tenaga kerja – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 05 Sep 2024 13:15:53 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png tenaga kerja – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KESUMA yakin pemimpin Sabah sokong pindaan terbaharu Ordinan Buruh Sabah https://sabahmedia.com/2024/09/05/kesuma-yakin-pemimpin-sabah-sokong-pindaan-terbaharu-ordinan-buruh-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/09/05/kesuma-yakin-pemimpin-sabah-sokong-pindaan-terbaharu-ordinan-buruh-sabah/#respond Thu, 05 Sep 2024 13:13:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60224
Read Time:1 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Sumber Manusia  (KESUMA) yakin sokongan pemimpin-pemimpin dari Sabah berhubung pindaan terbaharu Ordinan Buruh Sabah akan berjaya diluluskan dalam sidang Parlimen yang akan datang.

Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, dua elemen komponen penting yang bakal dilaksana adalah menyelaraskan dan menyeragamkan hak pekerja Sabah dengan hak pekerja di Semenanjung yang termaktub dalam Akta Kerja 1955.

Katanya, penyelarasan itu termasuklah memasukkan peruntukan Seksyen 18b yang memperuntukan untuk membanteras buruh paksa dengan denda RM100,000 atau penjara dua tahun atau kedua-dua sekali kepada pesalah.

“Kita akan memasukkan, peruntukkan Seksyen 18b, peruntukkan untuk membanteras buruh paksa dengan denda RM100,000 ataupun penjara dua tahun ataupun kedua-duanya sekali kepada pesalah.

“Jadi itu satu penting. keduanya ialah Chapter 11 ataupun Part 11 dalam Ordinan Buruh Sabah yang terbaru ini juga mengandungi penambahbaikan dari segi buruh kanak-kanak child labour,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Konvensyen Memerangi Jenayah Pemerdagangan Orang Dan Buruh Paksa Tahun 2024 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Konvensyen itu dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Steven berkata, pihaknya menerusi KESUMA dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) termasuk JTK Sabah sedang dalam usaha menambahbaik proses menerima dan menguruskan aduan pekerja secara am. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/05/kesuma-yakin-pemimpin-sabah-sokong-pindaan-terbaharu-ordinan-buruh-sabah/feed/ 0 60224