KOTA KINABALU: Kerajaan telah selesai melaksanakan Fasa 1 Inisiatif Kerajaan Digital bagi “Data Integration and Interchange Platform” (DIIP) dan Tiga Data Hub iaitu People Hub, Business Hub dan Geo Hub, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Katanya, ‘People Hub’ merupakan pemboleh daya untuk kelancaran integrasi data merentas agensi melalui satu sumber asal yang sahih demi mencapai pendekatan perkhidmatan agensi kerajaan dengan lebih holistik dan berpaksikan rakyat.
Menurutnya, untuk memperkembangkan potensi penggunaan ‘Biz Hub’, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan empat perkhidmatan atas talian iaitu BizSabah Portal untuk memberi maklumat keusahawanan bagi setiap daerah, Penilaian Environment Social Governance (ESG) Sustainability Assessment untuk golongan SME. Virtual Engagement Platform (VEP) untuk pepadanan perniagaan (B2B Matching) dan SabahTAMU untuk mempromosi dan merangsangkan pertumbuhan pasaran digital di Sabah.
“Manakala ‘Geo Hub’ membolehkan pemetaan dan analysis geospatial bagi pelbagai tujuan dan pemantauan aktiviti dengan rujukan geospatial dan peta satelite. Fasa 1 bagi ‘DIIP’ dan ketiga-tiga ‘hub’ ini telah selasai dilaksanakan”, katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pembukaan rasmi CelcomDigi Business Tech Week di Sabah International Convention Centre (SICC), hari ini.
Teks ucapan Hajiji dibacakan oleh Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun.
Hajiji berkata, Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam memantapkan penyampaian perkhidmatannya dengan mengukuhkan pentadbiran dan kelengkapan peralatan digital anggota perkhidmatan.
“Justeru, Kerajaan Negeri akan memastikan jentera kerajaan terus bekerja dalam suasana 5A iaitu Available At Anytime, Anywhere with Any mobile Device, serta akan memastikan pemasangan kemudahan wifi di semua premis kerajaan dengan keselamatan siber Kerajaan Negeri sentiasa terjamin daripada pencerobohan dan penggodaman.
“Menerusi usaha itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) melalui Jabatan Perkhidmatan Komputer (JPKN) dan juga Sabah Net akan memastikan pendigitalan di negeri Sabah diperkembangankan secara konsisten melalui pelbagai perancangan dan program pendigitalan,” katanya.
Beliau berkata, JPKN akan terus membangunkan sistem aplikasi untuk agensi-agensi Kerajaan Negeri dan dijangkakan sebanyak 30 sistem aplikasi yang bercirikan “End-To- End” akan dibangunkan.
Selain itu katanya, infrastruktur rangkaian internet di semua premis kerajaan akan terus dimantapkan dengan pemasangan talian jalur lebar selaras dengan perluasan pemasangan rangkaian gentian optik di seluruh negeri, serta akan merancakkan penggunaan solusi pengkomputeran awan selaras dengan MyDigital Economy Blueprint.
“Manakala Sabah Net meneruskan kerja menaik taraf di semua 749 pejabat kerajaan negeri kepada rangkaian fiber dengan kelajuan minimum 100Mbps sehingga tahun 2025. Pusat Data Sabah Net yang mempunyai kuasa kapasiti tinggi adalah pengehosan utama bagi aplikasi perkhidmatan kerajaan negeri.
“Bagi peningkatan keselamatan siber, Sabah Net meneruskan usaha dalam menaiktarafkan sistem keselamatan siber menggunakan teknologi yang terbaharu. Peningkatan ini akan memperkukuhkan perlindungan keselamatan siber agar kerajaan boleh beroperasi secara fleksibel di mana-mana sahaja”, katanya.
Sehubungan dengan itu beliau berkata, Sabah Net akan berkolaborasi dengan pihak berkuasa dan pembekal perkhidmatan keselamatan siber yang berkaliber di Malaysia untuk menjadikan Sabah sebagai pusat pembangunan modal insan dalam bidang keselamatan siber.
