Teliti – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 13 Apr 2022 12:37:00 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Teliti – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan Persekutuan Digesa Teliti Harga Tiket Penerbangan Yang Tinggi https://sabahmedia.com/2022/04/13/kerajaan-persekutuan-digesa-teliti-harga-tiket-penerbangan-yang-tinggi/ https://sabahmedia.com/2022/04/13/kerajaan-persekutuan-digesa-teliti-harga-tiket-penerbangan-yang-tinggi/#respond Wed, 13 Apr 2022 12:20:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14216
Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Barisan Nasional (BN) menggesa Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pengangkutan untuk meneliti isu kenaikan harga tiket penerbangan yang tinggi.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, tambang penerbangan yang tinggi telah meningkat dengan ketara sehingga membebankan orang ramai yang terpaksa terbang ke Kuala Lumpur dari sini atau sebaliknya.

Hajiji turut menggesa Kerajaan Persekutuan mengurangkan harga tambang penerbangan domestik.

“Sama ada untuk bekerja atau beriadah, tambang penerbangan yang tinggi telah memberi cabaran kepada individu dan keluarga.

“Ini juga tidak sesuai dengan aspirasi untuk membawa lebih ramai pengunjung ke Sabah memandangkan sempadan negara telah dibuka semula pada 1 April,” katanya.

Menurut Hajiji, Kabinet Negeri telah membincangkan perkara itu semasa mesyuarat mingguannya di sini hari ini dan melihat kenaikan tambang penerbangan yang keterlaluan.

Beliau berkata, laporan kenaikan harga tambang penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah baru-baru ini semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri telah menimbulkan kebimbangan dan Kerajaan Negeri mahu Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Pengangkutan meneliti perkara itu.

“Kami menggesa Menteri Pengangkutan melihat perkara itu segera dan mengurangkan harga tiket yang dilaporkan melonjak kepada sekitar 566 peratus berbanding tambang penerbangan bukan musim perayaan untuk laluan yang sama.

“Ramai rakyat Sabah sama ada belajar atau bekerja di semenanjung dan kebanyakan mereka mahu pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.

“Tetapi dengan harga tiket penerbangan yang melambung tinggi, ramai yang tidak dapat pulang ke tanah air semata-mata kerana tidak mampu. Ia membebankan rakyat, justeru, kami di Kabinet Negeri merasakan pihak berkuasa berkaitan perlu bertindak,” tegasnya.

“Terdapat juga laporan bahawa harga tiket penerbangan ke Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau adalah lebih mahal daripada beberapa destinasi antarabangsa dari Kuala Lumpur,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/13/kerajaan-persekutuan-digesa-teliti-harga-tiket-penerbangan-yang-tinggi/feed/ 0 14216
Menyiasat Dakwaan Pencerobohan Dengan Teliti – Hajiji https://sabahmedia.com/2022/02/06/menyiasat-dakwaan-pencerobohan-dengan-teliti-hajiji/ https://sabahmedia.com/2022/02/06/menyiasat-dakwaan-pencerobohan-dengan-teliti-hajiji/#respond Sun, 06 Feb 2022 08:30:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11944
Read Time:29 Second

KUDAT: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor telah mengarahkan pasukan keselamatan terus berusaha dan menyiasat dengan teliti dakwaan penceroboh bersenjata di Lahad Datu.

Katanya, beliau diberi taklimat mengenai kes itu oleh Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah namun tidak ada tanda-tanda pencerobohan yang didakwa di Lahad Datu.

Sementara itu, Hajiji menggesa seluruh rakyat di negeri ini agar terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) memandangkan lonjakan kes jangkitan baharu yang dikesan pada Sabtu lalu.

Jumlah kes COVID-19 di Sabah meningkat kepada 1,209 pada Sabtu selepas di bawah 500 kes direkodkan pada bulan lalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/06/menyiasat-dakwaan-pencerobohan-dengan-teliti-hajiji/feed/ 0 11944