tentera – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 26 Mar 2026 06:39:52 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png tentera – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Anggota tentera hilang ditemui di Sarawak https://sabahmedia.com/2026/03/26/anggota-tentera-hilang-ditemui-di-sarawak/ https://sabahmedia.com/2026/03/26/anggota-tentera-hilang-ditemui-di-sarawak/#respond Thu, 26 Mar 2026 06:39:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93801
Read Time:1 Minute, 0 Second

SEMPORNA : Seorang anggota tentera yang dilaporkan hilang sebelum ini ketika bertugas dalam Operasi Pasir di Semporna, di sini disahkan berjaya dikesan oleh pasukan keselamatan.

Markas Angkatan Bersama (MK AB) dalam satu kenyataan memaklumkan, anggota terbabit dipercayai Tidak Hadir Tanpa Cuti (THTC) selepas gagal dikesan semasa pemeriksaan baris pagi di Pos Pulau Pandanan pada 14 Mac lalu.

Menurut MK AB, anggota tersebut, Renjer Fredenick anak Petrus, 21, dari Kompeni C, Batalion Ke-6 Rejimen Renjer Diraja (6 RRD), dilaporkan hilang sebelum usaha pengesanan dilancarkan.

“Hasil tindakan pasukan keselamatan, anggota tersebut berjaya ditahan oleh pasukan Kompeni Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) di Kota Samarahan, Sarawak pada 19 Mac lalu.

“Dia kemudian dibawa ke hadapan Majistret Kota Samarahan sebelum kini ditempatkan dalam tahanan tentera di Kem Muara Tuang bagi tujuan siasatan lanjut,” menurut kenyataan itu, pada Khamis. 

MK AB memaklumkan, siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar ketidakhadiran anggota terbabit.

Menurutnya, tindakan sewajarnya akan diambil selaras dengan peraturan dan undang-undang di bawah Akta Angkatan Tentera 1972.

Dalam masa sama, pihaknya menegaskan komitmen untuk memastikan setiap kes ditangani secara profesional, telus dan berintegriti.

“Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/26/anggota-tentera-hilang-ditemui-di-sarawak/feed/ 0 93801
Anggota tentera maut, seorang lagi hilang di Pulau Mataking https://sabahmedia.com/2025/09/13/anggota-tentera-meninggal-seorang-lagi-hilang-di-pulau-mataking/ https://sabahmedia.com/2025/09/13/anggota-tentera-meninggal-seorang-lagi-hilang-di-pulau-mataking/#respond Sat, 13 Sep 2025 11:45:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81164
Read Time:41 Second

SEMPORNA: Seorang anggota tentera maut manakala seorang lagi dilaporkan hilang selepas terlibat dalam satu insiden ketika melaksanakan Operasi PASIR Sektor Semporna Siri 3/2025 di perairan Pulau Mataking, semalam.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Prebet Muhammad Irfan Haiqal Abdullah, 20, dari Kompeni C, Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD). Beliau ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas menerima bantuan perubatan.

Seorang lagi anggota, Prebet Muhammad Zulkarnain Jaffar, 27, masih belum ditemui dan operasi mencari serta menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan pasukan sahabat.

Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) dalam kenyataan berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada insiden lemas, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

“Sebarang perkembangan berhubung insiden ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” jelas kenyataan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/13/anggota-tentera-meninggal-seorang-lagi-hilang-di-pulau-mataking/feed/ 0 81164
Tun Musa hadir Majlis Rumah Terbuka 5 Divisyen di Kem Lok Kawi https://sabahmedia.com/2025/04/20/tun-musa-hadir-majlis-rumah-terbuka-5-divisyen-di-kem-lok-kawi/ https://sabahmedia.com/2025/04/20/tun-musa-hadir-majlis-rumah-terbuka-5-divisyen-di-kem-lok-kawi/#respond Sun, 20 Apr 2025 02:35:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72308
Read Time:1 Minute, 6 Second

Putatan :  Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin menghadiri Majlis Rumah Terbuka 5 Divisyen di Dewan Kinabalu Kem Lok Kawi, di sini semalam.

Keberangkatan tiba Tun Musa dan Toh Puan Faridah pada jam 12.30 tengah hari disambut Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Noorrul Azril Ariffin dan isteri, Datin Noriza Md Rashid.

