telur ayam – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 01 Dec 2022 08:13:00 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png telur ayam – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan disaran pertimbangkan untuk mansuh harga siling telur ayam https://sabahmedia.com/2022/12/01/kerajaan-disaran-pertimbangkan-untuk-mansuh-harga-siling-telur-ayam/ https://sabahmedia.com/2022/12/01/kerajaan-disaran-pertimbangkan-untuk-mansuh-harga-siling-telur-ayam/#respond Thu, 01 Dec 2022 07:17:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=25656
Read Time:3 Minute, 46 Second

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR: Pada 28 November 2022, Pengarah Urusan Pasaraya Mydin dilaporkan menyuarakan kebimbangan mengenai kekurangan bekalan telur ayam di pasaran.

Beliau menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang tular di media sosial bahawa isu bekalan telur ayam telah selesai dengan perubahan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) baru-baru ini.

Untuk menyelesaikan isu ini, beliau menyarankan agar kerajaan mempertimbangkan untuk memansuhkan harga siling telur ayam kerana menurut pengeluar telur ayam, kos pengeluaran adalah lebih tinggi dari harga siling yang ditetapkan.

Selain, menyarankan agar kerajaan mempertimbangkan untuk menghalang ekspot telur ayam ke Singapura dan Hong Kong, sekiranya harga siling telur ayam tidak dimansuhkan.

Beliau juga turut menyatakan bahawa kerajaan sedang kesuntukan masa untuk menyelesaikan isu bekalan telur ayam ini memandangkan beberapa perayaan besar bakal di sambut dalam masa enam bulan akan datang, iaitu – Krismas pada Disember 2022, Tahun Baru Cina pada Januari 2023 serta Hari Raya Aidilfitri pada April 2023.

Penganalisis ekonomi Wan Azrain Adnan berkata, isu bekalan telur ayam ini sudah berlanjutan agak lama tanpa penyelesaian yang menyakinkan kepada pengeluar dan pengguna.

Katanya, sejak awal Oktober 2022, dalam masa satu bulan, kerajaan telah menaikkan subsidi telur ayam sebanyak dua kali, dari 3 sen sebiji kepada 8 sen sebiji kepada 10 sen sebiji bagi telur ayam gred A, B dan C.

“Namun begitu, bekalan telur ayam masih tidak mencukupi di pasaran. Tan Sri Annuar Musa, Pengerusi Pasukan Petugas Khas Jihad Menentang Inflasi, pernah di lapor menyatakan bahawa purata kos pengeluaran telur ayam ialah 51 sen sebiji. Ini bermakna, dengan kadar subsidi terbaru sebanyak 10 sen sebiji, kos pengeluaran telur ayam yang di tanggung oleh penternak ialah sebanyak 41 sen sebiji,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Wan Azrain, ketika ini, harga siling telur ayam ialah: Gred A – RM 0.45/biji, Gred B – RM 0.43/biji dan Gred C – 0.41/biji. Walaupun subsidi telah di naikkan, ianya masih belum dapat menggalakkan pengeluar telur ayam untuk meningkatkan bekalan telur ayam di pasaran kerana harga siling telur ayam tidak memberikan pulangan yang menarik.

“Ini membuktikan bahawa tindakan yang di ambil oleh kerajaan masih belum berjaya untuk menangani isu bekalan telur ayam tersebut. Ini mungkin besar berpunca dari kegagalan kerajaan untuk mendengar dan mengambil kira keluhan serta cadangan pengeluar telur ayam.

“Isu ini wajar menjadi peringatan kepada kerajaan agar senantiasa melibatkan semua pihak berkepentingan di dalam membuat keputusan, polisi dan dasar,” tegasnya.

Beliau berkata, secara am-nya, kerajaan di lihat mempunyai beberapa pilihan untuk menstabilkan bekalan telur ayam. Ini termasuklah – menaikkan subsidi kepada pengeluar telur ayam, menaikkan harga siling telur ayam, mengapungkan harga telur ayam mengikut kuasa pasaran dan menghalang ekspot telur ayam.

“Sudah pasti setiap pilihan tersebut mempunyai kebaikan dan keburukannya. Setiap pilihan tersebut wajar di teliti secara terperinci oleh kerajaan untuk menyediakan situasi yang dapat mengimbangi antara kemampuan pengguna untuk membeli (affordability) dan kemampuan pengeluar untuk membekal (availability).

“Sebagai contoh dengan tidak menaikkan harga siling telur ayam, pengguna akan dapat membeli telur ayam pada harga berpatutan. Tetapi kerajaan perlu menaikkan subsidi kepada pengeluar telur ayam untuk memastikan bekalan telur ayam mencukupi di pasaran.

