Tempat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 13 Nov 2021 05:00:53 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tempat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Banyak Tempat Menarik Di Eko-Pelancongan Bukit Lugas, Ranau https://sabahmedia.com/2021/11/13/banyak-tempat-menarik-di-eko-pelancongan-bukit-lugas-ranau/ https://sabahmedia.com/2021/11/13/banyak-tempat-menarik-di-eko-pelancongan-bukit-lugas-ranau/#respond Sat, 13 Nov 2021 04:57:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8425
Read Time:2 Minute, 47 Second

RANAU:  Warga penduduk Kampung Waang di sini mengalu-alukan dan menyokong penuh segala usaha dan inisiatif Jawatankuasa  Eko-Pelancongan Bukit Lugas (EPBL) bagi mempromosikan EPBL yang terletak kira-kira lima kilometer dari pusat kampung berkenaan untuk menarik pelancong dari dalam dan luar negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg.Waang,  yang juga pelopor dan perintis EPBL,  Ajilee Lubin dan Pengerusi EPBL yang baharu, Junadi Layau @ Sahirin  mempelawa orang ramai khususnya kepada pelancong dalam dan luar supaya datang mendaki Bukit Lugas yang pastinya menjanjikan seribu satu kenangan terindah kepada para pendaki yang gemar dengan aktiviti lasak.

Menurut Ajilee, kelonggaran yang diberikan kerajaan untuk rentas daerah di Sabah patut dimanfaatkan orang ramai untuk melancong  ke destinasi menarik dalam negeri sambil mengamal dan membudayakan ‘Norma Hidup Baharu’ dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan  untuk mengekang penularan virus COVID-19.

“Bukit Lugas pastinya menjanjikan  satu kenangan manis serta keseronokan yang sukar dilupakan oleh setiap pendaki apabila melihat dan memerhati  pelbagai tumbuhan unik seperti bunga Refflesia (jika musim berbunga), pelbagai jenis Orkid sama seperti yang terdapat di  kaki  Gunung Kinabalu gunung tertinggi di Asia Tenggara.

“Saya menyokong penuh kenyataan Junadi yang menegaskan semua pendaki ke Bukit Lugas adalah  tertakluk kepada pelbagai peraturan terutama tidak membenarkan untuk memetik atau mengambil apa juga jenis tumbuhan, serangga, burung atau haiwan yang ada di sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Lugas”, jelas Ajilee dalam kenyataannya semalam.

Katanya, Junadi juga menyatakan bahawa kepada yang berminat mendaki Bukit Lugas hendaklah menulis surat rasmi atau membuat panggilan tempahan sehari sebelum mendaki bagi menentukan tarikh mendaki dan jumlah peserta, supaya pihak EPBL dapat menyediakan seorang pemandu pelancong (guide)  untuk setiap  satu kumpulan lima orang dalam satu perjalanan pendakian.

Manakala mengenai yuran mendaki, Junadi menjelaskan seorang pendaki hendaklah membayar yuran RM10 seorang jika mahu mendapatkan  sijil dan RM7 bagi mereka yang tidak memerlukan Sijil dan bayaran seorang  guide ialah sebanyak RM50.

Selain  keindahan panorama dan keunikan tersendiri alam semulajadi  sekitar Bukit Lugas, terdapat beberapa lagi tempat  menarik yang  boleh dilawati sekitarnya seperti Gua Luang  Mondou, Kubu Pahlawan Enggu dan Air Terjun Mogontung yang pasti menggamit hati setiap pengunjung.

Ajilee turut menjelaskan bahawa lokasi antara tempat-tempat tersebut tidaklah berjauhan dan boleh dikunjungi serta tidak mengambil masa terlalu lama.

“Kita hanya mengingatkan setiap pengunjung agar tidak berbuat bising sekitar kawasan berkenaan (Bukit Lugas), kerana dikuathiri menjejaskan dan mengganggu beberapa spesis burung, haiwan serta serangga yang menjadi penghuni tetap di kawasan hutan sekitar bukit berkenaan.

“Menurut  moyang kami suatu ketika dahulu, dilarang sama sekali membuat bising sekitar kawasan tersebut kerana dibimbangi demam ‘disampuk’ bunian (penunggu) kawasan tersebut.

