Tempatan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 12 Mar 2024 05:28:42 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tempatan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Suspek lelaki tempatan proses, edar air ketum diberkas https://sabahmedia.com/2024/03/12/suspek-lelaki-tempatan-proses-edar-air-ketum-diberkas/ https://sabahmedia.com/2024/03/12/suspek-lelaki-tempatan-proses-edar-air-ketum-diberkas/#respond Tue, 12 Mar 2024 05:28:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50965
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA MARUDU: Polis berjaya memberkas seorang suspek lelaki tempatan disyaki terlibat dengan kegiatan memproses dan mengedar air ketum, dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Ongkilan dekat sini pada Isnin (11 Mac).

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Zairolnizal Ishak berkata, serbuan ke atas rumah tersebut dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Marudu pada jam 10 malam.

“Hasil pemeriksaan di dalam rumah tersebut dengan disaksikan sendiri pemilik rumah, pihak polis telah menemui serta merampas sejumlah 19 pek plastik lutsinar mengandungi serbuk hijau dipercayai serbuk ketum dan 18 botol 1.5 liter mengandungi cecair berwarna coklat juga dipercayai air ketum.

“Turut dirampas termasuklah peralatan yang digunakan untuk memproses dan memasak air ketum serta wang tunai berjumlah RM400,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zairolnizal, pemilik rumah yang juga seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun itu telah ditangkap bagi membantu siasatan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti dari mana serbuk ketum diperolehi dan bagaimana ianya dibawa masuk ke sini serta nilai pasaran.

“Air ketum yang diproses itu dipercayai untuk dijual di pasaran tempatan sahaja,” ujarnya.

Tambah beliau, suspek kini direman selama empat hari di bawah seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

“Kes disiasat di bawah seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 yang mana jika disabitkan kesalahan, hukuman penjara tidak lebih 5 tahun atau denda tidak lebih RM100,000 atau kedua-dua sekali,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/12/suspek-lelaki-tempatan-proses-edar-air-ketum-diberkas/feed/ 0 50965
Lelaki tempatan ditahan bersama 102.7 kg daun ketum di Tenom https://sabahmedia.com/2024/03/01/lelaki-tempatan-ditahan-bersama-102-7-kilogram-daun-ketum-di-tenom/ https://sabahmedia.com/2024/03/01/lelaki-tempatan-ditahan-bersama-102-7-kilogram-daun-ketum-di-tenom/#respond Fri, 01 Mar 2024 12:30:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50358
Read Time:1 Minute, 9 Second

TENOM: Seorang lelaki tempatan telah ditahan bersama 102.7 Kilogram daun ketum dalam Ops Bersepadu Sekatan Jalanraya yang dijalankan oleh pasukan Polis Daerah Tenom di Jalan Tenom – Keningau, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Superintendan Hasan Majid berkata,
dalam kejadian kira-kira jam 11.00 pagi itu, polis telah menahan kenderaan yang dinaiki seorang lelaki warga tempatan berusia 41 tahun.

Daun ketum yang ditemui dalam kenderaan suspek.foto ihsan IPD Tenom

“Pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan tersebut telah menemui lapan guni berisi daun-daun disyaki daun ketum seberat 102.7 Kilogram anggaran bernilai RM2,000 untuk pasaran tempatan.

“Turut ditemui bersama individu tersebut ialah sejumlah dadah jenis syabu dan peralatan disyaki digunakan sebagai alat untuk menghisap dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, dalam usaha mengekang aktiviti penyalahgunaan dadah dalam kalangan pemandu kenderaan perdagangan dan kesalahan-kesalahan yang melibatkan undang-undang jalan raya.

“Ops Bersepadu Sekatan Jalanraya ini telah dilaksanakan dan melibatkan pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom.

“Polis akan sentiasa memantau dan tidak akan berkompromi kepada sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang,” tegasnya.

Beliau turut mengalu-alukan masyarakat agar menyalurkan maklumat mengenai sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang di daerah itu melalui talian 087-736211.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/01/lelaki-tempatan-ditahan-bersama-102-7-kilogram-daun-ketum-di-tenom/feed/ 0 50358
Pesta Buah-Buahan Tempatan tarikan utama ke Homestay di Bandaraya KK – Dr Sabin https://sabahmedia.com/2024/02/17/pesta-buah-buahan-tempatan-tarikan-utama-ke-homestay-di-bandaraya-kk-dr-sabin/ https://sabahmedia.com/2024/02/17/pesta-buah-buahan-tempatan-tarikan-utama-ke-homestay-di-bandaraya-kk-dr-sabin/#respond Sat, 17 Feb 2024 10:56:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49651
Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU : ‘Pesta Buah-Buahan Tempatan’ akan diwujudkan bagi menarik lebih ramai kehadiran pelancong dalam dan luar negara berkunjung di empat Homestay berdaftar di sekitar bandaraya Kota Kinabalu.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, empat homestay terbabit iaitu Desa Cinta Kobuni, Homestay Id Kalangadan, manakala Homestay Darau Wetland dan Homestay Id Pogimpan, Kampung Binaung Baru Manggatal.

Katanya, dalam tempoh terdekat satu perbincangan secara terperinci akan diadakan membabitkan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) serta beberapa agensi berkaitan termasuk Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

“Kita melihat ini merupakan potensi menarik kehadiran pelancong melawat Homestay serta sebagai produk pelancongan terbaharu yang boleh dikomersialkan sekali gus menambah produk yang sedia ada.

“Sebagai contoh kawasan pelancongan Homestay Id Pogimpan, Kampung Binaung Baru Manggatal yang terkenal dengan pemandangan yang menarik serta mempunyai sedia ada kawasan pertanian buah-buahan yang boleh mencapai hasrat terbabit,” katanya kepada media di sini hari ini.

Dr Sabin berkata, sudah tentu langkah mewujudkan Pesta Buah-Buahan tempatan adalah cadangan baik sekali gus boleh meningkatkan hasil pendapatan pengusaha homestay itu sendiri.

“Kita akan pastikan cadangan ini dapat dilaksanakan kelak memandangkan ia adalah tujuh strategi telah digariskan dengan membabitkan 16 program dijalankan dan akan dijalankan oleh DBKK.

“Antara objektif dalam program ini ialah ingin Meningkatkan sosio-ekonomi komuniti setempat dengan melalui penglibatan dalam aktiviti pelancongan dengan mempelbagaikan serta menaiktaraf pelbagai produk pelancongan dan mampu memulihara sumber alam semula jadi sekali gus mengekalkan warisan serta budaya komuniti setempat,” jelas Dr Sabin.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/17/pesta-buah-buahan-tempatan-tarikan-utama-ke-homestay-di-bandaraya-kk-dr-sabin/feed/ 0 49651