teksi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 09 Nov 2021 07:39:55 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png teksi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pemandu Teksi Perlu Sentiasa Patuhi SOP,Utamakan Keselamatan Penumpang https://sabahmedia.com/2021/11/09/pemandu-teksi-perlu-sentiasa-patuhi-soputamakan-keselamatan-penumpang/ https://sabahmedia.com/2021/11/09/pemandu-teksi-perlu-sentiasa-patuhi-soputamakan-keselamatan-penumpang/#respond Tue, 09 Nov 2021 07:39:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8285
Read Time:1 Minute, 58 Second

SANDAKAN : Pemandu teksi di Sabah diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi menjamin keselamatan penumpang selain dapat meneruskan perkhidmatan sepanjang pandemik COVID-19.

Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah, Datuk Chin Kim Hiung berkata,  kelonggaran yang diberikan di Sabah dijangka akan meningkatkan semula permintaan terhadap perkhidmatan teksi berikutan peningkatan kehadiran pelancong di negeri ini.

“Walaupun ini merupakan satu peluang kepada pemandu teksi untuk merancakkan semula ekonomi yang terjejas, tetapi mereka juga harus tidak lupa untuk mengutamakan keselamatan penumpang dengan terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Para pemandu teksi juga harus sentiasa mematuhi undang-undang sedia ada seperti sentiasa menyemak status saman PDRM, memastikan lesen LPKP mereka sentiasa aktif serta memastikan kenderaan mereka sentiasa dalam keadaan yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pembukaan Mesyuarat Agung dan Upacara Angkat Sumpah Ahli Jawatan Kuasa 2021 – 2022 Persatuan Teksi Seluruh Sabah baru-baru ini.

Selain itu, Chin juga mahu agar pemandu teksi di negeri ini sentiasa mengikuti perkembangan teknologi bagi memastikan perkhidmatan mereka terus relevan terutama dengan kewujudan perkhidmatan pengangkutan awam yang dilihat dapat memenuhi kehendak semasa pelanggan.

“Sebagai contohnya pada hari ini masyarakat lebih gemar menggunakan perkhidmatan e-hailing yang dianggap lebih mudah dan murah. Hanya dengan hujung jari sahaja mereka dapat memesan perkhidmatan e-hailing pada bila-bila masa berbanding perkhidmatan teksi sedia ada.

“Oleh itu, sudah tiba masanya bagi pemandu teksi untuk mengikuti perkembangan ini sama ada dengan memperbaiki perkhidmatan sedia ada atau beralih kepada perkhidmatan e-hailing bukan sahaja kekal relevan tetapi juga bagi memastikan mereka tidak hilang punca pendapatan akibat kehilangan pelanggan yang beralih kepada perkhidmatan yang lebih mudah,” katanya.

Chin juga menekankan bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan nasib para pemandu teksi di negara ini dengan sentiasa memberikan bantuan kepada golongan ini.

“Menyedari kumpulan pemandu teksi turut terjejas akibat pandemik COVID-19, kerajaan telah memberikan beberapa bantuan kewangan secara one-off iaitu PERMAI dan PEMERKASA dengan perbelanjaan sebanyak RM2.8 juga kepada 3885 pemandu teksi.

“Selain itu, Kementerian Pengangkutan turut bersetuju untuk melanjutkan had usia selama setahun bagi kenderaan pengangkutan awam yang telah tamat tempoh usia pada 2020 dan 2021 yang menunjukkan keprihatinan kerajaan,” tambah Chin.

