tempat kerja – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 06 Sep 2021 12:59:32 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png tempat kerja – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 COVID-19: Penularan Jangkitan Tempat Kerja Cetus Dua Kluster Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/09/06/covid-19-penularan-jangkitan-tempat-kerja-cetus-dua-kluster-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/09/06/covid-19-penularan-jangkitan-tempat-kerja-cetus-dua-kluster-di-sabah/#respond Mon, 06 Sep 2021 12:59:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5923
Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Penularan Jangkitan COVID-19 di tempat kerja mencetuskan dua kluster baharu di Sabah hari ini.

Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri Datuk Seri Masidi Manjun berkata, dua kluster tersebut iaitu Kluster Sawit Simpang Batu 38, Nabawan dan Kluster Bawah Bayu, Tuaran yang kedua-duanya melibatkan penularan jangkitan COVID-19 di tempat kerja.

Menurut Masidi, Kluster Sawit Simpang Batu 38, Nabawan adalah kluster tempat kerja yang dikesan hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja – pekerja sebuah ladang kelapa sawit yang terletak di Batu 38, Nabawan.

‘Kes indeks merupakan lelaki, 55, dilaporkan positif Covid -19 pada 29 Ogos 2021 hasil saringan individu bergejala, selepas mengalami demam, batuk, sakit sendi bermula 27 Ogos 2021 lalu.

“Hasil pengesanan secara aktif dan saringan terhadap 309 rakan sekerja, ahli keluarga dan kontak kasual mengesan 87 kes positif termasuk 16 kes baharu hari ini, manakala 222 individu didapati negatif sample pertama,” katanya.

Manakala, Kluster Bawah Bayu, Tuaran juga merupakan kluster jenis tempat kerja.

Masidi dalam kenyataan media hari ini menyatakan kes indeks kluster tersebut adalah lelaki, 55, dari Kg Betutai yang bekerja di bahagian penghantaran sebuah makmal patologi swasta di Luyang.

“Kes indeks disahkan positif COVID-19 hasil saringan tempat kerja melalui ujian PCR dengan CT Value 32.18.

“Saringan kontak rapat mendapati 11 kontak serumah didapati positif termasuk seorang anaknya yang bekerja sebagai Pegawai Penjara di PRP Kauluan.

‘Susulan saringan kontak rapat anak kepada kes indeks, 51 lagi dikesan positif termasuk tiga kes dari daerah Kota Kinabalu menjadikan jumlah kumulatif kes positif dalam kluster ini seramai 63 kes (46 kes baharu),” jelasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/06/covid-19-penularan-jangkitan-tempat-kerja-cetus-dua-kluster-di-sabah/feed/ 0 5923
COVID-19: Penularan Jangkitan Di Pusat Tahanan Dan Tempat Kerja Cetus Dua Kluster Baharu Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/09/05/covid-19-penularan-jangkitan-di-pusat-tahanan-dan-tempat-kerja-cetus-dua-kluster-baharu-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/09/05/covid-19-penularan-jangkitan-di-pusat-tahanan-dan-tempat-kerja-cetus-dua-kluster-baharu-di-sabah/#respond Sun, 05 Sep 2021 13:29:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5878
Read Time:1 Minute, 27 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Sabah catat dua lagi kluster baharu hari ini iaitu Kluster Koyah, Kinabatangan dan Kluster Pagar Sebrang, Keningau.

Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri Datuk Seri Masidi Manjun berkata, dua kluster tersebut iaitu Kluster Koyah, Kinabatangan adalah kluster jenis tempat kerja manakala Kluster Pagar Sebrang, Keningau melibatkan penularan jangkitan di pusat tahanan.

Menurut Masidi, Kluster Koyah, Kinabatangan berlaku di ladang sawit di Mukim Sukau, Kinabatangan di mana kes indeks merupakan lelaki, 43, pekerja ladang (general worker) yang disahkan positif ujian RTK AG positif 100% grading pada 20 Ogos 2021 di Klinik Kesihatan Mabello Paris, Kinabatangan.

“Setakat hari ini, aktiviti persampelan kontak seterusnya mengesan 25 kes positif dalam kalangan kontak sosial termasuk 19 kes baharu yang dilaporkan,” katanya.

Dalam kenyataan itu, Masidi turut menyatakan bahawa Kluster Pagar Sebrang , Keningau adalah penularan jangkitan di pusat tahanan melibatkan mukim Sebrang, Lingkudau dan Luagan di Daerah Keningau.

“Pada 25 Ogos 2021, Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau telah menerima kes indeks dengan keputusan RTK AG positif daripada Kg. Kadalakan Keningau yang telah dilaporkan dari Pusat Kuarantin Sementara, IPG Keningau melalui saringan kontak rapat.

