terhadap Hajiji – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 15 Nov 2023 10:59:19 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png terhadap Hajiji – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Dakwaan Suhaimi terhadap Hajiji adalah rekaan semata-mata untuk tutup kelemahan kudeta yang gagal – Nizam https://sabahmedia.com/2023/11/15/dakwaan-suhaimi-terhadap-hajiji-adalah-rekaan-semata-mata-untuk-tutup-kelemahan-kudeta-yang-gagal-nizam/ https://sabahmedia.com/2023/11/15/dakwaan-suhaimi-terhadap-hajiji-adalah-rekaan-semata-mata-untuk-tutup-kelemahan-kudeta-yang-gagal-nizam/#respond Wed, 15 Nov 2023 10:59:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45245
Read Time:2 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU: Dakwaan Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir bahawa punca UMNO Sabah marah kerana Ketua Menteri Datu Seri Hajiji Noor tidak menunaikan janji dan menipu adalah tohmahan yang dibuat-buat untuk menutup kelemahan dan kegagalan kudeta yang digerakkan, kata Ketua Penerangan Gagasan Rakyat, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Nizam menjelaskan bahawa semasa membentangkan Ucapan Dasar Presiden pada Persidangan Agung Tahunan Gagasan Rakyat, Datuk Seri Hajiji Noor mengingatkan ahli parti untuk bekerja bersungguh-sungguh, memantapkan jentera parti, menyantuni rakyat, berkhidmat dengan penuh iltizam agar parti mendapat mandat dengan kuasa yang cukup besar pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) akan datang.

“Selain itu, dalam persidangan itu Hajiji turut berkata sokongan besar daripada rakyat cukup penting agar titik hitam politik Sabah menerusi tindakan cuba merampas kuasa daripada rakan-rakan parti awal tahun ini yang menyebabkan kerajaan hampir-hampir kehilangan kelayakan tidak akan berulang.

“Gerakan “Kudeta” yang gagal itu memberi pengajaran erti sebenar mana kawan dan mana pengkhianat,” kata Nizam dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, kerajaan menghargai kematangan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) yang mengutamakan aspirasi dan mandat rakyat di PRN16 dengan menyokong mengekalkan kerajaan pimpinan Hajiji untuk membolehkan kerajaan meneruskan pembelaan kepada rakyat melalui halatuju Sabah Maju Jaya.

“Dakwaan Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir yang mengaitkan seperti membuka pekung di dada kepada Ketua Menteri merangkap Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Hajiji Noor, pada hakikatnya bagaikan menepuk air dalam dulang terpercik di muka mereka sendiri kerana kenyataan Suhaimi ini telah dengan sendirinya mendedahkan pengkhianatan mereka kepada mandat dan aspirasi rakyat,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Nizam berkata Hajiji adalah seorang pemimpin yang boleh dibawa berbincang.

“Hajiji adalah seorang pemimpin dan Ketua Menteri yang terbuka dan mudah dibawa berbincang, sepatutnya Pengerusi UMNO Sabah yang juga berjawatan Timbalan Ketua Menteri ketika itu mempunyai akses yang cukup luas untuk berbincang termasuklah dalam Mesyuarat Kabinet Negeri.

“Suhaimi seharusnya sedar bahawa Hajiji selaku Ketua Menteri membuat keputusan dengan mengambil kira semua pandangan rakan parti dalam komponen Kerajaan Sabah dan bukan hanya untuk UMNO Sabah sahaja.

“Jika benarlah Hajiji seperti yang ditohmah oleh Suhaimi, tidak mungkin ramai pemimpin berdiri di belakang beliau, memberi sokongan moral sepertimana kehadiran pelbagai pemimpin termasuklah mantan pemimpin Sabah yang banyak berjasa kepada rakyat dan negeri turut hadir pada Persidangan Agung Tahunan Gagasan Rakyat baru-baru ini.