Dalam Mesyuarat Agung Persatuan Teksi Seluruh Sabah yang diadakan baru-baru ini, Hiew Su Vun telah mengekalkan jawatan Pengerusi selepas menang tanpa bertanding. Turut hadir, Penolong Pengarah Kanan LPKP Sabah, RM Luqman Mohamed.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/09/pemandu-teksi-perlu-sentiasa-patuhi-soputamakan-keselamatan-penumpang/feed/ 0 8285
300 Pemandu Teksi Dan Bas Sekolah Daerah Sandakan Terima Bantuan Bakul Makanan https://sabahmedia.com/2021/08/13/300-pemandu-teksi-dan-bas-sekolah-daerah-sandakan-terima-bantuan-bakul-makanan/ https://sabahmedia.com/2021/08/13/300-pemandu-teksi-dan-bas-sekolah-daerah-sandakan-terima-bantuan-bakul-makanan/#respond Fri, 13 Aug 2021 10:05:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4555
Read Time:33 Second

KOTA KINABALU: Seramai 300 pemandu teksi dan bas sekolah daerah Sandakan menerima sumbangan bakul makanan daripada Bintulu Port Holding yang diadakan secara pandu lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Sandakan pagi tadi.

Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Setiausaha Politik Menteri Pengangkutan Malaysia, Ling Tian Soon bersama Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah, Dato’ Chin Kim Hiung.

Program tersebut telah dianjurkan bersama oleh Persatuan Bas Sekolah Daerah Sandakan dan Persatuan Teksi Seluruh Sabah serta sokongan Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Operasi Lapangan Terbang Sandakan, Gazzalih Hussain, Pengerusi Persatuan Teksi Seluruh Sabah, Hiew Su Vun serta Pengerusi Persatuan Bas Sekolah Seluruh Sabah, Lee Man Keong.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/13/300-pemandu-teksi-dan-bas-sekolah-daerah-sandakan-terima-bantuan-bakul-makanan/feed/ 0 4555
Pemandu teksi mengamuk dan merempuh teksi lain di KKIA baru-baru ini, meninggal dunia https://sabahmedia.com/2021/08/11/pemandu-teksi-mengamuk-dan-merempuh-teksi-lain-di-kkia-baru-baru-ini-meninggal-dunia/ https://sabahmedia.com/2021/08/11/pemandu-teksi-mengamuk-dan-merempuh-teksi-lain-di-kkia-baru-baru-ini-meninggal-dunia/#respond Wed, 11 Aug 2021 05:20:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4460
Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Pemandu teksi yang mengamuk dan merempuh beberapa kenderaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) baru-baru ini, meninggal dunia.

Pemandu, Ng Chin Seng, 65, dipercayai meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang dan masalah kesihatan lain pada Isnin (9 Ogos).

Presiden Persatuan Limosin dan Teksi KKIA, Shamsuddin Mohd Shah berkata, dia diberitahu mengenai kematian Ng dari pemandu teksi lain.

“Ng mengalami kehidupan yang sukar, dia berada di bawah tekanan mental yang banyak, dia mempunyai masalah kesihatan, menjalani dialisis dan kami telah berusaha sebaik mungkin untuk membantu beliau,” katanya.

Menurut Shamsuddin, Ng tidak mempunyai kediaman tetap dan beliau tidur di dewan komuniti atau dalam keretanya sebelum ini sejak berpisah dengan isteri dan anak-anaknya.

Katanya, beberapa ahli persatuan akan pergi ke rumah pengebumian untuk memberi penghormatan terakhir kepada Ng sebelum pembakarannya pada hari Khamis (12 Ogos).

Ditanya mengenai kejadian 19 Julai di mana Ng merempuh beberapa teksi dan merosakkan kenderaan mereka kerana salah faham, Shamsuddin mengatakan bahawa mangsa yang kenderaannya terjejas tidak mengambil tindakan atau menuntut gantirugi mereka daripada Ng.

“Kita semua tahu masalahnya. Kita semua juga terkesan dengan pandemik ini, kita semua bergelut dalam banyak hal jadi itulah sebabnya mereka memutuskan untuk membiarkan saja perkara itu, ”katanya.

Shamsuddin merayu kepada kerajaan untuk melihat kesulitan pemandu teksi yang kehilangan sebahagian besar pendapatan mereka berikutan wabak Covid-19 yang telah melanda selama lebih dari satu tahun.