“Pembayaran subsidi kepada pengeluar telur ayam ‘di biayai’ oleh duit cukai rakyat. Ini bermakna akhirnya rakyat juga yang rugi dengan menampung jumlah subsidi yang besar,” tambahnya.

Menurut Pengerusi Pasukan Petugas Khas Jihad Menentang Inflasi, kos subsidi ayam dan telur ayam di jangka berjumlah sebanyak RM 600 juta, untuk tiga bulan dari Oktober hingga Disember 2022. Sebarang kenaikan subsidi sudah pasti akan memberi tekanan kepada kewangan negara.

Justeru itu, tambah Wan Azrain, kerajaan wajar meneliti cadangan pemansuhan harga siling telur ayam. Selain dari Pengarah Urusan Mydin, pengeluar telur ayam telah dahulu mencadangkan agar harga telur ayam di apungkan mengikut kuasa pasaran.

“Menurut Timbalan Presiden Federation of Livestock Farmers Associations of Malaysia, isu bekalan telur ayam tidak akan bertambah baik sekiranya harga telur ayam masih di kawal oleh Kerajaan Malaysia, dan tidak di apungkan mengikut kuasa pasaran.

“Ini menunjukkan pengeluar telur ayam tidak menuntut lebih subsidi.

“Kerajaan wajar bertindak segera kerana sebarang jalan penyelesaian di jangka mengambil masa yang lama untuk memberi kesan. Mengikut maklumat industri, ianya mengambil masa lebih kurang 28 minggu (7 bulan) untuk menghasilkan telur ayam. Ini bermakna sebarang tindakan yang di ambil oleh pengeluar telur ayam akan mengambil masa yang lama untuk memberi hasil.

“Oleh yang demikian, kerajaan wajar meneliti isu bekalan telur ayam ini dengan mengambil pendekatan jangka masa panjang. Ini akan dapat memastikan bekalan sumber protein utama rakyat Malaysia ini terus stabil dan pada harga mampu-beli oleh pengguna. Kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia diutamakan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/01/kerajaan-disaran-pertimbangkan-untuk-mansuh-harga-siling-telur-ayam/feed/ 0 25656
KPDNHEP Sabah Sentiasa Pantau Bekalan Telur Ayam, Jamin Mencukupi https://sabahmedia.com/2021/08/24/kpdnhep-sabah-sentiasa-pantau-bekalan-telur-ayam-jamin-mencukupi/ https://sabahmedia.com/2021/08/24/kpdnhep-sabah-sentiasa-pantau-bekalan-telur-ayam-jamin-mencukupi/#respond Tue, 24 Aug 2021 08:10:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5166
Read Time:3 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah sentiasa memantau rantaian bekalan telur ayam khususnya di negeri ini bagi memastikan bekalan mencukupi.

Ia berikutan aduan yang diterima sejak awal bulan ini berhubung kekurangan bekalan telur ayam khususnya di daerah Sandakan.

KPDNHEP Sabah dalam satu kenyataan berkata, pihaknya bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Sabah menjalankan tindakan secara bersepadu bagi mengenalpasti punca berlakunya kekurangan bekalan telur ayam.

Katanya, ia seterusnya berusaha memastikan bekalan telur ayam terus dapat dipenuhi oleh pihak pemborong yang berkaitan.

“Bagi daerah Sandakan, bekalan telur ayam diperolehi daripada dua ladang  iaitu Prolific Quality Sdn Bhd Sandakan dan Rich Evergreen Sdn Bhd.

“Purata pengeluaran telur ayam bagi Prolific Quality Sdn Bhd di Sandakan adalah 120,000 biji sehari manakala Ladang Rich Evergreen Sdn Bhd mampu mengeluarkan purata sebanyak 30,000 biji sehari.

“Ini bermakna purata pengeluaran bagi kedua-dua ladang penelur ayam adalah sebanyak 150,000 biji sehari manakala pengedaran bekalan telur ayam di daerah Sandakan boleh mencecah purata sebanyak 5,500 hingga 6,000 tray setiap hari di pasaran,” katanya .

Katanya, kawasan pengedaran kedua-dua ladang ini adalah di sekitar Sandakan, Beluran, Kinabatangan dan Telupid.

“Usaha dilaksanakan dengan menambahkan punca bekalan telur ke daerah Sandakan daripada sebuah lagi ladang yang beroperasi di Tawau iaitu QL Farms Sdn.Bhd membabitkan bekalan sebanyak 56,000 tray sebulan atau purata lebih kurang 2200 tray sehari.