“Kes indeks merupakan lelaki, 40, Pegawai Penjara di pusat tahanan bimbingan akhlak,” katanya.

Aktiviti pengesanan kontak rapat pada 27 Ogos 2021 hingga 04 September mendapati pertambahan bilangan kes positif di dalam daerah yang sama.

Masidi menjelaskan, punca yang disyaki bagi penularan kluster ini ialah jangkitan ahli keluarga kepada kes indeks yang kemudiannya menjangkiti rakan sekerja, penghuni penjara di bawah jagaan pegawai tersebut dan juga ahli keluarga beliau yang lain.

Kluster ini dinamakan Pagar Sebrang yang kerana kluster ini terletak di sebuah institusi penjara golongan juvana, yang mana kawasan yang berpagar penuh di Mukim Sebrang.

“Setakat hari ini, 29 kes positif dalam kluster ini termasuk lima kes baharu yang dilaporkan,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/05/covid-19-penularan-jangkitan-di-pusat-tahanan-dan-tempat-kerja-cetus-dua-kluster-baharu-di-sabah/feed/ 0 5878
COVID-19: Hadir Majlis Pengebumian & Tempat Kerja Cetus Dua Kluster Baharu Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/08/31/covid-19-hadir-majlis-pengebumian-tempat-kerja-cetus-dua-kluster-baharu-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/08/31/covid-19-hadir-majlis-pengebumian-tempat-kerja-cetus-dua-kluster-baharu-di-sabah/#respond Tue, 31 Aug 2021 14:39:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5624
Read Time:1 Minute, 57 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Dua kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini iaitu Kluster Nasakot, Ranau dan Kluster Sawit Jeroco, Lahad Datu masing-masing melibatkan kluster komuniti dan tempat kerja.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Nasakot, Ranau adalah kluster jenis komuniti yang berlaku di Kg Nasakot, Ranau iaitu menghadiri satu majlis pengebumian.

Katanya, kes indeks adalah wanita, 40, yang membawa anak yang juga pesakit Talasemia dan dikesan positif (RTK-Ag) semasa saringan pra-kemasukan wad pada 20 Ogos 2021.

“Siasatan awal mendapati, kes indeks membawa anaknya untuk transfusi di Hospital Ranau pada 03 Ogos 2021 dan saringan kemasukan wad adalah negatif.

“Oleh itu, mereka telah dibenarkan keluar pada 05 Ogos 2021 dan hanya berada di rumah sejak 06 Ogos 2021. Namun, pada 12 Ogos 2021 kes indeks mula menunjukkan gejala demam, selesema, hilang deria rasa dan bau,” jelas Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri.

Menurut Masidi, kes indeks tidak mengendah dengan simptom, pada 14 Ogos 2021 malah telah menghadiri majlis pengebumian ahli keluarga yang berlanjutan selama tujuh hari bersama-sama hampir keseluruhan penduduk Kg Nasakot.

Berikutan dengan kes tersebut, saringan kontak rapat telah dijalankan pada 21 hingga 23 Ogos 2021 dan berjaya mengesan empat kontak rapat yang menjadi sub-indeks untuk kes-kes seterusnya.

Perkumpulan beramai-ramai semasa majlis pengebumian ini mencetus penularan wabak dalam komuniti Kg Nasakot dan Kg Tanid di Mukim Malinsau. Daripada 95 kontak yang disaring, 31 individu dikesan positif dalam kluster ini termasuk dua kes baharu hari ini.

Sementara Kluster Sawit Jeroco, Lahad Datu pula dikesan berlaku di Mukim Segama dalam kategori tempat kerja.

Masidi turut memaklumkan bahawa, kes indeks adalah pekerja kilang, lelaki, 27, yang disahkan positif COVID-19 di klinik swasta pada 26 Ogos 2021 selepas bergejala sejak 25 Ogos 2021.

Pihak pengurusan kilang dan klinik panel telah melakukan saringan kontak dan saringan bersasar mulai 26 hingga 28 Ogos 2021.

Namun daripada 215 kontak yang disaring, 57 individu didapati positif termasuk 25 kes baharu hari ini, manakala 194 individu negatif saringan pertama.

“Semua kes positif COVID-19 dalam kluster ini telah dirujuk ke CAC Lahad Datu untuk rawatan lanjut dan pengasingan.

