terengganu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 14 Feb 2022 07:10:07 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png terengganu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah, Terengganu Sedia Kerjasama Bangunkan Produk Pelancongan Berasaskan Komuniti https://sabahmedia.com/2022/02/14/sabah-terengganu-sedia-kerjasama-bangunkan-produk-pelancongan-berasaskan-komuniti/ https://sabahmedia.com/2022/02/14/sabah-terengganu-sedia-kerjasama-bangunkan-produk-pelancongan-berasaskan-komuniti/#respond Mon, 14 Feb 2022 07:10:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12190
Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU : Sabah sedia menjalin kerjasama erat dengan Terengganu selain bertukar pendapat bagi meningkatkan lagi industri pelancongan untuk menarik lebih ramai pengunjung datang kedua-dua buah negeri tersebut.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai berkata, pihaknya turut berbesar hati apabila Terengganu mengambil negeri ini sebagai contoh dan inspirasi bagi membangunkan produk pelancongan berasaskan komuniti (CoBT).

“Sudah tentu bagi negeri Sabah kita berbesar hati apabila Terengganu mengambil negeri ini sebagai contoh untuk membangunkan produk CoBT dan memperkasakan lagi komuniti luar bandar mereka.

“Pelancaran laluan penerbangan terus Kota Kinabalu – Terengganu baru-baru ini juga menunjukkan betapa pentingnya untuk kedua-dua negeri ini bekerjasama bagi merealisasikan matlamat pelancongan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan rombongan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu yang diketuai pengarahnya Fadli Yusof Zakaria yang mengadakan lawatan ke Sabah disini kelmarin.

Rombongan itu turut berpeluang mengunjungi Kiulu bagi mempelajari secara langsung bagaimana pelancongan CoBT dijalankan.

Joniston yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) berkata, pihaknya percaya STB dan Jabatan Pelancongan Terengganu boleh berkolaborasi bagi menggalakkan pengendali CoBT melawat satu sama lain.

Katanya, ia membolehkan mereka membina hubungan professional dan bertukar pengetahuan serta pengalaman.

“Laluan penerbangan baharu Air Asia yang dilancarkan baru-baru ini juga memberi faedah kepada para pengembara dan pemain industri pelancongan kerana orang ramai kini mempunyai akses percutian mudah antara Sabah dan Terengganu,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pelancongan Kiulu (KTA) Mejin Maginggow, berkata rombongan Jabatan Pelancongan Terengganu begitu teruja dan tertarik dengan cara pengurusan serta kerjasama komuniti dalam mengusahakan CoBT.

“Maklum balas dari pengarah Pelancongan Terengganu pada lawatan ini, adalah mereka dapat menimba ilmu dan mempelajari bagaimana komuniti di Kiulu menjalankan perusahaan pelancongan yang membawa keuntungan.

“Ini adalah sesuatu yang baharu bagi mereka, dan mereka telah memperoleh banyak idea baharu untuk dikongsi bersama dengan pengusaha (pelancongan) di Terengganu, yang kebanyakannya merupakan pengusaha persendirian.

“Lawatan pembelajaran itu juga membolehkan rombongan mendapat pemahaman tentang cara mewujudkan CoBT yang mantap yang mampu menjana pendapatan di negeri Terengganu nanti,” katanya, sambil menambah KTA terbuka untuk berkongsi kepakaran CoBT dengan komuniti luar bandar di negeri lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/14/sabah-terengganu-sedia-kerjasama-bangunkan-produk-pelancongan-berasaskan-komuniti/feed/ 0 12190
COVID-19 : Pematuhan SOP Pelajar Asrama Perlu Diperketat, Elak Pertambahan Kluster Institusi Pendidikan https://sabahmedia.com/2022/02/06/covid-19-pematuhan-sop-pelajar-asrama-perlu-diperketat-elak-pertambahan-kluster-institusi-pendidikan/ https://sabahmedia.com/2022/02/06/covid-19-pematuhan-sop-pelajar-asrama-perlu-diperketat-elak-pertambahan-kluster-institusi-pendidikan/#respond Sun, 06 Feb 2022 03:18:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11917
Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU : Pematuhan prosedur standard operasi (SOP) di semua sekolah khususnya yang melibatkan pelajar asrama perlu terus diperketatkan dan ditingkatkan bagi memastikan tiada penularan wabak COVID-19.

