Terbuka – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 09 Jul 2025 02:43:26 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Terbuka – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Patuhi larangan pembakaran terbuka demi kelestarian alam sekitar https://sabahmedia.com/2025/07/09/patuhi-larangan-pembakaran-terbuka-demi-kelestarian-alam-sekitar/ https://sabahmedia.com/2025/07/09/patuhi-larangan-pembakaran-terbuka-demi-kelestarian-alam-sekitar/#respond Wed, 09 Jul 2025 02:43:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76958
Read Time:1 Minute, 45 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Kepentingan memelihara alam sekitar, khususnya menghindari amalan pembakaran terbuka yang boleh memudaratkan kesihatan awam dan mempercepatkan perubahan iklim perlu diberi penekanan kepada masyarakat.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap ADUN Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, program seperti ini amat penting untuk memberi kefahaman kepada masyarakat, khususnya pemimpin komuniti tentang perlunya menjaga alam sekitar.

“Kalau hutan sudah habis terbakar, asapnya akan menjejaskan kualiti udara, meningkatkan karbon dioksida yang menyumbang kepada pemanasan global. Hutan ini sebenarnya perangkap karbon yang membantu menstabilkan suhu bumi dan menghasilkan oksigen untuk kita semua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dalam ucapan perasmian penutupan Program Kesedaran Larangan Pembakaran Terbuka Bersama Pemimpin Komuniti Daerah Tawau yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah di Dewan Masyarakat Tawau, di sini baru-baru ini.

Hadir sama pada program itu ialah Timbalan Pengarah JAS, Yuras Yusup dan Pegawai Kesihatan Alam Sekitar Tawau, Dr. Jalil Tiru.

Beliau turut menegaskan bahawa tanggungjawab menjaga alam sekitar bukan hanya terletak pada bahu JAS semata-mata, sebaliknya memerlukan kerjasama semua pihak termasuk pemimpin masyarakat dan orang ramai.

Selain larangan pembakaran terbuka, program itu juga turut memfokuskan aspek pengurusan sisa pepejal secara teratur, termasuk pelupusan peralatan elektronik seperti TV, oven dan telefon bimbit yang memerlukan kaedah khusus bagi mengelakkan pencemaran kimia.

Program tersebut merupakan sebahagian daripada usaha di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 melalui Program Pencegahan dan Pemantauan Kebakaran Tanah Gambut serta program Communication, Education and Public Awareness (CEPA) yang bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai.

Dalam ucapannya, Nizam turut mengimbau insiden kebakaran besar yang berlaku pada tahun 2016 ketika fenomena El Nino melanda negara, sehingga menyebabkan jerebu setempat di Keningau, Beaufort dan Kuala Penyu, memaksa sekolah-sekolah ditutup serta menjejaskan kesihatan dan sosio-ekonomi penduduk.

“Kita tidak mahu peristiwa sama berulang. Pembakaran terbuka tanpa kawalan adalah salah satu punca utama kebakaran besar. Musibah ini boleh dielak jika kita semua mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” tegas beliau.

Sehubungan itu, beliau berharap semua peserta dapat menyebarkan ilmu yang diperoleh kepada keluarga dan komuniti masing-masing bagi memastikan kualiti udara terpelihara, sekali gus menjamin kelestarian alam sekitar untuk dinikmati generasi akan datang.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/09/patuhi-larangan-pembakaran-terbuka-demi-kelestarian-alam-sekitar/feed/ 0 76958
Gagasan Rakyat terbuka terima tiga ADUN UMNO yang dipecat https://sabahmedia.com/2023/04/11/gagasan-rakyat-terbuka-terima-tiga-adun-umno-yang-dipecat/ https://sabahmedia.com/2023/04/11/gagasan-rakyat-terbuka-terima-tiga-adun-umno-yang-dipecat/#respond Mon, 10 Apr 2023 18:01:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32522
Read Time:1 Minute, 0 Second

PUTRAJAYA: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bersikap terbuka untuk menerima tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Sabah yang dipecat pada Ahad lalu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Hajiji yang juga presiden Gagasan Rakyat berkata, beliau tidak boleh mengulas lanjut mengenai isu pemecatan itu kerana ia membabitkan urusan parti UMNO.

