tembak – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 26 Apr 2026 04:08:04 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png tembak – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Ini Reaksi Trump Selepas Insiden Tembakan Di Majlis Yang Dihadirinya https://sabahmedia.com/2026/04/26/ini-reaksi-trump-selepas-insiden-tembakan-di-majlis-yang-dihadirinya/ https://sabahmedia.com/2026/04/26/ini-reaksi-trump-selepas-insiden-tembakan-di-majlis-yang-dihadirinya/#respond Sun, 26 Apr 2026 04:00:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95577
Read Time:1 Minute, 58 Second

WASHINGTON, D.C. – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengesahkan seorang suspek bersenjata berjaya ditumpaskan oleh pasukan keselamatan selepas insiden tembakan berlaku ketika beliau menghadiri satu majlis rasmi yang menghimpunkan pemimpin politik dan media.

Dalam sidang media yang diadakan beberapa jam selepas kejadian, Trump menyifatkan insiden itu sebagai “tidak dijangka”, namun memuji tindakan pantas United States Secret Service dan agensi penguatkuasaan lain yang berjaya mengawal keadaan dengan segera.

Menurut beliau, suspek dilaporkan menyerbu ke arah kawasan keselamatan dengan pelbagai senjata sebelum ditembak dan ditahan oleh anggota keselamatan.

Seorang pegawai dilaporkan cedera akibat tembakan jarak dekat, namun terselamat kerana memakai vest kalis peluru. Pegawai berkenaan kini berada dalam keadaan stabil.

Trump turut memaklumkan beliau dan Wanita Pertama dipindahkan keluar dari lokasi dengan pantas mengikut protokol keselamatan, manakala Naib Presiden, J. D. Vance, turut dilindungi dalam operasi sama.

Dalam ucapannya, Trump mengingatkan bahawa insiden keganasan seperti ini pernah berlaku sebelum ini, termasuk cubaan serangan di Butler, Pennsylvania serta satu lagi kejadian di Palm Beach, Florida.

Beliau berkata trend serangan terhadap pemimpin politik semakin membimbangkan, khususnya terhadap individu yang mempunyai pengaruh besar dalam landskap politik negara.

“Ini bukan kali pertama republik ini diserang oleh individu yang mahu melakukan pembunuhan. Kita pernah melihatnya sebelum ini,” katanya.

Trump turut memberi bayangan bahawa tokoh-tokoh berpengaruh sering menjadi sasaran.

“Orang yang memberi impak besar biasanya menjadi sasaran. Mereka tidak menyasarkan individu yang tidak melakukan apa-apa,” tambahnya.

Sementara itu, Peguam Negara Amerika Syarikat, Todd Blanche, mengesahkan siasatan sedang berjalan dan beberapa pertuduhan dijangka difailkan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, suspek berdepan pelbagai dakwaan termasuk berkaitan penggunaan senjata api dan cubaan melakukan keganasan.

Manakala Pengarah Federal Bureau of Investigation, Kash Patel, memaklumkan pasukan forensik sedang meneliti bukti termasuk senjata yang digunakan serta menjalankan temu bual saksi.

“Setakat ini, siasatan sedang menentukan sama ada suspek bertindak secara bersendirian atau mempunyai kaitan dengan pihak lain,” katanya.

Ketika ditanya mengenai motif kejadian, Trump berkata tiada maklumat awal mengenai ancaman sebelum kejadian, dan setakat ini pihak berkuasa percaya suspek mungkin bertindak sebagai “lone wolf”.

Namun, motif sebenar masih dalam siasatan termasuk kemungkinan kaitan politik atau faktor lain.

Dalam perkembangan sama, Trump memberi bayangan bahawa langkah keselamatan akan diperketat, termasuk cadangan menaik taraf kemudahan dengan ciri kalis peluru dan perlindungan dron.