Focal Person Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sabah Mohammad Arif Sakaran berkata, ia berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19 yang melibatkan kluster-kluster institusi pendidikan sejak beberapa minggu lalu di negeri ini.

“Jika kita lihat, kes jangkitan COVID-19 di Sabah terus meningkat setiap hari terutamanya membabitkan kluster institusi pendidikan yang melibatkan pelajar-pelajar asrama.

“Justeru itu, langkah-langkah perlu dilaksanakan termasuk memperketatkan dan meningkatkan lagi tahap pematuhan SOP dimana jika kita lihat jangkitan ini berlaku di dalam kalangan penghuni asrama itu sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra Di Bawah Bayu Bersama Rombongan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Marang Terengganu dan Majlis Menandatangani Jaringan Kerjasama PPD Kota Kinabalu dan PPD Marang serta Focal Person Kebangsaan Sabah dan Terengganu disini semalam.

Mohammad Arif berkata, pihak sekolah juga perlu sentiasa memberi pendedahan kepada pelajar mengenai bahaya jangkitan COVID-19.

“Selain menutup sekolah yang terlibat dengan kluster dan pematuhan SOP yang perlu terus diperketatkan, pemberian vaksin kepada anak-anak khususnya yang berusia dibawah 12 tahun juga perlu diberikan.

“Pemberian vaksin terutamanya kepada kanak-kanak dibawah usia 12 tahun perlu diambil peluang dan saya sarankan ibu bapa untuk mendaftarkan anak-anak mereka kerana ini akan dapat mengurangkan jangkitan kepada anak mereka,” katanya.

Terdahulu pada majlis itu, turut diadakan Majlis Menandatangani Jaringan Kerjasama PPD Kota Kinabalu dan PPD Marang serta Focal Person Kebangsaan Sabah dan Terengganu bagi merapatkan persahabatan antara kedua negeri selain mencari jalan penyelesaian terhadap pendidikan di dua negeri berkenaan.

Jaringan kerjasama itu juga adalah untuk mendapatkan satu kejayaan dan kebersamaan bagi menjayakan pendidikan di negara ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/06/covid-19-pematuhan-sop-pelajar-asrama-perlu-diperketat-elak-pertambahan-kluster-institusi-pendidikan/feed/ 0 11917
Penerbangan Terus KK-Kuala Terengganu Berupaya Erat Hubungan Dua Negeri https://sabahmedia.com/2022/01/31/penerbangan-terus-kk-kuala-terengganu-berupaya-erat-hubungan-dua-negeri/ https://sabahmedia.com/2022/01/31/penerbangan-terus-kk-kuala-terengganu-berupaya-erat-hubungan-dua-negeri/#respond Mon, 31 Jan 2022 04:15:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11774
Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU : Penerbangan terus menghubungkan Kota Kinabalu dan Kuala Terengganu menerusi penerbangan syarikat tambang murah AirAsia mampu mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua negeri.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata, penerbangan itu juga diyakini mampu merancakkan lagi industri pelancongan domestik sekaligus memulihkan pelancongan di negeri ini.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya ingin merakamkan penghargaan kepada pihak AirAsia kerana memilih Kota Kinabalu Sabah sebagai salah satu laluan baharunya.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin

“Saya juga berharap agar kerjasama ini dapat terus dilaksanakan dalam memulihkan industri pelancongan khususnya di Sabah yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19 sebelum ini,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Jafry berkata, dengan adanya penerbangan terus ini juga akan menjadikan Sabah akan lebih mudah diakses oleh pelancong bukan sahaja daripada Semenanjung malah pelancong antarabangsa.