“Bagaimanapun, kepercayaan itu kini semakin terhakis dengan adanya kecanggihan teknologi seperti  kamera digital dan video perakam  oleh generasi sekarang menyebabkan mereka kurang mempercayai adanya penunggu tersebut”, ujar Ajilee lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/13/banyak-tempat-menarik-di-eko-pelancongan-bukit-lugas-ranau/feed/ 0 8425
COVID-19: Satu Kluster Tercetus Dari Tempat Kerja Ladang Sawit https://sabahmedia.com/2021/09/01/covid-19-satu-kluster-tercetus-dari-tempat-kerja-ladang-sawit/ https://sabahmedia.com/2021/09/01/covid-19-satu-kluster-tercetus-dari-tempat-kerja-ladang-sawit/#respond Wed, 01 Sep 2021 14:02:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5669
Read Time:34 Second

KOTA KINABALU: Satu kluster jenis tempat kerja direkodkan hari ini iaitu Kluster Sawit Kinabatangan 2.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, yang juga selaku Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Sawit Kinabatangan 2 adalah kluster jenis tempat kerja yang berlaku di ladang sawit di Mukim Sukau, Kinabatangan.

Katanya, kes indeks merupakan lelaki, warga Indonesia, 19, tanggungan seorang pekerja ladang tersebut, bergejala sejak 18 Ogos 2021, disahkan positif COVID-19 (RTK-Ag) dan telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan pada 23 Ogos 2021 untuk rawatan lanjut.

Setakat hari ini, seramai 124 orang telah disaring dan 124 kes positif dalam kluster ini termasuk 122 kes baharu yang dilaporkan hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/01/covid-19-satu-kluster-tercetus-dari-tempat-kerja-ladang-sawit/feed/ 0 5669
COVID-19: Lagi Kluster Tempat Kerja, 9 Lokaliti dikenakan PKPD https://sabahmedia.com/2021/08/13/covid-19-lagi-kluster-tempat-kerja-9-lokaliti-dikenakan-pkpd/ https://sabahmedia.com/2021/08/13/covid-19-lagi-kluster-tempat-kerja-9-lokaliti-dikenakan-pkpd/#respond Fri, 13 Aug 2021 15:11:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4585
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Terdapat satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Donggongon, Penampang, Kota Kinabalu yang dikategorikan sebagai kluster tempat kerja menerusi kes positif yang berlaku di sebuah premis badan berkanun di Daerah Penampang.

Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes indeks dari kluster tersebut merupakan pembersih pejabat, wanita, 46, yang disahkan hasil saringan bergejala dengan keputusan positif (RTK-Ag) di sebuah klinik swasta pada 04 Ogos 2021.

Katanya, selain satu lagi kes dikesan pada tarikh sama, pertambahan kes dalam kalangan kontak rakan sekerja direkodkan pada 11 Ogos dengan 12 kes, 12 Ogos pula satu kes diikuti tujuh kes pada 13 Ogos 2021 melibatkan rakan sekerja dari daerah Putatan dan Kota Kinabalu.

Secara kumulatif, kluster ini mencatat 22 kes termasuk lapan kes baharu pada hari ini hasil saringan terhadap 40 kontak.

Dalam perkembangan lain, sembilan lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 14 hari berkuat kuasa 15 Ogos 2021 hingga 28 Ogos 2021 iaitu tiga lokaliti di Kota Kinabalu, Kampung Pulutan, Manggatal, Kg Mansiang, Menggatal dan Tapak Bina Hyatt Centric, manakala dua lokaliti di Beaufort, Kg Brunei, Membakut dan Rumah Kongsi Tapak Bina Prima, Lumat, Kg Rancangan Kalabakan, Kalabakan, Kampung Mangaris 2, Kota Marudu, Kampung Contoh, Putatan dan Lorong Mat Salleh Bt.2, Jalan Apas, Tawau.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/13/covid-19-lagi-kluster-tempat-kerja-9-lokaliti-dikenakan-pkpd/feed/ 0 4585
COVID-19: Aktiviti kunjung-mengunjung Aidiladha dan tempat kerja cetus dua kluster baharu di Sabah https://sabahmedia.com/2021/08/01/covid-19-aktiviti-kunjung-mengunjung-aidiladha-dan-tempat-kerja-cetus-dua-kluster-baharu-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/08/01/covid-19-aktiviti-kunjung-mengunjung-aidiladha-dan-tempat-kerja-cetus-dua-kluster-baharu-di-sabah/#respond Sun, 01 Aug 2021 12:19:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3930
Read Time:1 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU: Penularan jangkitan COVID-19 berpunca dari aktiviti kunjung-mengunjung semasa Aidiladha dan tempat kerja mencetuskan dua kluster baharu di Sabah hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, dua kluster tersebut ialah Kluster Tembidong Bidong, Telupid, Beluran dan Kluster Jalan Patikang Ulu, Keningau.