“Sabah Net juga telah menaik taraf portal layan diri untuk membolehkan pengguna kerajaan mengurus log masuk e-mel mereka dengan sendiri sepenuhnya, selain akan menjadi one stop centre untuk perkhidmatan pengkomputeran awan,” tambahnya.
Menurutnya, dalam mempertingkatkan tahap kesalinghubungan serta kualiti perkhidmatan jalur lebar di Sabah, Kerajaan Negeri melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan menambah pembinaan menara baharu, penaiktarafan stesen pemancar sedia ada kepada 4G dan menaiktaraf Pusat Internet Desa (PID) kepada Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDI).
“KSTI juga akan memasang kemudahan internet teknologi satelit (VSAT) di 300 lokasi yang dikenalpasti pada tahun 2023, manakala Kementerian Komunikasi dan Multimedia juga turut bersetuju untuk memasang 300 buah VSAT di Sabah di lokasi-lokasi yang tidak termasuk di bawah program JENDELA.
“Kesemua perancangan serta program-program pendigitalan yang dilaksanakan kerajaan negeri ini adalah memastikan bukan sahaja dalam meningkatkan dan menambahbaikan sistem perkhidmatan awam negeri Sabah, malah sebagai pemangkin untuk mempercepatkan transformasi digital di negeri Sabah”, tegasnya.
]]>KOTA KINABALU: Sebanyak 95 peratus daripada 17 inisiatif Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya Kumpulan Yayasan Sabah telah berjaya dilaksanakan setakat ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Hajiji yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, berkata sebanyak 17 inisiatif itu telah dilaksanakan pada tahun 2022 yang membabitkan dua teras di dalam SMJ iaitu modal insan dan kelestarian hijau.
“Prestasi ini amat membanggakan dan tahniah kepada semua warga Kumpulan Yayasan Sabah yang terlibat dengan pelaksanaan inisiatif ini. Sebagai jentera strategik kerajaan negeri, Kumpulan Yayasan Sabah perlu terus memacu pelbagai program sejajar dengan Hala Tuju SMJ. Namun, usaha tersebut masih belum sampai ke penghujungnya.
“Pembangunan modal insan perlu terus dipertingkatkan khususnya dalam aspek pendidikan. Saya mahu Kumpulan Yayasan Sabah terus memberi fokus kepada pendidikan dari peringkat kanak-kanak hinggalah ke pengajian tinggi. Saya berharap pelancaran Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) pada bulan Jun tahun lalu, ia dapat meringankan bebanan kewangan Kumpulan Yayasan Sabah dalam membiayai komitmen itu.
“Pada tahun 2022 sebanyak RM28.5 juta telah dibelanjakan untuk memberi tajaan dalam bentuk biasiswa, dermasiswa dan pinjaman kepada 2,823 orang pelajar baharu dan yang sedang belajar. Saya yakin dengan dana terkumpul TPNS akan dapat meringankan bebanan kewangan Kumpulan Yayasan Sabah,” katanya ketika merasmikan Malam Anugerah Kumpulan Yayasan Sabah di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini pada Selasa.
Ketua Menteri turut berasa bangga kerana Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) mencatatkan kadar kebolehpasaran graduan lebih kurang 98 peratus manakala University
College Sabah Foundation (UCSF) sebanyak 75 peratus pada tahun 2022.
“Banyak bantuan atau inisiatif yang diberikan kerajaan bagi membangunkan agenda pendidikan di negeri ini. Inisiatif ini membuka sinar baharu kepada penduduk khususnya golongan B40 untuk memastikan anak mereka dapat pendidikan hingga ke peringkat universiti.
“Pemberian Biasiswa, Dermasiswa dan Bantuan Pelajar Negeri akan dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri untuk memberi peluang kepada anak watan Sabah melanjutkan pengajian dan latihan ke peringkat lebih tinggi. Untuk tujuan tersebut, sebanyak RM57 juta diperuntukkan pada tahun ini.
“Dalam pada itu, usaha Yayasan Sabah yang komited melindungi khazanah yang terkandung di kawasan konservasi di bawah seliaan kumpulan berkenaan, perlu terus dipertingkatkan. Usaha ini sejajar dengan komitmen Kerajaan Negeri Sabah akan sentiasa memastikan pelaksanaan pembangunan sosial dan ekonomi menjamin kelestarian alam sekitar dapat dikekalkan demi kesejahteraan rakyat,” katanya.
