terbabas – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 23 Jan 2026 06:13:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png terbabas – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Penumpang maut, pemandu cedera, pacuan empat roda terbabas dalam lubang pembentungan https://sabahmedia.com/2026/01/23/penumpang-maut-pemandu-cedera-pacuan-empat-roda-terbabas-dalam-lubang-pembentungan/ https://sabahmedia.com/2026/01/23/penumpang-maut-pemandu-cedera-pacuan-empat-roda-terbabas-dalam-lubang-pembentungan/#respond Fri, 23 Jan 2026 06:08:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90217
Read Time:1 Minute, 11 Second

LAHAD DATU: Seorang penumpang maut manakala pemandu cedera selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas sendiri sebelum melanggar penghadang dan terjatuh ke dalam lubang pembentungan sedalam kira-kira tujuh meter di Jalan Pantai menghala ke Bandar Lahad Datu, pagi Jumaat.

Pacuan empat roda yang dinaiki dua mangsa lelaki terbabas lalu terjatuh ke dalam lubang pembentungan yang sedang dalam pembinaan di sini pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.04 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu digerakkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Vigo yang dinaiki dua orang mangsa lelaki didapati terjatuh ke dalam lubang pembentungan (jacking pit) berukuran kira-kira 6.5 meter lebar yang sedang dalam pembinaan.

“Kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba menggunakan tali dan pengusung. Bagaimanapun, penumpang disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian, manakala pemandu mengalami kecederaan patah tangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa maut dikenal pasti sebagai Muhammad Almadi Hassan, manakala pemandu yang cedera ialah Wilyamil Ahajul, 34 tahun, dan dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Mayat mangsa diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut.

Tindakan pihak bomba seterusnya memasang sawar-sawar di lokasi kejadian sebelum operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.07 pagi selepas kawasan kejadian dipastikan selamat.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/23/penumpang-maut-pemandu-cedera-pacuan-empat-roda-terbabas-dalam-lubang-pembentungan/feed/ 0 90217
Terlelap punca pengawal keselamatan terbabas https://sabahmedia.com/2025/11/10/terlelap-punca-pengawal-keselamatan-terbabas/ https://sabahmedia.com/2025/11/10/terlelap-punca-pengawal-keselamatan-terbabas/#respond Sun, 09 Nov 2025 22:40:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85390
Read Time:34 Second

SANDAKAN: Akibat terlelap seketika, seorang pengawal keselamatan yang memandu sendiri kenderaannya terbabas dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Jalan Nasalim, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, lelaki berusia 21 tahun itu dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerja.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sandakan, Sulaiman Salama, berkata pihaknya yang menerima panggilan segera ke lokasi itu membabitkan sepasukan lapan anggota.

Katanya, pasukan segera memberi rawatan awal ke atas mangsa serta membantu mengawal lalu lintas bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya lain.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada pemandu yang mengalami ‘microsleep’.

“Mangsa mengalami kecederaan ringan. Pasukan seterusnya menghantar mangsa ke Hospital Duchess of Kent untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/10/terlelap-punca-pengawal-keselamatan-terbabas/feed/ 0 85390
Warga emas lelaki maut kereta dipandu terbabas https://sabahmedia.com/2024/05/14/warga-emas-lelaki-maut-kereta-dipandu-terbabas/ https://sabahmedia.com/2024/05/14/warga-emas-lelaki-maut-kereta-dipandu-terbabas/#respond Tue, 14 May 2024 00:42:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54375
Read Time:59 Second

KOTA KINABALU: Seorang warga emas lelaki maut selepas kenderaan yang dipandu terbabas sendiri menyebabkan pelanggaran tiga buah kenderaan lain dalam kejadian di Iramanis, Jalan Lintas dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2.03 petang sebuah Toyota Avanza yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan, 60-an dari arah Luyang menghala ke Tuaran telah terbabas sendiri dari lorong tengah ke lorong pusingan-U di lokasi kejadian.

“Ekoran dari itu, pemandu Toyota Avanza telah melanggar sebuah Toyota Hilux dibahagian sisi kiri dan seterusnya melanggar bahagian belakang kiri sebuah lori Isuzu yang berada dihadapan menyebabkan lori tersebut tersorong dan melanggar sebuah Toyota Lexus yang berada dihadapannya.

“Pemandu Toyota Avanza disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan yang turut berada di lokasi kemalangan pada jam 2.28 petang.

“Manakala pemandu ketiga-tiga kenderaan lain yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE1) untuk proses pengecaman dan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kesemua kenderaan yang terlibat ditahan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/14/warga-emas-lelaki-maut-kereta-dipandu-terbabas/feed/ 0 54375
Dua maut, satu parah melibatkan tiga motosikal terbabas https://sabahmedia.com/2024/02/26/dua-maut-satu-parah-melibatkan-tiga-motosikal-terbabas/ https://sabahmedia.com/2024/02/26/dua-maut-satu-parah-melibatkan-tiga-motosikal-terbabas/#respond Mon, 26 Feb 2024 09:50:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50141
Read Time:1 Minute, 38 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

SOOK: Seorang penunggang motosikal maut manakala seorang parah dalam kejadian kemalangan jalan raya melibatkan dua buah motosikal terbabas di Kilometer 5, Jalan Sook – Tulid pada Ahad (25 Feb).

