Terbuka – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 27 Feb 2024 01:57:49 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Terbuka – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah terbuka pelbagai inisiatif pihak industri tingkat kemahiran belia https://sabahmedia.com/2024/02/27/sabah-terbuka-pelbagai-inisiatif-pihak-industri-tingkat-kemahiran-belia/ https://sabahmedia.com/2024/02/27/sabah-terbuka-pelbagai-inisiatif-pihak-industri-tingkat-kemahiran-belia/#respond Tue, 27 Feb 2024 01:57:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50165
Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: Sabah terbuka dengan pelbagai pelaksanaan inisiatif oleh pihak industri yang dapat membantu meningkatkan keupayaan dan kemahiran para belia di negeri ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, badan korporat dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) perlu berganding bahu membantu kerajaan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan khususnya kepada golongan belia dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran di Sabah.

Beliau berkata demikian semasa Majli Perasmian Pelancaran MBC Training & Consultancy Sdn. Bhd (Cawangan Borneo) di sini, semalam.

Teks ucapan Ketua Menteri disampaikan oleh Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Fairuz Renddan.

Syarikat MBC Training & Consultancy Services Sdn Bhd (Borneo) yang diterajui oleh anak tempatan Sabah mengadakan kolaborasi strategik bersama Syarikat MBC Training & Consultancy Services Sdn Bhd dalam merealisasikan hubungan usahasama bagi tujuan mengembangkan perniagaan perkhidmatan latihan dan khidmat nasihat dalam bidang industri keselamatan dan pertahanan di negeri Sabah.

Objektif utama kolaborasi ini adalah bagi melahirkan tenaga kerja yang profesional kepada warga Negeri Sabah dalam bidang keselamatan dan pertahanan yang kian menjadi trend dunia sekarang dalam menghadapi kehidupan yang mencabar disamping objektif yang lain untuk memberi nilai tambah dan kemahiran kepada para belia di Sabah untuk memulakan kerjaya dalam keselamatan dan pertahanan

Selain melahirkan pekerja mahir dalam pelbagai bidang dengan menawarkan latihan selari dengan tuntutan industri serta keperluan pembangunan ekonomi negeri Sabah.

Justeru, dalam ucapannya Hajiji turut melahirkan rasa gembira kerana kolaborasi di antara industri serta usahasama pihak swasta seperti yang diadakan pada hari ini haruslah dilaksanakan dan amatlah digalakkan.

““Sesungguhnya, kerajaan negeri sangat berbesar hati dan terbuka dengan apa-apa pelaksanaan inisiatif oleh pihak industri yang dapat membantu meningkatkan keupayaan dan kemahiran para belia kita.

“Usahasama ini amat relevan kerana banyak manfaatnya, bukan sahaja untuk kesejahteraan rakyat negeri ini malah menyumbang kepada perkembangan sektor industri dan pengukuhan sosio-ekonomi negeri Sabah,” katanya.

Tambah beliau kolaborasi ini juga merupakan salah satu usaha yang meningkatkan kemahiran kepada anak-anak muda yang bersesuaian dengan kehendak pasaran.

“Kolaborasi seperti ini juga adalah sangat releven dalam mendokong usaha kerajaan negeri untuk melonjakkan lagi kebolehpasaran anak-anak muda di Sabah,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/27/sabah-terbuka-pelbagai-inisiatif-pihak-industri-tingkat-kemahiran-belia/feed/ 0 50165
Gagasan Rakyat Likas terbuka terima bekas pemimpin, ahli-ahli pembangkang https://sabahmedia.com/2023/11/22/gagasan-rakyat-likas-terbuka-terima-bekas-bekas-pemimpin-ahli-ahli-pembangkang/ https://sabahmedia.com/2023/11/22/gagasan-rakyat-likas-terbuka-terima-bekas-bekas-pemimpin-ahli-ahli-pembangkang/#respond Wed, 22 Nov 2023 07:43:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45570
Read Time:50 Second

KOTA KINABALU : Parti Gagasan Rakyat Sabah bahagian Likas terbuka untuk disertai bekas ahli daripada parti pembangkang termasuk pemimpinnya.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Likas, Mohammad Bahrin Abd Karim berkata keahlian Gagasan Rakyat juga terbuka kepada bekas ahli pembangkang, selain individu lain yang berminat dengan perjuangan politik menerusi parti tempatan berkenaan.

“Mereka (bekas ahli pembangkang) dipelawa memohon untuk menjadi ahli Gagasan Rakyat. Kita sentiasa terbuka terutama kepada bekas ahli-ahli parti pembangkang untuk menyertai parti baharu (Gagasan Rakyat) ini.

Beliau berkata demikian selepas menerima 200 borang keahlian daripada parti pembangkang ke Gagasan Rakyat Likas di Kota Kinabalu hari ini.

Turut sama hadir sama Ketua Wanita Gagasan Rakyat Likas, Halizah Din.

Katanya, parti itu dijadikan landasan baharu untuk meneruskan perjuangan
Insya-Allah, kita akan menggerakkan dan meneruskan perjuangan kita melalui Gagasan Rakyat demi pembangunan rakyat serta negeri ini.

Pertemuan itu diketuai Datuk David Chong bersama-sama dengan James Yin Max Loo, Chong Ket Vui, Tsen Hen Phion, Alex Chee, Hiew Sui Chong, Chee Chok Kwok dan Mohd Yunus Zipli.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/22/gagasan-rakyat-likas-terbuka-terima-bekas-bekas-pemimpin-ahli-ahli-pembangkang/feed/ 0 45570