Tenghilan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 19 May 2026 22:21:05 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tenghilan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Klinik luar bandar diperkasa, akses kesihatan rakyat lebih cekap — Hanifah https://sabahmedia.com/2026/05/20/klinik-luar-bandar-diperkasa-akses-kesihatan-rakyat-lebih-cekap-hanifah/ https://sabahmedia.com/2026/05/20/klinik-luar-bandar-diperkasa-akses-kesihatan-rakyat-lebih-cekap-hanifah/#respond Tue, 19 May 2026 22:20:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96991
Read Time:1 Minute, 39 Second

TUARAN : Klinik kesihatan di luar bandar perlu terus diperkasa bagi memastikan rakyat mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan yang lebih cekap dan berkualiti. 

Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, usaha menaik taraf fasiliti kesihatan khususnya di kawasan luar bandar merupakan satu keperluan dalam memperkukuh sistem penjagaan kesihatan primer.

“Kerja menaik taraf klinik kesihatan khususnya di luar bandar adalah satu keperluan selaras dengan agenda reformasi kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Langkah strategik ini amat penting bagi menjayakan agenda kementerian iaitu beralih daripada merawat penyakit kepada penjagaan kesihatan yang bermula di peringkat fasiliti kesihatan primer,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian Blok Baharu Klinik Kesihatan Tenghilan, Tuaran di sini.

Hanifah berharap masyarakat di daerah Tuaran khususnya penduduk dalam kawasan liputan Klinik Kesihatan Tenghilan menjadikan klinik itu sebagai pusat rujukan utama bukan sahaja untuk mendapatkan rawatan, tetapi juga meningkatkan kesedaran mengenai pencegahan penyakit dan amalan gaya hidup sihat.

“Saya berharap dengan adanya blok baharu ini, penyampaian perkhidmatan akan menjadi lebih cekap dan selesa selain mewujudkan suasana kerja yang lebih baik kepada petugas kesihatan,” katanya.

Hanifah turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mengutamakan aspek penjagaan kesihatan berikutan perubahan iklim global yang menyebabkan cuaca tidak menentu termasuk peningkatan suhu panas, gelombang haba, banjir kilat dan hujan berterusan.

“Saya ingin berpesan kepada semua agar meletakkan aspek penjagaan kesihatan sebagai keutamaan.

“Jika berlaku cuaca panas ekstrem, hadkan aktiviti luar dan pastikan minum air putih secukupnya. Pakailah pakaian yang longgar dan ringan bagi membantu pengaliran haba badan.

“Semasa hujan lebat dan berlakunya banjir, patuhi arahan berpindah sekiranya diarahkan pihak berkuasa dan lakukan dengan segera kerana keselamatan nyawa adalah keutamaan tertinggi,” katanya.

Beliau turut menyeru masyarakat agar membudayakan gaya hidup sihat termasuk melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala serta mempergiat usaha pencegahan penyakit seperti membersihkan kawasan air bertakung bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Pembinaan blok baharu Klinik Kesihatan Tenghilan yang siap pada tahun 2024 itu memberi manfaat besar kepada kira-kira 23,000 penduduk sekitar dalam mendapatkan akses rawatan kesihatan yang lebih cepat dan efisien.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/20/klinik-luar-bandar-diperkasa-akses-kesihatan-rakyat-lebih-cekap-hanifah/feed/ 0 96991
Pekan Tenghilan dinaiki air, JPKK diminta bersiap sedia bantu penduduk terjejas https://sabahmedia.com/2022/04/10/pekan-tenghilan-dinaiki-air-jpkk-diminta-bersiap-sedia-bantu-penduduk-terjejas/ https://sabahmedia.com/2022/04/10/pekan-tenghilan-dinaiki-air-jpkk-diminta-bersiap-sedia-bantu-penduduk-terjejas/#respond Sun, 10 Apr 2022 02:09:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14126
Read Time:1 Minute, 11 Second

TAMPARULI : Hujan berterusan sejak pagi semalam mengakibatkan beberapa kawasan di daerah ini mula dinaiki air banjir.

