Tepat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 30 Oct 2021 05:14:55 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tepat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sesi Roadshow Pasca RMKe-12 Tepat Pada Masanya – Hajiji https://sabahmedia.com/2021/10/30/sesi-roadshow-pasca-rmke-12-tepat-pada-masanya-hajiji/ https://sabahmedia.com/2021/10/30/sesi-roadshow-pasca-rmke-12-tepat-pada-masanya-hajiji/#respond Sat, 30 Oct 2021 05:14:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8062
Read Time:2 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyambut baik usaha dan inisiatif yang diambil Kerajaan Persekutuan menganjurkan Roadshow Pasca Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) bertujuan membuat hebahan mengenai dasar, strategi dan inisiatif rancangan itu kepada semua pihak berkepentingan di negeri Sabah.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ini bagi memastikan pemegang taruh atau amanah di peringkat negeri mendapat maklumat terperinci dan penjelasan lebih tepat mengenai RMKe-12.

“Bertepatan dengan objektif RMKe-12 iaitu ‘Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan berlandaskan semangat Keluarga Malaysia’, saya berpendapat bahawa sesi roadshow seperti ini adalah satu pendekatan yang terbaik dan tepat pada masanya.

“Ia penting bagi memastikan pihak yang berkaitan bersama memainkan peranan dan tanggungjawab dalam merealisasikan pelaksanaan semua program serta projek pembangunan yang telah dirancang dalam tempoh lima tahun ini,” katanya sempena Sesi Roadshow Pasca Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) bersama Kerajaan Negeri Sabah, di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini pada Sabtu.

Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Dato’ Sri Mustapa Mohamed.

Dalam pada itu, kerajaan negeri juga memberi jaminan akan memberikan sokongan dan kerjasama sepenuhnya agar program pembangunan RMK12 dapat dilaksanakan dengan jayanya.

“Dalam pembentangan RMKe-12 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 27 September 2021, Kerajaan Persekutuan terus memberikan perhatian utama dan fokus pembangunan yang lebih besar kepada Sabah dalam pelbagai sektor.

“Ini meliputi pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas, pendigitalan, jalur lebar pendidikan, kesihatan, pembangunan ekonomi dan wilayah serta bandar sempadan, memperkasa agenda Anak Negeri dan Bumiputera serta menyelesaikan isu-isu dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)”,katanya.

Hajiji berkata, beberapa isu dan cabaran antaranya kekurangan prasarana dan infrastruktur asas, ketidakseimbangan pembangunan, kolaborasi dan penyampaian perkhidmatan awam yang kurang cekap dan berkesan, dihadapi oleh negeri Sabah sepanjang tempoh pelaksanaan Rancangan-Rancangan Malaysia yang sebelumnya.

“Dengan mengambil kira isu dan cabaran tersebut, Kerajaan Negeri menyokong penuh langkah Kerajaan Persekutuan yang menggariskan lima bidang keutamaan dalam Pemacu Perubahan Ketujuh, ‘Memperkukuh Pembangunan Sosioekonomi di Sabah dan Sarawak’.

“Antara bidang keutamaan tersebut adalah untuk memantapkan penyediaan infrastruktur, mengoptimumkan potensi ekonomi, menambah baik akses kepada perkhidmatan sosial, mempertingkat pembangunan inklusif dan memperkukuh kerjasama antara agensi Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

“Oleh itu, saya mahu kementerian, jabatan dan agensi negeri agar memberikan tumpuan kepada lima bidang keutamaan itu. Saya percaya dengan komitmen, koordinasi dan kerjasama yang padu, pembangunan negeri dalam pelbagai sektor dapat dipacu ke tahap yang lebih tinggi seterusnya meningkatkan kesejahteraan rakyat di semua peringkat,” katanya.

Hajiji berkata Kerajaan Negeri dan rakyat Sabah berharap agar Kerajaan Persekutuan akan terus menyokong dan memberi perhatian kepada kemajuan negeri ini secara inklusif.

“Ini termasuklah pemberian peruntukan yang lebih besar pada pada masa hadapan bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan berimpak tinggi bagi merangsang pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat negeri ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/30/sesi-roadshow-pasca-rmke-12-tepat-pada-masanya-hajiji/feed/ 0 8062
Ismail Sabri adalah pilihan yang tepat mengisi kekosongan kepimpinan Perdana Menteri – Maximus https://sabahmedia.com/2021/08/20/pbs-ucap-tahniah-atas-pelantikan-datuk-seri-ismail-sabri-yaakub-sebagai-perdana-menteri/ https://sabahmedia.com/2021/08/20/pbs-ucap-tahniah-atas-pelantikan-datuk-seri-ismail-sabri-yaakub-sebagai-perdana-menteri/#respond Fri, 20 Aug 2021 12:12:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4971
Read Time:1 Minute, 7 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-9 Malaysia.

Menyifatkannya sebagai pilihan yang tepat untuk mengisi kekosongan kepimpinan yang tidak dijangka, Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, Ismail Sabri telah menunjukkan kemampuan dan kemahiran dalam kepemimpinannya dalam 17 bulan terakhir sebagai menteri kanan.