Katanya, Kluster Tembidong Bidong, Telupid, Beluran merupakan penularan jangkitan dalam komuniti yang disyaki berpunca daripada aktiviti kunjung-mengunjung dalam kalangan jiran tetangga semasa sambutan Aidiladha.

“Kes indeks adalah wanita, 55, disahkan positif COVID-19 melalui PCR Genexpert di Hospital Duchess of Kent, Sandakan pada 19 Julai 2021, selepas dirujuk oleh Klinik Kesihatan Nangoh kerana bergejala batuk dan sesak nafas sejak 17 Julai 2021.

“Turut dikesan positif ialah suami kes indeks menerusi ujian RTK-Ag pada hari yang sama, diikuti 18 kes hasil saringan (PCR) kontak rapat pada 21 Julai 2021.

“Setakat hari ini, daripada 292 individu yang disaring, kluster ini merekodkan 88 kes positif COVID-19 merangkumi 78 kes termasuk 31 kes baharu di Telupid dan 10 kes termasuk empat kes baharu di Beluran,” katanya.

Manakala Kluster Jalan Patikang Ulu, Keningau pula dikategorikan sebagai kluster tempat kerja.

Menurut Masidi, kes indeks merupakan lelaki, 19, kerani di sebuah syarikat bengkel dan servis jentera berat.

Katanya, pada 29 Julai 2021, kes indeks yang menjalani saringan bergejala di klinik swasta didapati positif COVID-19 dengan keputusan RTK-Antigen.

Namun pada hari yang sama, klinik yang sama menerima satu lagi RTK-Antigen positif yang merupakan kontak rapat kepada kes indeks.

Saringan kontak rapat di lapangan yang dilakukan oleh pasukan Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau serta klinik swasta kemudiannya mengesan 12 RTK-Antigen positif pada 30 Julai 2021.

Setakat hari ini, kluster ini menokok tiga kes baharu menjadikan jumlah kumulatif kes positif
sebanyak 17 kes melibatkan Mukim Patikang dan Lingkudau di daerah Keningau.

“Penambahan bilangan kes disyaki berpunca daripada pergaulan di antara penghuni rumah sewa yang padat di Jalan Patikang Ulu,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/01/covid-19-aktiviti-kunjung-mengunjung-aidiladha-dan-tempat-kerja-cetus-dua-kluster-baharu-di-sabah/feed/ 0 3930
COVID-19: Dua kluster baharu berpunca jangkitan tempat kerja dan komuniti https://sabahmedia.com/2021/07/30/covid-19-dua-kluster-baharu-berpunca-jangkitan-tempat-kerja-dan-komuniti/ https://sabahmedia.com/2021/07/30/covid-19-dua-kluster-baharu-berpunca-jangkitan-tempat-kerja-dan-komuniti/#respond Fri, 30 Jul 2021 12:58:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3814
Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Dua kluster baharu direkodkan hari ini berpunca penularan jangkitan COVID-19 ditempat kerja dan komuniti.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata , dua kluster tersebut iaitu Kluster Batu Dua, Tawau dan Kluster Gunsapau, Ranau, Kota Marudu.

Katanya, Kluster Batu Dua, Tawau melibatkan perebakan jangkitan COVID-19 di tempat kerja iaitu kedai roti.

Kes indeks merupakan lelaki, 58, dari Batu 2 Lorong Habib Abdul Rahman dan tidak bekerja telah disahkan positif hasil saringan bergejala di hospital swasta pada 17 Julai 2021.

Menurut Masidi lagi, saringan kontak rapat mendapati tiga rakan serumah positif, salah satu daripadanya adalah anak kepada kes indeks yang bekerja di kedai roti terbabit.

Manakala, Kluster Gunsapau, Ranau, Kota Marudu dikategorikan sebagai kluster komuniti.

Masidi berkata, penularan jangkitan COVID-19 kluster ini melibatkan kontak sosial di Kg Tagibang dalam daerah Kota Marudu. Kes indeks merupakan wanita, 24, disahkan posiitf COVID-19 (RTK-Ag) pada 21 Julai 2021, diikuti empat kontak positif RTK-Ag pada 22 Julai 2021 melalui saringan bergejala.

