terbakar – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 19 Apr 2025 04:33:41 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png terbakar – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Suami isteri melecur, dua buah rumah musnah terbakar https://sabahmedia.com/2025/04/19/suami-isteri-melecur-dua-buah-rumah-musnah-terbakar/ https://sabahmedia.com/2025/04/19/suami-isteri-melecur-dua-buah-rumah-musnah-terbakar/#respond Sat, 19 Apr 2025 04:33:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72244
Read Time:53 Second

Oleh FLORIETA DIET

KENINGAU: Sepasang suami isteri cedera melecur dan rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Tudan Baru, Keningau pada Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Pemyelamat (BBP) Keningau, PKPgB Severinus@Mohd Nidzam Sainkui, berkata, dua mangsa yang merupakan penghuni rumah pertama daripada dua buah rumah yang musnah dalam kebakaran itu.

“Suami berusia 43 tahun dan isterinya berusia 42 tahun masing-masing melecur tangan kiri dan bahagian dahi. Mereka telah diberikan rawatan awal dan dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS Bomba,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Severinus, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan diterima pada jam 7.24 malam.

Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau bersama 12 anggota tiba di lokasi pada jam 7.37 malam dan mendapati dua buah rumah jenis separuh kekal berkeluasan 30×40 kaki sedang terbakar.

Katanya lagi, api berjaya dikawal pada jam 8.05 malam dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.42 malam setelah api dipadam sepenuhnya dan tiada lagi ancaman bahaya dikesan.

Turut membantu dalam operasi ialah anggota dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sabah Electricity dan RELA.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/19/suami-isteri-melecur-dua-buah-rumah-musnah-terbakar/feed/ 0 72244
Rumah sewa terbakar di Putatan https://sabahmedia.com/2025/04/03/rumah-sewa-terbakar-di-kg-sepanggil/ https://sabahmedia.com/2025/04/03/rumah-sewa-terbakar-di-kg-sepanggil/#respond Thu, 03 Apr 2025 06:13:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71422
Read Time:43 Second

Oleh FLORIETA DIET

PUTATAN: Sebuah rumah sewa jenis separuh kekal terbakar 50 peratus di Kampung Sipanggil, dekat sini, pagi tadi (3 April).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan, Penolong Penguasa Bomba Noorsherriyana Bohari kebakaran dilaporkan berlaku pada jam 9:49 pagi, dan pasukan bomba tiba di tempat kejadian hanya empat minit kemudian pada pukul 9:53 pagi.

“Rumah sewa berkeluasan 20×25 kaki persegi itu mengalami kerosakan akibat kebakaran yang melibatkan hampir separuh daripada struktur rumah tersebut.

“Operasi pemadaman yang dikendalikan oleh enam anggota bomba, kebakaran berjaya dikawal pada pukul 10:30 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 11:06 pagi.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden ini, dan pemeriksaan lanjut dilakukan di sekitar kawasan kejadian bagi memastikan tiada bahaya lain wujud,” katanya.

Tambahnya lagi, selain anggota bomba, turut terlibat dalam operasi ini adalah pihak polis, Sabah Electricity, dan Majlis Daerah Putatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/03/rumah-sewa-terbakar-di-kg-sepanggil/feed/ 0 71422
60 rumah atas air di Tawau musnah terbakar https://sabahmedia.com/2025/01/12/60-rumah-atas-air-di-tawau-musnah-terbakar/ https://sabahmedia.com/2025/01/12/60-rumah-atas-air-di-tawau-musnah-terbakar/#respond Sun, 12 Jan 2025 07:16:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66826
Read Time:1 Minute, 2 Second

TAWAU: Kira-kira 60 rumah atas air di Kampung Sri Aman, Batu 3 Jalan Apas di sini telah musnah musnah dijilat api awal pagi tadi.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 7:46 pagi itu menyebabkan tiga mangsa mengalami sesak nafas.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7:46 pagi dan pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira sembilan minit kemudian.

“Komander Operasi melaporkan kebakaran melibatkan rumah atas air jenis tidak kekal berkeluasan dua ekar dan anggaran 60 buah rumah musnah terbakar 100 peratus.

“Kerja-kerja pemadaman api menggunakan sumber air diperolehi dari jentera bomba dan pili Bomba,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, tiga mangsa yang terlibat iaitu seorang lelaki berusia 49 tahun dan dua perempuan masing-masing berusia 49 tahun dan 14 tahun.

“Ketiga-tiga mangsa mengalami sesak nafas dan menerima rawatan awal di lokasi oleh pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan EMRS,” jelasnya.

Seramai 55 anggota daripada BBP Tawau, BBP Kunak, dan Bomba Komuniti Titingan terlibat dalam operasi ini, selain bantuan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Sabah Electricity.

