Tempatan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 05 May 2026 06:29:35 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tempatan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sokong pertanian berkualiti, lindungi petani tempatan – Jamawi https://sabahmedia.com/2026/05/05/sokong-pertanian-berkualiti-lindungi-petani-tempatan-jamawi/ https://sabahmedia.com/2026/05/05/sokong-pertanian-berkualiti-lindungi-petani-tempatan-jamawi/#respond Tue, 05 May 2026 06:29:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96151
Read Time:1 Minute, 39 Second

PAPAR: Usaha memperkasa amalan pertanian berkualiti melalui pensijilan Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP) perlu diperluaskan bagi menjamin keselamatan makanan serta meningkatkan nilai hasil tempatan.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar berkata, kejayaan pengusaha tanaman fertigasi dan hidroponik, Owan’s Farm di Kampung Buang Sayang di sini yang memperoleh pensijilan MyGAP wajar dijadikan contoh kepada pengusaha lain.

Menurutnya, pensijilan itu membuktikan hasil pertanian yang dihasilkan mematuhi syarat ketat termasuk penggunaan bahan kimia minimum serta kaedah mesra alam.

“Ini bermaksud hasil daripada ladang ini mematuhi amalan pertanian yang baik, termasuk penggunaan racun kimia yang terkawal, lebih mesra alam dan selamat untuk dimakan,” katanya ketika mengadakan lawatan ke ladang berkenaan, pada Isnin.

Beliau berkata, pendekatan itu perlu diperluaskan dan dijadikan penanda aras kepada pengusaha lain di Sabah.

“Kita juga perlu mendidik masyarakat supaya memilih sumber makanan yang telah disahkan oleh Jabatan Pertanian atau kementerian,” katanya.

Jamawi berkata, langkah itu penting dalam membina kesedaran pengguna terhadap kepentingan kualiti dan keselamatan makanan.

“Ia merupakan proses berterusan untuk mendidik masyarakat agar lebih menghargai kualiti serta hasil pertanian premium,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kementeriannya akan terus menyokong usaha pengusaha tempatan termasuk dalam sektor hidroponik dan fertigasi.

“Saya bercadang untuk menghimpunkan lebih ramai penggiat serta pengusaha hidroponik dan fertigasi di Sabah bagi mengadakan sesi libat urus,” katanya.

Menurutnya, pendekatan itu mampu membantu memasarkan hasil pertanian pada harga lebih baik berbanding kaedah tradisional.

Mengulas lanjut, beliau berkata aspek biosekuriti turut diperkukuh bagi melindungi industri pertanian tempatan.

“Kita telah memperketatkan penguatkuasaan biosekuriti, khususnya terhadap hasil pertanian yang diimport,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengakui masih berlaku aktiviti penyeludupan produk pertanian yang menjejaskan pasaran tempatan.

“Terdapat lambakan hasil pertanian import pada harga murah yang memberi kesan kepada pendapatan petani tempatan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menekankan keperluan kerjasama lebih erat antara agensi penguat kuasa termasuk Kastam, Pasukan Gerakan Am, Polis Marin serta Polis Diraja Malaysia bagi membendung kegiatan berkenaan.

Katanya, usaha bersepadu itu penting bagi memastikan kualiti makanan terus terjamin di samping melindungi pendapatan petani tempatan di Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/05/sokong-pertanian-berkualiti-lindungi-petani-tempatan-jamawi/feed/ 0 96151
Ketua Menteri mahu HRD Corp bantu tangani jurang kemahiran dan cabaran tenaga kerja libatkan rakyat tempatan https://sabahmedia.com/2023/02/10/ketua-menteri-mahu-hrd-corp-bantu-tangani-jurang-kemahiran-dan-cabaran-tenaga-kerja-libatkan-rakyat-tempatan/ https://sabahmedia.com/2023/02/10/ketua-menteri-mahu-hrd-corp-bantu-tangani-jurang-kemahiran-dan-cabaran-tenaga-kerja-libatkan-rakyat-tempatan/#respond Fri, 10 Feb 2023 06:15:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29337
Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mahu Human Resource Development Corporation (HRD Corp) membantu negeri ini dalam menangani sebarang jurang kemahiran dan cabaran tenaga kerja khususnya melibatkan rakyat tempatan negeri ini, agar mereka boleh membangun, menarik dan mengekalkan bakat dan kemahiran terbaik.

Beliau berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat delegasi Human Resource Development Corporation (HRD Corp) diketuai oleh Ketua Eksekutifnya, Datuk Shahul Dawood di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Hajiji diberi taklimat oleh Shahul berhubung cadangan program kolaborasi diantara HRD
Corp bersama Kerajaan Negeri selaras dengan aspirasi Hala Tuju Sabah Maju Sabah
(SMJ).