“Sementara kontak-kontak rapat pula telah diarahkan untuk menjalani kuarantin di ladang tersebut. Kebanyakan kes adalah dalam kalangan bukan warganegara yang masih belum menerima vaksin. Punca jangkitan masih dalam siasatan,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/31/covid-19-hadir-majlis-pengebumian-tempat-kerja-cetus-dua-kluster-baharu-di-sabah/feed/ 0 5624
COVID-19: Majlis Kahwin & Tempat Kerja Cetus 2 Kluster Baharu Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/08/28/covid-19-majlis-kahwin-tempat-kerja-cetus-2-kluster-baharu-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/08/28/covid-19-majlis-kahwin-tempat-kerja-cetus-2-kluster-baharu-di-sabah/#respond Sat, 28 Aug 2021 12:31:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5424
Read Time:1 Minute, 15 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Majlis perkahwinan dan tempat kerja cetus dua kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, dua kluster tersebut iaitu Kluster Lima, Nabawan dan Kluster Pin Supu, Kinabatangan.

Menurut Masidi, Kluster Lima, Nabawan adalah kluster komuniti yang dikesan melibatkan aktiviti sosial sempena satu majlis perkahwinan di Kg Lima.

Katanya, kes indeks merupakan lelaki, 22, yang disahkan positif COVID-19 pada 20 Ogos 2021 selepas mengalami gejala demam, batuk, dan sakit sendi bermula 18 Ogos 2021. Siasatan mendapati kes ini kemungkinan mendapat jangkitan dari komuniti.

Berikutan kes tersebut, pengesanan secara aktif dan saringan terhadap 134 individu terdiri daripada ahli keluarga, kontak rapat dan kontak kasual mendapati 61 lagi kes positif termasuk empat kes baharu hari ini.

Sementara Kluster Pin Supu, Kinabatangan pula merupakan kluster jenis tempat kerja iaitu di ladang kelapa sawit dalam Mukim Sukau, Kinabatangan.

Kes indeks adalah pekerja ladang, wanita, 40, warganegara Indonesia disahkan positif COVID-19 (RTK-Ag) di Hospital Kinabatangan pada 22 Ogos 2021.

Kes indeks yang mula bersimptom sejak 14 Ogos 2021, telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan selanjutnya. Aktiviti persampelan kontak terhadap 129 individu mendapati seramai 34 kes positif termasuk 32 kes baharu hari ini dalam kalangan kontak sosial, pekerja dan tanggungan.

Dalam pada itu, empat lokaliti di Putatan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 14 hari berkuat kuasa 30 Ogos 2021 hingga 12 September 2021 melibatkan Taman Ketiau, Platinum Apartment, Taman Teluk Villa dan PPR Taman Sri Serigai.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/28/covid-19-majlis-kahwin-tempat-kerja-cetus-2-kluster-baharu-di-sabah/feed/ 0 5424
COVID-19: Tempat Kerja Cetus Kluster Baharu Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/08/24/covid-19-tempat-kerja-cetus-kluster-baharu-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/08/24/covid-19-tempat-kerja-cetus-kluster-baharu-di-sabah/#respond Tue, 24 Aug 2021 13:05:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5187
Read Time:43 Second

KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu kluster berpunca dari tempat kerja.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata, kluster tempat kerja tersebut iaitu Kluster Sungai Pin 3, Kinabatangan membabitkan di sebuah ladang sawit di Mukim Sukau, Kinabatangan.

Kata Masidi, kes indeks merupakan pekerja ladang, wanita, 51, yang bergejala sejak 27 Julai 2021, disahkan positif COVID-19 di Klinik Kesihatan Batu Putih, Kinabatangan pada 09 Ogos 2021.

Bagaimanapun, kes indeks telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan lanjut setelah keputusan saringan RTK-AG menunjukkan positif dengan grading 100%.

Namun aktiviti persampelan terhadap 83 kontak mendapati 55 daripadanya dikesan positif termasuk 52 kes baharu yang dilaporkan hari ini meliputi kontak pekerja dan tanggungan.

Sehubungan dengan itu, siasatan, persampelan COVID-19 dan disinfeksi masih diteruskan di lapangan untuk menilai sebarang jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja ladang berdekatan yang lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/24/covid-19-tempat-kerja-cetus-kluster-baharu-di-sabah/feed/ 0 5187
COVID-19: Satu Kluster Tempat Kerja, Tujuh Lokaliti PKPD https://sabahmedia.com/2021/08/21/covid-19-satu-kluster-tempat-kerja-tujuh-lokaliti-pkpd/ https://sabahmedia.com/2021/08/21/covid-19-satu-kluster-tempat-kerja-tujuh-lokaliti-pkpd/#respond Sat, 21 Aug 2021 12:38:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5039
Read Time:1 Minute, 7 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kluster Cantawan, Lahad Datu merupakan satu kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini berpunca kluster tempat kerja.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Cantawan, Lahad Datu adalah kluster tempat kerja yang berlaku di Mukim Silabukan, Daerah Lahad Datu.

