Tercampak – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 02 Oct 2026 09:59:00 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tercampak – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lelaki maut tercampak keluar kenderaan, hanyut arus deras https://sabahmedia.com/2026/10/02/lelaki-maut-tercampak-keluar-kenderaan-hanyut-arus-deras/ https://sabahmedia.com/2026/10/02/lelaki-maut-tercampak-keluar-kenderaan-hanyut-arus-deras/#respond Fri, 02 Oct 2026 09:58:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104630
Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia lingkungan 20-an ditemui maut selepas dipercayai terlibat dalam kemalangan apabila kenderaan dipandunya terbabas sebelum dia tercampak keluar dan dihanyutkan arus deras di Jalan Pan Borneo Inanam, berhampiran simpang masuk Kampung Kawakaan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Shahrudin Mat Husain, berkata pihaknya menerima maklumat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah kira-kira jam 10.50 pagi hari ini berhubung penemuan mayat seorang lelaki di kawasan Kampung Kawakaan, Inanam.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 4 petang semalam (1 Oktober) , apabila Honda WR-V dipandu mangsa dari arah Penampang menuju ke Menggatal dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan, melanggar penghadang jalan dan terjunam ke dalam parit.

“Mangsa dipercayai tercampak keluar dari kenderaan sebelum dihanyutkan arus deras.

“Operasi mencari dan menyelamat oleh pihak bomba terpaksa dihentikan sementara pada malam kejadian berikutan keadaan cuaca dan arus deras sebelum disambung semula pada pagi 2 Oktober,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahrudin berkata, mangsa kemudian ditemukan tersangkut pada kayu di dalam sungai, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Royston Ubak di talian 016-3130153 atau mana-mana balai polis berhampiran.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/02/lelaki-maut-tercampak-keluar-kenderaan-hanyut-arus-deras/feed/ 0 104630
Lelaki Maut, Tercampak, Dihempap Kereta Sendiri https://sabahmedia.com/2021/12/27/lelaki-maut-tercampak-dihempap-kereta-sendiri/ https://sabahmedia.com/2021/12/27/lelaki-maut-tercampak-dihempap-kereta-sendiri/#respond Mon, 27 Dec 2021 05:08:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10328
Read Time:46 Second

NABAWAN: Seorang lelaki maut selepas tercampak dan dihempap keretanya sendiri dalam satu kemalangan di Kg Malampoi, berdekatan dengan Ladang Sawit Felcra Batu 48 dekat sini, pada Isnin pagi tadi.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah hari ini, sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 7.39 pagi tadi (27 Disember 2021), sepasukan anggota dari Balai Bomba Sook dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian, pasukan anggota bomba mendapati satu kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback telah terbabas sendiri di tepi jalan di Kg Malampoi, berdekatan dengan Ladang Sawit Felcra Batu 48.

“Seorang pemandu tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian,” kata kenyataan itu.

Hasil siasatan, mangsa yang berumur 25 tahun itu dilaporkan tercampak keluar sebelum dihempap kenderaannya sendiri.

Mangsa seterusnya di serahkan kepada pihak polis untuk siasatan selanjutnya manakala operasi ditamatkan pada jam 8:28 pagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/27/lelaki-maut-tercampak-dihempap-kereta-sendiri/feed/ 0 10328