Tempasuk – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 30 Nov 2025 03:43:31 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tempasuk – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Mandat rakyat perkukuh misi T30 Arsad di Tempasuk https://sabahmedia.com/2025/11/30/mandat-rakyat-perkukuh-misi-t30-arsad-di-tempasuk/ https://sabahmedia.com/2025/11/30/mandat-rakyat-perkukuh-misi-t30-arsad-di-tempasuk/#respond Sun, 30 Nov 2025 03:43:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87500
Read Time:1 Minute, 12 Second

Oleh Eviana Mazinal

KOTA BELUD: Kepercayaan rakyat Tempasuk menjadi suntikan semangat buat Datuk Arsad Bistari apabila beliau sekali lagi diberi mandat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk selepas memenangi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRU Sabah) ke-17. 

Kemenangan tersebut membolehkan Arsad meneruskan agenda pembangunan berteraskan pelan Teras Tempasuk 2030 (T30) yang telah digerakkan sejak penggal lalu, dengan penekanan kepada pembangunan seimbang dan menyeluruh.

Menurut beliau, tujuh teras utama menjadi fokus utama T30 merangkumi ekonomi, infrastruktur, sosial, pendidikan, agama, belia dan governans, sejajar dengan halatuju pembangunan negeri di bawah konsep Sabah Maju Jaya.

“Mandat ini bukan sekadar kemenangan, tetapi satu amanah besar untuk saya terus bekerja lebih kuat demi rakyat Tempasuk. Apa yang dirancang sebelum ini akan diperkukuhkan dan ditambah baik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pengumuman rasmi keputusan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Dewan Masyarakat Tun Said Keruak, di sini, pada Sabtu.

Arsad turut mengakui keletihan selepas melalui tempoh kempen yang padat selama 14 hari, namun bersyukur kerana usaha pasukannya mendapat sokongan padu daripada rakyat.

“Penat itu memang ada, tetapi kegembiraan menerima sokongan rakyat mengatasi segalanya. 

“Terima kasih kepada seluruh warga Tempasuk yang terus memberi kepercayaan kepada saya,” katanya.

Dalam saingan sengit itu, Arsad berjaya mempertahankan kerusi DUN Tempasuk dengan majoriti 1,821 undi selepas memperoleh 4,914 undi, menewaskan enam calon lain.

Kemenangan tersebut sekali gus mengukuhkan kedudukan beliau untuk meneruskan kesinambungan pembangunan Tempasuk bagi tempoh lima tahun akan datang. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/30/mandat-rakyat-perkukuh-misi-t30-arsad-di-tempasuk/feed/ 0 87500
Arsad pemimpin setia berkhidmat, layak teruskan mandat di Tempasuk – Khairy https://sabahmedia.com/2025/11/27/arsad-pemimpin-setia-berkhidmat-layak-teruskan-mandat-di-tempasuk-khairy/ https://sabahmedia.com/2025/11/27/arsad-pemimpin-setia-berkhidmat-layak-teruskan-mandat-di-tempasuk-khairy/#respond Thu, 27 Nov 2025 05:17:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87191
Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh Eviana Mazinal

KOTA BELUD: Kehadiran bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mencuri tumpuan apabila beliau turun padang ke Tempasuk bagi menyatakan sokongan terbuka kepada calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk Datuk Arsad Bistari.

Khairy berkata, sepanjang hampir dua dekad mengenali Arsad, beliau melihat sendiri bagaimana penyandang di kerusi itu sanggup mengorbankan perniagaannya demi memberi tumpuan sepenuhnya kepada masyarakat.

“Saya nasihatkan dia supaya fikir masak-masak sebelum tinggalkan perniagaan untuk politik. Tetapi Arsad rasa dia perlu berbakti. Itu yang membezakan dia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program Sembang Santai Bersama Khairy Jamaluddin di perkarangan Dewan Arsad di sini pada Khamis.