“Ini merupakan tahun yang sukar bagi semua orang, keadaan sekarang ini masih tidak baik bagi kami pemandu teksi lapangan terbang,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/11/pemandu-teksi-mengamuk-dan-merempuh-teksi-lain-di-kkia-baru-baru-ini-meninggal-dunia/feed/ 0 4460
Pemandu Teksi Airport Pengsan Selepas Rempuh 3 Kenderaaan, Kini Dirawat Akibat Darah Tinggi https://sabahmedia.com/2021/07/21/pemandu-teksi-airport-pengsan-selepas-rempuh-3-kenderaaan-kini-dirawat-akibat-darah-tinggi/ https://sabahmedia.com/2021/07/21/pemandu-teksi-airport-pengsan-selepas-rempuh-3-kenderaaan-kini-dirawat-akibat-darah-tinggi/#respond Wed, 21 Jul 2021 03:41:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3365
Read Time:48 Second

KOTA KINABALU: Polis belum menahan pemandu teksi yang mengamuk lalu merempuh tiga kenderaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) semalam kerana suspek sedang dirawat di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu akibat tekanan darah tinggi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, George Abd Rakman berkata, siasatan awal mendapati lelaki berusia 60 tahun itu mengamuk kerana gagal menahan perasaan marah dan turut pengsan selepas melanggar tiga kenderaan lain.

“Difahamkan, ini bukan kali pertama suspek berang selepas mendapati gilirannya mengambil penumpang dipotong rakan pemandu lain.

“Namun, (potong barisan berlaku) disebabkan sikap pemandu itu sendiri yang meninggalkan kereta di barisan menunggu. Pemandu lain terpaksa memotong bagi mengelakkan penumpang tertunggu-tunggu,” katanya dipetik Berita Harian.

Suspek dikatakan sering meninggalkan teksinya di barisan menunggu dan tidak berada di kawasan KKIA menyebabkan pemandu lain terpaksa memotong barisan untuk mengambil penumpang.

George berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tiada mangsa yang cedera dalam rempuhan semalam.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/21/pemandu-teksi-airport-pengsan-selepas-rempuh-3-kenderaaan-kini-dirawat-akibat-darah-tinggi/feed/ 0 3365
E-Hailing,Teksi Dan Perkhidmatan Penghantaran Makanan Dibenarkan Rentas Daerah Di Kota Kinabalu, Putatan Dan Penampang https://sabahmedia.com/2021/06/22/e-hailingteksi-dan-perkhidmatan-penghantaran-makanan-dibenarkan-rentas-daerah-di-kota-kinabalu-putatan-dan-penampang/ https://sabahmedia.com/2021/06/22/e-hailingteksi-dan-perkhidmatan-penghantaran-makanan-dibenarkan-rentas-daerah-di-kota-kinabalu-putatan-dan-penampang/#respond Tue, 22 Jun 2021 12:47:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1766
Read Time:45 Second

KOTA KINABALU:  Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri COVID-19 memutuskan untuk membenarkan rentas daerah kepada perkhidmatan e-hailing, teksi yang berdaftar dengan e-hailing dan perkhidmatan penghantaran makanan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kebenaran itu hanya meliputi daerah Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang.

“Kebenaran merentas daerah meliputi tiga daerah itu berkuatkuasa 23 Jun iaitu esok tanpa perlu kebenaran rentas daerah daripada Polis.

“Kebenaran ini diberikan kepada pemandu e-hailing dan teksi yang berdaftar dengan e-hailing mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bagi memenuhi keperluan masyarakat,”katanya dalam kenyataan malam ini.

Katanya, masa operasi yang dibenarkan adalah bermula jam 6.00 pagi hingga jam 8.00 malam setiap hari.

“Had kapasiti adalah seorang penumpang sahaja kecuali tujuan perubatan atau kecemasan dengan had maksimum dua orang penumpang,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/22/e-hailingteksi-dan-perkhidmatan-penghantaran-makanan-dibenarkan-rentas-daerah-di-kota-kinabalu-putatan-dan-penampang/feed/ 0 1766