Dalam kejadian kira-kira jam 2.00 pagi itu, seorang mangsa lelaki (K1) Juanis Uvil, 30, maut ditempat kejadian manakala seorang lagi mangsa lelaki (K2) berumur 23 tahun mengalami cedera parah.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai berkata, aduan diterima dari orang awam kira-kira jam 2.15 pagi pada Ahad dan siasatan di lokasi kejadian mendapati kemalangan melibatkan dua buah motosikal.

“Semasa kejadian, penunggang (K2) dari arah Sook menuju ke Tulid manakala (K1) dari arah yang sama di belakang motosikal (K2) sampai di tempat kejadian (K1) dan (K2) dipercayai telah gagal mengawal motosikal yang ditunggang selepas melalui selekoh dan lalu kedua-dua motosikal terbabas.

“Akibat dari kejadian tersebut penunggang (K1) mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia ditempat kejadian.

“Manakala Penunggang (K2) mengalami kecederaan di bahagian muka dan badan telah di bawa ke Hospital Keningau untuk pemeriksaan dan rawatan,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Sementara itu dalam kejadian berasingan pada hari sama, seorang mangsa Rain Dahap, 30, maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas sendiri di Kilometer 3, Jalan Sook – Tulid.

Yampil berkata, dalam kejadian kira-kira 12.15 tengah malam Ahad itu siasatan di lokasi kejadian mendapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal.

“Semasa kejadian, mangsa seorang lelaki dari arah Sook menuju ke Tulid sampai di tempat kejadian mangsa dipercayai telah gagal mengawal motosikal yang ditunggang dan terbabas ke sebelah kanan bahu jalan.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia ditempat kejadian, seterusnya mayat mangsa telah di bawa ke Hospital Keningau untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Menurut Yampil, siasatan awal mendapati kemalangan disebabkan oleh kecuaian ketiga-tiga penunggang motosikal itu sendiri yang gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan.

“Siasatan diteruskan ke atas ketiga-tiga kes dan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987 atas arahan KBSPTD,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/26/dua-maut-satu-parah-melibatkan-tiga-motosikal-terbabas/feed/ 0 50141
Kenderaan memecut, terbabas, elak ditahan JPJ, punca kemalangan maut di Sipitang https://sabahmedia.com/2024/02/15/kemalangan-maut-ragut-dua-nyawa-di-sipitang-elak-ditahan-jpj/ https://sabahmedia.com/2024/02/15/kemalangan-maut-ragut-dua-nyawa-di-sipitang-elak-ditahan-jpj/#respond Wed, 14 Feb 2024 23:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49519
Read Time:1 Minute, 30 Second

SIPITANG: Kejadian kemalangan maut yang meragut dua nyawa termasuk pemandu lelaki berusia 19 tahun dan seorang remaja perempuan di Jalan Sabah Forest Industries (SFI) semalam dipercayai berpunca pemandu kenderaan memecut laju lalu terbabas kerana cuba mengelak dari ditahan oleh kenderaan milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sedang menjalankan tugas rondaan di kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Sipitang Deputi Superintendan Mail Sundongi berkata, pihaknya menerima panggilan daripada anggota JPJ Sipitang pada jam 5.08 petang Rabu (14 Feb) memaklumkan terdapat kemalangan jalan raya di lokasi kejadian melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Saga yang dinaiki oleh lima mangsa.

“Dalam kemalangan tersebut pemandu dan penumpang belakang meninggal dunia, manakala dua mangsa cedera parah dan seorang cedera ringan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Mail, hasil siasatan awal, kenderaan mangsa daripada Speedmart 99 Merintaman hendak balik ke Kampung Sibubu jalan SFI, pada ketika itu semasa kenderaan mangsa dalam perjalanan balik sebuah kenderaan milik JPJ Sipitang yang sedang menjalankan tugas rondaan, mengekori kenderaan mangsa daripada belakang dan memasang lampu beacon light.

“Apabila pemandu kenderaan Proton saga melihat kenderaan JPJ di belakangnya, pemandu kenderaan memecut laju, sebaik sahaja sampai di jalan selekoh menuruni bukit kenderaan tersebut hilang kawalan hingga menyebabkan terbabas ke bahu jalan sebelah kiri dan melanggar sebatang pokok yang tumbang.

“Mangsa telah dikeluarkan oleh pihak Bomba dan Penyelamat Sipitang manakala mangsa yang cedera telah dibawa oleh kenderaan Ambulans ke Hospital Sipitang,” katanya.

Mail berkata, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Mohd Khairul Abdullah, 19, (pemandu warga tempatan) dan Norsiah Faizal, 14 (tiada dokumen).

“Manakala tiga mangsa yang cedera termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun, dua remaja perempuan masing-masing berusia 16 dan 17 tahun. Ketiga-tiga mangsa juga tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

“Pihak polis kini menjalankan siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Sek. 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/15/kemalangan-maut-ragut-dua-nyawa-di-sipitang-elak-ditahan-jpj/feed/ 0 49519