Menurut Khairy, pengundi Tempasuk seharusnya menilai prestasi Arsad berdasarkan rekod nyata sepanjang lima tahun memegang kerusi tersebut.

“Beliau sentiasa turun padang, 24 jam masyarakat boleh cari. Itu ciri pemimpin yang kita perlukan untuk majukan Tempasuk,” tambahnya.

Khairy turut menasihatkan pengundi supaya tidak terperangkap dengan sentimen yang dimainkan sesetengah pihak berhubung isu hak Sabah dan hubungan Sabah–Persekutuan.

Beliau menegaskan bahawa kerjasama erat antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat ketika ini telah membuka jalan kepada pelbagai bentuk bantuan dan kelancaran pembangunan.

“Formula kerjasama yang ada sekarang sangat berkesan. Dana yang disalurkan ke Sabah juga antara yang terbesar dalam sejarah,” katanya.

Mengulas suasana politik semasa, Khairy mengakui bahawa Sabah kekal sebagai negeri dengan persaingan politik paling rencam, lebih-lebih lagi apabila wujud lebih daripada 10 penjuru di beberapa kawasan dalam pilihan raya kali ini.

Beliau menyifatkan situasi itu sebagai cabaran besar namun juga bukti keterlibatan politik yang semakin matang dalam kalangan rakyat negeri ini. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/27/arsad-pemimpin-setia-berkhidmat-layak-teruskan-mandat-di-tempasuk-khairy/feed/ 0 87191
Kerja konsisten Arsad tarik lebih ramai penduduk sertai GRS Tempasuk https://sabahmedia.com/2025/11/24/kerja-konsisten-arsad-tarik-lebih-ramai-penduduk-sertai-grs-tempasuk/ https://sabahmedia.com/2025/11/24/kerja-konsisten-arsad-tarik-lebih-ramai-penduduk-sertai-grs-tempasuk/#respond Mon, 24 Nov 2025 01:44:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86851
Read Time:1 Minute, 41 Second

Oleh Eviana Mazinal

KOTA BELUD: Rekod kerja konsisten yang ditonjolkan oleh calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk menjadi faktor utama semakin ramai penduduk tempatan memilih untuk menyertai parti tersebut.

Bagi sebahagian besar penduduk, gaya kepimpinan Datuk Arsad Bistari yang turun padang tanpa henti, walaupun di luar musim pilihan raya menjadi bukti keikhlasan beliau dalam berkhidmat kepada masyarakat.

Jaipin Yasap, 56, antara individu yang menyatakan sokongan terbuka selepas tujuh tahun bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, beliau amat terpikat dengan cara kerja Arsad yang dianggap sebagai pemimpin yang benar-benar memahami denyut nadi rakyat.

“Arsad mempamerkan trek rekod tugas yang sangat konsisten. Dia bukan sekadar hadir untuk menyantuni masyarakat, tetapi juga menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan tanpa memilih latar belakang kaum, agama atau perbezaan politik.

“Dia bukan bekerja hanya semasa musim kempen. Dari sebelum memegang jawatan ADUN lagi, saya sudah lihat kesungguhannya turun padang,” kata Jaipin.

Sementara itu, Juini Kampiyau, 40, seorang suri rumah dan bekas ahli PKR dari Kampung Bangkahak Sumsum, turut mengakui ketokohan Arsad terserlah sejak dahulu.

Katanya, walaupun ada bantuan daripada pihak lain, kesinambungan usaha itu tidak sekuat apa yang dibawa oleh calon GRS tersebut.

“Mungkin parti lain juga ada membantu, tetapi yang konsisten hanyalah Arsad. Setiap kali diperlukan, dia ada. Baik dari segi membaiki infrastruktur kampung, membawa pembangunan, malah meluangkan masa bersama rakyat tanpa menunggu musim berkempen,” katanya yang berharap Arsad terus menyandang kerusi DUN Tempasuk.

Bagi Rosmah Singkutung, 55, keputusan menyertai GRS dibuat selepas melihat sendiri kepimpinan Arsad yang tidak pernah bersikap pilih kasih dalam memberikan khidmat kepada rakyat.

