Tercetus – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 30 Sep 2021 14:36:24 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tercetus – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 COVID-19: Kluster Baharu Tercetus Berpunca Dari Majlis Sambutan Hari Jadi https://sabahmedia.com/2021/09/30/covid-19-kluster-baharu-tercetus-berpunca-dari-majlis-sambutan-hari-jadi/ https://sabahmedia.com/2021/09/30/covid-19-kluster-baharu-tercetus-berpunca-dari-majlis-sambutan-hari-jadi/#respond Thu, 30 Sep 2021 14:36:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7054
Read Time:45 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini di Sabah iaitu Kluster Long Pasia – Sipitang merupakan kluster jenis komuniti.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Long Pasia – Sipitang merupakan kluster jenis komuniti yang dipercayai menular ketika menghadiri majlis sambutan hari jadi.

Katanya, kes indeks adalah wanita berumur 76 tahun berasal dari Kg Long Pasia dan bergejala demam serta batuk sejak 24 September 2021.

“Kes indeks kemudiannya disahkan positif COVID-19 dengan keputusan RTK AG grading 100% di Klinik Long Pasia pada 25 September 2021.

“Berikutan kes tersebut, siasatan mendapati, satu majlis sambutan hari jadi telah diadakan di rumah kes indeks yang dihadiri oleh beberapa orang kampung pada 19 September 2021,” kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri.

“Daripada 30 orang yang disaring, terdapat 25 kes positif dikesan dalam kluster ini termasuk kes baharu yang dilaporkan hari ini,” jelasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/30/covid-19-kluster-baharu-tercetus-berpunca-dari-majlis-sambutan-hari-jadi/feed/ 0 7054
COVID-19: Kluster Tercetus Melibatkan Pekerja Kilang Papan Di Sandakan https://sabahmedia.com/2021/09/04/covid-19-kluster-tercetus-melibatkan-pekerja-kilang-papan-di-sandakan/ https://sabahmedia.com/2021/09/04/covid-19-kluster-tercetus-melibatkan-pekerja-kilang-papan-di-sandakan/#respond Sat, 04 Sep 2021 14:38:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5828
Read Time:48 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Terdapat satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Semawang, Sandakan merupakan kluster tempat kerja merekodkan 116 kes positif termasuk 103 kes baharu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Semawang, Sandakan merupakan kluster tempat kerja yang melibatkan pekerja di sebuah kilang papan yang bekerja dan tinggal di kuarters premis tersebut.

Menurut Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri, pada 19 Ogos 2021, sebuah klinik swasta telah melaporkan 10 notifikasi kes positif COVID-19 kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Sandakan.

Kes indeks Kluster Semawang, Sandakan adalah pekerja lelaki, 40, bukan warganegara, dikesan COVID-19 dengan keputusan RTK AG grading 100%
dalam saringan pekerjaan.

Susulan dari kes tersebut, pada 27 Ogos 2021, tiga lagi kes baharu dikesan di lokaliti sama. Oleh itu, pengurus kilang telah membuat saringan terhadap 376 pekerja mulai 30 Ogos 2021 dan mendapati 103 orang pekerjanya disahkan positif COVID-19 melalui kaedah ujian RTK AG.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/04/covid-19-kluster-tercetus-melibatkan-pekerja-kilang-papan-di-sandakan/feed/ 0 5828
COVID-19: Satu Kluster Tercetus Dari Tempat Kerja Ladang Sawit https://sabahmedia.com/2021/09/01/covid-19-satu-kluster-tercetus-dari-tempat-kerja-ladang-sawit/ https://sabahmedia.com/2021/09/01/covid-19-satu-kluster-tercetus-dari-tempat-kerja-ladang-sawit/#respond Wed, 01 Sep 2021 14:02:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5669
Read Time:34 Second

KOTA KINABALU: Satu kluster jenis tempat kerja direkodkan hari ini iaitu Kluster Sawit Kinabatangan 2.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, yang juga selaku Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Sawit Kinabatangan 2 adalah kluster jenis tempat kerja yang berlaku di ladang sawit di Mukim Sukau, Kinabatangan.

Katanya, kes indeks merupakan lelaki, warga Indonesia, 19, tanggungan seorang pekerja ladang tersebut, bergejala sejak 18 Ogos 2021, disahkan positif COVID-19 (RTK-Ag) dan telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan pada 23 Ogos 2021 untuk rawatan lanjut.

Setakat hari ini, seramai 124 orang telah disaring dan 124 kes positif dalam kluster ini termasuk 122 kes baharu yang dilaporkan hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/01/covid-19-satu-kluster-tercetus-dari-tempat-kerja-ladang-sawit/feed/ 0 5669