teluk likas – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 06 Oct 2021 09:20:53 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png teluk likas – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 DBKK Jalankan Kerja-Kerja Pembersihan Di Taman Awam Teluk Likas https://sabahmedia.com/2021/10/06/dbkk-jalankan-kerja-kerja-pembersihan-di-taman-awam-teluk-likas/ https://sabahmedia.com/2021/10/06/dbkk-jalankan-kerja-kerja-pembersihan-di-taman-awam-teluk-likas/#respond Wed, 06 Oct 2021 09:20:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7222
Read Time:1 Minute, 9 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menjalankan kerja-kerja pembersihan di sepanjang pesisir Pantai Taman Awam Teluk Likas pada 4 Oktober 2021.

Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip berkata, pembersihan yang mengambil masa selama sembilan jam yang bermula seawal 7.00 pagi hingga 4.00 petang dilakukan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Katanya, kerja pembersihan ini menggunakan beberapa jentera termasuk satu buah jentera berat case dan tiga buah lori muatan enam tan dengan enam kali penghantaran ke tapak pelupusan sampah Kayu Madang.

Menurut Noorliza dalam satu kenyataan media hari ini, sejak kebelakangan ini, keadaan pesisir pantai mendapat perhatian awam ekoran timbunan sampah yang begitu ketara sepanjang Pantai Teluk Awam Likas dan dipercayai kesan daripada kejadian kenaikan paras air laut yang berlaku.

“Susulan daripada kenaikan paras air laut ini telah menyebabkan sampah dan sisa-sisa tumbuhan telah hanyut melalui sungai-sungai di kawasan sekitar menyebabkan keadaan di pantai Taman Awam Teluk Likas menjadi kotor.

“Bagaimanapun, pihak DBKK telah mengambil langkah segera dengan membersihkan kawasan pantai tersebut,” katanya.

Noorliza bagi pihak DBKK turut menegaskan dan memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak membuang sampah ke dalam sungai dan laut bagi mengelak sumber alam ini tercemar dan sekaligus memelihara pantai yang ada sentiasa bersih dan selamat digunakan oleh semua.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/06/dbkk-jalankan-kerja-kerja-pembersihan-di-taman-awam-teluk-likas/feed/ 0 7222
Taman Awam Teluk Likas dibuka Ahad 18 Julai 2021 https://sabahmedia.com/2021/07/17/taman-awam-teluk-likas-dibuka-ahad-18-julai-2021/ https://sabahmedia.com/2021/07/17/taman-awam-teluk-likas-dibuka-ahad-18-julai-2021/#respond Sat, 17 Jul 2021 03:21:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3154
Read Time:1 Minute, 46 Second

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu akan membuka semula operasi Taman Awam Teluk Likas mulai Ahad ini, 18 Julai 2021.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Noorliza Awang Alip berkata dalam kenyataan media hari ini, pembukaan semula operasi taman ini dilaksanakan setelah Taman Ujana Rimba Tropika dan Taman Tun Fuad Stephens dibuka pada 13 Julai 2021 yang lalu.

“Sebagai permulaan, had kapasiti kemasukan ke taman ini adalah berdasarkan ‘carrying capacity’ kawasan trek yang diminimakan atas pertimbangan terhadap faktor kesihatan awam.

“Had kapasiti kemasukan ini akan dipertimbangkan dari masa ke semasa berdasarkan tahap pematuhan oleh pengguna taman awam tersebut,”katanya.

Menurut Noorliza, Taman Awam Teluk Likas ditetapkan had kapasiti kemasukan seramai 200 orang bagi setiap 2 jam masa penggunaan yang bermula dari Lampu Trafik Peak Condo ke Jambatan Yayasan Sabah.

Manakala, kanak-kanak dibawah 12 tahun tidak dibenarkan berada di taman itu.

Masa pembukaan taman adalah bermula seawal 6.00 pagi hingga 10.00 pagi (dua sesi) manakala hanya sesi petang bermula pada 4.00 petang hingga 6.00 petang (satu sesi).

Namun begitu, tiada sebarang aktiviti mahupun individu dibenarkan berada di taman ini selain dari masa yang tersebut.

Walau bagaimanapun pembukaan taman ini terhad kepada aktiviti untuk berjogging, zumba dan senamrobik dengan maksimum tidak melebihi 10 orang dalam satu masa sahaja.

Aktiviti-aktiviti secara berkumpulan seperti berkelah, berhimpun untuk keraian dan sukan berpasukan adalah dilarang pada ketika ini.

Begitu juga dengan fasiliti-fasiliti lain seperti alat permainan kanak-kanak dan alat senam masih lagi ditutup penggunaannya sebagai langkah keselamatan.

Sementara aktiviti berbasikal masih tidak dibenarkan di taman ini, namun dibenarkan di Taman Cycleway Phase 3 bersebelahan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).

Dalam pada itu, pengguna perlu bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan dan keselamatan diri serta sentiasa mematuhi SOP.

Pengguna juga dikehendaki membawa telefon pintar kerana di setiap pintu masuk, mereka dikehendaki mengimbas QR Code (MySejahtera) atau mendaftar di buku pendaftaran yang disediakan bagi tujuan merekod kemasukan di kaunter pendaftaran taman.

“Pengunjung diingatkan untuk sentiasa menjaga penjarakan sosial dan kebersihan kendiri ketika berkunjung ke taman ini.

“Mereka yang gagal mematuhi arahan ini boleh didakwa dibawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” tegas Noorliza.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/17/taman-awam-teluk-likas-dibuka-ahad-18-julai-2021/feed/ 0 3154