Teluk Sepanggar – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 21 Nov 2023 00:47:24 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Teluk Sepanggar – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pengeluaran simen di CIS Teluk Sepanggar kurang akibat jentera utama rosak https://sabahmedia.com/2023/11/21/pengeluaran-simen-di-cis-teluk-sepanggar-kurang-akibat-jentera-utama-rosak/ https://sabahmedia.com/2023/11/21/pengeluaran-simen-di-cis-teluk-sepanggar-kurang-akibat-jentera-utama-rosak/#respond Tue, 21 Nov 2023 00:44:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45503
Read Time:44 Second

KOTA KINABALU: Kilang Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd (CIS) di Teluk Sepanggar mengalami kerosakan jentera utama pada Oktober lepas yang mengurangkan kapasiti pengeluarannya sebanyak 40 peratus daripada 2,400 tan sehari kepada 1,400 tan sehari yang mengganggu bekalan simen.

Pengurus Besar CIS, Sumardi Mohd Yusof (gambar) berkata, kerja-kerja pembaikan mengambil masa sebulan untuk disiapkan dan operasi loji menyambung semula operasi biasa pada awal bulan ini.

Katanya CIS telah meningkatkannya penghantaran simen untuk menjelaskan pesanan tertunggak.

“Bekalan juga terputus disebabkan oleh kelewatan dalam penghantaran bahan mentah dan penghantaran simen pukal akibat cuaca buruk di pelabuhan pemunggahan di Semenanjung Malaysia dan Vietnam,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata CIS meningkatkan pengeluaran dan penghantaran simen ke pasaran dengan membawa masuk lebih banyak bahan mentah dan penghantaran simen pukal serta melanjutkan operasi penghantarannya termasuk Ahad dan Cuti Umum bagi memastikan semua keperluan simen negeri dipenuhi.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/21/pengeluaran-simen-di-cis-teluk-sepanggar-kurang-akibat-jentera-utama-rosak/feed/ 0 45503
Salahuddin ketuai “Misi RAHMAH Ekonomi Sempadan Malaysia – Brunei” di Teluk Sepanggar https://sabahmedia.com/2023/06/23/salahuddin-ketuai-misi-rahmah-ekonomi-sempadan-malaysia-brunei-di-teluk-sepanggar/ https://sabahmedia.com/2023/06/23/salahuddin-ketuai-misi-rahmah-ekonomi-sempadan-malaysia-brunei-di-teluk-sepanggar/#respond Fri, 23 Jun 2023 08:14:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36960
Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub telah mengetuai “Misi RAHMAH Ekonomi Sempadan Malaysia – Brunei” Projek Pembekalan Gas Petroleum Cecair (LPG) Tidak Bersubsidi ke Negara Brunei Darussalam yang diadakan di Teluk Sepanggar, di sini, hari ini.

Program “Misi RAHMAH Ekonomi Sempadan Malaysia-Brunei” merupakan satu bentuk kerjasama ekonomi antara Malaysia dengan negara jiran yang bersempadan dengan negara ini dengan menumpukan kepada pembekalan barangan keperluan.

Objektif program ini adalah bagi meningkatkan keterjaminan bekalan serta peningkatan kerjasama perdagangan antara negara ini dan negara jiran.

Menurut Salahuddin, bagi program “Misi RAHMAH Ekonomi Sempadan Malaysia-Brunei”, ianya dimulakan dengan pembekalan LPG tidak bersubsidi dari Malaysia ke Brunei dan akan diperluaskan dengan barangan keperluan lain yang akan diperincikan di antara kedua-dua negara pada masa akan datang.

Katanya, PETRONAS menerusi pengeluaran LPG di loji Teluk Sepanggar, Sabah telah bersetuju untuk membekalkan sebanyak 150 Tan Metrik (MT) LPG tidak bersubsidi kepada Brunei.

“Pembekalan LPG disempurnakan oleh syarikat Brunei Shell Marketing Company (BMSC) Sendirian Berhad dari Terminal Minyak dan LPG Teluk Sepanggar, Sabah ke Brunei telah bermula 16 Jun 2023 sehingga 1 Julai 2023,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pada masa yang sama, Salahuddin berkata pihak KPDN memberi jaminan bahawa pembekalan LPG tidak bersubsidi ke Brunei tidak akan menjejaskan kelangsungan bekalan LPG di dalam negara.

Justeru katanya, kerjasama ekonomi serantau terutama dengan negara jiran adalah potensi baharu yang wajar diterokai dan dipertingkatkan oleh pemain industri perdagangan di negara ini.

“Adalah diharapkan “Misi RAHMAH Ekonomi Sempadan Malaysia-Brunei” ini dapat memberi pelbagai nilai tambah kepada kedua-dua negara dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi pada masa kini,” ujarnya.

Turut hadir Timbalan Menteri Tenaga, Kementerian Tenaga Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Matsetejo Sokiaw, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Paduka Mahmud Saidin, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri) KPDN, Datuk Roziah Abudin, Ketua Pegawai Operasi, Petronas Dagangan Berhad, Khalil Muri, Pengarah Kanan Sektor Barang Kawalan dan Subsidi KPDN, Dato’ Dr Stanley Tan, Pengarah KPDN Sabah, Georgie Abas serta pegawai-pegawai tertinggi dari Delegasi Kedutaan Negara Brunei, Pegawai-Pegawai Kanan dari KPDN dan Petronas Dagangan Berhad.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/23/salahuddin-ketuai-misi-rahmah-ekonomi-sempadan-malaysia-brunei-di-teluk-sepanggar/feed/ 0 36960