“Saya mengalu-alukan lebih ramai rakyat Malaysia untuk datang meneroka Sabah dan menikmati tawaran pelancongan serta kebudayaannya.

“Pihak kementerian saya akan terus menyokong AirAsia dan berharap untuk bekerjasama pada masa hadapan bagi mempromosikan industri pelancongan,” katanya.

Semalam,  penerbangan sulung AK5310 berlepas dari Kota Kinabalu tepat pada jam 3.15 petang dan tiba di Kuala Terengganu pada jam 5.40 petang.

Untuk rekod, penerbangan antara Kota Kinabalu dan Kuala Terengganu berlepas pada setiap hari Ahad dengan tambang promosi sehala tersedia untuk tempahan daripada serendah RM128 sahaja dari sekarang hingga 14 Februari 2022, untuk tempoh perjalanan dari 13 Februari hingga 30 September 2022.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/31/penerbangan-terus-kk-kuala-terengganu-berupaya-erat-hubungan-dua-negeri/feed/ 0 11774
Penerbangan terus Kota Kinabalu-Kuala Terengganu rancakkan industri pelancongan dua negeri https://sabahmedia.com/2022/01/31/penerbangan-terus-kota-kinabalu-kuala-terengganu-rancakkan-industri-pelancongan-dua-negeri/ https://sabahmedia.com/2022/01/31/penerbangan-terus-kota-kinabalu-kuala-terengganu-rancakkan-industri-pelancongan-dua-negeri/#respond Mon, 31 Jan 2022 01:20:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11765
Read Time:1 Minute, 29 Second

BERNAMA

KUALA NERUS, 30 Jan  — Industri pelancongan Terengganu dan Sabah dijangka bertambah rancak susulan pelaksanaan perkhidmatan penerbangan terus dari Kuala Terengganu ke Kota Kinabalu melalui kerjasama kerajaan negeri dengan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu Ariffin Deraman berkata laluan penerbangan itu diharap dapat membantu kerajaan negeri mencapai sasaran ketibaan tiga juta pelancong tahun ini.

Beliau berkata buat permulaan, waktu dan masa penerbangan pesawat AirAsia bagi laluan Kuala Terengganu-Kota Kinabalu dijadualkan sekali seminggu iaitu pada setiap Ahad.

“Terima kasih kepada AirAsia kerana memilih Terengganu sebagai antara laluan baharunya kerana ia membantu memeriahkan lagi industri pelancongan domestik selain menyediakan lebih banyak pilihan kepada pelancong tempatan atau antarabangsa untuk melancong di Malaysia.

“Kerajaan negeri juga telah membuat permohonan serta mengadakan perbincangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Tan Sri Tony Fernandes untuk AirAsia menambah laluan baharu dari Kuala Terengganu ke Kuching di Sarawak, Pulau Pinang dan mengembalikan semula penerbangan dari Senai, Johor,” katanya.

Ariffin berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut penerbangan sulung AK 5310 yang membawa 59 penumpang di sini hari ini.

Pesawat itu berlepas dari Kota Kinabalu pada 3.15 petang dan tiba di Kuala Terengganu pada 5.20 petang. 

Ketua Komersial AirAsia Nur Liyana Mahizzan pula berkata syarikat itu memilih Terengganu kerana mendapat permintaan yang tinggi dan akan mempertimbang permohonan negeri untuk menambah laluan ke destinasi lain.

“Ketika ini, AirAsia menawarkan tambang promosi sehala untuk tempahan daripada serendah RM128 sahaja dari sekarang hingga 14 Feb depan untuk tempoh perjalanan dari 13 Feb hingga 30 Sept tahun ini.