Ketua Menteri turut meminta pihak pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah perlu terus berusaha agar aktiviti perniagaan anak-anak syarikat akan terus menghasilkan keuntungan sekali gus dapat menggandakan pembayaran dividen kepada ICSB (Innoprise Corporation Sdn Bhd).
“Hampir semua sektor yang diceburi telah mencatatkan pulangan yang lebih baik pada tahun 2022. Keuntungan sebelum cukai dijangka melebihi RM412 juta.Tahniah kepada anak-anak syarikat berkaitan perladangan kelapa sawit dan penjanaan kuasa elektrik yang merupakan penyumbang utama kepada prestasi yang memberangsangkan ini.
“Pemulihan keuntungan oleh anak-anak syarikat di sektor pelancongan dan kayu balak turut memberi kesan kepada prestasi baik ini. Saya dimaklumkan berdasarkan pemantauan berterusan terhadap anak-anak syarikat pada tahun 2022 telah menghasilkan rekod pembayaran dividen kepada ICSB berjumlah RM253.18 juta,” katanya.
Beliau mahu pihak pengurusan terus memberi perhatian dalam perancangan masa hadapan
mereka, antaranya memastikan Kumpulan Yayasan Sabah ditadbir secara efisien dari segi kos; mentranformasikan anak-anak syarikat yang rugi melalui usaha sama dimana wang pelaburan akan disuntik oleh rakan kerjasama dan mengewangkan (monetise) aset-aset Kumpulan Yayasan Sabah yang tidak diusahakan seperti tanah dan perhutanan.
Menambah nilai dan pulangan atas anak-anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah melalui penyenaraian di bursa saham; berkolaborasi dengan organisasi dari dalam dan luar negara
yang mempunyai kepentingan bersama; pemantauan berterusan anak-anak syarikat untuk mempastikan prestasi yang baik agar pembayaran dividen yang maksima dapat dilakukan.
Pelaksanaan Projek Pembangunan Pavillion Habour City, Jesselton Waterfront Sdn Bhd dan Lok Kawi Resort City; memastikan hasil tunai (cash entitlements) dari projek pembangunan bersama dapat diterima dengan secepat mungkin; dan melaksanakan beberapa projek pembangunan hidroelektrik baharu di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti.
Hadir sama Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir; Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Ghulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar serta Pengerusi Eksekutif ICSB, Datuk Jasnih Daya.
]]>KOTA KINABALU: Kesemua 250 gerai penjaja yang diperuntukkan untuk Karnival Tahun Baharu Cina Jalan Gaya, anjuran bersama Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), telah ditempah sepenuhnya oleh peniaga, kata Presiden FCAS, Tan Sri T.C Goh.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada komuniti perniagaan tempatan atas sokongan padu mereka kepada acara itu, beliau juga menyampaikan permohonan maaf, bagi pihak FCAS, kepada peniaga yang tidak berjaya mendapatkan mana-mana gerai, kerana pendaftaran lewat.
Beliau mengakui sokongan padu komuniti perniagaan tempatan terhadap karnival jalanan itu akan memberikan suasana Tahun Baru Cina rangsangan yang baik.
Beliau berkata, Karnival Tahun Baharu Cina selama empat hari itu akan diadakan di Dataran Deasoka di sini, dari 15 hingga 18 Januari ini bagi menyambut Tahun Arnab (menurut kalendar Cina).
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Mohd Noor dijangka akan merasmikan majlis pencahayaan itu. Konsul Jeneral China di Kota Kinabalu, Huang Shifang juga telah bersetuju untuk menyerikan majlis itu, sebagai Tetamu Khas.
Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Dr Joachim Gunsalam akan merasmikan majlis penutupan itu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Goh turut mengucapkan terima kasih kepada Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Norliza Awang Alip dan pejabatnya, atas sokongan dan kerjasama penuh kepada FCAS, dalam menjayakan penganjuran majlis tersebut.