“Justeru itu, dengan penambahan bekalan daripada tiga ladang ini menjadikan jumlah keseluruhan bekalan telur ayam di pasaran daerah Sandakan mencecah purata sebanyak 8200 tray atau 246,000 biji sehari.,” katanya.

Menurut kenyataan itu, bagi menjamin bekalan telur ayam dapat diperolehi oleh pengguna secara berterusan, beberapa langkah proaktif telah diambil termasuklah melantik 19 penanda aras iaitu 12 di sekitar Sandakan, dua di Beluran, tiga di Kinabatangan dan dua di Telupid.

Katanya, semua penanda aras yang terdiri daripada pelbagai kategori premis-premis perniagaan ini akan menerima bekalan telur ayam sebanyak 100 tray (3,000 biji) setiap hari.

Tambahnya, selain daripada itu, pemeriksaan berterusan juga akan dilakukan di ladang pengeluar telur ayam serta mendapatkan laporan harian berkenaan bekalan telur ayam.

“Permintaan terhadap produk telur ayam semakin meningkat sejak kebelakangan ini dan berdasarkan maklumat yang diterima oleh Pejabat KPDNHEP Sabah mendapati bahawa bekalan barangan keperluan asas seperti gula, minyak masak (satu kilogram), telur ayam, tepung dan beras adalah bahan utama di dalam penyediaan bakul makanan untuk membantu mereka yang terkesan dengan Covid-19 dibeli daripada peruncit-peruncit dalam kuantiti yang besar,” katanya.

Sehubungan itu, kenyataan itu berkata, pembelian barang keperluan asas yang berlebihan di peringkat peruncit-peruncit menyebabkan pengguna di beberapa kawasan terputus bekalan.

Katanya, pengguna terpaksa membeli daripada peruncit yang jauh sedikit atau menunggu sehingga bekalan baru sampai ke peruncit tersebut.

“Fenomena rak-rak kosong sesuatu barangan keperluan di sesebuah premis peruncit dibimbangi boleh membawa kepada reaksi negatif seperti pembelian panik dalam kalangan pengguna.
 
“Kerjasama daripada pihak NGO dan badan bantuan kemanusiaan amatlah diharapkan supaya mendapatkan bekalan barang keperluan berkenaan daripada pihak pemborong di setiap daerah dan merancang tempahan pembelian lebih awal bagi menjamin bekalan sentiasa ada dan tidak terganggu.

“KPDNHEP sangat menghargai usaha murni pihak badan bantuan kemanusiaan dan NGO dalam mengorbankan masa, tenaga dan dana demi membantu golongan yang kurang bernasib baik,” katanya.

 Dalam pada itu, KPDNHEP turut menyarankan agar tiada kegusaran mahupun pembelian panik dilakukan susulan permasalahan tersebut telah diberikan jaminan bekalan.

Katanya, para peniaga juga diberi peringatan untuk tidak mengambil kesempatan berhubung permasalahan ini dengan menaikkan harga jualan telur.

 “Tindakan perundangan akan diambil mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 jika sekiranya seseorang peniaga itu menaikkan harga barang dengan niat untuk mengambil keuntungan berlebihan (mencatut), Notis di bawah Seksyen 21, AKHAP 2011 akan dikeluarkan kepada peniaga terbabit.

“Berdasarkan Notis berkenaan, peniaga diarahkan untuk mengemukakan dokumentasi yang membuktikan kenaikan harga barangan yang dijualnya adalah disebabkan oleh berlakunya kenaikan kos-kos yang tertentu.

“Selanjutnya analisa kenaikan kos akan dijalankan oleh pihak KPDNHEP dan sekiranya didapati bahawa kenaikan harga barangan terbabit ada unsur pencatutan, peniaga akan didakwa di bawah kesalahan Seksyen 14, AKHAP 2011,” katanya.

 Menurutnya, kementerian ini amat mengalu-alukan kerjasama para pengguna untuk menyalurkan sebarang maklumat salah laku perniagaan atau aduan melalui sembilan saluran aduan yang disediakan.

Katanya, semua bilik Gerakan Pejabat KPDNHEP Negeri Sabah dan Pejabat-pejabat Cawangan juga dibuka setiap hari termasuk hujung minggu dan boleh dihubungi menerusi hotline masing-masing,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/24/kpdnhep-sabah-sentiasa-pantau-bekalan-telur-ayam-jamin-mencukupi/feed/ 0 5166