“Selain laluan Kota Kinabalu-Kuala Terengganu, AirAsia telah melancarkan laluan baharu Kuching-Langkawi, Johor Bahru-Bintulu dan Pulau Pinang-Sibu pada awal bulan ini untuk memacu pelancongan domestik,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/31/penerbangan-terus-kota-kinabalu-kuala-terengganu-rancakkan-industri-pelancongan-dua-negeri/feed/ 0 11765
PKPN Bantu Tingkat Taraf Hidup Isi Rumah Nelayan https://sabahmedia.com/2022/01/25/pkpn-bantu-tingkat-taraf-hidup-isi-rumah-nelayan/ https://sabahmedia.com/2022/01/25/pkpn-bantu-tingkat-taraf-hidup-isi-rumah-nelayan/#respond Tue, 25 Jan 2022 02:25:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11518
Read Time:1 Minute, 54 Second

BESUT : Pelaksanaan Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) merupakan usaha Kerajaan Persekutuan bagi meningkatkan taraf hidup isi rumah nelayan berpendapatan rendah.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, ia termasuklah membaik pulih rumah, membina rumah baharu dan mewujudkan penempatan semula nelayan dengan prasarana asas.

Katanya, ia bagi memastikan golongan nelayan di seluruh negara menikmati kualiti hidup yang lebih baik dan selesa. 

“Projek PKPN ini merangkumi Bina Baru Rumah Nelayan, Baik Pulih Rumah Nelayan serta Penempatan Perumahan Semula Nelayan dimana Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Jawatankuasa Induk PKPN dipertanggungjawabkan untuk menimbang dan meluluskan permohonan PKPN.

“Bagi Program Projek Perumahan Penempatan Semula Nelayan (PSN) pula, Unit Perancang Ekonomi Negeri merupakan agensi pelaksana yang dipertanggungjawabkan untuk memantau pelaksanaan projek dan memastikan projek siap mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan PSN Benting Lintang Besut disini semalam.

Dr Ronald berkata, sehingga kini Kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah menerima peruntukan bagi PKPN sebanyak RM460 juta.

Katanya, Kerajaan telah memperuntukkan RM197 juta bagi program PSN di seluruh malaysia di mana sebanyak 1,772 buah rumah telah diluluskan oleh jawatankuasa untuk program ini sehingga 30 November 2021.

“Manakala, sebanyak RM247 juta untuk kategori baik pulih rumah nelayan melibatkan 23,511 buah rumah nelayan dan RM14 juta untuk kategori bina rumah baharu melibatkan 253 buah rumah nelayan.

“Bagi Negeri Terengganu pula, sebanyak 150 buah rumah nelayan telah diluluskan untuk program PSN di tiga buah lokasi iaitu Pulau Sekepeng di Daerah Kemaman, Kampung Seberang Penarik di Daerah Setiu dan Kampung Benting Lintang di Daerah Besut melibatkan peruntukan sebanyak RM13 juta.

“Saya berharap projek ini dapat dijalankan dengan segera demi kesejahteraan dan keselesaan keluarga nelayan di Negeri Terengganu ini,” katanya,

Sementara itu, Dr Ronald berkata, menerusi Bajet 2022, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM4.82 bilion kepada MAFI.

Katanya, secara khususnya, MAFI akan menerima 1.7 bilion ringgit bagi pemberian subsidi dan insentif bagi industri pertanian serta perikanan untuk tahun 2022. 

“Untuk perancangan masa hadapan, seandainya ada permintaan daripada nelayan dan Kerajaan Negeri Terengganu, tentu sekali MAFI akan mempertimbangkan untuk menambah bilangan rumah di tapak Penempatan PSN di Benting Lintang, Besut.

“Ini adalah bagi memastikan Keluarga nelayan dapat terus meningkatkan hasil tangkapan selain meningkatkan sumber pendapatan keluarga serta bekalan sumber protein negara kita,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/25/pkpn-bantu-tingkat-taraf-hidup-isi-rumah-nelayan/feed/ 0 11518