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 9:20 pagi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada 11:20 pagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/12/60-rumah-atas-air-di-tawau-musnah-terbakar/feed/ 0 66826
18 rumah musnah terbakar di Kg Kuala Abai https://sabahmedia.com/2024/07/09/18-rumah-musnah-terbakar-di-kg-kuala-abai/ https://sabahmedia.com/2024/07/09/18-rumah-musnah-terbakar-di-kg-kuala-abai/#respond Tue, 09 Jul 2024 12:41:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57291
Read Time:46 Second

KOTA BELUD: Kira-kira 18 buah rumah musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Kuala Abai, dekat sini petang tadi (9 Jul).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada jam 3.43 petang tadi.

Kira-kira 18 buah rumah musnah dalam kejadian kebakaran di Kg Kuala Abai, Kota Belud petang tadi (9 Jul). – Foto ihsan JBPM Sabah

Katanya, komander operasi di lokasi kejadian melaporkan kebakaran melibatkan 18 buah rumah jenis separuh kekal berkeluasan 3600 meter persegi bagi luas keseluruhan kawasan kebakaran.

“Difahamkan selain rumah yang dibina rapat, faktor angin yang kuat kerana rumah berhampiran laut juga menyebabkan api merebak dengan cepat.

“Pasukan Bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan sumber air dari tangki jentera dan air terbuka (sungai) berhampiran.

“Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa mangsa yang terlibat dilaporkan. Namun kerja-kerja memadam bara-bara api masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/09/18-rumah-musnah-terbakar-di-kg-kuala-abai/feed/ 0 57291
Satu blok bangunan SK Abaka Ladang Table musnah terbakar https://sabahmedia.com/2024/06/23/satu-blok-bangunan-sk-abaka-ladang-table-musnah-terbakar/ https://sabahmedia.com/2024/06/23/satu-blok-bangunan-sk-abaka-ladang-table-musnah-terbakar/#respond Sun, 23 Jun 2024 03:14:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56412
Read Time:49 Second

TAWAU: Satu blok bangunan Sekolah Kebangsaan Abaka Ladang Table di sini musnah terlibat dalam kebakaran yang berlaku tengah malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran sekolah itu pada tengah malam tadi (22 Jun).

“Komander Operasi Pasukan Bomba Tawau melaporkan terdapat satu blok bangunan jenis kayu SK Abaka Ladang Table musnah 100 peratus dalam kejadian kebakaran itu.

“Operasi pemadaman terkawal pada jam 1.20 pagi dan ditamatkan pada jam 1.23 pagi tadi.

“Tiada mangsa terlibat dilaporkan dalam kebakaran itu. Pihak bomba masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Raisin Saidin ketika dihubungi hari ini berkata, pihaknya akan meneliti dan membuat perancangan mengenai perkara itu.

“Kita akan teliti dan akan membuat perancangan supaya proses pengajaran pembelajaran dapat dilaksanakan.

“Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tawau telah saya arahkan meneliti perkara tersebut.

“Kebakaran itu melibatkan kelas tahap 2 iaitu murid Tahun 4,5 dan 6,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/23/satu-blok-bangunan-sk-abaka-ladang-table-musnah-terbakar/feed/ 0 56412
13 rumah musnah terbakar di Kg Cenderamata Limbungan https://sabahmedia.com/2024/06/07/13-rumah-musnah-terbakar-di-kg-cenderamata-limbungan/ https://sabahmedia.com/2024/06/07/13-rumah-musnah-terbakar-di-kg-cenderamata-limbungan/#respond Thu, 06 Jun 2024 23:32:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55619
Read Time:39 Second

SANDAKAN: Sebanyak 13 buah rumah musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Cenderamata Limbungan, Jalan Batu Sapi di sini petang kelmarin. (6 Jun)

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 6 petang semalam.

“Sepasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan bergegas ke lokasi kejadian kira-kira 13 kilometer dari balai.

“Ketua operasi melaporkan kebakaran melibatkan 13 buah rumah atas air jenis tidak kekal berkeluasan 1 ekar luas keseluruhan kawasan terlibat.

“Pasukan Bomba berjaya menyelamatkan 340 buah rumah daripada terbakar. Tiada kecederaan mangsa dilaporkan.

“Operasi terkawal pada jam 7.17 malam dan setelah memastikan tiada kemerbahayaan lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.17 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/07/13-rumah-musnah-terbakar-di-kg-cenderamata-limbungan/feed/ 0 55619
Restoran dan penginapan pekerja pusat peranginan di Semporna musnah terbakar https://sabahmedia.com/2024/05/03/restoran-dan-penginapan-pekerja-pusat-peranginan-di-semporna-musnah-terbakar/ https://sabahmedia.com/2024/05/03/restoran-dan-penginapan-pekerja-pusat-peranginan-di-semporna-musnah-terbakar/#respond Fri, 03 May 2024 09:21:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=53868
Read Time:38 Second

SEMPORNA: Satu kejadian kebakaran memusnahkan bahagian ruang restoran dan penginapan pekerja The Buwan Dive Resort, salah sebuah pusat peranginan di sini, tengahari tadi.