“Sedarkah Suhaimi selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik oleh Hajiji, jika Datuk Hajiji selaku Ketua Menteri tidak setiakawan mengapa 5 ADUN UMNO Sabah kekal menyokong Ketua Menteri Datuk Hajiji dan tidak bersetuju dengan tindakan kudeta langkah Kinabalu yang gagal itu? ,” tegas Nizam lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/15/dakwaan-suhaimi-terhadap-hajiji-adalah-rekaan-semata-mata-untuk-tutup-kelemahan-kudeta-yang-gagal-nizam/feed/ 0 45245
Shahelmey tidak sokong tindakan UMNO BN Sabah tarik sokongan terhadap Hajiji https://sabahmedia.com/2023/01/07/shahelmey-tidak-sokong-tindakan-umno-bn-sabah-tarik-sokongan-terhadap-hajiji/ https://sabahmedia.com/2023/01/07/shahelmey-tidak-sokong-tindakan-umno-bn-sabah-tarik-sokongan-terhadap-hajiji/#respond Sat, 07 Jan 2023 02:50:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27511
Read Time:1 Minute, 53 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat Datuk Ir Shahelmey Yahya tegas dengan pendiriannya tidak menyokong tindakan yang dilakukan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah yang juga Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin Datuk Seri Bung Moktar Radin yang telah mengumumkan UMNO BN Sabah menarik sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.

Malam tadi satu mesyuarat UMNO dan sidang media telah diadakan di bangunan Ibu Pejabat UMNO Sabah dipengerusikan oleh Datuk Seri Bung Moktar bersama beberapa ADUN lain namun Shahelmey tidak hadir dalam mesyuarat tersebut.

“Ya, saya tidak hadir disebabkan saya tidak menyokong gerakan yang dibuat oleh Datuk Seri Bung dan juga rakan-rakan kerana saya berpendapat bahawa ini bukan masanya yang sesuai untuk kita mentidakstabilkan kerajaan ataupun bertukar kerajaan,” tegas Shahelmey ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program SMART Jawab SPM 2022 untuk pelajar-pelajar Sekolah Menengah dalam Parlimen Putatan di Maktab Sabah, di sini hari ini.

Menurut Shahelmey, prestasi Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah – Barisan Nasional (GRS-BN) adalah dalam satu prestasi yang agak baik dalam dua tahun kebelakangan ini, dengan terbukti pada dua tahun berturut-turut Kerajaan Negeri mempunyai peningkatan pendapatan, daripada bawah RM5 bilion sehinggalah RM6.6 bilion pada tahun lepas.

“Dan juga kita telah berjaya menarik pelabur dengan total pelaburan melebihi RM33 bilion, jadi kenapa kita hendak melakukan satu pertukaran kerajaan tanpa sebab-sebab yang konkrit?

“Ini mengakibatkan satu persepsi bahawa politik negeri tidak stabil dan ini akan menghindar pelabur-pelabur atau mengurangkan keyakinan para pelabur untuk datang melabur di negeri ini,” jelasnya.

Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan berkata, sebelum ini beliau sudah membuat siasatan bahawa rakyat tidak mahu perubahan kerajaan buat masa ini.

“Saya sudah membuat siasatan bahawa rakyat juga tidak inginkan perubahan kerajaan dalam masa sekarang, sekarang bukan masa untuk bermain politik.

“Sekarang masa untuk bekerja, untuk membangunkan ekonomi untuk memajukan negeri ini,” katanya.

Shahelmey turut berkata bahawa beliau sudah bersedia untuk dikenakan sebarang tindakan oleh pihak parti (UMNO) kerana tidak menyokong keputusan Bung.

“Ya, itu hak parti, terpulanglah kepada parti, saya sudah bersedia,” ujarnya.

Ketidakhadiran Shahelmey pada mesyuarat dan sidang media yang diadakan malam tadi, ini menguatkan lagi spekulasi beliau antara ADUN UMNO lain yang tidak menyokong tindakan Bung menarik sokongan terhadap kepimpinan Hajiji sebagai Ketua menteri.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/07/shahelmey-tidak-sokong-tindakan-umno-bn-sabah-tarik-sokongan-terhadap-hajiji/feed/ 0 27511