Insiden ini merupakan antara beberapa cubaan serangan terhadap tokoh politik Amerika dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sekali gus menimbulkan kebimbangan berterusan terhadap keselamatan pemimpin negara itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/26/ini-reaksi-trump-selepas-insiden-tembakan-di-majlis-yang-dihadirinya/feed/ 0 95577
Tragedi berdarah di Tenom: Abang tembak adik, suspek ditembak mati polis https://sabahmedia.com/2026/03/31/tragedi-berdarah-di-tenom-abang-tembak-adik-suspek-ditembak-mati-polis/ https://sabahmedia.com/2026/03/31/tragedi-berdarah-di-tenom-abang-tembak-adik-suspek-ditembak-mati-polis/#respond Tue, 31 Mar 2026 03:59:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94031
Read Time:1 Minute, 18 Second

TENOM: Seorang lelaki maut selepas dipercayai menembak adiknya menggunakan senjata api buatan sendiri dalam kejadian di Kampung Kangkawang, Kemabong, pagi Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa berusia 54 tahun disahkan meninggal dunia selepas mengalami lapan kesan tembakan di bahagian belakang badan.

Ketua Polis Daerah Tenom, Superintendan Azmir Abd Razak berkata, pihaknya menerima maklumat awal berhubung kejadian sebelum sepasukan pegawai dan anggota polis dikerahkan ke lokasi.

“Siasatan awal mendapati suspek berusia 57 tahun yang juga abang mangsa berada di dalam rumah dengan bersenjatakan bakakuk serta mengugut untuk menembak sesiapa sahaja yang menghampiri kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, polis kemudian membuat kepungan di rumah suspek kira-kira jam 9.30 pagi dan mengarahkan lelaki itu menyerah diri, namun arahan tidak diendahkan.

“Beberapa das gas pemedih mata dilepaskan bagi memaksa suspek keluar, namun dia masih enggan berbuat demikian.

“Suspek kemudiannya bertindak agresif dengan mengacukan senjata api ke arah anggota polis dari dalam rumah,” katanya.

Azmir berkata, seorang pegawai polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan menggunakan senjata jenis HK MP5 bagi mempertahankan diri.

“Tembakan tersebut mengenai lengan kanan, dada kiri dan rusuk kiri suspek.

“Pasukan polis kemudian menyerbu masuk ke dalam rumah dan mendapati suspek terbaring sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi,” katanya.

Pemeriksaan lanjut menemui sepucuk senjata api bakakuk di sisi suspek dengan satu peluru hidup masih berada dalam laras.

Turut dirampas beberapa barangan termasuk peluru hidup 9mm, kelongsong peluru, kelopak peluru serta sebilah parang panjang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, manakala tindakan polis dalam insiden berkenaan diklasifikasikan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/31/tragedi-berdarah-di-tenom-abang-tembak-adik-suspek-ditembak-mati-polis/feed/ 0 94031
Seorang lelaki maut terkena tembakan ketika memburu di Ulu Kukut https://sabahmedia.com/2026/03/02/seorang-lelaki-maut-terkena-tembakan-ketika-memburu-di-ulu-kukut/ https://sabahmedia.com/2026/03/02/seorang-lelaki-maut-terkena-tembakan-ketika-memburu-di-ulu-kukut/#respond Mon, 02 Mar 2026 02:55:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92497
Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA BELUD: Seorang lelaki berusia 44 tahun maut selepas dipercayai terkena tembakan ketika menjalankan aktiviti memburu di kawasan Hutan Simpan Stesen SAFODA, Ulu Kukut, di sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Supt. Shahrudin Mat Husain, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 7.17 malam melalui panggilan MERS 999.

Menurutnya, laporan awal memaklumkan mangsa terjatuh dari pokok semasa memburu dan tidak sedarkan diri.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa ditemui dalam keadaan terbaring kira-kira 5.2 kilometer dari Pejabat Ladang SAFODA. Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kecederaan pada bahagian kepala dan badan yang dipercayai akibat kesan tembakan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Belud untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Siasatan lanjut mendapati mangsa keluar memburu bersama seorang lelaki berusia 35 tahun pada awal pagi hari kejadian. Susulan itu, polis telah menahan lelaki berkenaan bagi membantu siasatan.

