telaga tiub ums – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 08 Feb 2024 07:01:16 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png telaga tiub ums – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lima telaga tiub atasi masalah bekalan air di UMS telah siap digerudi https://sabahmedia.com/2024/02/08/lima-telaga-tiub-atasi-masalah-bekalan-air-di-ums-telah-siap-digerudi/ https://sabahmedia.com/2024/02/08/lima-telaga-tiub-atasi-masalah-bekalan-air-di-ums-telah-siap-digerudi/#respond Thu, 08 Feb 2024 07:01:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49192
Read Time:1 Minute, 52 Second

Kota Kinabalu : Proses penggerudian lima daripada enam telaga tiub yang dibina di kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS) kini sudah siap digerudi setakat semalam.

Projek itu adalah melibatkan dana RM3 juta yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mei tahun lalu,

Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Kasim Mansor, berkata selain baki satu lagi telaga menggunakan dana itu yang sedang digerudi ketika ini, ada dua lagi telaga baharu turut dalam proses penggerudian, menjadikan tiga telaga lagi bakal disiapkan selewat-lewatnya penghujung bulan Mac depan.

Katanya, kampus UMS akan dilengkapi dengan sembilan kemudahan telaga tiub apabila proses pelaksanaan projek berkenaan siap masing-masing satu yang sudah beroperasi dan lapan telaga baharu yang sedang dalam proses penyiapan.

“Setakat ini kita sudah siap menggerudi sebanyak lima telaga tiub untuk mendapatkan air bawah tanah dan kita menggerudi tiga lagi ketika ini. Jadi sekarang ada lima (telaga tiub) dalam proses untuk kita sedut air bawah tanah dengan kedalaman antara  80 meter hingga 120 meter.

“Setiap telaga tiub itu boleh mengeluarkan antara 120,000 hingga 150,000 liter air sehari,” katanya ditemui media selepas kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini, semalam.

Kunjungan itu bagi memaklumkan Tun Juhar yang juga Canselor UMS mengenai pelantikan semula Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Pro-Canselor UMS.

Hadir sama Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar dan Ketua Bahagian Pentadbiran dan Governan UMS, Azmi Jumat.

Difahamkan, selain dana RM3 juta yang diumumkan Perdana Menteri, pembinaan dua lagi telaga tiub baharu yang turut dilaksanakan ketika ini dibiayai Kementerian Pendidikan Tinggi.

Kasim berkata, pihaknya berharap dengan adanya sembilan telaga tiub beroperasi di kampus induk UMS itu nanti akan dapat menampung sekurang-kurangnya 1.2 juta liter air sehari (MLD) keperluan air warganya.

“Bagaimanapun, sumber air bawah tanah ini bukan untuk diminum, tapi digunakan untuk pembersihan dan keperluan di bilik air seperti mandi dan sebagainya,” katanya.

Justeru, beliau berkata, UMS masih memerlukan bekalan air bersih yang disalurkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) bagi menampung keperluan kira-kira 20,000 pelajar dan kakitangannya.

Secara keseluruhan, katanya UMS memerlukan antara tiga hingga lima MLD air yang ketika ini tidak dapat dipenuhi pihak JANS menyebabkan UMS terpaksa mencari sumber air alternatif. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/08/lima-telaga-tiub-atasi-masalah-bekalan-air-di-ums-telah-siap-digerudi/feed/ 0 49192
Isu Air UMS : Projek dilaksanakan mengikut tata kelola, prosedur ditetapkan https://sabahmedia.com/2024/01/13/isu-air-ums-projek-dilaksanakan-mengikut-tata-kelola-prosedur-ditetapkan/ https://sabahmedia.com/2024/01/13/isu-air-ums-projek-dilaksanakan-mengikut-tata-kelola-prosedur-ditetapkan/#respond Sat, 13 Jan 2024 05:47:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47913
Read Time:2 Minute, 11 Second

Kota Kinabalu : Peruntukan RM3 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mei tahun lalu bagi melaksanakan projek penggalian telaga tiub di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dilaksanakan mengikut tata kelola dan prosedur ditetapkan.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata, peruntukan yang diurus oleh Unit Penyelarasan Pelaksaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri itu adalah bagi tujuan menangani masalah air di UMS.

Mustapha mencuba bekalan air yang disalurkan melalui Telaga Tiub di UMS – FOTO UMS

“Saya mahu beritahu semua bahawa tiada unsur yang tidak memenuhi tatakelola dalam isu penggunaan bajet ini.

“Ia memang digunakan sebaiknya mengikut prosedur kewangan yang ditetapkan. Saya ucapkan terima kasih kepada pihak UMS khususnya Naib Canselor yang menekankan pentingnya tatakelola dalam menguruskan projek ini mengikut prosedur kewangan yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mendengar taklimat mengenai situasi masalah air dan projek pembinaan telaga tiub di UMS, di sini, hari ini.

Hadir sama Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Kasim Md Mansor.

Mustapha melihat Telaga Tiub yang disalurkan ke tangki simpanan – FOTO UMS

Taklimat daripada Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan UMS serta pakar geologi itu dibuat susulan lawatan Mustapha bersama Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada Isnin lalu.

Mustapha berkata isu air di kampus universiti itu menjadi perhatian nasional dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) diarah meletakkannya sebagai keutamaan untuk diselesaikan.

Katanya, hasil taklimat yang diberikan, beliau telah mendapat bayangan khususnya perkara yang harus dilaksanakan bagi membina telaga tiub itu mengikut jangka masa ditetapkan.

Tangki bagi menyimpan air yang dibekalkan menerusi telaga tiub – FOTO MAHA

“Hasil kajian pakar geologi, sekrang ini kita telah kenalpasti empat sumber air daripada enam yang dicari untuk membina telaga tiub dan selepas ini proses penggerudian akan dibuat secepat mungkin.

“Selepas penggerudian selesai dan air bawah tanah yang terhasil mencukupi, barulah kita beralih untuk memasang sistem panapisan dan perpaipan ke kolej kediaman pelajar.

“Ini yang akan dibuat, jadi saya menggesa semua pihak melaksanakan kerja ini dengan baik dan pastikan projek ini disiapkan mengikut kontrak yang ada kerana ini adalah projek yang perlu disegerakan,” katanya.

Dalam pada itu, Mustapha berkata, projek yang dijadul siap pada Mac depan itu akan turut dipantau setiap munggu dan akan membawa laporan kepada KPT sebelum dibentang ke Kabinet.

Katanya, setakat ini empat sumber air bawah tanah yang dikenal pasti itu akan diusahakan untuk penggerudian di samping dua lagi sumber perlu dicari bagi melengkapkan enam telaga tiub yang dibiayai menggunakan peruntukan RM3 juta itu.

“Kita masih bergantung kepada Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) untuk menyelesaikan masalah ini pada jangka masa panjang. Projek telaga tiub dan usaha yang diambil UMS ketika ini hanya bersifat jangka pendek,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/13/isu-air-ums-projek-dilaksanakan-mengikut-tata-kelola-prosedur-ditetapkan/feed/ 0 47913