HRD Corp yang dahulunya dikenali sebagai HRDF merupakan sebuah badan berkanun
di bawah Kementerian Sumber Manusia yang bertanggungjawab memacu aspirasi pembangunan bakat pekerja melalui kutipan levi daripada majikan dan pembiayaan program latihan dan pembangunan untuk tenaga kerja Malaysia.

Hajiji berkata, usaha melatih dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja tempatan sesuai dengan keperluan pasaran pekerjaan merupakan antara agenda kerajaan untuk memperkasakan modal insan negeri ini.

Menurutnya, menurusi program-program latihan dan peningkatan kemahiran yang
disediakan oleh HRD Corp kepada tenaga kerja sedia ada, dapat membantu memperkukuhkan pembangunan modal insan.

HRD Corp telah bertapak di negeri Sabah sejak tahun 1998 dan kini sejumlah 4,571
majikan di Sabah telah berdaftar dengan agensi itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/10/ketua-menteri-mahu-hrd-corp-bantu-tangani-jurang-kemahiran-dan-cabaran-tenaga-kerja-libatkan-rakyat-tempatan/feed/ 0 29337
Polis tahan lelaki tempatan bersama 2.076 kilogram dadah https://sabahmedia.com/2023/01/27/polis-tahan-lelaki-tempatan-bersama-2-076-kilogram-dadah/ https://sabahmedia.com/2023/01/27/polis-tahan-lelaki-tempatan-bersama-2-076-kilogram-dadah/#respond Fri, 27 Jan 2023 04:12:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28568
Read Time:1 Minute, 11 Second

TAWAU: Seorang lelaki tempatan ditahan bersama dadah disyaki jenis syabu seberat 2.076 kilogram bernilai RM130,000 dalam satu serbuan oleh sepasukan polis di kawasan bandar Sri Indah dekat sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata,
bertindak di atas risikan maklumat dadah, pada 24 Januari 2023, jam lebih kurang 6.00 petang, sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Sabah serta daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau telah membuat serbuan dan tangkapan ke atas satu lelaki berbangsa cina warga tempatan berumur 53 tahun di kawasan bandar Sri Indah, Tawau.

“Pihak polis telah menahan suspek yang berada di dalam sebuah kenderaan pacuan 4 roda dan hasil pemeriksaan di dalam kenderaan tersebut telah menjumpai dua bungkusan plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis syabu seberat 2076.66 gram (2.076kg),” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Jasmin, ujian saringan awal air kencing ke atas suspek dijalankan dan didapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine serta suspek juga merupakan seorang penganggur yang mempunyai empat rekod dadah dan empat rekod jenayah lampau.

“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah seksyen 39b akta dadah berbahaya 1952 dan sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati,” katanya.

Jasmin berkata, usaha mengesan saki baki rangkaian pengedaran dadah juga sedang giat dijalankan.

“Pihak polis mengalu-alukan kerjasama serta maklumat daripada orang awam untuk bersama-sama membanteras kegiatan ini,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/27/polis-tahan-lelaki-tempatan-bersama-2-076-kilogram-dadah/feed/ 0 28568
Hasil Anggur Keluaran Tempatan Miliki Kualiti Tinggi https://sabahmedia.com/2021/12/06/hasil-anggur-keluaran-tempatan-miliki-kualiti-tinggi/ https://sabahmedia.com/2021/12/06/hasil-anggur-keluaran-tempatan-miliki-kualiti-tinggi/#respond Mon, 06 Dec 2021 11:20:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9417
Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

TAMPARULI: Hasil anggur keluaran tempatan dari JonGrapevines & Figs Garden memiliki kualiti tinggi terutama dari segi saiz dan rasa yang setanding buah diimport.

Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS), Datuk Jahid Jahim berkata, JonGrapevines & Figs Garden telah membuktikan hasil tanaman anggurnya mempunyai kualiti yang tinggi, sekali gus menunjukkan bahawa tanaman itu sesuai diusahakan secara komersial di Borneo, khususnya Sabah.

“Ini membuka peluang kepada pengusaha tempatan, terutama mereka yang menceburi bidang pertanian untuk mencuba tanaman anggur sebagai bidang baru yang mempunyai masa depan serta menjanjikan keuntungan,” kata Jahid semasa mengadakan lawatan ke JonGrapevines & Figs Garden di Kampung Bantayan, Tamparuli, sini pada Ahad.

Rombongan KPLBS diketuai oleh Jahid semasa lawatan itu disambut oleh Penasihat Teknik Jongrapevines, Jontih Enghihon, Pengurus, Nonie Bansunin dan Penolong Pengurus, Jonovan Jontih.

Menurut Jontih dalam taklimat beliau, penanaman anggur tersebut dimulakan sebagai hobi di keliling rumah semasa beliau bekerja di Ipoh, Perak pada sekitat tahun 2011-2013. 

Setelah ditukar balik ke Sabah pada 2014, beliau mula menanam fig (buah tin) di keliling rumah selain anggur.

