teknologi digital – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 15 Jun 2024 12:04:09 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png teknologi digital – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan laksana program strategik kukuhkan perkhidmatan awam melalui teknologi digital https://sabahmedia.com/2024/06/15/kerajaan-laksana-program-strategik-kukuhkan-perkhidmatan-awam-melalui-teknologi-digital/ https://sabahmedia.com/2024/06/15/kerajaan-laksana-program-strategik-kukuhkan-perkhidmatan-awam-melalui-teknologi-digital/#respond Sat, 15 Jun 2024 12:00:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56025
Read Time:1 Minute, 51 Second

BEAUFORT: Kerajaan negeri giat melaksanakan program-program strategik untuk mengukuhkan penyampaian perkhidmatan sektor awam melalui teknologi digital.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN), Cawangan Wilayah Pedalaman Bawah telah menganjurkan Seminar Teknologi Maklumat dan Komukasi (ICT) Sektor Awam Negeri Wilayah Pedalaman Bawah Tahun 2024 yang berlangsung di Gem Hotel di sini pada 11 Jun lalu.

Seminar ICT itu dihadiri peserta-peserta terdiri daripada penjawat awam dari lima daerah di Wilayah Pedalaman Bawah termasuk Daerah Beaufort, Membakut, Kuala Penyu, Sipitang dan Daerah Kecil Menumbok.

Turut serta peserta dari Wilayah Pesekutuan Labuan iaitu daripada Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah Wilayah Persekutuan Labuan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Exco Agama serta Exco Pendidikan Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, penjawat awam perlu bersedia melengkapkan diri dengan meningkatkan kefahaman dan kemahiran ICT sebagai prasyarat kepada perkhidmatan awam berprestasi tinggi.

“Penganjuran seminar ini secara tidak langsung berupaya memperlihatkan komitmen JPKN dalam melaksanakan usaha pembudayaan dan pemerkasaan ICT di dalam pendigitalan Perkhidmatan Awam Negeri yang melibat kan semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri.

“Saya mengambil maklum bahawa seminar kali ini bertemakan “Pendigitalan Perkhidmatan Awam: Nadi Kesejahteraan Rakyat”.

“Tema ini bertepatan sekali dengan perkembangan semasa di mana sektor awam negeri dan persekutuan yang sedang giat melaksanakan program-program strategik untuk mengukuhkan penyampaian perkhidmatan sektor awam melalui teknologi digital.

“Justeru itu, tema ini dipilih adalah bagi memberi pendedahan kepada kakitangan perkhidmatan awam Negeri Sabah untuk mencapai pembangunan Ekonomi Digital yang mampan dalam melaksanakan agenda transformasi perkhidmatan dan budaya kerja Perkhidmatan Awam Negeri Sabah,” katanya semasa berucap merasmikan Seminar ICT itu.

Beliau berkata, Perkhidmatan Awam Negeri Sabah masa kini memerlukan penjawat awam yang mampu berfikir ke hadapan, berpandangan jauh, memiliki budaya kesegeraan, perkhidmatan berasaskan keberhasilan, kualiti dan produktiviti dengan disulami nilai integriti dan profesionalisme.

“Kepantasan perkhidmatan secara online turut mempengaruhi perkhidmatan berprestasi tinggi.

“Justeru itu, perkhidmatan awam negeri hendaklah berubah secara fast forward dengan membangunkan dan membudayakan kaedah perkhidmatan ICT berasaskan internet dan perkhidmatan atas talian,” katanya.

Pada majlis sama, Arifin turut menyampaikan penganugerahan berkaitan ICT yang bertujuan mengiktiraf usaha dan penglibatan penjawat awam dalam penerapan ICT di agensi masing-masing.

Beliau berharap penganugerahan ini akan meningkatkan program pembudayaan inovasi dalam sektor awam dan merealisasikan hasrat kerajaan menjadi sebuah Kerajaan Digital di masa akan datang.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/15/kerajaan-laksana-program-strategik-kukuhkan-perkhidmatan-awam-melalui-teknologi-digital/feed/ 0 56025
Peniaga dan penjaja diseru manfaatkan teknologi digital – Ellron https://sabahmedia.com/2023/03/09/peniaga-dan-penjaja-diseru-manfaatkan-teknologi-digital-ellron/ https://sabahmedia.com/2023/03/09/peniaga-dan-penjaja-diseru-manfaatkan-teknologi-digital-ellron/#comments Thu, 09 Mar 2023 10:06:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30581
Read Time:1 Minute, 25 Second

SOOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook, Datuk Ellron Angin menyeru kepada para peniaga dan penjaja kecil di daerah ini supaya memanfaatkan teknologi digital dalam urusan perniagaan mereka.

Katanya, menerusi kaedah teknologi digital dalam sesebuah perniagaan, mereka boleh berniaga secara dalam talian iaitu berniaga langsung dari rumah tanpa bersemuka dengan pembeli.

Menurut Ellron, kunjungan hormat daripada pihak Telekom baru-baru ini ke Pejabat Daerah Kecil Sook adalah antara usaha permulaan pihaknya untuk memperkenalkan pendigitalan perniagaan kepada para peniaga dan penjaja kecil di Sook.

“Pihak Telekom kini telah merangka dan merancang bagi memperkenalkan pendigitalan perniagaan kepada mereka yang berminat serta peniaga dan penjaja di kawasan Sook,” katanya ketika berucap seterusnya menyempurnakan Mesyuarat Agung dan Tahunan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Bumiputera Daerah Sook (PPPKBS) dan Penyampaian Kerusi.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan akan membuat pertemuan dengan ahli-ahli jawatankuasa tertinggi PPPKBS bersama-sama agensi yang terlibat mengenai hasrat tersebut dan yakin ia akan dapat direalisasikan dengan kerjasama PPPKBS.

“Perkara ini perlu disambut baik oleh anda semua, ianya bukan sahaja membantu meningkatkan imej perniagaan anda tetapi secara tidak langsung memperkenalkan perniagaan anda ke seluruh dunia,” ujarnya.

Di samping itu beliau juga turut menyentuh perpindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan telah membuka ruang dan peluang yang lebih besar kepada para peniaga dan penjaja kecil di kawasan Sook memandangkan pekan Sook bakal menjadi titik penting pertemuan kelak.

Katanya, para peniaga dan penjaja digalakkan untuk mempelbagaikan usaha mereka bagi menarik pelancong dari negara jiran tersebut apabila singgah di pekan Sook nanti.

Terdahulu pada majlis sama, beliau telah menyampaikan sumbangan 100 buah kerusi kepada PPPKBS yang diterima oleh Rusinin dan menyerahkan 255 sijil lesen perniagaan kepada ahli persatuan tersebut.

Untuk rekod seramai 332 orang ahli berdaftar dibawah PPPKBS.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/09/peniaga-dan-penjaja-diseru-manfaatkan-teknologi-digital-ellron/feed/ 1 30581