Ini termasuklah di sekitar Pekan Tenghilan yang turut menyebabkan pergerakan penduduk setempat terjejas khususnya bagi mereka yang mahu keluar membeli barang keperluan, bekerja dan ke gereja terbatas.

Tinjauan sekitar jam 8 pagi tadi, air dilihat semakin naik disebabkan keadaan air pasang yang dijangka sehingga jam 3 petang nanti.

Antara yang dinaiki air ialah kedai pekan Tenghilan, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Tenghilan, Tabika Kemas Tenghilan, Tamu Tenghilan, Padang Pekan Tenghilan, Sekolah Rendah Adventist (SRA) Tenghilan serta beberapa kawasan lain termasuklah rumah penduduk.

Manakala turut dinaiki air adalah rumah berhampiran kawasan sungai di Kampung Paruh, Kampung Tinuhan dan Kampung Bunga.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim, berkata, beliau telah memaklumkan kepada semua Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) di kawasan-kawasan berisiko banjir dan tanah runtuh untuk bersedia menerima sebarang aduan penduduk dan melaporkannya kepada pihak berwajib.

“Saya telah berhubung dengan Pegawai Daerah Tuaran tadi untuk mengaktifkan semula gerakan banjir,” katanya.

Beliau berharap semua pemimpin JPKK sentiasa bersiap sedia dengan apa-apa yang diperlukan oleh pihak urusetia Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah.

“Mereka mungkin akan menghubungi dari semasa ke semasa, jadi sentiasa bersedia untuk membantu,” katanya sambil mengharapkan agar keadaan banjr segera surut.

Sehingga jam 10 pagi tadi, paras air di sekitar jalan berhampiran Padang Pekan Tenghilan masih berada pada paras tinggi.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/10/pekan-tenghilan-dinaiki-air-jpkk-diminta-bersiap-sedia-bantu-penduduk-terjejas/feed/ 0 14126
KOPDESA Kini Miliki Tapak Kedai Perniagaan Sendiri Di Tenghilan https://sabahmedia.com/2021/12/06/kopdesa-kini-miliki-tapak-kedai-perniagaan-sendiri-di-tenghilan/ https://sabahmedia.com/2021/12/06/kopdesa-kini-miliki-tapak-kedai-perniagaan-sendiri-di-tenghilan/#respond Mon, 06 Dec 2021 03:37:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9376
Read Time:52 Second

TAMPARULI: Koperasi Pembangunan Desa Saradan Tenghilan Berhad (KOPDESA), kini memiliki tapak kedai perniagaan mereka sendiri, di kawasan Tenghilan dekat sini.

Pengerusinya, Irelene Damit, berkata, setelah mengadakan perbincangan dan mendapatkan persetujuan semua anggota koperasi, mereka bersetuju untuk menyewa di sebuah tanah milik seorang ahli dengan kadar sewa berpatutan.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada cikgu Yatau Mohd Azman atas kesudian menyewakan tanah beliau kepada KOPDESA dengan harapan semoga kita dapat dirikan sebuah kedai di sini kelak,” katanya.

Ahad lalu, tapak kedai itu turut dilawati Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim, bersama dengan kepimpinan di daerah kecil Tamparuli.

Lawatan tersebut merupakan susulan daripada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang telah dirasmikannya sendiri pada 22 November lalu.

Dalam majlis tersebut, beliau (Jahid) telah meluluskan sumbangan sebanyak RM5,000 dan Jahid telah sampaikan sumbangan tersebut kepada tabung koperasi bagi membiayai pengurusan KOPDESA semasa lawatan ke tapak tersebut kelmarin (Ahad).

Jahid turut memuji usaha KOPDESA yang proaktif dalam memainkan peranan bagi meningkatkan ekonomi penduduk, terutama di kawasan luar bandar.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/06/kopdesa-kini-miliki-tapak-kedai-perniagaan-sendiri-di-tenghilan/feed/ 0 9376