Rosmah

“Kemajuan yang dibawa GRS sangat berbeza berbanding sebelum ini. Mereka layak diberi mandat sekali lagi supaya perancangan pembangunan yang sedang berjalan dapat diteruskan,” ujarnya.

Rosmah menambah bahawa antara sebab utama beliau memilih GRS adalah kerana parti tempatan itu dilihat lebih memahami perjuangan serta keperluan bumiputera Sabah.

Dengan semakin ramai penduduk menunjukkan sokongan, penyertaan masyarakat ke dalam GRS di Tempasuk terus meningkat — menandakan keyakinan rakyat terhadap calon yang bekerja secara konsisten dan dekat dengan mereka. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/24/kerja-konsisten-arsad-tarik-lebih-ramai-penduduk-sertai-grs-tempasuk/feed/ 0 86851
PRU Sabah : Gagasan Rakyat Tempasuk terima 100 ahli baharu https://sabahmedia.com/2025/11/22/pru-sabah-gagasan-rakyat-tempasuk-terima-100-ahli-baharu/ https://sabahmedia.com/2025/11/22/pru-sabah-gagasan-rakyat-tempasuk-terima-100-ahli-baharu/#respond Sat, 22 Nov 2025 11:56:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86736
Read Time:1 Minute, 27 Second

Oleh Eviana Mazinal

KOTA BELUD: Seramai 100 orang ahli baharu daripada Mukim Rosok di sini menyerahkan borang kemasukan keahlian ke Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

Borang kemasukan itu diterima sendiri Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Tempasuk, Datuk Mohd Arsad Bistari 

Arsad berkata, pertambahan ahli baharu ke dalam parti tersebut menggambarkan penerimaan positif rakyat terhadap dasar dan polisi kerajaan pimpinan Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Hajiji Noor sepanjang lima tahun pentadbiran dibawah Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Kemasukan ahli baharu di mukim Rosok ke dalam Gagasan Rakyat Tempasuk merupakan manifestasi kepada penerimaan rakyat terhadap dasar dan polisi kerajaan Datuk Seri Hajiji Noor sepanjang lima tahun ini,” katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Pada masa sama, Arsad yang juga calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk menyeru pengundi di Sabah khususnya di DUN itu agar meletakkan kestabilan politik sebagai kriteria utama dalam melakukan pemilihan pada 29 November ini. 

“Saya ingin menyeru pengundi di Sabah khususnya Tempasuk agar menjadikan kestabilan politik sebagai asas utama untuk kita memilih pemimpin. Dalam konteks ini,GRS ialah wadah politik yang menepati kriteria tersebut.

“GRS di bawah Datuk Seri Hajiji satu-satunya gabungan parti yang berusaha menyatukan pemimpin-pemimpin parti politik di negeri ini demi kestabilan politik meskipun sebahagian parti komponen GRS sebelum ini tidak mempunyai hatta satu kerusi DUN pun. 

“Semua ini dilakukan demi melihat rakyat Sabah menerima manfaat limpahan ekonomi hasil daripada kestabilan politik yang kita kecapi,” katanya.

Pada Sabtu, 100 orang penduduk di mukim Rosok mengisytihar menyertai Gagasan Rakyat dalam satu majlis penyerahan borang keahlian yang diadakan di markas PGRS Pusat Daerah Mengundi (PDM) Rosok. 

Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Tempasuk yang juga mantan ADUN Tempasuk, Datuk Musbah Jamli. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/22/pru-sabah-gagasan-rakyat-tempasuk-terima-100-ahli-baharu/feed/ 0 86736
Sikap rendah diri,adil jadikan calon GRS Tempasuk pilihan hati penduduk https://sabahmedia.com/2025/11/18/sikap-rendah-diriadil-jadikan-calon-grs-tempasuk-pilihan-hati-penduduk/ https://sabahmedia.com/2025/11/18/sikap-rendah-diriadil-jadikan-calon-grs-tempasuk-pilihan-hati-penduduk/#respond Tue, 18 Nov 2025 04:14:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86241
Read Time:2 Minute, 13 Second

Oleh Eviana Mazinal

KOTA BELUD: Lebih gemar disapa dengan panggilan nama berbanding gelaran yang diterima membuatkan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk Datuk Arsad Bistari lebih disenangi oleh penduduk setempat di kawasan berkenaan.