Katanya, kes indeks merupakan kakitangan lelaki, 24, di ladang kelapa sawit tersebut disahkan positif (RTK-Ag) di klinik swasta pada 16 Ogos 2021, selepas bergejala sejak 12 Ogos 2021. Pengesanan secara aktif dan saringan bersasar terhadap kontak rapat dan ahli keluarga mendapati pertambahan bilangan kes positif.

“Saringan telah dibuat daripada 78 individu, 46 individu dikesan positif termasuk 27 kes baharu hari ini. Manakala 32 individu lagi didapati negatif saringan pertama.

“Punca jangkitan masih dalam siasatan. Semua kes positif COVID-19 dalam kluster ini telah dirujuk ke CAC Lahad Datu untuk rawatan lanjut dan pengasingan. Kontak- kontak rapat telah diarahkan untuk menjalani kuarantin di Ladang Centawan,” kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri.

Dalam perkembangan lain, tujuh lokaliti di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 14 hari berkuat kuasa 23 Ogos 2021 hingga 5 September 2021 melibatkan empat Lokaliti di Tawau iaitu Taman Thien Vun, Taman Victoria, Taman King Fook dan Kampung Kurnia, Batu 4, manakala dua lokaliti di Beluran iaitu Kampung Sulit paitan dan Kampung Matanggal Lama serta PPR Taman Mesra, Sandakan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/21/covid-19-satu-kluster-tempat-kerja-tujuh-lokaliti-pkpd/feed/ 0 5039
COVID-19 : Jangkitan Ditempat Kerja & Penularan Dalam Komuniti Cetus Kluster Baharu di Sabah https://sabahmedia.com/2021/07/24/covid-19-jangkitan-ditempat-kerja-penularan-dalam-komuniti-cetus-kluster-baharu-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/07/24/covid-19-jangkitan-ditempat-kerja-penularan-dalam-komuniti-cetus-kluster-baharu-di-sabah/#respond Sat, 24 Jul 2021 12:42:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3536
Read Time:1 Minute, 40 Second

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan dua kluster baharu COVID-19 hari ini membabitkan penularan jangkitan di tempat kerja dan jangkitan dalam kalangan komuniti.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, antara kluster terlibat iaitu Kluster Jalan Mat Salleh dan Kluster Nosoob Baru.

“Kluster Jalan Mat Salleh yang dikategorikan sebagai kluster tempat kerja iaitu bangunan Rumah Persekutuan, Jalan Mat Salleh yang terletak di dalam Mukim Sembulan. Premis kerajaan ini juga menempatkan beberapa agensi kerajaan.

“Kes indeks bagi kluster ini merupakan seorang pegawai farmasi lelaki berusia 26 tahun disahkan positif ujian PCR di Klinik Kesihatan Luyang pada 15 Julai lalu selepas bergejala sejak 14 Julai,” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Masidi yang juga jurucakap rasmi COVID-19 Sabah berkata, sehingga hari ini sebanyak 258 sampel telah diambil di daerah Kota Kinabalu dengan 18 kes positif dikesan termasuk sembilan kes baharu.

Katanya, sebanyak 54 sampel didapati negatif dan 186 sampel lagi menunggu keputusan ujian saringan.

“Sementara itu sebanyak 24 kes pula didaftarkan di luar ibu negeri meliputi tiga kes di Putatan, tiga kes di Ranau, sembilan kes di Papar dan sembilan kes lagi di Penampang sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 42 kes termasuk sembilan kes baharu yang direkodkan pada hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, bagi kluster membabitkan penularan jangkitan dalam kalangan komuniti iaitu Kluster Noosob Baru Penampang disyaki berpunca daripada majlis pengebumian di Kampung Nosoob Baru pada 10 Julai.

Katanya, ia melibatkan keluarga dari Kampung Nosoob Baru, Kampung Pogunon dan Kampung Terawi.

“Kes indeks adalah wanita berusia 28 tahun yang dikesan positif COVID-19 hasil saringan pra-rawatan pada 13 Julai lalu dengan keputusan RTK-Ag grading 38 peratus. Setakat hari ini sebanyak 17 kes positif termasuk satu kes baharu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, sebanyak lima lokaliti di Sabah akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi tempoh 14 hari sehingga 8 Ogos depan.

Antara kawasan terlibat ialah Kampung Lajau Beaufort; Kampung Kota Klias Beaufort; Perumahan Ladang Kim Loong Beluran, Kampung Tungkang Kudat dan Kampung Telisai Tungku Lahad Datu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/24/covid-19-jangkitan-ditempat-kerja-penularan-dalam-komuniti-cetus-kluster-baharu-di-sabah/feed/ 0 3536