terengganu fc – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 02 Aug 2021 08:46:26 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png terengganu fc – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SUKAN : Satu Mata Berharga Walaupun Tanpa 5 Tonggak Utama – Kurniawan https://sabahmedia.com/2021/08/02/sukan-satu-mata-berharga-walaupun-tanpa-5-tonggak-utama-kurniawan/ https://sabahmedia.com/2021/08/02/sukan-satu-mata-berharga-walaupun-tanpa-5-tonggak-utama-kurniawan/#respond Mon, 02 Aug 2021 08:46:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3970
Read Time:1 Minute, 39 Second

KUALA TERENGGANU: Walaupun tanpa kehadiran lima tonggak utama Sabah FC mampu mengutip satu mata penting ketika menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam tadi.

Ketua jurulatihnya, Kurniawan Dwi Yulianto berkata beliau tidak mempunyai pilihan terpaksa menurunkan pemain-pemain muda yang mempunyai tahap stamina dan kecergasan tinggi untuk memberi fokus kepada bahagian pertahanan selain cuba melakukan serangan balas pantas ke kubu lawan.

Beliau terpaksa melakukan rombakan tersebut kerana faktor keletihan beberapa pemain berikutan terpaksa mengharungi perjalanan darat selama lapan jam menggunakan bas ke Kuala Terengganu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Saddil Ramdani dan Amri Yahya hanya dimasukkan di separuh masa kedua kerana mereka mempunyai kekuatan dalam mengawal dan mengatur permainan agar tempoh permainan dapat dikawal.

“Kita tahu striker Josip Ivancic terpaksa dikeluarkan…hanya Bobby Gonzales backup striker. Kita harus beri pujian kepada Bobby kerana bukan hanya fokus untuk menyerang malah sering bekerja keras membantu pasukan sedang bertahan. Secara keseluruhan saya cukup berpuashati dengan aksi keseluruhan mereka,” katanya.

Kurniawan berkata selepas berehat hampir dua bulan, Sabah FC tiada perlawanan yang dapat menguji kekuatan pasukan dan hanya dapat melakukan dua perlawanan persahabatan untuk melihat keserasian pemain muda yang jarang diturunkan.

“Memang ada beberapa game utama ketika bertemu PJ City FC dan Sri Pahang FC yang kita target untuk menang. Jadi pemain Sabah FC memang perlu match fitness berterusan bagi mengelak berlakunya beberapa kesilapan sehingga menyebabkan kekalahan tempoh hari,” katanya.

Mengulas mengenai persiapan menentang Kuala Lumpur City FC di Stadium Likas rabu ini Kurniawan berkata, memang target untuk menang kerana beberapa pemain yang tidak bermain malam ini akan kembali beraksi.

“Apa yang paling penting semua pemain mereka mesti lebih fokus serta bekerja lebih keras kerana sudah banyak dibolosi gol disebabkan hasil kesilapan pemain sendiri serta mengelak daripada ia berlaku lagi dalam perlawanan akan datang,” katanya.

Berkaitan dengan sasaran berada di lima tangga teratas Liga Super Kurniawan berkata, beliau tidak memberikan tekanan kepada pemain serta hanya ingin mereka sentiasa patuh kepada arahan dengan memberikan aksi terbaik 100 peratus mereka.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/02/sukan-satu-mata-berharga-walaupun-tanpa-5-tonggak-utama-kurniawan/feed/ 0 3970
SUKAN : Sabah FC Beraksi Di Terengganu Tanpa 3 Pemain Utama Esok – Kurniawan https://sabahmedia.com/2021/07/31/sukan-sabah-fc-beraksi-di-terengganu-tanpa-3-pemain-utama-esok-kurniawan/ https://sabahmedia.com/2021/07/31/sukan-sabah-fc-beraksi-di-terengganu-tanpa-3-pemain-utama-esok-kurniawan/#respond Sat, 31 Jul 2021 07:28:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3851
Read Time:1 Minute, 22 Second

KUALA TERENGGANU: Sabah FC terpaksa bermain tanpa tiga tonggak utama menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam esok (Ahad).

Pengendalinya, Kurniawan Dwi Yulianto berkata Alto Linus dan Randy Baruh masing-masing telah mengumpul 3 kad kuning manakala Park Taesu cedera ketika perlawanan menentang Sri Pahang FC tempoh hari.

Katanya beberapa pemain sudah dikenalpasti untuk menggalas tugas utama yang sekaligus akan diputuskan selepas sesi latihan terakhir petang ini nanti.

“Kita harus tetap menghadapi perlawanan Ahad ini (esok) tanpa mereka….saya tetap yakin dengan pemain yang sedia ada.

“Saya rasa mereka juga sudah bersedia untuk menghadapi perlawanan yang berat lebih-lebih lagi apabila kita akan bermain di tempat lawan.

“Saya harap semua pemain tetap  bersemangat dan yakin untuk menghadapi perlawanan malam esok sekali gus mencapai satu keputusan yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Kurniawan berkata, beberapa kesilapan ketika perlawanan menentang Sri Pahang FC sudah dikenalpasti namun usaha keras pemain perlu dilakukan untuk sekurang-kurangnya dapat mengutip mata di tempat lawan.

“Saya selalu menekankan kepada pemain bahawa semua perlawanan adalah sama-sama dipikul dan selalu menganggap semua perlawanan adalah final.

“Dalam perlawanan bola sepak apa-apapun boleh berlaku. Mudah-mudahan kita dapat mencuri mata di gelanggang lawan malam esok,” katanya.

Mengenai kedudukan Liga Super Kurniawan berkata, ketika ini Terengganu menduduki carta kedua liga di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan sembilan kemenangan, tiga seri serta tiga kekalahan mengutip 30 mata.

“Mungkin jika dapat mengutip mata esok sudah tentu akan memberikan semangat untuk menghadapi perlawanan seterusnya menentang Kuala Lumpur City FC pada 4 Ogos depan di Stadium Likas Kota Kinabalu,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/31/sukan-sabah-fc-beraksi-di-terengganu-tanpa-3-pemain-utama-esok-kurniawan/feed/ 0 3851