Sementara itu, Pengerusi Penganjurnya Kapitan Fung Chun Fatt, yang juga Naib Presiden FCAS, mendedahkan bahawa bagi menyemarakkan lagi suasana karnival Tahun Baru Cina itu, penganjur telah membariskan lima kategori pertandingan bakat, termasuk persembahan Wushu, nyanyian, persembahan bakat, lagu kanak-kanak Tahun Baharu Cina, dan pertunjukan fesyen Tahun Baharu Cina, dengan ganjaran wang tunai berjumlah RM27,000.
Mereka yang berminat untuk menyertai peraduan bakat tersebut boleh menghubungi pegawai sekretariat FCAS yang berkaitan: Teddy (088-253433) atau Cik Lee (012-802 3282), untuk maklumat lanjut.
]]>KOTA KINABALU: Pengerusi Koperasi Serbaguna SANYA Berhad (KOSAN), Datuk Ellron Angin berkata dalam satu kenyataan media hari ini menjelaskan mengenai dakwaan penyewa bahawa cara pengosongan tersebut secara tergesa-gesa adalah tidak benar kerana penyewa telah dimaklumkan melalui surat bertarikh 14 Mac 2019 lagi. Jangka pengosongan adalah selama 3 bulan.
Walaubagaimanapun kebanyakan penyewa telah memohon kepada KOSAN agar tempoh pengosongan dilanjutkan sehingga Disember 2019. Dan ia dipersetujui.
“Dalam jangka waktu ini, penyewa-penyewa telah diberikan masa yang mencukupi untuk mengosongkan bangunan.
“Memandangkan akibat penularan COVID 19, maka pengosongan tidak berjalan lancar yang melibatkan sebilangan kecil sahaja penyewa yang masih berada di bangunan tersebut sehingga tarikh akhir pengosongan pada 24 Julai 2021,” katanya.
Ellron yang juga Menteri Belia dan Sukan Sabah menyatakan bahawa KOSAN, di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Ke-30, yang telah diadakan pada 29 Jun 2013, telah meluluskan cadangan untuk membangunkan tanah-tanah milik KOSAN.
“Selaras dengan itu, bagi Pembangunan Tanah Wisma KOSAN, Likas ianya telah ditandatangani pada 24 Ogos 2015, dimana terletaknya Wisma KOSAN adalah tanah yang dimiliki oleh KOSAN sendiri dan bukanlah tanah Kerajaan,” jelasnya.
Berikutan dengan pembangunan ini akan memberi manfaat dan keuntungan kepada anggota-anggota KOSAN serta rakyat Negeri Sabah dimana bangunan yang akan dibangunkan mengandungi “apartment” mampu milik, ruang pejabat serta lot-lot kedai.
Katanya, pembangunan Tanah Wisma KOSAN Likas, ini telah dibentang, dibincang dan diluluskan oleh anggota-anggota KOSAN didalam Mesyuarat Agung Tahunan Ke 34, yang telah diadakan pada 19 Ogos 2017.
]]>13 Jun 2021
BEAUFORT: Seramai 9,692 orang atau 20.71 peratus penduduk di daerah ini telah menerima vaksin Covid-19 setakat ini, menjadikannya daerah teratas di seluruh Sabah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Ruslan Muharam yang gembira dengan perkembangan ini menyeru penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan yang belum agar mendaftar sebagai penerima suntikan vaksin Covid-19.
Ruslan yang juga Pengerusi Perkasa Realty Sdn. Bhd, berterima kasih kepada rakyat yang telah mendaftar menerima vaksin dan melengkapkan vaksinasi berkenaan.
“Saya gembira dan berterima kasih sejumlah 9,692 orang telah menerima vaksin sebanyak 20.71 peratus setakat ini.
“Ini menjadikan Beaufort sebagai daerah teratas di seluruh Sabah,” katanya.
Dalam pada itu, Ruslan juga telah mendermakan kerusi bagi kegunaan dalam Pusat Vaksinasi di Dewan Pak Musa, Beaufort.
Sumbangan kerusi diserahkan oleh Pegawai Pemimpin Masyarakat (PPM) Dioslin Agostin bersama Sobri Adis, yang mewakili Ruslan, kepada Pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Beaufort.
]]>