Namun turut dikesan positif, kontak serumah kes indeks di Kg Pugi Gunsapau, Kg Nawanon dan Kg Tagibang di Kota Marudu pada 24 dan 27 Julai 2021.

“Siasatan lanjut untuk pengesanan kontak kedua-dua kluster ini sedang giat dijalankan dan punca jangkitan masih dalam siasatan,” tambah Masidi.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/30/covid-19-dua-kluster-baharu-berpunca-jangkitan-tempat-kerja-dan-komuniti/feed/ 0 3814
COVID-19: Penularan jangkitan dalam komuniti dan tempat kerja cetus 3 kluster baharu di Tawau https://sabahmedia.com/2021/07/29/covid-19-penularan-jangkitan-dalam-komuniti-dan-tempat-kerja-cetus-3-kluster-baharu-di-tawau/ https://sabahmedia.com/2021/07/29/covid-19-penularan-jangkitan-dalam-komuniti-dan-tempat-kerja-cetus-3-kluster-baharu-di-tawau/#respond Thu, 29 Jul 2021 12:41:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3770
Read Time:1 Minute, 53 Second

KOTA KINABALU: Selepas Keningau, tiga lagi kluster baharu membabitkan penularan jangkitan COVID-19 di dalam kalangan komuniti dan tempat kerja direkodkan di daerah Tawau hari ini iaitu Kluster Batu Keramat, Kluster Unipark dan Kluster Lahat-Lahat.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, tiga kluster direkodkan di daerah Tawau iaitu Kluster Batu Keramat yang dikategorikan sebagai kluster komuniti menular ekoran sambutan Aidiladha.

“Kes indeks adalah lelaki, 77, disahkan positif COVID-19 hasil saringan bergejala di Hospital Tawau pada 24 Julai 2021,” kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri dalam kenyataan media hari ini.

Katanya, saringan kontak rapat kemudiannya mengesan lima lagi kes positif dalam kalangan ahli keluarga.

Kes hasil saringan pengiring yang disahkan positif pada 26 Julai 2021 di Hospital Tawau mempunyai kaitan epidemiologi (epid link) dengan kes indeks.

Siasatan awal mendapati kes indeks dan keluarga telah berkumpul di Kg Tg Batu Keramat pada 20 Julai 2021 bagi menyambut perayaan aidiladha.

Setakat hari ini, seramai 25 kontak telah disaring dan 18 daripadanya didapati positif termasuk 10 kes baharu, manakala dua sampel lagi negatifdan lima sampel masih menunggu keputusan.

Manakala Kluster Unipark mula dikesan melalui saringan bergejala terhadap wanita, 39, di sebuah hospital swasta pada 19 Julai 2021.

Kes indeks yang juga Pengurus Cawangan Globinaco di Taman Unipark ini disahkan positif COVID-19 dengan keputusan RTK-Ag grading 100%. Saringan yang dijalankan ke atas 54 kontak mengesan 18 kes positif termasuk satu kes baharu hari ini.

Sementara itu Kluster Lahat-Lahat dipercayai menular dalam komuniti berikutan kenduri tahlil pada 19 Julai 2021 di Kg Lahat-Lahat.

Kes indeks adalah lelaki, 31, pembantu kedai makan di Selangor dan pulang ke Tawau pada 13 Julai 2021.

Menurut Masidi, Kes indeks yang dikuarantin di rumah di Kg Lahat-Lahat, Pulau Sebatik disahkan positif pada sampel hari ke-10 kemasukan dari luar Negeri Sabah melalui saringan Pintu Masuk Antarabangsa (Lapangan Terbang Tawau) dengan keputusan RT- PCR positif (CT value 24) di Klinik Kesihatan Tawau.

Setakat hari ini, 50 kontak telah disaring dan mengesan 20 kes positif termasuk satu kes baharu. Sementara itu, dua kontak didapati negatif manakala 28 lagi masih menunggu keputusan sampel kedua.