Bagi masyarakat di kawasan itu, Arsad yang juga penyandang kerusi itu lebih mesra dipanggil ‘Sad’ berbanding gelaran ‘Datuk’ dan  bukanlah wajah asing bagi penduduk setempat.

Bagi penduduk, Michael Ching,72, calon kerusi itu sentiasa mudah dihubungi dan terbuka untuk bersama masyarakat termasuk di kedai-kedai makan tepi jalan.

“Dia seorang manusia yang sangat luar biasa, kita boleh ‘call’ dia bila-bila masa atau mengajak dia duduk minum kopi di gerai tepi jalan tanpa sebarang protokol atau iringan orang-orang politik, bercakap dengan dia umpama bercakap dengan kawan rapat atau ibarat anak beranak,” katanya.

“Sebelum dia jadi wakil rakyat lagi dia sudah berusaha bawa masuk projek-projek pembangunan kecil ke kawasan ini, bukan sahaja Tempasuk boleh di katakan hampir seluruh kawasan Kota Belud ini dia bantu, dia sendiri akan turun padang laksanakan apa-apa bentuk program berkaitan,

“Saya nampak semua usaha beliau untuk Kota Belud khususnya Tempasuk ini, dia bantu tanpa kira bangsa atau agama, dia bukan wakil rakyat lima tahun sekali muncul, dia sentiasa ada di sini boleh jumpa bila-bila masa” kata Michael yang lebih fasih berbahasa Bajau Samah daripada Bahasa Malaysia.

Oleh kerana kagum dengan kepimpinan dan usaha Arsad membangunkan kawasannya, Michael sanggup berpindah pusat membuang undi daripada DUN Usukan ke DUN Tempasuk.

Bagi Robinah Akbar,62, beliau mengakui tidak pernah mendapat layanan khas oleh penyandang kerusi itu walaupun mereka keluarga terdekat.

Jelasnya Arsad sentiasa berlaku adil kepada semua masyarakat, dia tidak pernah mengutamakan ahli keluarga sekiranya ada apa-apa bentuk program bantuan atau projek pembangunan.

“Beliau tidak pernah pilih kasih, dia jaga semua masyarakat Tempasuk sama rata, sebab itu dia di sayangi semua orang tidak kira tua atau muda,

“Masa dia mula-mula sertai politik pun dulu kami sudah boleh agak jiwanya memang mahu berbakti untuk orang bukan untuk jawatan,” katanya.

Sementara itu, Marali Adim,72, yang menjadi saksi kebangkitan Arsad ketika mula menceburkan diri dalam arena politik.

“Ciri-ciri kepimpinan itu sudah dapat dilihat dari zaman kecilnya, Sad yang akan mengetuai kawan-kawanya dalam apa-apa permainan mereka atau aktiviti kampung,

“Ketika diawal pembabitan Sad dalam bidang politik, kami nampak dia mempunyai aset pemimpin Kota Belud yang boleh di ketengahkan, oleh itu kami berusaha kuat untuk memastikan Sad mendapat jawatan Ketua Pemuda bahagian semasa di parti terdahulu,