Ketua Balai Bomba Semporna Madzlan Sarman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 12.26 tengahari tadi (3 Mei), seramai 14 anggota terdiri daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna (8) dan BBP Air Semporna (6) bersama tiga jentera bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian mendapati satu kebakaran melibatkan restoran dan penginapan pekerja di pusat peranginan tersebut telah musnah terbakar.

“Operasi pemadaman kebakaran terkawal pada jam 1.25 petang dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.19 petang,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Bagaimanapun, katanya, tiada kemalangan jiwa atau mangsa dilaporkan terlibat dalam kebakaran itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/03/restoran-dan-penginapan-pekerja-pusat-peranginan-di-semporna-musnah-terbakar/feed/ 0 53868
22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan https://sabahmedia.com/2024/05/01/22-rumah-musnah-dalam-kebakaran-di-batu-3-sandakan/ https://sabahmedia.com/2024/05/01/22-rumah-musnah-dalam-kebakaran-di-batu-3-sandakan/#respond Wed, 01 May 2024 12:06:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=53776
Read Time:37 Second

SANDAKAN: Sebanyak 22 rumah musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran yang berlaku di kawasan Batu 3 dekat sini petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sepasukan bomba terdiri 34 orang anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba Sandakan bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 4.07 petang tadi (1 Mei).

“Di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati kebakaran melibatkan 22 buah rumah jenis tidak kekal telah musnah dalam kebakaran itu.

“Operasi pemadaman dijalankan dan tiada mangsa terlibat dilaporkan dalam kebakaran itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi terkawal pada jam 4.41 petang. Setelah memastikan tiada kemerbahayaan lain di kawasan kejadian, operasi di tamatkan sepenuhnya pada jam 6.42 petang.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/01/22-rumah-musnah-dalam-kebakaran-di-batu-3-sandakan/feed/ 0 53776
15 buah rumah setinggan terbakar di Jalan Saga Likas https://sabahmedia.com/2023/04/27/15-buah-rumah-setinggan-terbakar-di-jalan-saga-likas/ https://sabahmedia.com/2023/04/27/15-buah-rumah-setinggan-terbakar-di-jalan-saga-likas/#respond Wed, 26 Apr 2023 20:53:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=33386
Read Time:43 Second

((Kemaskini))

KOTA KINABALU: Sekurang-kurangnya 15 buah rumah setinggan membabitkan 17 keluarga hilang tempat tinggal selepas terlibat dalam satu kebakaran di Jalan Saga Likas, di sini pada Rabu malam.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas PKPgB Agustavia Joe Guasi, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.29 malam pada Rabu (26 April) mengenai kejadian tersebut.

“Sepasukan Bomba bari BBP Lintas BBP Kota Kinabalu, BBP Penampang dikerah ke lokasi kejadian.

“Pasukan Bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan dua aliran empat pancutan 400 kaki sumber air dari jentera Bomba Fire Rescue Tender (FRT), Water Tanker dan pili Bomba berdekatan.

“Kebakaran melibatkan 15 buah rumah setinggan jenis tidak kekal terbakar 100 peratus membabitkan 17 keluarga hilang tempat tinggal,” kata Agustavia dalam kenyataan mutakhirnya tengah malam tadi.

Bagaimanapun katanya, tiada mangsa yang terlibat dilaporkan dalam kebakaran itu, seterusnya operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.47 malam.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/27/15-buah-rumah-setinggan-terbakar-di-jalan-saga-likas/feed/ 0 33386
90 rumah terbakar di Kloni Setinggan Cenderamata https://sabahmedia.com/2023/03/06/90-rumah-terbakar-di-kloni-setinggan-cenderamata/ https://sabahmedia.com/2023/03/06/90-rumah-terbakar-di-kloni-setinggan-cenderamata/#respond Mon, 06 Mar 2023 04:01:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30368
Read Time:46 Second

SANDAKAN: Sebanyak 90 rumah terlibat dalam satu kebakaran di Kloni Setinggan Cenderamata dekat sini awal pagi tadi.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sandakan, pihaknya menerima maklumat kes kejadian kebakaran daripada orang awam pada jam 4.45 pagi tadi (6 Mac).

“Setiba pasukan APM di lokasi pada jam 5.40 pagi operasi pemadaman api terkawal dan pada jam 7.48 pagi operasi pemadaman api dapat dikawal sepenuhnya oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sandakan,” katanya.

Katanya, kebakaran yang melibatkan 90 buah rumah termasuk 80 buah rumah musnah manakala sepuluh Buah rumah separuh musnah.

“Mangsa-mangsa kebakaran seterusnya dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara di PPR Batu Sapi.

“Selain APM, JBPM, agensi keselamatan lain yang turut membantu di lokasi kejadian iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS),” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/06/90-rumah-terbakar-di-kloni-setinggan-cenderamata/feed/ 0 30368