“Aktiviti pengesanan kontak masih dijalankan kerana kehadiran tetamu tidak direkodkan, malah jiran yang disaring mempunyai gejala dan berkait dengan kenduri tersebut,” jelasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/29/covid-19-penularan-jangkitan-dalam-komuniti-dan-tempat-kerja-cetus-3-kluster-baharu-di-tawau/feed/ 0 3770
COVID-19: 4 Kluster Baharu Berpunca Dari Tempat Kerja https://sabahmedia.com/2021/07/10/covid-19-4-kluster-baharu-berpunca-dari-tempat-kerja/ https://sabahmedia.com/2021/07/10/covid-19-4-kluster-baharu-berpunca-dari-tempat-kerja/#respond Sat, 10 Jul 2021 13:45:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2878
Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Kesemua empat Kluster baharu direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Sabah hari ini berpunca dari tempat kerja iaitu melibatkan Kluster KKIP Empat Timur, Kota Kinabalu, Kluster Grandview, Sandakan, Kluster Balak Penangah, Tongod dan Kluster Jalan Membalua, Tawau.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun dalam kenyataan media hari ini berkata, Kluster KKIP Empat Timur, Kota Kinabalu merupakan penularan jangkitan yang berlaku di dua kilang papan iaitu di Jalan Tuaran, Telipok dan KKIP Industrial Zone dengan jumlah kumulatif sebanyak 10 kes direkodkan hari ini.

Manakala, Kluster Grandview, Sandakan, Putatan, Penampang merupakan kluster tempat kerja di sebuah syarikat kontraktor pembinaan di daerah Sandakan dengan jumlah kumulatif positif COVID-19 sebanyak 15 kes.

Sementara Kluster Balak Penangah, Tongod melibatkan jangkitan dalam kalangan pekerja kilang pemprosesan kayu balak di Mukim Penangah daerah Tongod.

“Kes indeks adalah lelaki, 47, pemandu jentera berat di syarikat terbabit. Kes relay dimasukkan ke Hospital Keningau pada 06 Julai 2021 kerana positif Malaria (PK) dan telah disahkan positif COVID-19 pada hari yang sama setelah menjalini saringan pra- kemasukan wad, saringan kontak seterusnya mendapati 25 orang positif COVID-19 di tempat kerja,” jelas Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri.

Seterusnya Kluster Jalan Membalua, Tawau berlaku dalam komuniti di Mukim Balung,
Daerah Tawau melibatkan kes indeks merupakan lelaki, 24, bukan warganegara disahkan positif COVID-19 melalui saringan bergejala di Klinik Mayfair Tawau pada Julai 2021.

Kata Masidi, kes indeks bekerja sebagai buruh kasar di ladang pemprosesan ayam dekat Jalan Membalua, hasil saringan dan jumlah kumulatif kes positif kluster ini sebanyak 13 kes.

Dalam perkembangan lain, terdapat lima lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 14 hari bermula Isnin 12 Julai hingga 25 Julai 2021 di QL Farm Membalua,Tawau, Kampung Pikat Bongawan, Papar, Tiga lokaliti di Kota Kinabalu iaitu Kampung Suang Parai, Taman Kingfisher Sulaman dan Bandaran Berjaya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/10/covid-19-4-kluster-baharu-berpunca-dari-tempat-kerja/feed/ 0 2878
COVID-19: Lagi punca jangkitan di tempat kerja cetus kluster baharu di Sabah https://sabahmedia.com/2021/07/09/covid-19-lagi-punca-jangkitan-di-tempat-kerja-cetus-kluster-baharu-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/07/09/covid-19-lagi-punca-jangkitan-di-tempat-kerja-cetus-kluster-baharu-di-sabah/#respond Fri, 09 Jul 2021 14:12:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2848
Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Sawit Segama, Lahad Datu merupakan kluster di tempat kerja dan punca jangkitan disyaki dibawa masuk dari Indonesia.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata dalam kenyataan media hari ini, kluster ini melibatkan kes indeks, wanita, 48, warganegara Indonesia dikesan positif pada 6 Julai 2021 hasil saringan masuk kerja di sebuah klinik swasta.

Katanya, kes indeks yang masuk ke Sabah pada 25 Jun 2021 bersama dua orang cucu, diarahkan menjalani kuarantin di Ladang Sabah Mas (Division Segama) sebelum dibenarkan bekerja.

“Dia yang mula bergejala batuk dan sakit tekak sejak 3 Julai 2021, kemudian mengambil swab PCR bersama beberapa ahli keluarga lain yang juga sedang dikuarantin di ladang yang sama.

“Susulan penemuan kes positif itu, pengesanan secara aktif dan saringan yang dijalankan terhadap 64 kontak mendapati 14 lagi individu disahkan positif termasuk satu kes baharu menjadikan jumlah kumulatif kes positif kluster ini sebanyak 15 kes dan 49 individu didapati negatif saringan pertama,”katanya.