Sekitar 2015 beliau membina Greenhouse yang pertama di kebun beliau di Bantayan, Greehouse ke-2 dalam 2016, Greenhouse ke-3 pada 2017, dan yang ke-4, ke-5 dan ke-6 pada tahun lalu.

Pada 2018 Jon Grapevines dan Figs Garden Enterprise didaftar secara rasminya dan sekali gus menyaksikan permulaan agrotourism yakni kebun itu dibuka kepada pelawat.

Jahid yang juga Wakil Rakyat Tamparuli turut berpesan kepada para belia agar tidak takut untuk mencuba satu bidang yang baharu, dan menjadikan Jontih sebagai contoh usahawan dan sumber inspirasi untuk berjaya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/06/hasil-anggur-keluaran-tempatan-miliki-kualiti-tinggi/feed/ 0 9417
Polis Tahan 5 Lelaki Tempatan Miliki Senjata Api Buatan Sendiri https://sabahmedia.com/2021/09/20/polis-tahan-5-lelaki-tempatan-miliki-senjata-api-buatan-sendiri/ https://sabahmedia.com/2021/09/20/polis-tahan-5-lelaki-tempatan-miliki-senjata-api-buatan-sendiri/#respond Mon, 20 Sep 2021 10:49:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6637
Read Time:2 Minute, 20 Second

RANAU: Sepasukan Polis telah berjaya menahan lima lelaki tempatan dipercayai memiliki senjata api buatan sendiri dalam satu operasi yang dijalankan di Ranau bermula 10 September baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan (DSP) Simiun Lomudin berkata, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius isu pemilikan senjata api buatan sendiri seperti bakakok, ginsuk , senapang angin dan senapang guli yang terdapat di daerah ini.

Kata Simiun, biasanya pemilik senjatapi buatan sendiri memberi alasan faktor keselamatan tanaman dan tujuan memburu antara sebab mereka  memiliki senjata api buatan sendiri tanpa memikirkan keselamatan dan kesalahan mereka berbuat demikian.

Justeru, Ibu Pejabat Polis Daerah  (IPD) Ranau dengan dibantu Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah katanya, kini giat  melaksanakan operasi bagi mengekang pemilikan senjata api buatan  sendiri sehingga telah  berjaya mengesan aktiviti tersebut di daerah Ranau yang melibatkan warga tempatan.

“Pada 10  September lalu,  sepasukan  pegawai dan anggota Jabatan Siasatan  Jenayah IPD kontinjen Sabah dengan dibantu oleh Cawangan Khas  IPD Ranau telah menjalankan  serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kg Kigiok Ranau dan telah menangkap  seorang lelaki tempatan berumur 30’an dan merampas dua laras senjata api buatan sendiri jenis bakakok , 8 butir peluru hidup jenis 12 bore, 3 butir kelongsong peluru jenis 12 bore, 30 butir pallet senapang angin dan beberapa peralatan membuat senjatapi (mesin gerudi, mesin  pengimpal, kikir batang paip besi)”, jelas Simiun dalam satu kenyataan menerusi sidang Media di IPD Ranau, hari ini.

Menurutnya kes disiasat di bawah Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 197, sekiranya disabitkan dengan kesalahan  boleh dihukum mati atau penjara  seumur hidup dan juga disebat tidak kurang daripada enam kali.

“Pasukan Polis telah membuat beberapa serbuan di pelbagai lokasi di daerah Ranau dan Tambunan hasil serbuan  tersebut telah menangkap empat lelaki tempatan berumur antara 29 hingga 57 tahun serta merampas dua laras senjata api jenis bakakok, satu laras senjata jenis senapang angin, 50 butir peluru hidup jenis 12 bore, empat kotak kecil pallet dan empat batang paip besi.

Dalam pada itu, Simiun turut memaklumkan operasi yang telah dilaksanakan di daerah Ranau bermula antara 10 September telah berjaya menahan lima lelaki tempatan serta membuat rampasan sembilan laras senjata api buatan sendiri jenis bakakok, 11 laras senjata jenis senapang angin,  58 butir peluru  hidup jenis 12 bore, 3 butir kelongsong  peluru jenis 12 bore,  30 butir pallet senapang angin, empat kotak kecil  pallet senapang angin dan beberapa peralatan yang dipercayai  digunakan  untuk membuat senjata api.

“Operasi mengekang pemilikan dan pembuatan senjata api  buatan sendiri tanpa lesen yang sah di daerah ini dipertingkatkan bagi memastikan tiada pelanggaran  undang-undang dan mengelak tindakan tegas diambil ke atas mereka.

“PDRM tidak akan berkompromi dengan sesiapa yang melanggar undang-undang,” tegas Simiun.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/20/polis-tahan-5-lelaki-tempatan-miliki-senjata-api-buatan-sendiri/feed/ 0 6637