“Temu bual awal mendapati suspek mengaku terlibat dalam kejadian tersebut,” katanya.

Polis turut merampas selaras senapang jenis bakakuk serta beberapa barangan lain bagi tujuan pemeriksaan forensik dan analisis balistik.

Permohonan reman telah dibuat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/02/seorang-lelaki-maut-terkena-tembakan-ketika-memburu-di-ulu-kukut/feed/ 0 92497
Lelaki Terselamat Ditembak Ketika Tunggu Anak di Hadapan Sekolah https://sabahmedia.com/2025/07/01/lelaki-terselamat-ditembak-ketika-tunggu-anak-di-hadapan-sekolah/ https://sabahmedia.com/2025/07/01/lelaki-terselamat-ditembak-ketika-tunggu-anak-di-hadapan-sekolah/#respond Tue, 01 Jul 2025 15:44:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76512
Read Time:43 Second

BUTTERWORTH – Seorang lelaki dilaporkan terselamat selepas pikap yang dinaikinya ditembak oleh individu tidak dikenali berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Nyior, di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang itu, mangsa yang dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an sedang menunggu anaknya pulang dari sekolah apabila kenderaannya dihampiri suspek yang melepaskan beberapa das tembakan ke arah cermin sisi pemandu sebelum melarikan diri.

Setakat ini, tiada kecederaan dilaporkan dan motif serangan masih belum diketahui.

Beberapa keping gambar kejadian yang tular di media sosial menunjukkan kerosakan pada cermin hadapan dan sisi kenderaan mangsa dipercayai akibat tembakan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Polis kini sedang giat menjalankan siasatan termasuk meneliti rakaman CCTV di kawasan berhampiran bagi mengenal pasti suspek serta motif sebenar kejadian.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/01/lelaki-terselamat-ditembak-ketika-tunggu-anak-di-hadapan-sekolah/feed/ 0 76512
Dua Lelaki Ditembak Mati di Depan Pusat Beli-Belah di Cheras https://sabahmedia.com/2025/06/17/dua-lelaki-ditembak-mati-di-depan-pusat-beli-belah-di-cheras/ https://sabahmedia.com/2025/06/17/dua-lelaki-ditembak-mati-di-depan-pusat-beli-belah-di-cheras/#respond Tue, 17 Jun 2025 04:38:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75699
Read Time:58 Second

Dua lelaki dipercayai berasal dari Sibu, Sarawak maut ditembak dalam kejadian mengejut di hadapan lobi sebuah kompleks beli-belah di Jalan Loke Yew, tengah malam tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 12.15 pagi, mangsa sedang menuju ke arah kenderaan mereka apabila sekumpulan lelaki bertopi keledar tiba-tiba menyerang dan melepaskan beberapa das tembakan dari jarak dekat.

Menurut saksi, kedua-dua mangsa rebah berlumuran darah sebelum kumpulan suspek melarikan diri menaiki sebuah Perodua Alza.

Pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kuala Lumpur dan IPD Cheras bersama Unit Forensik sedang menjalankan siasatan di lokasi. Polis kini meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan kenyataan saksi bagi mengenal pasti identiti penyerang.

Mayat kedua-dua mangsa ditemui dalam jarak kira-kira lima meter dari kenderaan mereka, dengan kesan tembakan pada bahagian badan dan kepala. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Baru-baru ini kejadian maut kerana tembakan turut berlaku di Brickfields pada Jumaat lalu yang mengorbankan seorang lelaki tempatan dan mencederakan dua lagi rakan.

Dalam kejadian jam 10.20 malam itu, suspek menaiki motosikal dan melepaskan tembakan ke arah sekumpulan pelanggan yang sedang minum di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/17/dua-lelaki-ditembak-mati-di-depan-pusat-beli-belah-di-cheras/feed/ 0 75699