“Saya tidak boleh komen lanjut kerana ia membabitkan urusan parti UMNO, namun jika mereka ingin mohon untuk masuk Gagasan Rakyat, insyaAllah kita akan terima.

“Kalau mereka mahu masuk mana-mana parti, di Sabah ini banyak parti politik, jadi terpulang kepada mereka untuk memilih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis berbuka puasa Ketua Menteri Sabah bersama Mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini pada Isnin.

Pada Ahad lalu, Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, ketiga-tiganya ialah Datuk James Ratib (Sugut), Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) dan Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit) dipecat keahlian dari UMNO berkuat kuasa hari ini (9 April).

Sebelum ini pada 21 Februari, empat ADUN termasuk James, Mohd Arsad dan Jasnih mengumumkan keluar daripada parti dan menyertai Gagasan Rakyat.

Manakala ADUN Balung, Datuk Hamid Awang juga turut mengambil keputusan sama iaitu keluar daripada UMNO.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/11/gagasan-rakyat-terbuka-terima-tiga-adun-umno-yang-dipecat/feed/ 0 32522
Hajiji terbuka dengan sokongan BN Pusat https://sabahmedia.com/2023/02/14/hajiji-terbuka-dengan-sokongan-bn-pusat/ https://sabahmedia.com/2023/02/14/hajiji-terbuka-dengan-sokongan-bn-pusat/#respond Tue, 14 Feb 2023 07:18:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29542
Read Time:1 Minute, 28 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah kini lebih menumpukan perpaduan rakyat dan pembangunan negeri supaya aktiviti ekonomi bertambah rancak yang memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, beliau tidak ada masalah dengan sokongan yang yang diberikan Barisan Nasional (BN) Pusat baru-baru ini terhadap kepimpinannya menerajui Kerajaan Negeri Sabah, malah bersikap lebih terbuka dalam hal menyatupadukan rakyat di negeri ini.

“Baguslah, jadi ini bermakna bahawa Kerajaan Negeri akan bertambah kukuh dalam konsep Kerajaan Perpaduan yang dipelopori oleh Perdana Menteri.

“Kita tiada masalah, yang penting ia baik untuk rakyat serta negeri Sabah, bagi saya, saya terbuka dalam hal seumpama ini kerana niat saya untuk sejahterakan rakyat serta menyatupadukan rakyat dan juga fokus kepada membangunkan negeri dengan pembangunan yang telah kita lancar dan juga program Sabah Maju Jaya (SMJ),” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Seminar Membangun Malaysia Madani di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut mengenai sokongan BN terhadap kepimpinannya, Hajiji berkata, beliau tidak berdendam dan apa yang penting adalah untuk kepentingan rakyat.

“Dalam politik ini janganlah dendam-dendam yang penting untuk kepentingan rakyat dan juga Sabah.

“Itu yang penting, itulah tujuannya pemimpin-pemimpin ini supaya fokus kepada penyatuan rakyat perpaduan dan juga pembangunan negeri supaya aktiviti ekonomi bertambah rancak dan rakyat akan mendapat manfaat. Ini tujuan kita berjuang dan berpolitik,” tegasnya.

Terdahulu, Barisan Nasional Pusat mengambil ketetapan memberi sokongan dan mendokong Kerajaan Perpaduan Sabah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Setiausaha Agung BN Zambry Abdul Kadir berkata keputusan itu selari dengan ketetapan parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan.