Majlis itu dihadiri lebih 350 tetamu termasuk ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri, agensi swasta, anggota tentera serta rakan strategik, bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim serta menghargai kerjasama antara Angkatan Tentera Darat dan komuniti setempat.

Antara pengisian program adalah gerai juadah hari raya dan photobooth bertemakan budaya tempatan serta persembahan nyanyian daripada Band N’Separang yang mencerminkan keterbukaan Angkatan Tentera Darat kepada masyarakat.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap ADUN Tanjung Keramat Datuk Ir. Shahelmey Yahya dan isteri, Datin Dayang Siti Noor Hayyat Awang Mohd Saufi; Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Al Hambra Tun Juhar dan isteri, Datin Scarlett Suhaili Sambinding Abdullah; Timbalan Setiausaha Persekutuan Sabah Mastina Ibnu Hassan serta wakil Ketua Polis Sabah, Datuk Mohd Azhar Hamin.

Turut berlangsung, penyampaian sumbangan Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA-GRS) kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Kem Lok Kawi oleh wakil Yang Dipertua badan amal itu iaitu Datin Dayang Siti Noor Hayyat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/20/tun-musa-hadir-majlis-rumah-terbuka-5-divisyen-di-kem-lok-kawi/feed/ 0 72308
PVTLDM Sabah, KVTTSB Jalin Kerjasama Laksana Enam Rancangan Perniagaan https://sabahmedia.com/2022/03/15/pvtldm-sabah-kvttsb-jalin-kerjasama-laksana-enam-rancangan-perniagaan/ https://sabahmedia.com/2022/03/15/pvtldm-sabah-kvttsb-jalin-kerjasama-laksana-enam-rancangan-perniagaan/#respond Tue, 15 Mar 2022 10:11:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13027
Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak enam rancangan perniagaan bakal dilaksanakan menerusi kerjasama bistari antara Persatuan Veteren Tentera Laut Diraja Malaysia Sabah (PVTLDM Sabah) dengan KONEL Ventures Tour and Travel Sdn Bhd (KVTTSB).

PVTLDM Sabah dalam satu kenyataan berkata, kerjasama itu turut dimeterai menerusi satu perjanjian kerjasama bistari yang ditandatangani bersama di Korporasi Kemajuan Nelayan dan Perikanan Sabah (Ko-Nelayan), Wisma Pertanian,disini semalam.

Perjanjian kerjasama itu ditandatangani oleh PVTLDM Sabah yang diwakili Presidennya Komander Datin Zamzelina Ahmad TLDM (Bersara) dan KVTTSB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Said Sulaiman.

Hadir sama menyaksikan penjanjian itu, Pengerusi Ko-Nelayan, Mohd Arshad Bistari, Timbalan Panglima Armada Timur, Laksamana Sazalee Shuib dan Pengarah JHEV ATM Negeri Sabah, Mej Noor Khairi Abd Rahman.

Antara segmen rancangan perniagaan itu adalah platform biokomposit mampan untuk pelancongan dan perikanan di Teluk Ambong, Kota Belud; Restoran dan pasar terapung biokomposit di Usukan, Kota Belud dan sangkar akuakultur biokomposit di Perairan Teluk Ambong, Kota Belud.

Selain itu, kerjasama itu juga akan melaksanakan sangkar akuakultur biokomposit ikan air tawar di Tempasuk, Kota Belud; program perumanan gabungan komuniti tempatan dan Veteran TLDM di Tempasuk, Kota Belud kerjasama dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad dan pembangunan kemudahan jeti perikanan ‘integrated fisheries wharfage’ untuk nelayan tempatan di Kota Belud.

Terdahulu, Mohd Arshad berkata, perjanjian kerjasama itu amat bermakna kepada Industri Perikanan Sabah kerana teknologi platform biokomposit terapung mampan akan meningkatkan lagi teknologi tangkapan hasil laut yang berkesan, lebih produktif dan mampan.

“Saya berharap berharap rancangan perniagaan dapat direalisasikan segera agar program dan projek dapat dilaksanakan seperti yang dirancang untuk pembangunan ekonomi ahli PVTLDM Sabah dan komuniti nelayan di bawah Ko-Nelayan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/15/pvtldm-sabah-kvttsb-jalin-kerjasama-laksana-enam-rancangan-perniagaan/feed/ 0 13027