Sementara, semua kes positif dalam kluster ini telah dirujuk ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut dan pengasingan di PKRC Lahad Datu, manakala semua kontak rapat juga telah diarahkan untuk menjalani kuarantin di pusat kuarantin PPR Sri Sepagaya, Lahad Datu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/09/covid-19-lagi-punca-jangkitan-di-tempat-kerja-cetus-kluster-baharu-di-sabah/feed/ 0 2848
COVID-19: Penularan Kes Positif di Tempat Kerja Cetus Kluster Baharu https://sabahmedia.com/2021/07/06/covid-19-penularan-kes-positif-di-tempat-kerja-cetus-kluster-baharu/ https://sabahmedia.com/2021/07/06/covid-19-penularan-kes-positif-di-tempat-kerja-cetus-kluster-baharu/#respond Tue, 06 Jul 2021 12:57:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2643
Read Time:54 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan satu kluster baharu hari ini iaitu Kluster Agora Borneo melibatkan penularan jangkitan di tempat kerja iaitu Bataras Hypermarket 1Borneo.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes indeks adalah pembantu jualan wanita, 24, dari Kg Lokub, Kota Kinabalu disahkan positif COVID-19 di Klinik Kesihatan Manggatal pada 30 Jun 2021, selepas bergejala sejak 20 Jun 2021.

Kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri, saringan seterusnya turut mendapati ujian saringan RTK-Ag gred 100% ke atas kes indeks pada 01 Julai 2021 di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah sebelum dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.

Dalam pada itu, daripada 133 sampel yang
diambil dalam kalangan kontak rapat, 26 sampel dikesan positif termasuk 17 kes
baharu yang direkod pada hari ini.

Sementara itu, 57 sampel negatif dan 50 sampel lagi sedang menunggu keputusan ujian saringan.

“Berdasarkan siasatan awal, penularan COVID-19 dipercayai merebak di tempat kerja hingga ke generasi kedua iaitu ahli keluarga,” kata Masidi lagi.

Pengesanan kontak secara aktif sedang giat dijalankan oleh pasukan kesihatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/06/covid-19-penularan-kes-positif-di-tempat-kerja-cetus-kluster-baharu/feed/ 0 2643
COVID-19 : Dua Lagi Kluster Ditempat Kerja Direkodkan Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/07/05/covid-19-dua-lagi-kluster-ditempat-kerja-direkodkan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/07/05/covid-19-dua-lagi-kluster-ditempat-kerja-direkodkan-di-sabah/#respond Mon, 05 Jul 2021 13:54:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2579
Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Dua kluster baharu COVID-19 dicatatkan di Sabah hari ini melibatkan penularan jangkitan di tempat kerja iaitu Kluster Kluster Jalan Kayu Madang – Kota Kinabalu, Tuaran dan Kluster Kluster Lorong Berjaya – Kota Kinabalu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Jalan Kayu Madang – Kota Kinabalu, Tuaran melibatkan penularan jangkitan dalam kalangan pekerja apabila kes indeks, wanita, 31, Pegawai Kawalan Kualiti di sebuah syarikat tersebut disahkan positif COVID-19 di Klinik Kesihatan Manggatal pada 30 Jun 2021, selepas bergejala demam dan hilang deria rasa sejak 27 Jun 2021.

“Manakala Kluster Lorong Berjaya – Kota Kinabalu melibatkan jangkitan dalam kalangan kakitangan di sebuah premis perniagaan, kes indeks bagi kluster ini merupakan lelaki, 25, petugas khidmat pelanggan yang bergejala sejak 29 Jun 2021 sebelum dikesan positif dalam ujian saringan COVID-19 di Permai Poliklinik Bandaran pada 30 Jun 2021,”kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri dalam kenyataan media hari ini.

Katanya, kerajaan negeri telah memutuskan pelaksanaan Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 14 hari di Kampung Baru Batu 2, Jalan Apas, Tawau berkuat kuasa 07 Julai sehingga 20 Julai 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.

Menurut Masidi lagi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan 14 ujian saringan dan sembilan daripadanya disahkan positif COVID-19, namun kes telah meningkat dalam tempoh singkat dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti itu.

Turut dilanjutkan PKPD iaitu Kampung
Ejuk, Kota Belud dan Kampung Warisan, Kota Kinabalu bermula 07 Julai sehingga 20 Julai 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.

KKM mendapati penularan masih berlaku serta terdapat juga kes baharu direkodkan di kedua-dua lokaliti dilanjutkan PKPD tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/05/covid-19-dua-lagi-kluster-ditempat-kerja-direkodkan-di-sabah/feed/ 0 2579