinabalu, Sabah).

9.         Edriel Nathaniel Elihofni (5 tahun, Prasekolah Kebangsaan Kebayau Kota Belud, Sabah).

10.       Darlene Ixandra Fazika (6 tahun, Tabika Kemas Sri Lanang 2, Johor Bahru).

11.       Raneyla Binti Cryistol (5 tahun, Prasekolah SK. Tuarid Taud Keningau, Sabah).

12.       Tan Ying Yi (5 tahun, Tadika Merpati Kota Kinabalu, Sabah).

13.       Oliver Ostern Fredoline (6 tahun, Prasekolah SRK Don Bosco Bundu Tuhan, Sabah).

14.       Ammar Arief B. Mohammad Airil Yusran (6 tahun, SK. Kampung Keningau, Sabah)

15.       Joshua Joy Riging Jenny (5 tahun, Tadika Kasih Sejati Kota Belud, Sabah).

16.       Olive Leandra Olidang Frankie (4 tahun, Tadika Pelita Taginambur Kota Belud, Sabah).

17.       Rabiatul Adawiyah (5 tahun, Tabika Kemas Kg. Serusup Tuaran, Sabah).

18.       Acacio Rai Jesny Glorin (6 tahun, Prasekolah Budiman SK. Pekan Telupid, Sabah).

19.       Leonnex Alexander Anak Lucas (5 tahun, Tadika S.C.A Keningau, Sabah).

20.       Aiman Syahmi Bin Khairil Azri (6 tahun, Tabika Kemas Kg. Narapan Sipitang, Sabah).

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/03/agles-geyog-kuasai-teknologi-ar-muncul-juara-pertandingan-mewarna-mystem-ums/feed/ 0 5757
UMS Anjur Kursus Teknologi AR, Bantu Guru Hasilkan Bahan PnP Berimpak Tinggi https://sabahmedia.com/2021/08/30/ums-anjur-kursus-teknologi-ar-bantu-guru-hasilkan-bahan-pnp-berimpak-tinggi/ https://sabahmedia.com/2021/08/30/ums-anjur-kursus-teknologi-ar-bantu-guru-hasilkan-bahan-pnp-berimpak-tinggi/#respond Mon, 30 Aug 2021 06:57:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5525
Read Time:1 Minute, 43 Second

KOTA KINABALU: Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan Kursus Berteknologi Tinggi Augmented Reality (AR) bagi memberi latihan para guru menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran (PnP) yang berinovatif dan berimpak tinggi.

Dekan FPP, Prof. Madya Dr. Sabariah Sharif berkata, ia sebagai usaha untuk membantu mencipta suasana PnP yang kreatif dan interaktif sekali gus menarik perhatian murid sepanjang sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Antara cabaran yang dihadapi golongan pendidik semasa pandemik Covid-19 ialah bagaimana mengekalkan minat pelajar agar sentiasa bersemangat mengikut sesi PdPR dalam setiap mata pelajaran.

“Justeru, kursus ini memperkenalkan peserta kepada asas-asas teknologi AR yang boleh diterapkan dalam PnP atas talian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kursus bertajuk “Dunia Sebenar Pembelajaran Menerusi AR” itu diadakan secara maya bermula 23 Ogos sehingga 4 September 2021 melalui gabungan kerjasama Program Pendidikan Awal Kanak-kanak FPP, Pusat E-Pembelajaran UMS dan MySTEM Ambassador UMS.

Menurut Sabariah, pengenalan teknologi AR merangkumi rekabentuk sistem, teknik interaksi, animasi 3D objek, dan penggunaan sistem AR.

Beliau berkata, kesemua peserta turut diperkenalkan dengan UNITY 3D iaitu himpunan aplikasi untuk memudahkan penghasilan aplikasi AR secara kendiri.

“Setelah lima hari menghadiri kursus, peserta kemjudiannya diminta menghasilkan inovasi bahan PnP melalui aplikasi AR yang seterusnya dipertandingkan menerusi platform webinar.

”Misi melahirkan guru berinovatif ini diharapkan mampu mewujudkan elemen dunia pembelajaran sebenar semasa Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPC),” jelas Sabariah.

Dalam pada itu, Sabariah memaklumkan penganjuran kursus tersebut juga bagi memenuhi hasrat kemenjadian STEM Ambassador UMS iaitu memperkasa mahasiswa secara holistik.

“Pada kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengarah Pusat E-Pembelajaran UMS, Prof. Madya Ts. Dr. Edmund Ng Giap Weng selaku penceramah kursus; Ketua Program Pendididikan Awal Kanak-kanak, Dr. Connie Cassy Ompok selaku urusetia; Dr. Nur Suhaidah Sukor selaku Setiausaha dan semua pihak yang terlibat menjayakan program ini,” katanya.

Kursus tersebut disertai 98 peserta daripada guru Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Pusat Perkembangan Kanak-kanak Yayasan Sabah, Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Institut Pendidikan Guru Malaysia, pelajar Program Pendidikan Awal Kanak-kanak FPP dan MyStem Ambassador UMS.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/30/ums-anjur-kursus-teknologi-ar-bantu-guru-hasilkan-bahan-pnp-berimpak-tinggi/feed/ 0 5525