telur penyu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 11 Jun 2026 09:57:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png telur penyu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lelaki dipenjara 18 bulan, didenda RM50,000 miliki 490 telur penyu https://sabahmedia.com/2026/06/11/lelaki-dipenjara-18-bulan-didenda-rm50000-miliki-490-telur-penyu/ https://sabahmedia.com/2026/06/11/lelaki-dipenjara-18-bulan-didenda-rm50000-miliki-490-telur-penyu/#respond Thu, 11 Jun 2026 09:52:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98069
Read Time:1 Minute, 9 Second

SANDAKAN: Seorang lelaki tanpa dokumen pengenalan diri dijatuhi hukuman penjara satu tahun enam bulan dan denda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah memiliki 490 biji telur penyu daripada spesies yang dilindungi sepenuhnya.

Tertuduh, Manan Saibung, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Roslinda Razali pada Khamis.

Mengikut pertuduhan, lelaki berkenaan didapati memiliki 490 biji telur Penyu Hijau (Chelonia mydas) dan Penyu Sisik (Eretmochelys imbricata) tanpa kebenaran yang sah.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira jam 5.50 petang pada 7 Jun lalu di tepi jalan hadapan sebuah premis di daerah ini.

Kedua-dua spesies penyu berkenaan disenaraikan sebagai hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual 1, Bahagian 1, Nombor 8 dan Nombor 9 Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Subseksyen 41(1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 41(4)(a) enakmen sama yang memperuntukkan denda tidak kurang RM50,000 dan tidak melebihi RM250,000 serta penjara antara satu hingga lima tahun, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara satu tahun enam bulan dan denda RM50,000. Sekiranya gagal membayar denda tersebut, tertuduh boleh dipenjarakan selama 10 bulan.

Selain itu, mahkamah turut memerintahkan tertuduh diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut selepas selesai menjalani hukuman.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Hidupan Liar Sabah, Primus Lambut, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/11/lelaki-dipenjara-18-bulan-didenda-rm50000-miliki-490-telur-penyu/feed/ 0 98069
Telur penyu bernilai RM3,000 dirampas di Tuaran https://sabahmedia.com/2026/06/10/telur-penyu-bernilai-rm3000-dirampas-di-tuaran/ https://sabahmedia.com/2026/06/10/telur-penyu-bernilai-rm3000-dirampas-di-tuaran/#respond Wed, 10 Jun 2026 09:51:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98004
Read Time:1 Minute, 8 Second

TUARAN: Sebanyak 300 biji telur yang disyaki telur Penyu Hijau dirampas dalam satu operasi khas yang dijalankan di Kampung Serusup, di sini, pada Rabu.

Menerusi satu kenyataan media hari ini, Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah memaklumkan operasi berkenaan dilaksanakan hasil kerjasama Unit Perisikan Siasatan Khas (WCB) dan jabatan itu susulan risikan serta siasatan khas yang dijalankan bersama.

Dalam serbuan itu, seorang lelaki warga tempatan berusia 37 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan berhubung pemilikan hasil hidupan liar yang dilindungi.

Menurut kenyataan itu, pasukan operasi berjaya merampas sebanyak 300 biji telur yang disyaki telur Penyu Hijau dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM3,000.

Kes berkenaan disiasat mengikut Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 kerana memiliki hasil haiwan yang dilindungi sepenuhnya tanpa kebenaran yang sah.

JHL Sabah berkata, pihaknya memandang serius sebarang aktiviti melibatkan pemilikan, queen perdagangan atau penyeludupan hidupan liar dan akan terus mempergiat usaha penguatkuasaan bagi memastikan spesies yang dilindungi terus terpelihara.

Katanya, meskipun pelbagai kempen kesedaran dan perubahan sikap telah dilaksanakan, permintaan terhadap telur penyu masih wujud sehingga mendorong aktiviti penyeludupan dan penjualan secara haram.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membeli, memiliki atau memakan telur penyu kerana perbuatan tersebut merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan penjualan atau penyeludupan telur penyu diminta menyalurkannya kepada pihak berkuasa bagi membantu membanteras jenayah hidupan liar serta melindungi populasi penyu di Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/10/telur-penyu-bernilai-rm3000-dirampas-di-tuaran/feed/ 0 98004
‘Itu Telur Rebus Bukan Telur Penyu,” Bung Moktar, Selar Tindakan Manipulasi Gambar https://sabahmedia.com/2021/06/25/itu-telur-rebus-bukan-telur-penyu-bung-moktar-selar-tindakan-manipulasi-gambar/ https://sabahmedia.com/2021/06/25/itu-telur-rebus-bukan-telur-penyu-bung-moktar-selar-tindakan-manipulasi-gambar/#respond Fri, 25 Jun 2021 15:22:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1967
Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU : Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin menyelar tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang disifatkan ‘baling batu sembunyi tangan’ apabila sering melemparkan fitnah terhadapnya.

Terbaru apabila beliau dikatakan menikmati hidangan bersama telur penyu yang tular dan memaklumkan gambar berkenaan telah disunting pihak tidak bertanggungjawab bagi menjatuhkan karier politiknya.

Katanya, tindakan itu juga dilihat semata-mata mahu mewujudkan persepsi tidak baik dan langkah murahan demi kepentingan peribadi.

“Ini adalah fitnah yang telah dimanipulasi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan karier politik saya selain perkara ini amat tidak bertamadun.

“Gambar ini sudah lama sebulan yang lalu, sememangnya ini tidak betul,”katanya ketika dihubungi disini malam ini.

Bung berkata, pegawai pembangunan komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag yang dikenali sebagai Rezo turut membuat penafian perkara berkenaan di akaun Facebook miliknya dan turut dikongsi semula oleh beliau.

“Telur itu bukanlah telur penyu yang dikatakan oleh pihak tidak bertanggungjawab, tetapi itu adalah telur ayam yang sudah direbus dan dikupas untuk hidangan makan.  Selain itu saya bukan penggemar telur penyu kerana kandungan kolesterol yang tidak baik untuk kesihatan saya.

“Saya juga sedia dipanggil pihak berwajib untuk siasatan jika perlu susulan dakwaan kononnya saya makan telur penyu,”katanya.

Bung Berseloroh Menunjukkan Telur Rebus Dirumahnya.

Terdahulu,sejak tengah hari tadi, tular satu foto dimuatnaik pengguna Facebook memperlihatkan Bung sedang bergambar dengan seorang individu di meja makan di mana salah satu juadah didakwa segelintir pihak mirip kepada telur penyu.

Untuk rekod, pengambilan telur penyu di negeri ini adalah dilarang di bawah Enakmen Hidupan Liar Sabah 1997.

Dalam pada itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah berhubung dengan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah untuk siasatan lanjut.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/25/itu-telur-rebus-bukan-telur-penyu-bung-moktar-selar-tindakan-manipulasi-gambar/feed/ 0 1967