“Dalam 17 bulan terakhir, beliau memiliki kesempatan untuk menunjukkan kepemimpinannya sebagai wakil Perdana Menteri dan menteri kanan pertahanan dan keselamatan, dan memainkan peranan penting dalam menangani pandemik COVID-19.

“Kami yakin bahawa Ismail Sabri akan melakukan dengan baik semasa dia menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri.

“PBS berharap dapat bekerjasama rapat dengan beliau, terutama mengenai keperluan pembangunan dan keselamatan Sabah, dan bagi Sabah dan Sarawak untuk menyelesaikan masalah yang tertunggak berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963, “katanya.

Maximus yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu menambah, bahawa Ismail Sabri selalu berbicara mengenai perlunya pematuhan MA63, dan juga selalu menyokong keperluan dan tuntutan pembangunan Sabah dan Sarawak.

Dan sekarang beliau akan mengambil tugas sebagai ketua Majlis Khas MA63, sebagai Perdana Menteri yang baharu.

“Tentu saja, tugas langsung sebagai Perdana Menteri dan kerajaan yang baharu adalah memerangi virus maut COVID-19 ini dan mencapai pemulihan ekonomi secepat mungkin.

“Kami, di PBS, percaya Perdana Menteri yang baharu sudah bersedia untuk tugas-tugas yang akan datang, “kata Maximus.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/20/pbs-ucap-tahniah-atas-pelantikan-datuk-seri-ismail-sabri-yaakub-sebagai-perdana-menteri/feed/ 0 4971
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, pelantikan paling tepat – Hajiji https://sabahmedia.com/2021/07/07/datuk-seri-ismail-sabri-yaakob-dan-datuk-seri-hishammuddin-hussein-pelantikan-paling-tepat-hajiji/ https://sabahmedia.com/2021/07/07/datuk-seri-ismail-sabri-yaakob-dan-datuk-seri-hishammuddin-hussein-pelantikan-paling-tepat-hajiji/#respond Wed, 07 Jul 2021 12:16:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2722
Read Time:39 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menyifatkan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri Menteri dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Kanan (Luar Negeri) sebagai paling tepat memandangkan kedua-duanya mempunyai pengalaman luas dalam jawatan menteri kanan.

Hajiji, yang juga ketua Gabungan Rakyat Sabah (GRS), mengatakan Ismail dan Hishammuddin mendapat sokongan penuh dari Kerajaan Negeri.

“Kami yakin pelantikan tersebut akan memperkuat Perikatan Nasional (PN) dan di pada masa yang sama membolehkan Malaysia memberi tumpuan kepada usaha memerangi Covid-19 pandemik, ”kata Hajiji.

Perdana Menteri mengumumkan bahawa Ismail Sabri juga akan terus memegang Portfolio Kementerian Pertahanan.

Sementara itu, sebagai menteri kanan, Hishammuddin akan mengambil alih kluster keselamatan yang sebelumnya dipimpin oleh Ismail Sabri serta membantu Perdana Menteri bagi pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/07/datuk-seri-ismail-sabri-yaakob-dan-datuk-seri-hishammuddin-hussein-pelantikan-paling-tepat-hajiji/feed/ 0 2722
Sebar Maklumat Tepat dan Betul – Jonathan Yasin https://sabahmedia.com/2021/06/27/sebar-maklumat-tepat-dan-betul-jonathan-yasin/ https://sabahmedia.com/2021/06/27/sebar-maklumat-tepat-dan-betul-jonathan-yasin/#respond Sun, 27 Jun 2021 09:00:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2064
Read Time:47 Second

RANAU: Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang juga Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin, menegaskan vaksinasi adalah amat penting bukan sahaja melindungi diri sendiri, ahli keluarga, rakan sekerja, malah jiran sekeliling dan seluruh komuniti selaras dengan slogan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, ‘Lindung Diri, Lindung Semua’.

Menurutnya, pemberian  vaksin Covid-19 walaupun secara sukarela namun, sangat digalakkan dan penting untuk mendaftar melalui Aplikasi Mysejahtera, Talian Hotline, Laman  Sesawang www.vaksincovid.gov.my, Pendaftaran di fasiliti Perubatan Awam dan Swasta atau Program Outreach.

“Kita mengharapkan dengan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan ini,  keadaan kehidupan rakyat dan ekonomi negara akan menjadi lebih baik”, jelas Jonathan dalam ucapannya menerusi siri program Malaysia Prihatin KDN yang dijalankan di beberapa lokasi daerah di Sabah sejak awal tahun ini.

Beliau mengajak semua pihak agar turut menjadi agen bagi memberi kesedaran dengan menyebarkan makumat  yang tepat dan betul mengenai kepentingan program imunisasi kepada keluarga dan masyarakat seluruhnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/27/sebar-maklumat-tepat-dan-betul-jonathan-yasin/feed/ 0 2064