“Pada ketika beliau berhasrat untuk beralih ke GRS, dia mempunyai alasan yang sangat kukuh, dia bukan meninggalkan penyokongnya ataupun para pengundi, tetapi beliau mahu pertahankan hak dan pembangunan yang sedang Tempasuk kecapi,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/18/sikap-rendah-diriadil-jadikan-calon-grs-tempasuk-pilihan-hati-penduduk/feed/ 0 86241
186 kanak-kanak, 40 pemimpin masyarakat Tempasuk terima sumbangan https://sabahmedia.com/2024/03/31/186-kanak-kanak-40-pemimpin-masyarakat-tempasuk-terima-sumbangan/ https://sabahmedia.com/2024/03/31/186-kanak-kanak-40-pemimpin-masyarakat-tempasuk-terima-sumbangan/#respond Sun, 31 Mar 2024 09:06:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51944
Read Time:1 Minute, 53 Second

KOTA BELUD: Seramai 186 kanak-kanak yatim, asnaf dan pelajar tahfiz sekitar Tempasuk menerima sumbangan wang tunai ketika Majlis Iftar Kasih Ramadan, anjuran Persatuan Kebajikan Amal Kasih Kota Belud (Perkasih) baru-baru ini.

Pengerusi Perkasih, Datin Nursyahirah Abdullah berkata, seramai 40 ketua-ketua kampung dan pemimpin masyarakat juga menerima sumbangan menunaikan umrah daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tempasuk, Datuk Mohd Arsad Bistari ketika majlis tersebut.

“Majlis Iftar Kasih Ramadan ini adalah acara kemuncak program Jelajah Kasih Ramadan yang telah berjalan sejak awal Ramadan lalu dan seterusnya menyampaikan sumbangan tunai kepada penerima-penerima sasaran sambil meraikan anak-anak yatim dan golongan asnaf
dengan berbuka bersama mereka.

“Persatuan akan terus komited dan berbakti dalam menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan demi memberi manafaat kepada masyarakat.

“Terima kasih dan penghargaan kepada ahli-ahli persatuan yang bersama-sama menjayakan
majlis ini, dan juga kesungguhan semua dalam menerbitkan tiga buah buku masakan tradisional Tempasuk untuk mengumpul dana aktiviti kebajikan melalui jualan buku,” kata Nursyahirah.

Menurutnya, majlis tersebut merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Perkasih
dengan kerjasama Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah dan Pusat Khidmat Rakyat
Tempasuk.

Dalam program ini, Perkasih mengadakan aktiviti berbuka puasa, bersahur sambil
mengagihkan sumbangan bakul makanan ke beberapa masjid di kampung-kampung sasaran sejak awal bermulanya Ramadan.

“Sebanyak RM5,000 sumbangan daripada Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah kepada Perkasih untuk disalurkan kepada anak-anak yatim dan asnaf Tempasuk, manakala Arsad memberikan sumbangan RM50,000 kepada 40 ketua-ketua kampung dan pemimpin masyarakat yang akan berangkat menunaikan umrah pada April.

“Sebanyak RM10,000 daripada tabung Perkasih telah digunakan pada majlis ini,” tambah Nursyahirah.

Kanak-kanak yatim, asnaf dan pelajar tafiz yang menerima sumbangan tersebut adalah dari Rumah Anak Yatim Darul Bakti, Pusat Pendidikan Tahfiz Muhammad Al-Fateh, SMK Taun Gusi, SMK Taun Gusi 2 dan beberapa kampung sekitar Tempasuk.

Turut hadir ketika majlis tersebut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah, Ismail Mohd Adnan; Timb Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi), Mohd Arif Hairal; Penolong Pegawai Daerah Kota Belud, Abdul Wahab Sidek dan Pemimpin Pembangunan
Masyarakat Sigam Angor.

Arsad, ketika merasmikan majlis mengucapkan tahniah kepada Perkasih atas kejayaan melakukan pelbagai aktiviti sepanjang empat tahun lepas yang memberikan manfaat kepada ramai masyarakat Tampasuk.

Arsad juga menghargai usaha persatuan itu dalam menerbitkan buku resipi tradisional yang bukan sahaja memelihara warisan nenek moyang malah menjadi sumber rujukan kepada generasi akan datang.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/31/186-kanak-kanak-40-pemimpin-masyarakat-tempasuk-terima-sumbangan/feed/ 0 51944