Zambry turut berkata, BN Pusat menamakan Datuk Yakub Khan selaku Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah untuk mewakili UMNO dan BN Sabah dalam perundingan dengan Kerajaan Perpaduan Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/14/hajiji-terbuka-dengan-sokongan-bn-pusat/feed/ 0 29542
Kerajaan Negeri Terbuka Terima Pandangan Pemain Industri Bantu Merancakkan Pelancongan Sabah https://sabahmedia.com/2021/12/13/kerajaan-negeri-terbuka-terima-pandangan-pemain-industri-bantu-merancakkan-pelancongan-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/12/13/kerajaan-negeri-terbuka-terima-pandangan-pemain-industri-bantu-merancakkan-pelancongan-sabah/#respond Mon, 13 Dec 2021 11:23:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9834
Read Time:2 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU: Idea dan cadangan daripada oleh pihak berkepentingan adalah penting bagi membantu membina semula industri pelancongan Negeri Sabah.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan, dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai, berkata Kerajaan Negeri terbuka untuk menerima dan menilai cadangan daripada pemain industri bagi memastikan kejayaan pelancongan tercapai.

“Kita perlu memahami antara satu sama lain. Kita menerima banyak permintaan daripada pihak berkepentingan, tetapi kerajaan juga mempunyai batasan. Apa yang penting adalah untuk kita semua untuk mencapai kata sepakat.

“Kita juga harus mencapai kata sepakat sekiranya ada keperluan untuk kita membantu mengemukakan sesuatu cadangan kepada Kerajaan Negeri atau Persekutuan untuk industri pelancongan di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Sesi Penglibatan Bersama Pemain Pelancongan Bagi Tahun 2022 di sini, pada Isnin.

Joniston, yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), berkata keputusan membatalkan ujian saringan Covid-19 bagi pengunjung yang divaksin sepenuhnya ke Sabah adalah contoh persefahaman yang baik antara pemain industri dan Kerajaan Negeri.

Pada bulan November lepas, pihak AirAsia, Malaysia Airlines dan Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) mengutarakan cadangan pembatalan itu dan perkara tersebut dibawa ke perhatian Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Ketua Menteri berpendapat ia adalah idea yang baik dan membincangkannya dengan lebih lanjut dengan Setiausaha Kerajaan Negeri. Apabila pemain industri membuat syor, kita bantu mengemukakannya kepada Kerajaan Negeri dengan justifikasi.

“Ini adalah contoh bagaimana kita harus saling memahami dan bekerjasama dengan lebih baik untuk kebaikan bersama. Saya berharap melalui sesi penglibatan ini, kita dapat bersatu untuk menghidupkan semula strategi untuk membawa pelancongan kembali ke arus perdana sambil menerapkan amalan bertanggungjawab untuk industri,” katanya.

Objektif sesi penglibatan kali ini adalah berdasarkan empat fokus utama iaitu membina keyakinan pengguna; menyokong industri; membina semula ketersambungan; dan meningkatkan segmen berpotensi.

Ini merupakan garis panduan ke arah pemulihan pelancongan Negeri Sabah yang dipersetujui sebulat suara semasa mesyuarat Jawatankuasa Pemulihan Pelancongan yang diadakan oleh STB dengan pemain industri pelancongan pada bulan Ogos tahun ini.

Pelan hala tuju ini selari dengan konsep yang ditetapkan kerajaan iaitu 3R: Recovery, Revitilaise, dan Reform.

“Kita berharap penglibatan semua kali dapat membantu mengenal pasti inisiatif yang memberi impak dan yang boleh menambah nilai untuk industri pelancongan negeri, terutamanya dalam norma baru.

“Oleh itu, saya menggesa pemain industri untuk bersikap terbuka dalam menyumbang idea dan cadangan supaya kita semua dapat memperoleh hasil yang bermanfaat,” kata Joniston.

Beliau turut menggalak semua pemain industri pelancongan untuk terus menghasilkan idea-idea baru terutama berkenaan dengan inovasi dan kerjasama digital.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Setiausaha Tetap II Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Mary Malangking, Ketua Pegawai Eksekutif STB l, Noredah Othman, Ketua Pegawai Kewangan STB, Julinus Jimit, dan Ketua Pegawai Pemasaran STB, Tay Shu Lan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/13/kerajaan-negeri-terbuka-terima-pandangan-pemain-industri-bantu-merancakkan-pelancongan-sabah/feed/ 0 9834